Skip to main content

Bila Nak Mekap Blog Ni Hah!!

Sejahteralah ke atas kamu....


Sepanjang aku bercuti, aku tak tau pun yang ada jiran blogger baik hati review pasal blog aku. Korang kena rajin la baca review dia kat blog tu. Aku paksa ni... Sila terjah. Review Blog LydSunshine by Kesuma Angsana. Eheheheh.

Terima kasih daun pisang aku ucapkan untuk cik Puan Kesuma Angsana di atas kesudian beliau review blog titew yang suam-suam kuku ni. Terhawu titew taww... 

Aku menerima setiap komen yang Kesuma Angsana berikan dengan hati yang terbuka. Salah satu yang terkesan untuk aku ialah komen beliau pasal background blog aku ni. Hehehe.. Pastu, baru le aku perasan yang blog aku ni warna dia suram. Nampak cam sedeyyy je kan, walaupun hengkorang jangan tak tahuk, yang tuan punye blog ni seorang yang ceria seperti Kinder Joy. Aku serius ni. Heheh.

Aku sebenarnya ada jugak terfikir nak tukar template blog aku ni, bagi nampak cun melecun skit. Tapi ada banyak le halangannya. Pertama sebab aku tak reti. Hahah. Kedua sebab aku takde masa nak try and error dan ubah-ubah setting. Tapi aku juga agak bodoh sombong sebab aku malas betul nak tanya orang mahupun google cara-cara nak cantikkan blog. Pastu ada yang bagi cadangan untuk upah web designer untuk mekap blog aku, tapi masalahnya aku ni cerewet. Aku tak rasa mereka akan suka bekerjasama dengan aku. Haa.. gitu...

Aku ni nak design water mark pun tak reti. Tapi kedekut nak beli dgn orang yg pandai buat water mark. Sudahnya setiap gmbr yang aku letak dalam blog ni, water mark dia aku buat guna applikasi Paint je. Hey jangan gelakkan aku. Itu je yg aku mampu dik oi.

Jadi, untuk Kesuma Angsana.... insyaAllah nanti kalau ada masa dan kepandaian serta peluang, shaye akan mekap cantik-cantik punya blog shaye ni. Aku ingat nak pilih warna gold atau warna pelangi la. Sebab nak synchronize dengan watak ceria aku ni. *ha ahhh... 'ceria' sangattt aku ni*.

Comments

  1. Yg pntg isi blog..ltr blkg blog tu rsanya xpntg sgt kot

    ReplyDelete
  2. eh I pun rasa personaliti blog kita cam lebih kurang jer, suram jer environments pasai kaler gelap2 kot hehehe. I pun sama la tak reti.. pastu mmg nak ceriakan blog ni tak takkan termampu dek aku huhuhu. and yes... I am as cheerful as u are. Wish u alles gute in menceriakan blog anda yer, nnt saya menyusul (errrk).

    ReplyDelete
  3. Saya juga tak pandai bab mekap2 tu, cukuplah dengan apa yg ada.....huhuhu

    ReplyDelete
  4. Sy okjer ngan design blog lyd nie..cuma warna hitam nie buat matadenselalu berpinar.pinar..heheh

    ReplyDelete
  5. apa kata tukar buat warna putih. terang sikit and ceria. hehe! jemput singgah blog ye.
    http://iluvtour.com

    ReplyDelete
  6. Salam singgah hujung minggu.., pasal make over blog ni , seseorang blogger tu kena ambil masa ..jangan terburu. Ikut citarasa tapi dm masa sama jangan diremehkan pendapat pembaca lain...
    www.nazlee.com

    ReplyDelete
  7. samala..dengan 3 hero ni...tak cukup kaki tangan dibuatnya..

    ReplyDelete
  8. aku x pulak sedeyy bila bkk blog hang nih.

    ReplyDelete
  9. a’aaa bg ceria sikit. seceria seorang ibu yg dapat bersama anaknya yg comel itu..
    kalau lyd nak boleh je tmpah dgn ecadwinky. ada dua pakej satu biasa. satu
    mesra seo.. lain lain harga. tpi termasuk dgn watermark, header n sbgainya la

    ReplyDelete
  10. Akk pun tak terror bab bab design blog ni..blog pun ala kadar je.

    ReplyDelete
  11. Nak tukar cat umah jugak. Upah orang jer lah. Klo buat sendiri memang tak pandai.

    ReplyDelete
  12. hehehe LyD, KA komen orng je pandai, blog sendiri pun xde masa nak make2 up hehehe.. yg penting blog kita ni ada isi !

    ReplyDelete
  13. Takpa Lyd. Bab make-up tu kemudian cerita. Yang penting ada entri baru yang boleh bikin geli hati sampai meleleh-leleh segala air dalam badan :) Saya pun bodoh sombong gak sebenarnya. Pastu takut gemuruh gak nak ubah itu ini. So, berpuas hati ajelah pada apa yang ada. Nak suruh web designer...tu yang tidur sebantal kat rumah tu...boleh aje tapi makan tahun katanya sebab kerja percuma!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya