Iklan! Iklan! Sila Click!

11 February 2014

4 + 5 = 9 Hari Cuti, MC, EL = Aku Cemerlang

Sejahteralah ke atas kamu...

Dah separuh bulan februari dah ni, aku baru nak start masuk ofis. Kemahen lama aku cuti. Yang cuti tahun Baru Cina + Hari Wilayah tu sampai 4 Februari je. Hari Rabu [5 Feb], Luth demam. Aku pun EL. Aku rasa standard kot, kita sebagai ibu ni rasa tak tergamak nak hantar anak yang sakit ke rumah pengasuh. Pertama sebab tak yakin pengasuh akan bagi pemantauan yang teliti macam kita pantau anak kita. Kedua taknak menyusahkan pengasuh untuk bagi perhatian kat anak kita sorang je, dia pun ada berlambak keja lain. [aihhh... bau mende la menusuk idong ni... terganggu fikiran nak update blog ni...hinss]. Ketiga, tak nak beri risiko jangkitan kepada anak-anak orang lain, ye walaupun aku yakin, sakit, sihat tu semua Allah beri, tapi aku ni hidup bermasyarakat, kena jaga silaturrahim supaya tak menimbulkan kekecohan. Jadi, itu la sebabnya aku EL hari Rabu tu. 

Luth demam sejak kat kampung lagi. Ntah le sebab nyamuk ke, sebab air sejuk sangat ke [aku mandikan dia guna air paip je. kehkeh. Tapi kat kampung air memang sejuk tahap keluar wap u know.]. Hari Rabu dia masih demam. Suhu 38. Tengahari Rabu masih demam. Aku bawak dia gi klinik yang 'hidup segan mati tak mahu' kat PJ. Dapat ubat yang masuk ikut vuntut dengan ubat demam biasa. Petang tu, suhu Luth masih lagi tinggi, aku lap badan dia. Lap kepala. Tapi suhu makin meningkat. Aku masukkan ubat vunttt, tunggu lepas sejam, suhu tak turun-turun. Masa tu suhu dah 40 darjah celcius. SMS Dr Norbaya. Dr Norbaya kata kalo dah 40 tu kena bawak gi spital. 

Aku bawak Luth gi PPUM kul 9.30 malam. PPUM kat bahagian emergency tu punya la ramai orang sakit, penuh macam ko gi spital waktu siang hari. Petugas kat kaunter kata, kalau nak jumpa doktor kena tunggu turn lagi sejam setengah. Lama tu. Anak aku dah demam suhu tinggi ni. 

Lepas masuk wad, dia boleh plak bangun nak main.
Aku decide nak bawak dia gi spital swasta, Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru. Kul 10.30 kat situ, doktor check, suhu masih lagi 40. Ya Allah... Sian sangat kalo tgk Luth. Dia melepek je. Memang langsung tak macam dia yg selalunya mulut riuh teteteteteh. Masuk wad la malam tu. 2 hari dok wad, suhu dia turun naik. Kalau bagi ubat demam biasa pun tak turun suhu. Masuk ubat buntut yang jenis gemuk [aku malas sgt nak gugel please.. heheh], katanya high dose. Ada 2 jenis ubat buntut ni, satu yg kurus skit. Yang aku bagi masa kat rumah tu ubat yg jenis kurus tu. Tak menurunkan suhu Luth pun. Betapa tingginya suhu demam dia.

Sarapan pagi mama hari Khamis. Mana cukup untuk perut besar mama ni. Huhu.



Kaki dan tangan dia pucat sangat.



Masuk hari ke-3, doktor kata... kena masukkan antibiotik. Huhuhu.... Aku terus sedih bila dengar kata dokotr nak cucuk tangan anak aku untuk masukkan ubat. [sebenarnya aku dah nangis masa tu. Huhuhu. Tangan dia kecik je. Tolong jangan cucuk dia]. Tapi bila doktor cuba nak cari line kat tangan dia [salur darah], macam susah je nak cari doktor kata. Jadi doktor bagi ubat makan je. Aku lega. Hehehe.

Lepas masuk antibiotik, alhamdulillah, segala puji bagi Allah.... Luth dah tak demam. Sampai le hari ke 5 [Ahad] dah boleh keluar wad. Lega rasanya. Rindu rumah. Rindu Papa Luth, walaupun papa Luth ada je tidur skali kat hospital, berkampung la kami anak beranak kat hospital tu. EL aku yang hari Rabu tu, dah bertukar jadi MC sebab meneman anak kat hospital. Dapat MC 3 hari. Heheh. Lepas dah baik demam, naik ruam-ruam pulak kat badan Luth. Kata doktor, memang normal akan naik ruam selepas bayi baik daripada demam panas. Jadi, semalam aku EL la. 


Apa-apa pun, lepas kuar hospital, Luth makan kemain banyak. Semangkuk bubur, habis ko. Biasanya kalo kat dasar mangkuk pon payah nak habis. Hebak Luth.


Semangkuk bubur dengan kuah sup bayam merah. Untuk tambah darah.
Semangkuk nasik + ayam + bayam.

Pagi ni, bersyukur sangat, Luth dah sihat. Cuma kena habiskan antibiotik lagi sehari. Dia dah ceria macam selalu. Mulut dah riuh macam biasa. Syukur Ya Allah.

24 comments:

  1. salam lyd,
    lamo benor rsnya takder citer..rindu kat mamat luth nie..siannya rupa2 demam teruk yer..alhamdulillah beransur pulihdan bertambah selera yer nantu acik nih..
    kalau anak nak kena cucuk jarumker masuk air ker mmg risau btul kan..sib baiklah luth kena makan ubat jer..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..... paling lega kan kalau anak dah sihat...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...aish penah demam macam nih..kena tahan hkl 2 hari..pastu naik rashes..sama la macam luth ni..masuk spital baru baik demam..kalau tak seminggu tak baik2..

    syukur dah luth sihat..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dah sehat...

    mesti dah lega kan, hati kau?

    ReplyDelete
  5. Patut sunyi sepi je lately yer.....alhamdulillah luth dah kebah yer... mmg tahu sgt kerisauan seorang ibu tu, kalau anak2 yang sakit mak bapak yang pening kepala sampai x tidur, kdg2 sampai jatuh sakit pulak kan.... cabaran & ujian buat kita sebenar tu redha ajelah ! Allah swt maha pengasih & penyayang

    ReplyDelete
  6. Laaa...patutlah lama menyepi .Siannya Luth. Alhamdulillah dah sembuh. MEmang risau kalau anak tak sihat ni. MC dan EL memang dan sinonim dengan kita ibu yg berkerjaya ni lyd.

    ReplyDelete
  7. Tu la pengorbanan mak mak pada anak anak
    Klu tak mak sape lagi nak jaga kan..
    Moga luth cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. patutlah blog akak pun sepi...Alhamdulillah, Luth dah sihat..memang risaulah anak bila kena demam ni,,lebih-lebih lagi suhu tinggi

    ReplyDelete
  9. ooo..campak ruam kot luth..razin dan rafif pon kena dlu..tapi alhamdulillah tak sampai tahap masuk wad..skrg musim org sakit..ni dua2 anak cikgu pon tgh demam..huhu (T T)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. luth dah sihat ye.. kita ni bila dah jadi mak.. memang mcm tu.. risau sgt kalau anak x sihat kan.. kalau blh pindah.. dh lama mintak sakit tu pegi kat kita..asal anak2 sihat.. hihi.. hati mak..gitu le..

    ReplyDelete
  11. Suhu naik sampai 40 bahaya juga tu...takut dapat sawan. Anak sulung saya dulu pernah hadapinya, isteri terkejut lihat anak sawan sampai dia hampir2 pengsan!!

    ReplyDelete
  12. anak sakit memang kita sama 'sakit'... jauh lagi perjalanan ni kak.. jauhhhh lagiiii...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah,

    anak dah sehat...memang begitulah hati stiap ibu...kalau anak sakit ibu akan terasa juga sakitnya...naluri ibu sangat kuat...walaupun seorang ibu/wanita itu nampak lemah dalam situasi2 begini...sebenarnya semangatnya yang kuat untuk kesembuhan anaknya itu membuatkan hati dan fizikal dia juga kuat untuk menghadapi segala kemungkinan...
    Subhanallah..

    ReplyDelete
  14. Bunda dah jawab masaalah (bab menopos) kakak LydSunshine..

    ReplyDelete
  15. ya allah... dah beso dah....kejap jeee... macam lama sangat kami tak jenguk kenkawan bolg kami ni... huuu3x....

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah ...harap2 luth sihat sepenuhnya lepas ni...kita as a mum kalau anak x sihat memang risau...biar la apa org nak ckp kita cuti lama kan....nyawa anak bukan ada jual kat mana2 shopping mall..

    ReplyDelete
  17. Ya Allah kesiann sungguh la bila tengok budak ditimpa sakit, Alhamdulillah dah sihat dah sekarang. lama jugak kome berkampung kat spital tu yer. Ni dah kebah demam mmg makan banyak la dorang, qada yg masa sakit tu hehehe.

    ReplyDelete
  18. siannya luth. nampak pucat benor tapak kaki luth.
    alhamdulillah dah sihat ye luth..
    jaga diri lyd n famly ye.. tatatitu

    ReplyDelete
  19. anak koi dah tak ndak bubur halus...nak yg kasar kasar...kalau bagi yang bleder halus...dia buat aksi geli geleman

    ReplyDelete
  20. alahai cian luth..semoga cpt sembuh ya sayang..

    ReplyDelete
  21. alah Luth tak sihat yerk haritu.. alamak sori auntie lama tak meronda ke sini... namun doa dari jauh semoga Luth bertambah cergas lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, Luth dah sembuh. Dah kembali menceriakan hidup Lyd sekeluarga ya :) Memang sedih kalau tengok anak sakit ni. Saya pun sama juga. Apalagi kalau doktor kata nak ambil darah, nak cucuk tangan mungil tu...aduhai...memang membuak-buak air mata emaknya!

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah Luth dah sihat.. :)

    Sedapnya tengok telur separuh amsak tu.... da lama tak makan :D

    ReplyDelete
  24. alah ciannya. alhamdulillah dah sihat ye. mmg sy pun klw anak x sihat mmg akan terus cuti.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...