SEJAHTERALAH KE ATAS KAMU...
OIT, HURUP BESAR SEMUA. excited sangat aku nak join giveaway anjuran SueSukaSusun ni. [sue, boleh saya tanya sikit, apa yang sue suka sangat nak susun tu]. tak kisah la apa hadiahnya yang ditaja oleh insan mulia dan pemurah iaitu BondaLesungPipit. aku tetap jugak nak menang. ye, ikhlas ku katakan, aku join sebab nak menang. kalau tak menang aku sentap. k bai.
eh belum bai.
Doa ini, aku bacakan setiap hari pada setiap botol susu badan aku yang aku pam untuk diberikan kepada Luth.
Luth soleh, Luth taat pada Allah, Luth taat pada Rasul, Luth taat pada mama dan papa.
Luth cerdik, Luth bijak, Luth faham dan hafal Al-Quran dan Hadis. Luth penegak kebenaran, Luth pembela agama Islam. [InsyaAllah].
Luth sihat, Luth kuat, Luth penyabar, Luth berakhlak mulia, Luth berhemah tinggi,
Luth hormat orang tua, Luth sentiasa berkata benar.
Semua orang sayangkan Luth, semua orang sukakan Luth.
Mama, papa sayang Luth... Luth sayang mama dan papa. Amin. Ya robbal alamin.
Doa yang aku bacakan untuk dia ni mungkin lain macam sikit gaya dia. Tapi memang yang ini la yg aku baca seperti aku meniup kata-kata positif kepada air susu yang akan aku berikan kepada Luth. Agar molekul susu itu berubah menjadi seindah kata-kata positif yang aku sebut2kan itu. :-)
nak join giveaway ni, senang je. meh masuk ramai-ramai meh. buat satu
entry ringkas [ringkas je sudah la, sian ke penganjur jugak nak kena
baca panjang2. haihh korang ni pun.], kena letak 1 gambar anak yang
bertudung atau bersongkok@berkopiah, pastu doa korang untuk anak. di
ulang, satu je. sape letak gambar lebih dari satu, siappp.. pastu jadi
follower penganjur si BondaLesungPipit, ibu kepada si manis Insyirah.
kalau nak tengok syarat-syarat penyertaan, boleh...boleh.. jangan malu jangan segan click pada gambar anak dara pakai hijab kat bawah ni.
ini pulak banner sponsor hadiah.
salam kenal....
ReplyDeletesemoga berjaya Luth yang tomei2.....
wow...
ReplyDeleterajen masuk segmen...
semoga luth adalah seperti yang kau doakan...
nama pun dah cukup legend dah bagi aku luth ni
:)
TQ SIS SBB JOIN
ReplyDeleteSUE SUKA SUSUN TU MAKNENYE SEBAB SU NI SGT SUKA DENGAN ORGANIZING TAK KISAH ORGANIZING APE PUN..HEHHE...
Semua orang sayangkan Luth, semua orang sukakan Luth. SUKA DOA INI...AMIN
good luck ek lydd
ReplyDelete