Skip to main content

Kenapa Makanan Berkhasiat Mahal?

Sejahteralah ke atas kamu...

Antara gula perang dan gula pasir yg berwarna putih, gula perang lebih baik. Ini kerana gula putih itu adalah asalnya gula perang yang telah dilakukan proses 'bleaching'. Semasa proses penjernihan tu, ada la bahan-bahan tertentu yang dimasukkan ke dalam gula perang untuk menjadikannya putih kristal. yang akhirnya kekal di dalam gula itu setelah diproses. Maka sebab itulah gula putih itu dikatakan tidak elok untuk kesihatan..

Beras juga sama, beras perang adalah yang terbaik berbanding beras putih. Beras putih juga telah di'bleach'. 

Kalau secara logiknya, penyediaan yang putih lebih susah daripada yang asalnya [yang perang]. Pun perlu ada bahan tambahan yang pastinya memerlukan kos yang lebih untuk menghasilkannya. Tapi kenapa yang sudah di'bleach' tu lagi mahal daripada yang berwarna perang? Kenapa gula perang lagi mahal daripada gula putih? Kenapa beras perang lagi mahal daripada beras putih? Aku rasa persoalan ni sama konsepnya dengan persoalan, 'kenapa harga CD lebih mahal daripada harga kaset sedangkan membuat CD lebih mudah daripada membuat kaset'?. [ni persoalan zaman 90-an la. Budak2 mmg la tak tau.]

Dah tu macamana la kita nak pilih makanan yang lebih menyihatkan? Eh..eh... tapi kalau murah, nanti jenuh plak nak makan beras perang. Huhu. Beras perang kalo makan sekali sekala boleh la. Tapi kalau tiap-tiap hari, mati kutu dibuatnya.

Bukan tentang beras dan gula je. Makanan-makanan yang perlu diambil lebih banyak yang tersenarai di dalam piramid makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mahal harganya. Sayur kangkung je yang murah. Sawi, bayam pun masih murah. Tapi kalau nak makan untuk gantikan portion untuk kenyang macam nasik, berapa puluh ikat nak beli? Setakat seikat tu, eleh... celah gigi pun tak sempat lekat. Lagi plak kalo seikat tu utk makan 2 orang. Tak dpt nak kenyang la. 

Buah pun sama je mahal. Kalau nak amalkan sehari sebijik epal, harga epal sebijik yang standard RM1.50. Ok, sebulan baru RM45. Tapi larat plak nak makan apple je tiap2 hari kan? Pisang pun dah mahal, betik, tembikai, jambu batu, tembikai susu semua mahal. 

Itu belum termasuk ikan. Ikan kembung mentah last aku beli seekor RM2.50. Tak tau cemana dia kira, tapi kebetulan aku beli 4 ekor harganya RM10. So, betul la 2.50 sekor kan? Oat pun mahal. Susu pun mahal.

Dah tu, ada banyak sangat ke pilihan kita untuk pilih makanan yang berkhasiat? Yang organik. Yang bermutu. Yang tinggal untuk kita hanya makanan bertoksin tinggi je la. Nak amalkan makanan sunnah? Boleh. Tapi tengok la jugak harga madu asli berapa rm? Habbatus sauda berapa rm? Susu kambing? Semua mahal.

Eh, aku bukan merungut. Cuma bengang je skit kenapa makanan berkhasiat mahal sangat harganya. Nak atau taknak, kita memang terpaksa juga makan makanan-makanan yang boleh memberi risiko cancer dan segala penyakit. Ye... aku tau. Kalau nak sihat, makan sikit. Jangan makan banyak. Kbai.

Comments

  1. Ikut saja cakap pak menteri: kalau barang mahal, jangan makan barang tu, makan saja barang lain...Kalau semuanya mahal, jangan makan apa-apa, dapat balik berat badan ideal...hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Agaknya dunia ni utk org berduit je...

    ReplyDelete
  3. mgkn kos agak tinggi kalo nak amalkan tiap2 hari. tp kadang2 pun bagi aku dah cukup sihat. sekarang aku ngan wife tengah amalkan makan beras perang, walaupun bukan tiap2 hari.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah . saya masih blh kenyang setakat makan sup sayur jer ... heheheee

    ReplyDelete
  5. Betul tu lyd. Yg berkhasiat sumanya mahal. MCm makanan organik tu.

    ReplyDelete
  6. Mmg mknn n lauk basah semua dh mhl skg..nk mkn udang sotong pun pk byk kali sbb udang sekilo dah rm33-35 hinggit..hadoii

    ReplyDelete
  7. tahniah yer ! tunggu reviewnya nanti http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/02/tahniah-5-blog-ini-akan-ka-review-nanti.html

    ReplyDelete
  8. Susah nak cari yang murah tapi berkhasiat dan sihat sekarnag ni kan.. sabo jela ;)

    ReplyDelete
  9. oleh itu jom makan Shaklee... hahahah...jgn marah ye. lydsunshine,

    ReplyDelete
  10. gituler keadaannyer... akakni lagi letih kalau barang untuk orang saiz comel terlampau (XXL dan keatas) memangler mahal... dahler makanan sihat mahal.. isyh tak patut2...

    ReplyDelete
  11. harga tak boleh nak kawal..semuanya mahal...

    ReplyDelete
  12. SA pun terfikir..apasal makanan berkhasiat mahal giler..yang x berfaedah tu murah jer plak...SA sekarang tgh mendiet...makan epal hijau pagi2 sebiji...malam pun sebiji...

    ReplyDelete
  13. Itu la yang sering kami suami isteri bualkan (ayat...) dulu2 dark brown adalah makanan orang kampung yang almost for free, tapi sebab besar kebaikannya.. terus melonjak naik harga. So kita2 yang kampung ni terpaksa la hadap yang kureng berkhasiat sekadar mampu.

    ReplyDelete
  14. salam singgah pagi nk bagitau yg ini ..http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/02/review-3-blog-lydsunshine.html

    ReplyDelete
  15. itula..tp skrg apa pn smua dh mhl dear..hihi..ayu singgah dari blog KA ;-)

    ReplyDelete
  16. betullah tu lyd..amboi bengang sangat nampak sampai dah tak hapdet blog?ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  17. pilihan di tangan kita :) semua makanan pun perlu bersederhana, jangan berlebihan :)

    ReplyDelete
  18. Boleh buat alasan kalau berat badan naik.. sebab makan berkhasiat itu mahal hahahahaa :D

    ReplyDelete
  19. sebab harga fastfood murahla dulu saya suka makannya..pemakanan yg tak sihat buat saya dpt penyakit juga.. emm...skang sy dah ubah pemakanan saya kpd makanan yg lebih sihat..tp mmg diakui kosnya tinggi juga.. nasibla...

    ReplyDelete
  20. setuju..benda berklhasiat semua mahal..tu pun ak berapa nka bekhasiat sgt dh..sayur ikan semua pun dh diboh racun utk tahan lama..nak murah n takde bahan toksid tanam sendiri la kan..setakat sayur bley la..buah epal cmna nak tanam?hehe..

    dtg dr blog KA..Salam kenal!

    ReplyDelete
  21. klau makan sikit tak kenang pulak..heheh

    ReplyDelete
  22. as-salam lyd..
    wah lama tak mai sini. sihat ke ?
    mmm, betul tu kan..
    beras perang boleh j mkn hari hari tp tu la tak tertelan kot.. hahaa. xda rasa..
    apa boleh buat..

    ReplyDelete
  23. ermm..itu realitinya lyd...
    klo kat kmn ni lg parah..mmg mahal nebeng2 sgt rasa

    ReplyDelete
  24. baru terfikir ape kau cakap ni...

    makan lauk sardin je la...

    huahua.

    ReplyDelete
  25. Kalau rasa mahal, jangan makan tapi kalau tak makan, kitalah rugi tak dapat makanan berkhasiat. Apa nak buat... kalau nak makan kangkung berikat-ikat pun alahai...sedih gak bunyinya!

    ReplyDelete
  26. saya suka beras peranggggg..hehehe
    kalau makanan/tanaman organik tu, pernah tgk rancangan dokumentari kat tv dulu. katanya harga agak mahal dari makanan biasa sebab cara pengendalian/handling yang lebih sikit. Kan tanaman organik kena guna baja semulajadi, pastu banyak guna tenaga manusia. bukan mesin2. gitu la yang tengok kt tv dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya