Skip to main content

Goodbye 2 o I 3



Sejahteralah ke atas kamu....

Tahun 2013 dah berakhir 2 hari lepas. Nak buat sorotan sepanjang tahun 2013 aku memang tak ingat. Daya ingatan lemah betul ni. Satu-satunya perkara yang aku ingat ialah kelahiran Luth pada bulan Mac. Lepas tu, semuanya adalah tentang Luth, Luth, Luth. Pasal diri sendiri.... erm... zero. Memory blackout. Heh.

Untuk tahun 2014 ni, aku berazam untuk improve diri aku bab time management. Rasanya dah banyak kali aku berazam nak improve cara aku menguruskan masa ni. Heheh. Setakat yang lepas2 aku hangat2 tahik itik je. Jadi, tahun ni aku berazam juga untuk istiqomah dengan azam aku sendiri. Lagi satu aku nak majukan bisnes aku yang kecik ni nak buat sungguh-sungguh, paling tidak pon biar lebih maju daripada tahun 2013. Eh, apa yang aku jual? Macam yang aku pernah tunjuk dalam blog ni, aku jual cadar. Nak update design2 baru supaya lebih banyak pilihan. Then, barut baby juga alas baby. Mungkin tak sekencang mana, tapi perlu lebih baik daripada tahun 2013.

Yang pasti, tahun ni aku memang kena berjimat tahap maksima. No more makan kat luar yang mahal-mahal. Sushi ke, Kenny Rogers ke, Manhattan Fish Market ke, steak dan setara dengannya. Sebab PM suruh jimat. Maka, kita sebagai rakyat yang taat kepada pemerintah, kena la ikut cakap PM..... gituuuu... Selamat berjaya untuk diri sendiri.

Comments

  1. QV juga ada masalah time management . kekadang ada perkara yg x dijangka berlaku . jadi , tm tu dah lari .

    ReplyDelete
  2. Selamat datang ke tahun barang naik 2014!!

    ReplyDelete
  3. Hmmm..bila dah ade baby nie ..mmg nampak mereka sahajalah kan yg begitu ketaranya...yg pasal kita tuh tah kemana daah...
    selamat menjayakan bisnes..buat pelbagai..ade rezki nanti inshaallah sy jd pelanggan ker...heheh

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum lyd...sekejap jer luth dah besar yer...:)

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru dan selamat berjimat le kita.. masak je la kan, hihi

    ReplyDelete
  6. Happy new year lyd..
    Semoga trs sukses ye dlm apa jua bdg k

    ReplyDelete
  7. bila ada byk benda nak kena buat, agak susah gak nak manage time. selalu terjadi kat aku gak.

    ReplyDelete
  8. omey luth..
    slamat tahun baru jugak dar shark,
    smoga tahun ni lebih baik dari sebelum ni yer.

    ReplyDelete
  9. selamat tahun baru kak..moga bisnes akak bertambah maju... try akak post kak fb atau instagram..

    ReplyDelete
  10. Slamat tahun baru Lyd. Tak tau plak ada buat bisnes. Samalah...nak improve kan time management. Labih2 lagi anak dah skolah ni. Nak kena bangun lebih awal daripada biasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya