Skip to main content

Cecair Pencuci Botol Susu dan Puting Susu Terbaik

Sejahteralah ke atas kamu...

Botol susu dan puting botol susu perlu dibasuh dengan sebersihnya daripada lelemak susu, tetapi haruslah menggunakan pencuci yang paling selamat untuk bayi. Setakat ini aku dah mencuba 4 jenama berbeza. Jadi yang terbaik di sini ialah diantara 4 jenama ini sahaja. Bukan mewakili semua jenis yang ada di pasaran.


1. Pureen Liquid Cleanser for Feeding Bottles, Nipples & Vegetables-Fruits.
Bentuk : Cecair jernih tanpa warna. 
Bau : Terdapat 3 jenis ; No Flavor [tanpa bau], Mint Flavor [bau pudina] dan Orange Flavor [bau oren]. 
Harga :  Sebotol 750ml berharga RM19.90 [di Jusco].
Keluaran : USA




2.  Bumble Bee Baby Safe Liquid Cleanser
Bentuk : Cecair jernih tanpa warna
Bau : Oren
Harga : Satu botol 750ml berharga RM23.90, pek berkembar RM38.90 [di One Baby World]
Keluaran  :  USA





3.  Tollyjoy Baby Accesories & Vegetable Liquid Cleanser
Bentuk : Cecair jernih tanpa warna
Bau : Wangi yang menyegarkan. 
Harga : Refill pack 900ml berharga RM25.90 [beli di Jusco]
Keluaran : Singapura

4.  Pigeon Liquid Cleanser

Bentuk : Cecair yang cair seperti air tanpa warna
Bau : Bau seperti..... tak sure la bau apa. Tak dpt nak recall bau tu.
Harga : Dah lupa.
Keluaran : Jepun





Pureen : Yang non flavor tu okay la. Tapi yang mint dan orange flavor tu, lepas basuh bau dia melekat bila lama-lama botol susu ada bau pelik. Cuciannya bersih. Harga pun mampu milik.

Bumble Bee : Cecairnya lebih cair daripada Pureen. Baunya orange tapi saya kurang suka. Kuasa pembersihan juga agak kurang. Harga pula lebih mahal berbanding Pureen.

Tolly Joy : Cecairnya lebih likat berbanding Pureen dan Bumble Bee. Cucian benar-benar terasa bersih. Berbau sangat wangi yang lembut. Selepas basuh pun bau tu tak melekat kuat pada botol susu.100% food grade. Guna sikit pon dah cukup.

Pigeon :  Cecair yang cair seperti air. Mencuci dengan bersih dan cepat. 100% food grade. 


Pendapat peribadi aku ;

Pilihan yang aku paling suka ialah Tollyjoy. Sebab bau dia tak busuk dan hasil cuciannya bersih. Aku tak pasti dari segi saintifiknya Liquid jenama Tollyjoy ni mengandungi bahan kimia yang lebih tinggi berbanding jenama lain atau tidak. Yang pasti, pilihan aku buat ni adalah yang aku suka. Terbaik di sini bukan bermakna terbaik dari segi ujian klinikal atau fakta tertentu. Hanya suka dan selesa untuk aku guna. 

Pilihan kedua pula ialah Pigeon. Hasil cuciannya sangat bersih. Cuma sebab bentuknya cair seperti air maka mungkin akan cepat habis.

Pureen pun bagus juga. Sebenarnya kadang-kadang aku basuh je botol susu anak aku guna Sunlight. Takde masalah pun. Lepas tu aku steril kan la botol tu. 

Semoga bermanfaat.




Comments

  1. sy guna pureen color oren tu..dh terbiasa...nk tukar mcm malas je..hihi

    ReplyDelete
  2. Dulu ank kecik lg guna brand pureen skrg nie xde dah beli hihihi

    ReplyDelete
  3. Ok.nx time nk cuba.biasanya pkai pureen.xpnh tuko.hehe

    ReplyDelete
  4. kat rumah saya pun guna brand Pureen tu

    ReplyDelete
  5. Good review. Saya pun selalunya sental pakai Axion je. Cuma lepas tu, kasi rebus dalam periuk la botol tu.

    ReplyDelete
  6. Biasa pakai pureen jer. Ok...bley try tollyjoy lpas ni.

    ReplyDelete
  7. Aku x pnh guna pun produk ni. Anak kedua nanti, nak try gak...

    ReplyDelete
  8. Bila anak saya dah kahwin nanti, kemudian saya dapat cucu, saya akan ingat entri ni bila cuci botol dan puting...

    ReplyDelete
  9. saya ada yang Pureen tu..tak pernah guna pun sebab Mikhail menyusu direct.tak de botol2..rasa2 boleh guna lagi ke ye?/tudung biru tu..rasa nak bagi kat orang je..

    ReplyDelete
  10. Nanti boleh buat rujukan bila dah ada anakkk ...wuuuu...banyak betul kena belaja T_T

    ReplyDelete
  11. oooo... baru tau ade pencuci mcm ni...

    ReplyDelete
  12. Oh..ade pencuci khas yer lyd..sy biasanya gunakan pencuci biasa jerr...eh..mana ade botol susu lah..hehe...selamat kalau tidak ..mahal jugak tuh kan lyd..

    ReplyDelete
  13. lyd, daun sireh tu setakat yg ciksu guna ni alhamdulillah la. ciksu amalkan sejak dri zaman anak dara. hihi.

    serius ciksu x pernah ada keputihan. gatal gatal pon ta pernah lagi la. sbb dulu ada mmber dia ada ckp ada selalu gatai gatal dkat missv, skali bg dia cuba, alhamdulillah.

    habis malas lyd buat la seminggu sekali pon ok. kalau time period ikut la berapa kali nak guna. dia boleh hilangkan bau hanyir darah mr p tu kan.

    ReplyDelete
  14. Momies Ada masalah macam saya tak?
    .
    Bintk-bintik puteh pada puting susu.. Susah sangat nak tanggal..
    .
    Rupanya ada cara nak cegahnya tanpa perlu kos tambahan..
    .
    Best sangat. Saya baca di blog ni:
    .
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    .

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya