Iklan! Iklan! Sila Click!

13 January 2014

Beli Secara Online, Kerenah

Sejahteralah ke atas kamu...

aku suka shopping secara online. 8hokey, shift key aku tak berfungsi balik... ftttff8. aku ni kalau membeli, memang tak banyak kerenah pun. kalau aku rasa okay, terus beli. nak tunggu aku rasa okay tu pun senang je. soalan yang aku tanya pun 2, 3 je. biasanya pasal saiz la[kalau baju]. semata-mata nak make sure yang betul2 sesuai. 

lepas tanya 2,3 soalan tu kalau aku rasa kriteria barang tu tak menepati kehendak, maka aku tak beli. so, aku nak bertanya... adakah salah kalau aku tak beli kalau aku rasa tak sesuai? itu la dilemma sebagai seorang pembeli online macam aku ni. biasanya kalau barang yang display secara online ni hanya ada gambar sekeping. kalau peniaga tu rajin skit, mungkin ada gambar daripada pelbagai angle. Itu membantu la. tapi kalau yang jenis gambar ada satu je, pastu kecik plak tu. saiz gambar pun besar sikit je daripada lubang hidung zirafah. lepas dah click untuk view yang lebih besar pun, tetap jugak kecik. kalau dah gitu gayanya terpaksa la pembeli bertanya macam-macam. tapi bila pembeli tanya macam-macam, penjual marah plak. dia kata pembeli ni banyak kerenah, cerewet. dah tu cemana.

maaflah kalau yang membaca entry ni salah seorang penjual. aku tak pointing pada specific penjual online tau. aku bercakap pun daripada point of view pembeli. ada penjual yang okay je kalau orang nak tanya then tak beli. mungkin dalam hati berbulu atau hati terbakar tak siapa tahu. tapi ada yang tak okay, suka post kat fb komplen pasal kerenah customer dia macam tu, macam ni walaupun tak sebut nama, tapi tak best la kan... awak dah tunjukkan attitude berbisnes awak macamana.

bagi aku, itu memang adat berniaga la. kalau ko buka kedai pun macam tu jugaklah situasinya. orang datang kedai ko, masuk kedai ko, try barang yang ko jual, tanya macam-macam, then tak beli terus keluar macam tu je. mesti lah ko rasa seperti hak ko sudah dicabuli. eceh. gitu. tapi percaya la... kadang-kadang, pembeli yang tak beli lepas dah siasat macam-macam tu, biasanya akan datang balik. mungkin waktu dia tanya tu, dia nak survey yang barang tu wujud ke tidak, kat mana ada jual, atau berapa harga, sedangkan mungkin waktu tu dia belum punyai cukup wang untuk membelinya. mana tahu kalau layanan peniaga tu baik, next time bila dia dah berjaya kumpul duit untuk beli barang tu, dia akan datang semula. tapi kalau penjual tu kemain sombong kerek, nak jawab soalan pun garang macam pegawai penjara, niat pelanggan tu nak datang lain kali, mungkin terbang ditiup kecewa.

aku tak nafikan ada yang beniat jahat hanya semata-mata nak siasat competitors [pesaing] dia dalam bisnes tu. so, orang tu menyamar jadi pembeli. tanya soalan2 yang boleh mengancam perniagaan seperti, berapa harga modal, ambil stok kat mana, atau sebagainya, kalau begitu situasinya, boleh la penjual tu nak rasa marah. tapi still tak boleh perli-perli orang kat fb. diam-diam sudahlah, cerita dengan kawan2 rapat atau family je sudahlah. atau kalau nak bagitau kepada orang yg berkenaan tu, direct je terus bagitau dia. okay, itu dah masuk bab fb plak. entry ni patutnya tak cover story tu. ceh, bajet sangat kan aku, macam mazidul dah ni. nak cover2 story pulak.

ada peniaga online tu dah state kan siap2 dah kat header dia, 'berurusan jika hanya betul-betul ingin beli dan membayar pada hari yang sama'. kalau kat fb plak, siap cakap, 'for serious buyer only'. terbantut terus niat nak bertanya. sebab selagi aku tak tanya beberapa perkara, aku sendiri pun tak tau yang aku serius ke tak nak beli barang tu. mungkin mula-mula aku memang serius berminat dengan barang tu, tapi kalau dah kena warning macam tu, takut la plak aku nak bertanya. so, terus tak tanya la jawapannya. 

ye aku faham, peniaga online ni bz. ada kerja sendiri. ada banyak tugas lain. bisnes hanya part time. so, masa mereka itu emas. jadi, mereka rasa, masa mereka yang keemasan tu, hanya layak dipergunakan untuk pembeli yang betul2 serius je. tapi kena ingat balik, ko jadi peniaga tu pun adalah di atas pilihan sendiri. bukan paksaan sesiapa. jadi mahu atau tidak, ko kena bersedia untuk hadapi satu saat di mana perniagaan ko dah maju, ko akan jumpa macam-macam jenis permintaan dan persoalan lagi. kalau tak sanggup bersedia untuk itu semua, maka ko perlu letak jawatan daripada bidang perniagaan. mungkin mula-mula meniaga, kita boleh layan pelanggan dengan sabar. tapi bila dah makin sibuk, dah makin maju, bila pelanggan yang takde potential untuk memberi keuntungan maksimum kat ko, ko dah mula nak layan dia suam2 kuku. tak patut la macam tu.

jadi, untuk kemaslahatan [betul ke perkataan ni/ haha] bersama di antara pembeli dan penjual, aku cadangkan supaya;

penjual ; 
1.  kalau letak gambar, letak la gambar banyak-banyak. biar jelas rupa bentuknya produk yang kamu jual tu.

2. maklumat tentang produk pun cerita la detail. kalau boleh buat dalam bentuk point yang ringkas2 je ayatnya, tapi ada maklumat. contohnya maklumat pasal saiz. kalau mampu, letak le saiz tu berapa panjang, berapa lebar, terutamanya kalau saiz tu freesize. takkan la tak tau, freesize tu kadang-kadang ada yang kecik, ada yang besar. kena ingat, pembeli, bukan tau pun semuanya tu.

3. kalau nak lagi best, terus je letak harga dalam website tu. tak perlu la customer nak terkedek-kedek pegi sms, email atau whatsapp lagi untuk bertanya, 'ni berapa harga' kalau dah nampak harga tu berapa.

4.  kena la banyak bersabar. kecuali kalau orang yang sama, dok tanya berulang2 kali pastu tak beli, mmg wajar le marah. tapi kadang2, ko memang dah banyak kali explain benda yang sama pasal produk tu, tapi ko tertanya-tanya, kenapa la customer ni tak faham2, dah banyak kali explain pun tak faham, maka kena la muhasabah diri, mungkin ko explain banyak2 kali tu pada orang yang berlainan. 

5.  kena banyak bersabar. adat berniaga memang banyak cabarannya. kalau tak sanggup nak hadapi, faham-faham la sendiri. 

6.  website atau blog online shop tu kena la up-to- date. kalau produk tu dah habis, tolong la update 'sold out' ke 'not available' ke,  'dah habis, booo...' ke. ikut suka la. janji pembeli tahu yang benda tu dah takde. lagi bagus kalau remove terus entry pasal barang yang dah habis tu. serius, kalau remove terus lagi bagus. takde la bila prg gugel tu masih jumpa lagi baju yang dah sold out 3 tahun lepas. hayyooo.


pembeli pula;

1.  sebelum beli tu, tak perlu terus contact pembeli kalau rasa masih belum pasti nak beli ke tak. kalau nak tau sesuai ke tak, try la google dan gali lebih dalam untuk baca review orang lain, atau cari alternatif kedai lain untuk compare harga. bila dah shortlist kan baru contact peniaga. baru la peniaga tak marah.

2.  lepas dah order, dah confirm kata nak bayar, terus la bayar. kalau rasa tak sempat nak buat payment pada waktu yang dijanjikan tu, inform peniaga. biasanya peniaga akan faham. tapi mereka pun ada syarat tersendiri seperti, bayaran dalam masa 48 jam, kalau tidak barang tu akan dijual kepada org lain. yelah, peniaga pun perlu jugak jaminan yang barang tu akan dibeli.

3.  kalau tak jadi beli, mintak maaf baik-baik. terutamanya kalau dah tanya macam-macam soalan. memang la takde sape nak tolak markah kalo ko tak mintak maaf, tapi ni kan, adab sesama manusia. 

4.  jangan cerewet sangat. sampaikan saiz diameter butang pun nak tau berapa. tanya setakat yang perlu je la. kalau nak selidik betul-betul, kena rajin la pegi kedai, pergi cari sendiri dan tengok. 


bagi aku, perniagaan online ni sangat bagus jika dilandaskan dengan kejujuran dan etika perniagaan yang betul. satu je kesimpulan tentang online business ni, online business ini hanya sesuai untuk orang yang tak cerewet yang macam aku [aku siap dengan pakej pemalas. hohoho]. 

kalau korang ada apa2 nak tambah pada mana2 point, silakan komen. mungkin bermanfaat untuk kita bersama. harus diingat, aku tulis entry ni langsung takde niat nak condemn sesiapa. hanya untuk kesejahteraan kita bersama, itu saje.



27 comments:

  1. Fuh..detail lyd cover topik ni.
    Sbg penjual online, rasanya saya dah penuhi apa yg lyd sebut. Kecuali tang gamba blm byk angle saya tunjuk. So far, saya takde problem dgn customer. Happy jwb soalan, tak beli pun takpe. Dah order, cancel pun takde hal. Dah beli, tak muat..nak tukar. Pun takde hal. Dah beli...nak tuko kaler..pun takde hal. Tapi..kena byr pos sendirilah..hehe..

    Sbg pembeli..saya dan suami rajin beli online gak. Termasukla beli kipas utk rmh baru sbb ada promo best. So far ok. Cuma pernah beli tudung, tulis sng dibentuk. Bila dpt lembik langsung xleh bentuk. Tapi saya malas nak tukar,lgpun saya faham...beli online mmg takleh cerewet dan detail sgt.

    ReplyDelete
  2. mcm aku ni, jenis yg jarang beli pakaian. tp bila time nak beli tuh, aku make sure akan keluar masuk beberapa kedai utk survey. mana kedai yg bagus & harga pun ok, confirm aku dtg balik beli.

    ReplyDelete
  3. kaaannnn..... ni letak gambo dari depan sekeping kat ig.... nak tau jugak kat belah belakang rupanya guana.... singkat ke... senteng ke... labuh ke... bukan semua perkara jangan pandang belakang....

    ReplyDelete
  4. Salam lyd..
    Rin pesen klu swh pm2 utk tahu harga rin xjd nk tnya further sbb mls..haha

    ReplyDelete
  5. KA plg x suka beli secara online ni ! n maaflah lama x menjgk, leps baik sakit mood berblog turut jatuh merundum lah ! !

    ReplyDelete
  6. Nak tambah sket. Klo penjual yg jual barang preloved tu, biarlah masih elok lagi, Dalam gambar bukan main cantik dia letak, bila dapat macam harem brg nya. Berdasarkan pengalaman sendiri.

    ReplyDelete
  7. Betul juga ya semua point yang diberi! Kita ni sebagai pembeli, kalau dilayan suam-suam kuku aje memanglah hangat membara. Yalah orang tak layan kita, buat apa kita nak support bisnesnya. Saya memang tak sukalah kalau nak tahu harga, kena sms. Apa salah letak terus harga kat situ. Jimat satu soalan.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    baru tadi gi bank in duit untuk beli online.. tapi gara2 anak dara kat umah tu yg order.. hmmm.. tapi kalau abah nya tak kasi kitorang beli online.. sbb dia takot sangat.. bayar2 barang tak sampai..
    anak dara kat umah tu tau je la.. nak beli sabun la... nak beli barang make-up lah.. hehehehe

    ReplyDelete
  9. Saya pula lebih suka beli di kedai itu sendiri, sebab rasa tak puas bila tak dapat sentuh barang yg nak dibeli. Tapi kalau barang2 yg kita dah benar2 familiar tak apa, memang pernah juga beli secara online...

    ReplyDelete
  10. kat fb saya ada sorang yang dia dok rasa orang asyik dengki je dengan bisnes dia..rimas la tengok..rasa takut nak membeli kat dia..

    ReplyDelete
  11. salam maulidul rasul

    sbb tu la sy jarang beli online.
    bab baju tudung suka pergi beli kt kedai..
    snng nk try, ada jga yg x bleh try. mcm kt kenanga x boleh sbrangan try. dh tu x boleh tukar. nasib le..

    ReplyDelete
  12. chak.. lyd masak apa tgh hari ni.
    salam maulidul rasul (:

    bykkan letak cili tu. pedas tu tak sgt cuma org perok panggil panas pijor. kikiki.
    tk pedas tak lalu la nak mkn nasi lyd.. haa giteww.

    cikabe ciksu balik balik kejap sampai nampak kering air daging tu. pastu angkat.dgg btg pinang mmg lembut kan.

    ReplyDelete
  13. jual beli online bisa menambah sodara :-)





    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

    ReplyDelete
  14. Satu cadangan yang bernan kak lyd. Pernah juga beli online sekali size tak muat..haha

    ReplyDelete
  15. emmm ok gak benda-benda macam ni...

    aku jarang shopping online...

    sebab aku prnh beli cardigan yang tak sesuai pun dgn aku...

    huuu~!

    ReplyDelete
  16. leceh kalau problem baru nampak bila kita dah bawak item balik atau item problem bila cecah seminggu dua.Tu kalau gadget la,,adoyai rasa nak maki pon ada.tapi nak buat macamana tu antara salah satu risiko yang kita sebagai pembeli kena terima

    ReplyDelete
  17. cadangan yang baik kak...ema pun ada juga fanpage untuk bisnes ni... ada yg letak harga ada yang tak....hehehe...orang tak nak beli kira tak ada rezeki untuk kita

    ReplyDelete
  18. macam serius plak entry kali ni..hehe..tp setuju gak..kena pandai give n take kan?satu lg, jgn asyik harap org beli brgn kita je..kita pun kenala beli gak brg org sekali sekala kan..kan..?hehehe..ape2pun,peace no war ek!(^_^)

    ReplyDelete
  19. baju dan tudung biasanya akak suka beli direct dari kedai sbb kita boleh rasa material kainnya macam mana

    ReplyDelete
  20. Macam marah je bunyinya ni. Haha. Habis detail diterangkan tu.

    ReplyDelete
  21. baru nak start biz on9 nih... hehehe...

    ReplyDelete
  22. Aku susah sket nak beli brg online. Tapi tak bermakna aku tak pernah terjebak. Sobs...sobs...tapi kalau bisnes kwn, aku suka sapot-menyapot. Lelagi berkenaan makan-makan. Heheheheh~

    ReplyDelete
  23. hah.. aku br je bengang ngan satu kedai ni...kt website dia x tulis pn sold out...dah wat payment tetiba je xde stock plak...tkr bende lain mntk kaler purple dia kata ada biru & oren...mntk tgk kaler biru &oren tu coz kat website xdek...pastu email permohonan anda sedang diproses-kaler biru...sesuka hati...so aku mintak refund balik je duit...jawapan je nnt kami semak barang... grrrrrrrrr...kejadian adalah hari ni...tengoh maroh ni

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum..Singgah dari GA yg sama.Jemput singgah ke blog :)


    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra

    ReplyDelete
  25. good entry for seller n buyer. sy pun jual brg sebolehnya bg detail kt org betul2 sbb sy pn suka beli online haha

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...