Iklan! Iklan! Sila Click!

09 January 2014

Aku Bukan Nak Berlagak Pandai

Sejahteralah ke atas kamu,.....








Cara terbaik anda boleh membantu bayi atau anak kecil anda belajar dan membangunkan otak yang sihat adalah untuk mematikan TV dan skrin media lain , dan bermain dengan mereka, kata American Academy of Pediatrics (AAP ) yang baru dasar mengulangi , dalam cahaya yang lebih baru data, cadangan mereka sebelum ini bahawa ibu bapa dan penjaga menjaga anak-anak di bawah umur 2 tahun sebagai " skrin percuma" yang mungkin.

AAP dibebaskan mereka laporan dan kenyataan dasar , " Media Penggunaan oleh Kanak-kanak yang lebih muda Daripada Dua Tahun ", pada Selasa di AAP Persidangan Negara & Pameran Boston. Ia juga muncul dalam talian menjelang cetak dalam jurnal Pediatrics .
Laporan dan dasar baru mengesahkan bimbingan AAP yang diberikan pada tahun 1999 untuk kanak-kanak di bawah 2: bahawa terdapat lebih negatif daripada kesan positif dari mendedahkan kumpulan umur ini ke TV dan skrin media. Dasar terdahulu lebih berlandaskan kepercayaan daripada bukti kukuh kata AAP , tetapi dasar baru , yang mempunyai mesej yang sama , adalah berdasarkan bukti yang sejak itu muncul kira-kira pembangunan otak awal kanak-kanak dan perbezaan jenis rangsangan dan aktiviti pengaruh proses pembelajaran awal mereka .

Petikan daripada MedicalNewsToday yang telah aku terjemahkan.




Katanya baby tak elok tengok TV. Tapi aku tetap bagi anak aku tengok TV. Jujur, aku memang selambe katak je bagi anak aku tengok TV. Aku tau aku bukan pakar. Kalau aku berdegil sangat orang boleh pertikaikan, nanti effect kat anak baru tahu. 

Cuma..... aku ni memang tak suka nak terima bulat-bulat apa yang artikel-artikel keluarkan melainkan aku dah kaji dan faham, kenapa itu tak boleh, kenapa ini digalakkan. Pendek kata, semua dakwaan-dakwaan tu biarlah aku ikut dengan ilmu. 

Berkenaan anak yang diberi tengok TV ni, dakwaan pakar, boleh melambatkan pertuturan. Selain daripada kesan pada mata hasil daripada resolusi cahaya pada screen TV. Part mata tu aku setuju sangat. Lebih-lebih lagi kalau tengok TV dari jarak dekat. 

Pasal lambat pertuturan tu, daripada pembacaan aku, tidak ada bukti yang jelas perkara ini disebabkan oleh TV. Mungkin mempengaruhi tetapi bukanlah 100% menjadi punca lambat bertutur.

Kalau kita ingat balik ajaran Islam, semua perkara... kalau dilakukan secara berlebihan akan mendatangkan mudarat. Tak kira la apa pun. Jadi, aku gunakan pendekatan yang sama terhadap TV. Mungkin kalau aku biarkan Luth tengok TV 12 jam sehari tanpa henti, tak mustahil akan ada kesan negatif kepada dia. 


Aku berani benarkan dia menonton TV, cukup sekadar beberapa masa yang singkat. Bagi aku, aku yakin tak akan ada masalah. Malahan, sekali sekala, aku rasa TV sangat membantu aku waktu aku nak buat kerja, nak solat ke, nak mandi ke, untuk buat Luth leka kejap. Kejap je pun. 

Lagipun, rancangan yang aku bagi dia tengok tu, kartun yang mendidik, ajar mengira, ajar kenal bentuk. Juga lagu-lagu kanak-kanak. Selain dari tu, bagi dia dengar azan dan zikir je kat TV. 

Walaupun TV aku sentiasa pasang bila aku ada kat umah, Luth bukan tengok pon kalau aku pasang channel yang tak menarik minat dia, contohnya rancangan memasak, atau berita atau dokumentari kawan aku, si badak air bergaduh. Dia dok main la mainan dia time dia tak tengok TV. 

Apa-apapun, pendapat personal aku, kita boleh bagi anak kita tengok TV, atau main dengan tablet. Tapi limitkan la masa. Contohnya bagi dia main tablet 10 minit je. Lepas tu bagi dia buat benda lain plak. Biarlah balance hidup dia. Time tengok TV, tengok la TV. Time main tablet, main le tablet. 

Pastikan waktu dia buat aktiviti lain pun banyak. Seperti korek kaki kerusi, skodeng bawah tikar ada apa, kaji anyaman alas kaki sambil kuis benang-benang [ohhh alas kaki ni memang feveret Luth la untuk mengkaji], kejar botol air mineral yang bergolek-golek dan sebagainya. Kebanyakan waktu Luth sekarang ialah dia mencuba untuk berdiri dan berbelit kat kaki aku waktu aku masak, juga waktu aku tengah makan kat meja makan dan selainnya ialah main peek-a-boo atau Where Is Luth dengan mama dan papa. Maksud aku kat sini, aku bagi dia tengok TV, tapi seimbangkan dengan perkara lain yang dia buat. Dalam bilik air, time mandi, atau basuh najis mutawasitah dia, dia sentiasa seronok tengok buih-buih kecil di lantai bilik air.... tak kira bila, pagi buta time sejuk ke, time malam ke, tengahari ke. Memang hepi sokmo dia dan juga aktif sokmo... walaupun aku tak 100% turn off the TV. [*ini kita cerita pasal pendapat yang suruh turn off 100% TV dan gadgets.]

Aku bukan apa, bagi aku kalau kita terus sekat sesuatu tu daripada anak, nanti benda tu akan jadi perkara yang paling dia nakkkk sekali dan akan lakukan di belakang kita. Lagi satu, oleh sebab di sekeliling kita dipenuhi dengan manusia lain yang gunakan TV, tablet dan teknologi, jadi menyekat 100% semua teknologi tu akan membuatkan anak tu macam terkena kejutan plak bila sekali sekala dia nampak benda tu. Tapi, ye lah. Aku bukan pakar. Siapa la aku nak suruh itu ini kepada orang. 

Cuma, kita ada cara sendiri untuk didik anak. Ada banyak method yang baik untuk kita mendidik anak. Tak semestinya satu cara tuuuuu je. Kena kreatif la walaupun aku memang tak layak langsung nak bercakap pasal benda ni, sebab anak aku baru sorang, tu pun kecik lagi, tak sampai lagi umur setahun. Ini pendapat personal aku. Korang pulak mungkin ada yang setuju atau tak setuju, aku hormat pendirian masing-masing.

InsyaAllah, aku yakin Allah memberi aku ilham untuk aku mendidik anak aku menjadi hamba Allah yang taat kepada Allah, Rasul, mama dan papanya.  Kena rajin membaca dan apply cara yang terbaik untuk anak.






25 comments:

  1. Buat je la apa yg difikirkan patut... lain budak, lain pe'elnya..kena adaptasi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah en Nizam. Kena sesuaikan ikut budak jugak kan.

      Delete
  2. Anak2 saya sejak kecil memang membesar di depan TV. Saya tak pasti ada kesannya atau tidak, kecuali mungkin rasa ketagih sebab itu TV di hall perlu dibuka selalu. Selalu sangat mereka buka dan kemudian tinggal TV bercakap sorang-sorang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg saya pun selalu bagi tv cakap sorang2. Kadang TV yang tgk saya tido. Sebab pasang tv tu cuma nak bagi bising je. Kalo tidak sunyi je...

      Delete
  3. Ada pro & con nya. Pandangan masing2. Ada banyak cara nak mendidik anak ni sebenarnya. Ada channel tv yg bagus utk anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza. Banyak rancangan yang bagus. Kat internet pun berlambak clip video free kita bleh tgk.

      Delete
  4. aku masa kecik2 dulu, mak aku letak depan tv je. besar gak dah sekarang ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah.. lawak la cik lily putih ni. Sama la. Masa kecik lagi dah tgk tv. Tapi tak la berlebihan. Nak kata ada efek yang besar tu, rasanya takde la kot. Cuma jadi leka je la. Benda lain pun byk lagi yg bleh buat jadi leka.

      Delete
  5. yela..cikgu pon bagi je tgk tv tp seeloknya kita ada dgn dia supaya boleh tapis menapis apa yang takpatot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..betull betulll.. kadang2 tetibe je kuar iklan pompuan pakai bikini. Huhu.. Tangan mama terus kelam kabut tukar channel, tetiba channle yg baru ditukar tu pun tengah ada hisdustan menyanyi terlompat2.

      Delete
  6. betul tu. nak ckp lebih lebih pon x da idea n pengalaman kan. nanti la kalau ciksu ada anak, ciksu share pengalaman ciksu pulak ye.hihi

    lyd bg alamat mat azghul hari tu. cer check. sbb kak yg sorng lg dh dpt. kalau lyd tak dpt gtau blik k. nti ciksu gnti yg baru. yg lyd dpt tu bukan tepung tu. hihi. bnda lain :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ciksu. Nanti insyaAllah bila tiba rezeki ciksu ada anak, mesti byk benda yang ciksu kongsi dgn kiterang.

      Delete
  7. dari kecik lagi dah diajar tgk tv.. toriton...voltron...siri opah...rin hanekoma..oshin...joget joget iklan gula gula sugus yg ada org lidi 4 segi kaler hitam tu...
    Alhamdulillah..mata aku tak berubah bentuk 4 segi spt tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tgk tv kuat, mata rabun. Hehehe... Siri opah memang legend. Pastu Santan Berlada. Cuba tgk rancangan tu skrg, pasti dalam hati rasa 'apa benda la yang aku suka sgt ni dulu". Kekeke,

      Delete
  8. Anak saya kemaruk tengok TV bermusim. Adakalanya kartun pun dia tak minat nak tengok. Tapi si kecil tu, langsung tak heran dengan TV di rumah. Padanya TV adalah spot paling baik untuk baling bola. Lain budak, lain perangai. Kita ikut mana yang rasanya patut ajelah senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la... saya cuba nak bagi dia rasa tak heran dgn TV. So, sbb tu saya tak sekat 100%. Lagipun anak2 ni kan ikut mak ayah dia. Kalo mak ayah mmg kuat tgk TV, dia akan terikut la nanti.

      Delete
  9. kak, anak-anak lebih cepat belajar dgn sistem audio seperti tv ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan. Kadang2 tak semua benda kita boleh tunjuk kat anak melalui real life. Contohnya nak tunjukkan zirafah dan gajah. Berapa kali kita nak bawak dia pegi zoo untuk tunjuk pada dia dan untuk bg dia kenal itu zirafah. Cara mudah, tunjuk la guna youtube ye tak. Nnt bila dia dah kenal itu rupa gajah, bleh la bawka gi zoo, mesti dia excited.

      Delete
  10. Susah payah ngan kura2 internet nie nak masuk sini tgk bakal nantu ngan besan nie..heheh...comel gituww luth spt selalu..
    honestly..lain orng lain caranya..sy baru jer tau kajian yg lyd paste tuh..tp sy mmg tak bg anak tgk tv, sbb kami pun tak tgk tv..tp sy bg aidan nie tgk kartun dan program lain ikut komputer mmg masa umurnya dah masuk 2 tahun kalau tak silap..bila sy bg kartun, lagu2 nursery, ABC rancangan belajar mengaji dsbnya..yes..aidan cepat tangkap, wpun kami tak ajar direct cam aidan skarang blh kenal huruf dgn sendiri..juga blh kaitkan huruf ngan perkataan..cuma kalau terbiasa kartun, anak2 akan cepat bosan tgk rancangan belajar mengaji sy perhatikan..sbb tuh sy limitkan kartun..pingu & pocoyo jer sy bg..tom& jerry bg sy tak sesuai tuk usianya sbb ade jugak unsur negatif indirectly...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah..... terharunya... Terima kasih ye UAA. Berbesan la kita ye.. hehehe.

      Bagusnya UAA. Betul2 bagi Aidan tgk screen bila masuk 2 tahun. Pingu & pocoyo tu tak penhaah try lagi bg luth tgk. Skrg ni, kalo katun yg kt baby TV tu Yoyo The Magician keluar, Luth akan terlonjak2 suka, sbb dlm citer tu la ada dialog Where Is Yoyo yang saya main dgn dia tu.

      Tom & Jerry dan kebanyakan katun2 femes tu mmg tak berapa elo9k pun jalan cerita dia. Ajar bergaduh, berdendam, mengenakan org dan boleh buat sesuka hati je utk capai hasrat. Tidak baguss.

      Delete
  11. salam kak.. kalau bby lady, jrg2 je dia berkesempatan tgk tv.. sebab lady x suke tv.. lady buke pc jerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lady, kajian ni termasuk juga pc dan semua gadget yang ada screen. Katanya kena turn off terus dripd baby yang bawah 2 tahun.

      Delete
  12. Saya sependapat dgn Lyd (haih..mmg selalu pun kita sependapat!) :)
    Sekat 100% bkn cara terbaik, tapi URUSKAN IA. Tentukan apa yg boleh dan jangkamasanya. Ada kakak saya buat gitu...hasilnya anak2 ada displin. Cth: pk 10mlm wajib tutup tv. Tak suruh pun bdk2 tu tau tutup sendiri, termasuk mak bapaknya takleh nonton la kann.. :D

    ReplyDelete
  13. seluruh keluarga saya percaya Maisara banyak cakap,berani,kreatif,kurang malu sebab dia banyak tengok tv.

    ReplyDelete
  14. anak sy pun sy bg jgk tgk tv...pernah jgk baca artikel mengatakan bb dibawah umur 2 tahun elakkan dr bg menonton tv..tp sy bg jgk..tgkla cite apa yg patut. Tp lately sy perasan Qisya suka tgk ch animal planet

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...