Iklan! Iklan! Sila Click!

31 October 2013

My Takuya Kimura

Sejahteralah ke atas kamu....

Ingat lagi tak drama Jepun Beautiful Life lakonan hero idaman Jepun si Takuya Kimura ni? [Untuk sesiapa yang tengok la. Huhu. ]. Dalam drama ni Takuya jadi hairstylist. Potong rambut orang. Hairstylist tu nama baru, dulu bukan orang panggil barber ke? Hahaha. Atau adakah title barber itu hanya untuk mamak tukang gunting?



Aku ada Takuya Kimura aku sendiri. Ceng..ceng..ceng...

Eh...eh, ini adik kepada antu kak Limah kah??? Jeling kemain tajam.

Kasi potong ini rambut.... Channel Baby TV dan Bounce Bounce Baby jadi pembantu untuk suruh dia ralit dok diam-diam.

Suka sangat buat muka gemuk.

Wah, seriusnya muka takuya kimura ku yang menggunting rambut itu...

Abih kontot rambut dia. Terus nampak macam budak lain. Nenek pengasuh kata, nampak macam budak besar. Hehehe...
So, siapa yang memerlukan perkhidmatan memotong rambut kanak-kanak, boleh la hubungi Takuya Kimura saya.

30 October 2013

Anak Papa Atau Anak Mama?

Sejahteralah ke atas kamu....

Peluk lengan mama. Hebat teknik meng'edit' gambar aku kan? hehe.

Tengok TV bawah ketiak papa.

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana

Sejahteralah ke atas kamu... yang membaca blog ku ini....



Sebelum yuollzzz tertenyew-tanyew apa pekdahnya aku share gambar terkulat ni kat sini, biar aku explain le terus. Baru aku tahu yang dulu masa skolah rendah aku pernah sekelas dengan suami aku. Tengok le muka suci dia masa kecik dengan mulut muncung tu. Aku plak muka serius tak hengat.

Aku masa kecit dulu bersekolah rendah di skolah kebangsaan Sg Lembing dari darjah satu sampai derejah enang. mat Azghul plak skolah rendah kat kampung dia. [Kami kampung lain-lain, tapi dekat je masih dalam kawasan Sungai Lembing]. 

Tapi rupa-rupanya sebelum dia tukar skolah kat kampung dia, dia penah sekolah kat SKSL sampai darjah 2. Tengok pada gambar tu ada tarikh Jan 88 maksudnya masa tu kami baru lapan tahun. Sekarang lapan perpuluhan 25 darab 4. Hahaha. Gambar ni pun kawan skolah aku yg pompuan paling tinggi tu post kat group WhatsApp. Dalam belanga bertemu jua.

*semalam aku MC sebab dunia aku berpusing. Hari ni pun masih berpusing tapi semalam lebih teruk.

28 October 2013

Succeed Ke Tidok Plan Aku Tu?

Sejahteralah ke atas kamu....

Jumaat lepas aku kata aku nak buat macam-macam kan? So, hari ni biarlah aku dedahkan kejayaan atau kegagalan aku mengikut plan yang aku buat sendiri tu. 

Buat blanket atau alas baby. Completed. Mesti kena buat jugak ni sampai siap. Sebab waktu aku taip ayat ni pun, Ninee tengah bersalin. Aku plak memang plan nak balik kampung hujung minggu ni. Jadi, wajib siap. Dan berjaya. Hooreyy!!! 

Ini hasilnya... Walaupun tak seberapa, tapi aku rasa hepi sebab seni jahitan aku dah makin improve. 


Corak yang bunga-bunga biru tu, sama macam alas yang aku buat untuk Luth juga. Sama juga dengan alas yang aku buat untuk baby Iman, anak abang Long. Sempena mereka bertiga ni sebaya nanti masuk sekolah tahun yang sama, insyaAllah. Hip hip hoorey!

Dan waktu aku tengah taip ayat ni, Ninee dah selamat bersalin melalui pembedahan, sebab baby yang comel ini suka dok songsang dalam perut mama dia. Ini la babynya... Ya Allah... comel sangat. Tak sabar nak balik kampung ni.


Mak Ngah, I'm a boy. My name is Harith.

Plan kedua tak menepati jadual. Aku tak sempat nak gunting pun untuk buat beg breast pump. Yang ketiga [berkubang depan TV] sangatlah completed dan keempat [fotoshoot untuk Luth masuk contest] pun completed. Tapi gambar tak menarik sangat. Susah la nak amik gambar menunjukkan bontot yang pakai Huggies dalam masa yang sama nak suh Luth pandang kemre dan buat muka bajet comel terpaling comel tu.

25 October 2013

Plan Minggu Ini

Sejahteralah Ke Atas Kamu..

Weekend adalah hari yang dinanti-nantikan oleh aku, bahkan semua orang yang bekerja juga kot. Banyak benda aku nak buat hujung minggu ni.

Ketama - Jahit Blanket/Alas Baby
Untuk adik ipar aku Ninee. Dia nak bersalin dah sedikit masa lagi. Aku suka kalau dapat beri sesuatu yang aku jahit sendiri berbanding yang aku beli je, walaupun aku tak tau le dia suka ke tak terima hasil jahitan lintang pukang aku tu nanti.

Kedua - Nak Buat Beg Untuk BreastPump Spectra. 
Kalau beli lagi senang, tapi aku suka kalau aku dapat design sendiri beg tu ikut kesesuaian keperluan aku. Lagipun aku suka konsep 'the one and only in the whole world'. Ada satu je dalam dunia. Walaupun buruk of cos. Hehehe... 

Ketiga - Nak Tido Berkubang Depan TV
Seronoknya bentang Sport Toto depan TV. Alas dengan blanket, berkubang le 3 beranak depan TV sepanjang hari, bangun pun untuk mandi, solat, masak, makan dan rutin asas. Memang loafing dan santai gile khinz.

Keempat - Photoshoot Lagi!!!
Nak ambil gambar Luth pakai diaper Huggies Pants plak. Tapi yang ni tak perlu pergi luar rumah. Boleh buat indoor saje. So, jimat peluh. Lemak pula boleh la terus berdegil tinggal dalam kulit aku. Nanti kalo gambar cantik aku share le, kalo buruk, aku tak share.

Itu antara perkara-perkara pokok aktiviti untuk minggu ini. Perkara-perkara ranting seperti nak shopping barang2 asas Luth[baby bath, shampoo, poda [baby powder], wet tissue dan so on] atau nak beli lauk stok minggu depan kat pasar malam atau perkara2 seumpamanya yang lain, tak perlu disenarai ringkas di sini. Mari kita tunggu hasilnya Isnin depan sama ada semua yang aku senaraikan kat atas ni will be completed ke tak nanti. Tunggu je la ye. 

Maka, hari ini, bermula petang ni, sampai umah kang pulun la siapkan semua laundry, lipat baju, kemas baju, basuh baju, sidai baju, prepare beg skolah Luth utk minggu depan dengan botol susu yang semua dah bersih utk kegunaan Isnin depan.

24 October 2013

Kalau Dia Dah Mula....

Kalau dia dah mula tengok TV, ko tak payah le nak panggil dia. Memang jangan harap dia nak layan. 

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku tengok rambut dia dah nak mula jadi kecoklatan ni. Aku dah jarang syampu rambut dia. Masa baru2 lahir dulu, tiap2 hari syampu. Sebab tu rambut dia mcm kewingg jeww.

Sampai menjerit aku panggil nama dia suh posing. Sikit pun dia tak pandang.

Lepas boring tengok TV dari bawah meja, dia pindah pegi kat tilam. Tapi sama je, still terpaku tengok TV. Padahal mama dia masa pregnant dulu langsung tak suka tengok TV. Tangan dah la gemuk. Rambut macam pokok nenas. Hahah. Kutuk anak sendiri.

Maaf Jika Pendapat Ini Kamu Tak Setuju

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku tak ada rumah sendiri. Belum beli (atau mungkin boleh dikatakan tak ada plan pun nak beli rumah sendiri). Aku faham, ramai yang tak setuju kalau aku kata aku tanak beli rumah sendiri. Ada kawan aku kata aku rugi, sebab harga rumah makin mahal, sedangkan rumah tu pulak boleh jadi aset untuk kita di hari tua. Ye, aku faham konsep beli rumah sebagai aset tu. Bagi aku, tak ada masalah. Sape nak beli rumah, beli la. Sape nak buat aset, buat la. Aku? Tak ada  niat pun nak buat aset tu semua.

Prinsip aku ni senang je..... Bagi aku, rumah, tak kira sama ada disewa atau rumah sendiri, ianya adalah pinjaman Allah kepada kita. Harta yang kita beli guna duit kita sendiri, yang memang dah sah jadi milik kita sekali pun tetap hanya pinjaman dari Allah. Tak kira la kereta ke, moto ke, henfon, kasut, barang emas bla bla bla even kereta aku yang dah habis bayar tu pun, walaupun buruk, tetap pinjaman Allah je. Bila-bila masa Allah nak tarik balik, Allah boleh tarik balik. Tak ada siapa dapat jamin rumah yang kita beli  tu pun akan kekal jadi milik kita selama-lamanya. Bila-bila masa Allah nak tarik balik rumah yang dibeli tu, kita takkan tau.

Kakak aku kata, lebih baik beli rumah sendiri sebab kalau sewa rumah bahaya, ada risiko untuk dihalau oleh tuan rumah. Nanti merempat nak cari rumah sewa secara tiba-tiba nanti susah. Erm... aku pulak tak pernah rasa tertekan dengan semua perkara tu. Bagi aku, jika ditakdirkan tuan rumah suruh aku keluar rumah tu, aku terima la takdir hidup aku. Aku yakin Allah akan beri aku pinjam rumah sewa lain pula. Pasti ada jalannya. Yang pasti, aku tak pernah rasa susah hati sebab aku tak ada rumah sendiri. Tapi aku susah hati bila orang tak faham prinsip aku tentang mempunyai rumah sendiri ni. Nak explain tu susah. Haihh..

Di antara sebab aku tak mau beli rumah sendiri ialah; 
1)  Kalau aku nak beli rumah, insyaAllah aku nak beli cash. Walaupun jalannya belum nampak, tapi kalau Allah nak pinjamkan rumah sendiri kepada aku, aku akan dapat. 
2)  Sebab aku memang tak ada impian nak hias rumah aku sekian begini sekian begitu. Aku takde hati pun nak renovate rumah ke apa. Sebab semua tu tak penting pun bagi aku. Asalkan hidup aku bahagia, itu dah cukup. Asalkan ada tempat untuk berteduh, makanan cukup dan pakaian untuk tutup aurat serta kenderaan untuk ke sana sini pun dah memadailah.
3)  Senang untuk aku pindah ke mana-mana aku suka nanti. Kalau ada rumah sendiri nanti selesa di satu tempat je dan susah nak buat keputusan untuk mengembara atau berkelana. [Aku ada pasang impian untuk pindah ke luar negara untuk rasa hidup di tempat orang dan tambah pengalaman.].

Kalau aku mati nanti, cemana dengan Luth? Kat mana dia nak tinggal? Kalau ada rumah sekurang-kurangnya... dia ada tempat tinggal. ~masa depan aku tak tau dan aku tak perlu pikir terlalu jauh. Sebab tu aku jalani je hidup aku, selebihnya Allah lah yang mengaturnya. So, aku hanya berfikiran simple. Tak payah nak fikir terlalu banyak benda. Yang aku fikir sekarang ialah cara untuk aku stabilkan kewangan aku supaya aku boleh resign. Hehehehehe.

22 October 2013

Bilis Tetap Bilis, Takkan Jadi Jerung

Sejahteralah ke atas kamu...




Warna Warni Kehidupan.
Jika benar warna warni color blocking akan menarik perhatian dia, then kenapa;
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
remote jugak yang dia berebut dengan mama, kotak tisu juga yang dia main hempuk-hempuk kat lantai, buku-buku di dalam kabinet juga yang dia berusaha nak ambil dan bekas berpenutup hijau itu juga yang menjadi pilihan. Mainan canggih yang mama beli..... babai je la.

Nakei lettew.

Sekarang Luth dah pandai merayap. Kalau mama dalam bilik laundry, sidai kain tinggal dia sorang kat ruang tamu.... kejap lagi kang tetibe je ada makhluk merayap jenguk mama.


21 October 2013

Super Ringkas, Super Singkat

Sejahteralah ke atas kamu...

Remote Astro kat umah aku rosak.

Beli kat Mydin, banyak button tak berfungsi.

Beli kat 99 speedmart pun sama je tak berfungsi.

Kat mana nak beli yang original?

Ada sesiapa tau?

Button kat decoder pun tak membantu untuk tukar channel.

Buka tutup tv pun hanya BB TV je yang berkumandang.

Dah tu cemana?

20 October 2013

Sate Goreng Untuk Lahaban Di Aidil Adha

Sejahteralah ke atas kamu...

Lahaban tu hampir nak sama cam bunyi lahabau. Mueheheheh.

Resepi sate goreng yang simple, ini untuk jumlah ayam agak2 penuh 2 tapak tangan atau semangkuk yg percuma beli sabun biozip.[Lebih kurang sekilo ayam la].

Bahan-bahan perapan
1.  Serai 10 batang potong kecik. [ni yang paling utama, kalau tak ada serai ni memang tak sate la sate goreng ko tu.]
2.  Halia [besar ibu jari lebih kurang seinci je sudah la]
3.  Lengkuas [sehiris nipis je dah cukup, tak letak pun boleh lah]
4.  Kunyit hidup seinci[ni utk warna, kalo ko nak letak serbuk kunyit pun bleh. Serbuk kunyit Adabi letak 2 sudu teh, kalo serbuk kunyit Babas sesudu teh je dah cukup.]
5.  Bawang putih 5 ulas [agak2 la bawang putih tu besar mana, kalo besar sgt, 3 ulas pun jadi.]
6.  Bawang merah 7 ulas. [Kalau bawang merah tu besar-besar saiznya, 4,5 ulas je sudah].
7.  Garam satu + setengah sudu teh. 
8.  Gula *optional*, ikut tahap manis yang ko suka. Sate kena ada manis sikit baru sedap. Tapi jgn plak sampai manis macam pengat pisang. 
9.  Ajinomoto *pun optional*

Kalau nak rasa lagi kick, boleh masukkan jintan manis, jintan putih dan ketumbar ke dalam bahan2 ni. 

Semua bahan-bahan perapan ni, ko satukan mereka dan kisar menggunakan blender. Sila ingat untuk masukkan air sama level dgn jumlah bahan2 tu. Kalau rajin terlebih, boleh la tumbuk, tapi nanti takde air plak yang akan membanjiri ayam yang ko nak perap tu kan.

Jadi le begini.....
Kalau ada banyak masa, perap la semalaman. Kalau dah suntuk sangat, beberapa jam pun boleh. Atau kalau dah tak sempat sangat, lepas je blen d boleh terus masak pun boleh jugak. Boleh belaka.


Cara nak masaknya, ayam yang basah-basah berair dengan air perapan ni, masukkan semua dalam kuali. Buat ala2 macam nak masak rendang tu. Biar je dia mereneh dengan air perapan tu sampai dia jadi kering. Tak perlu masukkan minyak lagi. Sebab, nanti ayam tu akan mengeluarkan air masa tengah masak kat atas dapur tu. Sila bersabar dan tunggu air dia kering, baru masukkan minyak masak sawit atau minyak sayuran. Masuk la dalam secawan. Dan biar minyak tu menggoreng sate ni.


Tak sesedap yang macam arwah mak aku atau yang ibu mertua aku buat [teknik ini yang arwah mak aku punya. Ibu mertua aku punya teknik lain sikit. Tapi pun sedap jugak].

Aidil Adha eve [sehari sebelum raya] Mat Azghul kerja. Aku pesan suruh beli ketupat segera untuk dimakan bersama sate ni. Dia balik pon dan lambat, dia cari kat speed mart dan mini mydin, semua ketupat segera dah habis. Aku ni nak tanak terpaksa la nak buat sendiri nasik himpit.  Kalo tidak nanti tak syok ah makan sate dgn nasik putih.  Aku tanya ibu mertua aku cara-cara nak buat nasi himpit sendiri. Kata ibu mertua aku, untuk hasilkan nasi himpit yang berkualiti antarabangsa [okey, ibu tak cakap pun camtu, aku tambah-tambah je], sukatan beras ialah, 1 bahagian beras dengan 3 bahagian air. Maknanya, kalau ko guna cawan, sukat le 1 cawan beras + 3 cawan air. Kalau ko nak sukat guna mangkuk ke baldi, ikut suka, asalkan air kena 3 kali lebih daripada beras.
Aku masak secawan kecik je. Nak makan pun 2 orang je. Lepas nasik masak, pindah masuk bekas plastik, aku lapik guna aluminium foil dan tekan dengan memakai glove tangan. Gambar glove aku tak ambil sebab comot benor aku tak basuh. Hahahaha.

Dipadatkan.

Tadaaaa.... buruk sungguh rupa nasik himpit aku. Ini jadi mcm ni sebab aku tak tunggu lama pun lepas aku padatkan tu. Sebab buat pagi tu, pagi tu jugak nak makan. Ni pun tengah panas lagi aku dah potong. Kalau betul2 ikut timing dia, nasi himpit ni cantik je takde la bersepai macam ni.

So, itu sahaja resepi kita untuk kali ini. Jumpa lagi next time.

19 October 2013

Join Contest Huggies

Sejahteralah ke atas kamu...

Syarat penyertaan untuk join contest Huggies ni ialah perlu ambil gambar anak anda bertemakan 'aksi lasak di luar rumah'. Maknanya, kat luar rumah la. Aku kalau nak amik gambar Luth betul-betul kat luar rumah flet aku ni, memang tak menarik langsung le gambar tu. Maka, gigih la aku ngajak Mat Azghul pergi taman untuk buat outdoor photoshoot.  Walaupun dah lapan tahun aku duduk kelumpo, tapi bukan aku tau sangat tempat-tempat kat kelumpo ni. Aku bukan jenis yang suka explore tempat-tempat baru, sebab motto hidup aku pun, "lebih baik aku tido daripada aku penat". Memang tak sesuai perangai pemalas ni.

Mula-mula, ajak Mat Azghul pegi Taman Tasik Titiwangsa. Dia tanya aku, kat mana Taman Tasik Titiwangsa tu, aku jawab tak tau sebab aku memang tak tau. Tak membantu langsung. Pastu lalu depan Dataran Merdeka, drive je terus pastu nampak signage 'Taman Botani Perdana'. Ahh... pun boleh jugak la.... Al kisahnya, sampai le ke Taman Botani Perdana ni. 

Aku nak explain lebih2 pun tak dapat sebab aku tak explore habis pun Taman ni. Besar giler. Penat tau aku menapak dari tempat parking ke taman. Aku cuma sampai ke bahagian air pancut kat tengah-tengah tasik ni je. Pastu patah balik sebab dah petang. Betul ni, aku patah balik sebab dah petang, bukan sebab aku penat nak jalan. Hahahah. Layan gambar... [ini pun aktiviti ari Ahad lepas pegi makan kat Mr Food tu].




Gambar ni yang aku pilih untuk masuk contest. Nampak siap bawak alas lagi nak suruh Luth merangkak kat jeti kecik ni. Macam kero je mata si kecik mama ni.

Suka sangat dia twist kan lidah dia. Yang penting mama gomut. Pui.
Tu je la. Peace.

18 October 2013

Aku Kembali Rajin

Sejahteralah ke atas kamu...

Mula-mula aku pasrah bila aku tiap2 hari update blog tapi aku tak dapat income yang banyak pun dalam Nuffnang. Sebab aku rasa, macam apa masalahnya.... blog aku bukan cerita benda2 yang selalu org google pun. Tapi bila aku tengok orang yang jarang update blog tetiba dia expose pasal dia dapat CPUV sampai 4, aku dah mula nak sentap. Pastu aku tengok contents blog dia pun lebih kurang aku, lagi le aku sentap. Why? Why? Why? Kenapa aku tak dapat CPUV?

Bila aku gali punya gali, punca kemerosotan iklan kat blog aku ni, aku baru perasan kat dalam Nuffnang tu, aku punya maklumat blog memang hancur. Aku kata, aku update blog seminggu sekali. Pastu isi kandungan blog plak pasal kesihatan, politik dan agama. Pasal agama tu aku yakin takde masalah. Tapi politik dan kesihatan? Sape nak layan. Pastu ada jugak aku bagitau yang komen aku terima hanya 1 dan 2 je. [jujur kan jawapan ni masa mula-mula berblog dulu]. Dan audien aku pulak hanyalah kawan-kawan rapat dan family. oooooooo.... Patut le pengiklan tak sudi nak iklankan kat blog aku. 

Aku insaf. Aku tukar maklumat tu semua. Dan yang paling ketara, aku dah mula nak kejar satu hari satu enty. Aku dah mula dapat rhythm untuk berblog semula. Wochaut cekidaut yuolss..! Sebab tu kalo korang perasan [perasan la korang ni], blog aku dah diupdate tiap2 hari dah. Weehuuu... Maka terus je aku nampak kesannya, sekarang aku dah dapat 3 CPUV on going. Alhamdulillah. 

Nak kata aku blogging sebab duit tu tak jugak. Tapi dah memang fitrah manusia, aku ni suka dapat reward. Baru la bersemangat aku nak teruskan cerita pedooh aku untuk korang baca.

Ikan Siakap 5 Rasa

Sejahteralah ke atas kamu...

Mat Azghul request nak makan ikan siakap 12 rasa. Aku try my best untuk tambah sebanyak mungkin rasa yang ada. Selain nenas, aku tambah jagung dan epal hijau.

Fresh ikan siakap ni beli kat pasar malam kerinchi.

Terlebih garing plak sebab aku takut nak balikkan ikan ni. Huhu.

Macam hutan dah daun ketumbar aku tabur atas tu.

Sedappppp... ceh perasan masakan sendiri sedap.
Kalau makan siakap ni 2 orang, memang puas makan. Dah la ikan tu fresh, memang sedap.

17 October 2013

Keselesaan Untuk Dikongsi Bersama Set Bilik Tidur Idaman

Sejahteralah ke atas kamu...


Straight to the point, siapa nak beli cadar 100% cotton dengan kiraan benang dia 350, jenama Laurea, boleh le private message kat aku nu_sigma1980@yahoo.com. 

Kalau dengar harga macam mahal [tak tau la, ramai yang kata mahal. Tapi aku rasa kalau mahal pun berbaloi la.]. Konsep dia macam ni, kalau ko sanggup beli kain pasang cotton berharga RM120, pastu tempah lagi, then ko memang rasa selesa pakai baju kain cotton tu. Atau paling busuk pun baju blaus atau t-shirt yang harganya 50-60 hinggit sehelai. Walau selesa cemana pun, takkan ko nak pakai baju yang sama tiap-tiap hari kan? Tapi cadar, ko boleh pakai tiap2 hari. Takde sape nak komplen. Kalau kotor, basuh then boleh pasang lagi. Lagipun, kalau selesa pun pakai baju cotton yang mahal tu hanya ko sorang je rasa. Apakata [bagi yang dah berkahwin], ko kongsi keselesaan kain cotton tu bersama pasangan ko. Serius ni tak tipu, cadar ni memang selesa. 

Aku ni jual barang yang aku dah guna. Jadi, boleh la aku lambung lebih-lebih. Yang ada pada aku ni adalah Queen Ruffles. Ada 4 sarung bantal dan satu sarung bolster. Kain dia sejuk dan garing. [Garing? Faham-faham la kan. Tak faham angkat tangan.]. Kalau nak single atau king pun ada. Yang ada comforter pon ada.

Kalo suka, let me know hokey. 

Ini contoh design ruffles. Gambar daripada Google. Kat bahagian dalam tu sebenarnya ada getah fitted, kalo pasang kat tilam, terus je terletak. Ko tido ganas macam singa pun, tetap tak bergerak. Sesuai untuk orang bz yang takde masa nak kemas katil macam haku.









Kiraan bagi kain cotton yang berkualiti ialah dari 150 - 200 thread count. Thread count 180 ke atas dikira sebagai kualiti terbaik. Aku jamin, sape yang beli ni takkan menyesal. memang selesa sangat. Taktau nak explain cemana lagi dah. 

I tell you, katil adalah seumpama tempat kembalinya ke sarang bagi setiap manusia. Kat situ la perlu paling selesa dan selamat. Tak perlu tunjuk kat orang pun cadar kita mahal, asalkan diri sendiri rasa tenang dan tenteram berbaring di situ. Jadi, silalah jangan berkira untuk beli cadar.

Gambar Lembu Disembelih Sempena Hari Raya Qurban Jangan Tengok Kalau Takut Darah.

Sejahteralah ke atas kamu.

Raya haji ni, aku tak balik kampung. Mat Azghul tak dapat cuti. Ini adalah upacara penyembelihan lembu sempena ibadat korban, qurban, qorban, kurban di flat aku tinggal sekarang.















Tanah kubur

Budak tak mandi.



Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...