Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Makan Megi Tak Semestinya Sebab Takde Duit....

Sejahteralah ke atas kamu... ......tapi kebiasaannya kalau takde duit mesti terpaksa makan megi. Hari ni waktu rehat tengahari aku tak balik hantar susu kat Luth. Stock susu yang aku bekalkan untuk Luth pagi tadi dah cukup quota keperluan dia untuk hari ini. Jadi, mama dia ni ambik peluang untuk pegi shopping sorang2. Tak jauh, kat foyer bangunan ofis aku ni je.  Dah beli tudung beberapa helai, aku beli plak grill chicken yang harganya RM12 dapat quarter chicken dan 2 side dish [aku pilih spagetti bolognese + potato salad]. Time nak makan tu aku masuk pantry, terus semerbak bau megi. Dalam hati aku, "huh! sapa makan megi???!". Bila skodeng kat bahagian belakang pantry, tengok akak-akak cleaner berbangsa indonesia tengah makan megi, kongsi satu mangkuk. Gulp. By the time aku nak duduk kat meja yang sama dengan derang tu, derang dah cepat2 kemas dan beransur keluar. Aku rasa terganggu jugak bila aku kenangkan yang makanan aku berharga RM12 untuk aku sorang je

Niatnya Nak Bergurau... Tapi....

Sejahteralah Ke Atas Kamu.... Aku selalu mengalami situasi begini; aku berniat nak buat lawak tetiba suasana jadi hening dan awkward sebab penggunaan perkataan atau ayat aku salah. Pffttt.... Contoh 1 :  Situasi :  Pergi beraya kat rumah orang biasa-biasa. Orang tu dukung anak aku pastu anak aku okay je tak nangis dukung dengan dia sedangkan sebelum tu tadi gi beraya kat rumah sorang yang ada rumah besar, tuan rumah besar tu dukung anak aku, anak aku nangis.  Orang Biasa-biasa : Baiknya Luth ni nak dengan orang.. Aku Mulut Longkang : Ha ah, Baik plak... tadi dukung dengan orang kaya dia nangis. !@##$$%%^&&*(%^&& motiffffffff??!! Kenapa aku terkeluar ayat macam tu? So, adakah aku bermaksud orang biasa-biasa tu 'miskin' sebab tadi orang kaya dukung anak aku, anak aku nangis? Aku terus je rasa awkward tahap otomen mebius lepas aku cakap gitu. Chiss.. Ngok. Contoh 2 : Situasi : Kat umah aku, ada kawan anak sedara aku datang. Pas

Mejik Bulet Bebi Bulet

Assalamualaikum, tak jawab dosa kalo jawab dapat pahala. [Bajet Maria Elena]. Kecenderungan aku sangat tinggi untuk menyediakan sendiri makanan pejal untuk santapan anak aku. Sebab itu la aku tetiba je pegi beli Magic Bullet Baby Bullet ni kat Groupon. Kuhik. Harganya dalam 90 lebih[ aku tak ingat dah 'lebih' tu berapa]. Aku paling gembira sekali kalau aku beli barang, bila dalam satu kotak tu ada macam-macam. Contoh macam Magic Bullet Baby Bullet ni, dapat bekas kecik2 [storage cups], spatula, dpt beg, dapat tray getah untuk storage dan jugak blender kecik dan blender sedang. Pastu kan... pastu kan... dapat plak 2 buah buku ni. Ini memang paling mengujakan aku. Banyak information yang diceritakan dalam buku ni. Tentang cara2 nak buat puree, buah apa yang boleh guna untuk buat puree, buah apa yang tak patut bagi pada baby, ada resepi... arghhh... memang best ahhh... Memang semua maklumat tu semua ko bleh gugel, tapi bila dapat buku percuma aku rasa hepi

Kena Pergi Surkus!

Sejahteralah kamu... Bulan 9 nanti aku kena pegi kursus 3 hari 2 malam kat Kuantan. Memula bila tengok nama aku masuk dalam senarai, aku dah jiwa kacau. Cemana dengan Luth? Nak tinggal dengan sape? Nak minum susu cemana sebab aku takde stok susu. Isap nenen papa nanti kuar air milo plak. Huhu.. Aku cuba untuk tarik diri. Tanya penganjur boleh ke kalau tak pergi? Penganjur kata boleh tapi kena dapat kebenaran bigboss dulu. Aku kalo part nak kena mengadap bigboss ni aku malas la skit. Walaupun bigboss aku bukan le garang pun. Tapi tahun lepas dah ada 2 org ofismate aku yang breastfeed anak derang yang tak dpt kelulusan pun utk tarik diri bila nama derang naik untuk pergi kursus tu.  Dilema aku untuk pergi kursus ni ada banyak.... yang paling utama ialah susu. Aku memang meletakkan keazaman yang setinggi awan untuk menyusukan Luth dengan susu ibu sampai dia berusia 2 tahun. Tapi aku takde stok susu. Susu hanya kais pagi makan tengahari, kais tengahari makan petang je. Kalo ari be

Ketawa Aje Dia

Sejahteralah ke atas kamu.... Nak cite pasal Luth lagi.    Luth ni seorang yang penyuka dan penyenyum. Ada sorang orang tua ni kata dia mcm tu sebab dia tak kenal orang lagi. Aku pun tak sure le dia dah kenal org ke belum. Aku rasa dia dah kenal aku dgn papa dia. Tapi kalo dia belum kenal orang, aku harap Luth akan kekal sentiasa jadi penyuka dan penyenyum tu walaupun dia dah kenal org nanti.  Cuma ada masa-masa yang aku rasa dia ni selalu je senyum atau ketawa tak bertempat. Hehehe... Mcm mama dia la kot. Hehehe.. Haa tengok, mama dia dah ketawa tak bertempat. Heheheh... Haa.. tengok..tengok... ketawa lagi. :D. Luth ni kalo dia tengok langsir pun dia senyum. Tengok kipas pon dia senyum. Mungkin sebab bila dia tengok benda tu bergerak2 dia nampak langsir tu macam muka mama tengah agah dia then kipas plak macam muka papa dia tengah agah dia. Bila tengok TV channel Baby TV, kalo katun dalam tu ketawa ramai-ramai sesama kaum katun, dia pon tumpang jugak keta

Puss In Boots Mintak Penampar.

Sejahteralah ke atas kamu..... Korang mesti la perasan yang aku memang dah once in a rainbow moon mengupdate blog. Aku rasa macam masa aku tak cukup je. Ntah apa benda yang aku sibukkan sangat ni aku pon tak pasti. Biasanya aku update blog time office hour[kalo pegawai integriti ofis aku baca ni abih arr aku kena buang padang].  Sekarang office hour aku dah tak sempat nak hapdet. Apatah lagi nak belokwoking. Haiya. Kacau. Bulan Syawal masih bersisa. Aku dah berhenti beraya sejak aku balik ke KL minggu lepas. Semua keseronokan raya telah aku tinggalkan di kampung. Biar kampung sahaja yang mencetus kebahagiaan raya tu. Tahun ini, raya paling sedih buat aku, dalam masa yang sama raya yang paling hepi jugak. [Ko ni mana satu ni??!!]. Sedih sebab rasa kekurangan. Arwah mak aku dah takde. Huuwaa.. aku dah takde makk...  Paling aku teringat, setiap tahun sehari atau 2 ari sebelum raya, arwah mak akan ajak aku pergi pasar besar Kuantan untuk beli lauk berlambak gile. Semua lauk t

Gangguan Makhluk Halus

Sejahteralah ke atas kamu... Masa aku pregnant dulu, aku memang tak masak langsung. Kalo masak pun boleh kira guna sebelah tangan je berapa kali aku masak. Beras ada banyak lagi masa tu. Tak habis. Aku punya la tak buka pun bekas simpan beras tu, sekali aku buka,aku tengok penuh dengan makhluk halus yang aku panggil bubuk. Aku tak tau la korang panggil spesis ni dgn nama apa, yang pasti dia kutu beras. Memang berlambak giler. Boleh dikatakan macam seekor bubuk nisbahnya hanya dengan 3 ulas beras je. Punye banyak. Kalau dah sampai macam tu punya banyak, jawapannya memang aku buang je la beras tu. Sampai tahap, kalo aku beli roti letak kat atas kabinet dapur, bubuk pun tumpang makan sekali roti aku. Binawe betul.  Itu boleh tahan lagi. Sebab roti kan still kat dapur. Jadi tak mustahil la bubuk tu nak play around sekitar kawasan dapur. Yang tak tahannya bila aku jumpa bubuk2 tu  dalam bilik tidur.  Kekadang jumpa je sekor sesat atas bantal . Yang aku paling menyirap bila aku masu