Iklan! Iklan! Sila Click!

26 July 2013

Something Missing

Sejahteralah ke atasmu.


Tahun ni first time aku berpuasa tanpa mak. Huhuhu.... Aku dah takde emakkk... Ada banyak perkara yang aku rindu pasal arwah mak. Aku cuba mengarang ayat yang terbaik untuk menggambarkan perasaan rindu tu. Rindu masakan mak dah tentu. Arwah mak aku takde signature dish. Takde la nak kata, "fuhhh... asam pedas mak aku buat memang terbaik di seluruh pelusuk cakerawala".. Memang bukan macam tu la. Bagi aku semua masakan mak aku sedap. Jadi aku tak reti nak pilih masakan mana yang paling aku rindu tu. Mungkin sentuhan air tangan dia tu yang paling aku rindu kot. Ntah la. 

Tapi, bila bulan puasa..... ada banyak jugak makanan yang mengingatkan aku kepada arwah mak aku. Sebab biasanya aku akan suka juadah yang dia suka, yang orang lain biasanya tak suka. Contohnya buah kabung.
Curi gambar dari sini

Dan kuih nekbat
Gambar dikelepet dari sini. Kuih nekbat ni bagi sesape yg tak tau, dia macam bahulu tapi tawar. Pastu masak dgn air gula letak pandan.
Pastu air gula nenas... Yang ini paling aku suka.

Maafkan daku kerana mencedok gambar ini dari sini..

Jump stab atau pon lompat tikam...

Orang yang invent kuih lompat tikam ni kalo dia masih hidup, mesti dia akan lompat dan tikam diri sendiri pulak sebab menyesal tak sudah dia bagi nama kuih ni lompat tikam sbb asyik kena menganjeng je dengan ramai orang. Gambar dari sini
Dalam banyak-banyak makanan.... hanya ada satu je kuih yang aku rindu gile vavi nak mamfus. Kuih ni aku yakin mak aku yang cipta sendiri. Nama dia kuih lipat. Bukan macam kuih lipat Terengganu tu tau. Kuih ni kulitnya daripada kulit karipap exactly tepung yang sama la. Pastu dalam tu intinya telur dadar yang ada bawang besar dan daun sup. Yang membuatkan kuih ni memang owesome ialah teknik membuat tu. Inti kuih ni, arwah mak aku isi masa telur tu mentah maksudnya cair lagi. Then masukkan dalam tepung yang dah dinipiskan, pastu lipat laju-laju, lebih laju daripada 0.03 saat iaitu masa untuk gaban bertukar menjadi gaban. Lepas tu terus masuk dalam kuali. Korang faham tak apa aku citer ni? Ke aku syok sendiri je? Kuheh. [aku gelak sekali je menandakan aku gelak cover malu.]

Itu baru citer pasal kuih. Sebenarnya yang paling aku rindui tentang arwah mak aku dah tentulah dia punya sikap tenang yang boleh menenangkan orang tu. Aku rindu nak berborak kosong benda yang sama ulang-ulang dengan dia. Makan apa, masak apa, buat apa, tengok tv citer apa.... dan sebagainya. Dengan arwah mak aku je aku boleh cerita benda-benda yang tak penting dan sangat remeh yang takde orang lain sudi dengar melainkan mak aku. Seperti kulit aku naik ruam ke, perut aku sakit kena cucuk duri landak ke, rambut aku gugur 6 helai ke, kredit aku tinggal seposen ke... semua.. semua benda tak penting. Haa. tgk, korang pun dah macam tak larat nak baca cerita aku ni kan?  Kesimpulan entry ni hanya satu je, aku rindu arwah mak aku. Sekian.

23 July 2013

Cerita Ramadhon

Sejahteralah ke atas engkau, engkau dan engkau....


Tahun ni aku rasa bulan ramadhan aku lalui dengan lebih bermakna. Sebab aku ada Luth. Pastu setiap hari aku masak. *Tahun lepas aku tak masak sebab aku alahan.*Tahun ni, paling koman pun mesti masak satu lauk pastu tak beli pun kat param pam pam, walau seulas buah melaka sekalipun. Biasanya memang tiap-tiap hari la koman. Sebab tiap2 hari pon masak satu lauk je. Muehehe. Awal2 dulu ada jugak buat kuih sendiri. Kuih keria wa cakap lu! Hey, dengar sini orang-orang PJ. Mama Luth ini membuat kuih keria sendiri di bulan ramadhon. *sumbat telinga dengan plasticine*.Tetiba nak riak. Padahal orang lain siap buat 4 jenis lauk dengan 10 jenis kuih tak keccccoh pon.

Ada sekali tu, aku cekonon bajet caucasian nak masak western. Hari tu hari Sabtu. Aku cuti. Husband aku balik awal dari ofis. Mula-mula daripada pagi plan nak masak ayam masak merah je. Sebab senang dan semuapun sukakannya. Termasuk Luth. Luth menyukai susu berperisa ayam masak merah. Ok. Merepek. Get back to the track. Tetiba dah petang masuk kul 5 baru aku terasa nak makan steak. Ni la dia bahananya kalau sebelum puasa dulu teringin nak makan steak kat Laman Grill pastu tak sempat sebab bz [bz ke mende la nko tu Jescissa? *oleh sebab ni citer nak masak western kena la tukar nama jadi Jescissa. Kalo tidak kak bedah.].

Daging batang pinang dah ada dalam fridge. Pukul 6 ptg baru aku nak start masak.  Aku ni seumur idop aku, tak penah beli daging batang pinang. So, aku tak tau pun kat dalam tu bentuk dia tak sekata sebab aku beli hok frozen punya dan packaging dia lebih kurang macam ini.


Aku ingatkan dagingnya seperti ini;

 Yang akan mendapatkan hasil seperti ini;

Aku memang teringin nak makan steak gemuk macam ni. Potongan yang cantik dan bersegi. Tapi ternyata  ramalanku salah belaka. Daging tu hanya macam ni. Macam steak yang biasa-biasa kita makan kat kedai western melayu kat Malaysia ni. Dagingnya kadang2 liat, kadang2 lembut. Ikut nasib la kan.

Bentuk kerepot-kerepot je pastu nipis.























Dah la tak penah buat steak. Pastu ko expect nak buat semua termasuk gravy dan side dishes dalam masa sejam lebih? Bodo je kan. Ari cuti pastu start masak kul 6. Memang bermimpi di siang bolong je la ko. Steak yang aku buat tu dah la bentuk tak sama tebal. So korang pon boleh teka la yang ada part jadi rare, ada part yang medium-rare, medium well-done dan ada juga part yang well-done. Memang unwell done betul la ko ni Lydi. Last-last petang tu aku lapar, aku sambung buka puasa aku makan biskut Hup Seng cap Ping Pong cicah air koko panas je. Huhu. Sedih betul kisah bulan ramadhan aku kali ni. Suami aku punye okay sikit daripada aku punyer. Sebab sebelum aku plating [bajet macam masterchef plak], aku dah pilih yang nampak lebih baik utk suami aku. Biarla yang rupa buruk aku makan. Tapi memang aku gagal la memasak steak utk kali pertama. Terasa aku memang loser giler. Si loser yang gile. Memancing dalam longkang kering. Haiyaaa.... Takpe.... Kegagalan itu membuatkan aku rasa aku tidak ditakdirkan utk masak steak sendiri. Maknanya aku kena pegi restoren je. hahahaha. 

Penyudahnya.... Daging yang mentah tu, aku basuh, aku simpan balik dalam fridge, belum plan lagi nak buat apa dengannya. Mungkin buat masak kicap je la nanti atau pun daging dendeng. Itu je yang aku reti buat dgn daging. Sian kat laki aku, sahur pagi Ahad tu makan megi je. Hahah.

18 July 2013

Yey! Luth Dah Makan Biskut

Sejahteralah ke atas kamu...

Luth dah 4 bulan. Isnin lepas masa ambik Luth dari rumah nenet, nenet kata Luth menangis je ari tu. Katanya pusat Luth merah. Aku tau tu. Kulit sekeliling pusat Luth memang merah skit. Macam melepuh sebab minyak angin dia. Insap kejap haku. Lepas tu dah tak letak dah minyak angin dalam pusat. Letak mintak afiat je. 

Sebelum aku dengan papa Luth balik tu, nenet cakap... "tadi dia nangis sangat, nenet bagi dia makan biskut". Gulp. Telan air liur sebesar manggis. Dalam hati aku, "Biskut???!!". Bertukar pucat 2 saat muka aku. "Biskut baby la, bukan biskut orang dewasa". But still dalam hati aku, "biskuttt???. Luth baru 4 bulan la nenet. Haiyaaa... ini nenet aaaa bikin kacau la". 

Nenet kata Luth nampak lapar. So, dia bagi la biskut. Sebelah je. Yang dah campur air punya. Ye... Aku tau la biskut ala-ala Farley's Rusk mcm tu. Tapi ntah la. Buntu seketika otak aku. Patut la susu Luth selalu tak habis. Bagi 4 botol tak habis. Bagi 3 botol tak habis. Aku bagi 2 botol pun tak habis sebotol. Kental betul jiwa anak aku kalo minum susu sikit camtu. Now, ai kno la kan. Rupa2nya ada agenda tersembunyi. Patutlah juga Luth ni asyik hisap jari sampai berjejes-jejes air liur. 

Aku dah mintak tolong Mat Azghul cakap kat nenet supaya jangan bagi biskut dah kat Luth. Tapi ada-ada je la jawapan dia. So, aku malas la nak cakap banyak melainkan aku hanya berharap agar Allah pelihara anak aku. Kalau aku bertegas untuk halang dia bagi Luth makan biskut pun, dia tetap akan buat belakang aku. Nanti lagi aku sakit hati kan? Jadi, biarlah dia. As long as Luth berak okay. Tak sembelit atau ada darah, aku boleh accept la. Aku ni malas sangat nak banyak komplen. Nanti kalo pengasuh marah aku, nanti anak aku yang jadi mangsa. Aku tanak macam tu. So, apa yang mampu Kak Nab lakukan, hanya berdoa-berdoa dan berdoa.


*Aku tau aku dah jarang update blog. Tapi aku tetap nak mintak tolong jasa baik korang untuk tolong vote gambar Luth kat Facebook. Actually aku memang tak berkenan nak join contest yang kena suh orang like-like ni. Tapi dah termasuk secara tak sengaja, aku kena la melobi anak aku skit. Huhu. Korang takyah add aku as friend pun dakper. Tolong voite je kat page Modern Munchkins ni. Vote gambar Luth yang tergantung kat ampaian tu. Sape yang vote memang cool and rock and best and gorjes lagi menggorjeskan dapat pahala di bulan ramadhan.

12 July 2013

Pengasuh Luth

Sejahteralah ke atas kamu...

Nenet
Pengasuh Luth adalah isteri pak imam kat surau flat aku. Beliau nampak seperti seorang yang baik, berusia akhir 50-an. Selain Luth, beliau turut menjaga lagi 8-9 orang budak lain yang berusia dalam lingkungan 5 tahun ke bawah. Kalau ikutkan aku kaget gak nak tinggalkan Luth kat dia. Ramai sangat. Baby pun ramai dalam 5 orang tapi Luth yang paling kecik sesuci embun pagi.[eii... cekomeinyaa... rindunya]. Pengasuh ni dipanggil Nenek oleh anak2 jagaan dia. Dia ada 2 orang pembantu. So, kira kurang la skit kaget aku tu.


Menangis La Sampai Kerang
Oleh sebab aku tak buat stok susu dan akan hantar susu fresh kat Luth waktu rehat tengahari, aku kerap la masuk rumah nenet, tengok budak2 yang dia jaga tu. Memang agak huru hara dan tak menang tangan gak sebenarnya. Selalu gak time aku datang tu ada budak-budak yang nangis unattended sebab nenet dan pembantu tengah attend budak lain. Tapi aku rasa tu normal je kot. Kalo kat umah pun aku selalu je biar Luth nangis lama-lama kalo aku nak siapkan keja umah. Dah alang-alang  buat keja, aku siapkan je la kalo masih tinggal sikit je. So, tak de la aku nak rasa bad impression pada nenet pasal benda ni. Cuma aku nak citer yang betapa comelnya budak-budak tu. Bila aku tengok yang menangis tu aku rasa mcm nak amik nak peluk. Heheh, dan memang aku buat pon. Dah sementara nenet bz, aku comfort kan la anak orang ntah sape-sape punya anak. Aku harap mak dia tak kisah, sebab aku pun harap kalo Luth nangis pastu pengasuh bz, ada orang yang sudi tenangkan dia. Tapi harap-harap orang tu dah basuh tangan dan takde demam atau selsema atau penyakit berjangkit. Huhu.


Budak Yang Nangis Tu
Ramai budak yang kuat nangis bila aku datang umah nenet tu. Ada sorang tu dia memang kuat nangis [tapi comel la, gomut]. Dia jenis yang nak berdukung memanjang.  Bila letak bawah dia nangis le. Ada sorang lagi tu masa aku ada kat situ, dia nangis sebab dia tak reti nak terlentang balik lepas dah meniarap. Dia penat kot. Comel sangat. Macam semalam, ada sorang lagi budak ni, dia duduk dalam walker. Masa aku datang tengahari tu bila dia nampak aku, terus dia nangis. [Adakah wajahku seperti puaka niyang rapik?]. Nenet kata dia takleh tengok orang bertudung sebab dia ingat mama dia. Hahahah... kiut sangat.[buat muka penyayang]. Aku cepat2 je lari. Tanak bagi budak tu menangis lama2. Lagipun Luth tido. Aku jenguk Luth kejap pastu aku blah la. Petang semalam masa aku datang amik Luth, budak yang sama menangis lagi bila tengok aku. Pastu aku ni plak gedikzz sangat pegi dekat dgn dia then gosok kepala dia. Dia diam kejap. Tapi bila aku bangun, pegi amik Luth, dia menangis lagi selok daripada mula-mula tu. Berdosa plak aku rasa sebab dah bagi budak tu harapan palsu. 


Cukup Ke Susu?
Setiap hari aku bekalkan Luth dengan 4 botol susu, setiap botol hanya 3oz susu. Bila aku amik Luth kul 6 ptg, biasanya aku tgk ada sebotol lagi yang Luth belum minum. Sebotol tu mesti buang je. Huhu. Syahdu betul aku rasa. Nak pam tu bukan senang. Dah la aku dah bacakan doa pada susu tu. Terbuang sia-sia je. Sobb..sobb... Mintak maaf susu... Saya tak sengaja. [Macam mintak maaf dengan nasik masa kecik2 dulu kalau makan tak habis]. Sekarang sejak bulan puasa ni aku balik awal. Kul 5 aku dah amik Luth. Aku bekalkan pun 3 botol susu je, sebab aku rasa sempat kot tunggu aku balik utk susukan Luth direct. Maknanya aku dah tak perlu hantar susu dah tengahari. Tapi walaupun aku bagi 3 botol susu, aku tengok pun ada sebotol tak minum. So, maknanya hanya 6oz je ke Luth minum daripada pagi sampai kul 5 tu? Hebat betul Luth ni. Kalo cuti kemain lagi dia kejap2 nak susu. Balik rumah pun Luth macam lapar gila, minum susu byk. Aku rasa ada kemungkinan sebab Luth ni jarang menangis masa kat umah nenet walaupun dia lapar.


Air Kosong
Aku ada cakap kat nenet yang Luth ni payah nak berak.[Aku tau mak-mak moden sekarang suka guna pekataan 'poo-poo' dan 'wee-wee' untuk gantikan pekataan berak dan kencim. Tapi aku tak suka pekataan tu. Wp pekataan berak tu cam kurang sopan je bunyinya, tapi ada aku kesah? Selambe je la kan.]. Berbalik kepada Luth susah nak berak tadi, nenet kata dia bagi Luth minum air kosong lepas dia menyusu. Tak banyak la dalam 1 oz je. Aku tau menurut kajian homputish, baby bawah umur 6 bulan takleh minum air kosong. Tapi aku takde la rasa paranoid sangat bab tu. Pada pandangan aku, takde masalah pun. Bukannya bagi banyak. Kajian2 doktor2 homputish ni bukan semua pun boleh pakai. Derang, susu kambing pun derang kata tak bagus. Susu lembu je yang bagus. Padahal Nabi lagi galakkan kita minum susu kambeng. Cuma aku rasa daripada aku biar nenet tu bagi Luth minum air kosong yang takde khasiat tu, baik la aku beli air zam-zam suh dia bagi Luth. Air zam-zam ada jugak khasiatnya. Nabi Ismail pun minum air zam-zam je dulu. Aku pon beli air zam-zam tengahari tu, then hantar kat umah nenet.


Anak Baik, Anak Soleh
Aku buat-buat tanya pembantu dia. "Luth ni kalau dia nak susu dia nangis tak?" Pembantu tu nama Kak Kiah. Kak Kiah kata dia tak nangis. Bila time menyusu, kita akan kejutkan dia bagi susu. So okay la. Sejuk skit hati aku. Nenet siap tanya aku, Luth ni kalau kat rumah dia nangis tak? *ofcos la nangis nenet... Terutamanya time nak tidur. Merengek2 la dia.*. Nenet pelik sebab Luth langsung tak meragam masa kat umah dia. Nak susu pun diam je. Hekhek sikit2 je. Aku rasa dia lena sangat kot tidur dalam buaian kat umah nenet. Sbb tu antara tidur lena dalam buaian dengan minum susu, dia lagi pilih tidur.  Dah sah. Memang anak mama. Kahkahkah. Tapi bila time dia berjaga nenet kata mulut dia kemain riuh. Aku penah datang umah nenet time Luth tengah berkicau sorang2. Memang bising pun. Sorang2 pun jadi. Lawak je aku rasa budak Luth ni.

Haa.. itu je la citer pasal pengasuh Luth. Apa-apa pun, aku bersyukur kepada Allah sebab memudahkan urusan aku menjaga Luth. Dan terima kasih kat nenet dia sudi jaga anak aku.  Memang la tak macam kita jaga, tapi still acceptable. Nak hantar kat Brainy Bunch karang mahal sangat aku tak mampu.




10 July 2013

Jejakku Dapat Dihidu

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ada sorang kawan, nama dia Rina. Dia kawan seasrama aku masa aku form 1, kawan semerepek buat kerepek merangkap kawan gedik-gedik minat abang senior. Kami tak sama kelas. Aku kelas 1 Jingga, dia kelas 1 Kuning sama kelas dengan suami aku. Tapi aku kawan dengan dia, aku tak kawan dengan suami aku pun masa tu. Bila masuk form 2, dia tukar skolah. Dia balik gi skolah kat kampung. Aku tak sempat nak bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi yang mulia ini pun dengan dia sebelum dia tukar sekolah. Aku pun tak pasti ngape dia tukar skolah, tapi aku suspect dia tak tahan dok asrama. Mungkin dia alergi sabun bila kena basuh baju sendiri guna tangan. Kot. Itu hanyalah spekulasi aku. 

Dah 20 tahun tak jumpa[nampak benor aku ni mmg dah tua huuuu], aku pun tak tau apa jadi dengan dia. Baru-baru ni aku dapat friend request kat facebook. Dia tak guna nama sebenar tapi naluriku berkata, 'yaaa.... dialah orang yang ku cari-cari' *ceh poyo*, so aku accept. Tengok-tengok, memang betul, dia adalah Rina kawan lama aku. Pastu kiterang bertukar nombor tepon dan berWhatApps. 

Hati aku terus berbunga-bunga melur di tepi batas bila dia kata dia dah lama cari aku. Pastu dia tak sangka aku dah kawen dengan Penyu [nick name suami aku kat skolah]. Dia jeles katanya. Maklumla... Penyu kan femes. Penyu kan jadi rebutan. [Booooooo... tikam mata sampai berdarah]. 

Aku tanya dia, cemana dia boleh ingat aku lagi? Maka jawapannya, dia kata dia tak pernah lupa aku, malahan selalu ingat aku sepanjang 20 tahun ni. Wowww.... bercahaya kejap bijik mata aku, keluar manik-manik air mata tanda aku terharu. Aku tanya lagi, ye ke? Kenapa dia ingat aku? Dengan tulus ikhlas dia menjawab, sebab nama orientasi** aku Salad. Nasik ayam pulak adalah makanan kegemaran dia sejak dulu. Dalam nasik ayam ada salad. So setiap kali dia makan nasik ayam, dia teringat aku. Chisss... Potong. Terus je bunga melur kat tepi batas tadi bertukar menjadi bunga kemboja berguguran di atas pusara.

**Orientasi - Sape pernah duduk asrama [terutamanya asrama skolah], mesti pernah hadap minggu orientasi. Korang akan dapat nama orientasi yang biasanya nama2 ejekan yg direka oleh senior, kena mintak tandatangan senior yang bajet bagosss, pastu kena denda kalau nak dpt tandatangan derang yang konon2nya mahal teww. Buweek. Denda yang paling ringan kena menyanyi la. Aku penah gak kena denda menyanyi. Pastu aku tak tau nak nyanyi lagu apa, aku nyanyi lagu yang aku belajar dalam kelas Muzik masa darjah 2 bertajuk 'Ais Kacang'. Aku tak tau le korang tau ke tak lagu tu, tapi lagu tu lirik dia lebih kurang mcm ni, "bila terasa panas dan rasa dahaga, singgah di gerai ais kacang di minta, susu dan jagung, kacang dan lengkong, air gula berwarna, campur semua, enak rasanya, kegemaran kita semua...". Begitu la kaedahnya lagu tersebut ye tuan puan yang dikasihi sekelian.**

Itu je lawak ramadan yang tak lawak pun. Selamat berpuasa.

05 July 2013

Cara Nak Tambah Channel/Pakej Astro

Sejahteralah ke atas kamu...

Channel Astro kat umah aku, aku ambil pakej murah je. Selain yang basic, aku ambil Entertainment [suka sangat berhibur ni, hamba seni acekonon], dan Learning. Kalau time aku nak buat kerja, nak tinggalkan Luth biar dia tengok TV sesorang, channel yang sesuai hanya Learning. Learning ni semua channel dokumentari: NatGeo, Discovery, History dan Animal Planet. Rancangan-rancangannya okay, selamat untuk tontonan kanak-kanak tapi yang tak bestnya bila time iklan, terus keluar iklan yang kadang2 tak senonoh ciung-ciung mulut [sbb promo channel lain]. Memang la Luth tu kecik lagi. Tapi aku tak pernah under estimate tahap perkembangan otak seorang bayi. Apa yang dia tengok dan apa yang dia dengar akan diserap sepenuhnya oleh otak dia.

Aku rasa takleh jadi ni. Nak pasang katun kat Ceria atau TVIQ, kadang2 ada jugak dalam citer katun tu adegan bergaduh-gaduh sesama makhluk katun. Aku tanak Luth tengok pergaduhan sebegitu. [Haaa.. tengok aku dah over-protective lagi.]. Aku mula terfikir nak tambah channel Baby TV. Khas untuk baby je. Tapi rasa malas nak call careline Astro. Bosan hokey nak dengar robot tu bagi arahan "tekan 1 untuk bahasa Bajau, please press 2 for Manglish, bla..bla..bla..". Habis tu cemana nak tambah channel kalau malas nak call Astro?

Aku cuba browse semua channel yang ada, untuk cari information. Hebatkan aku. Aku boleh ada idea plak nak browse satu persatu channel untuk cari maklumat. Tah hapa-hapa pun ada. Tapi jangan pandang rendah tau dengan usaha aku. Aku jumpa channel 200.  Astro Service Portal nama diberi.

Ni aku ada amik gambar interface Astro Service Portal tu.

Aku amik gambar screen TV. Kalau nak tambah channel, pilih UPGRADE/BUY PACKS

Kat sini ada listkan semua channel atau pakej yang ada. Kalau nak tahu harga, sila highlight pada channel yang kita nak tu, then tekan Info. Nanti akan ada harganya dipaparkan. Aku tgk, package yang paling mahal ialah AOD Dragon Pack tu. RM54 kalau nak tambah.

Yang ada tanda titikntu [itu sebenarnya asterisk*] adalah channel yang sudah disubscribe.

Contoh kalau aku nak beli pakej Metro, aku tekan Info, nanti dia tunjuk le senarai channel yang ada dalam pakej tu serta harganya RM8. Katakan bil Astro korang setiap bulan ialah RM50. Bila ko tambah pakej ni, monthly bill korang akan jadi RM58.

Bila korang dah select OK, nanti akan keluar screen ni. Ko ikut je step yang dia tunjuk tu... Nanti dalam masa tak sampai seminit channel tu korang dah boleh tengok.



Jadi, begitulah caranya untuk tambah pakej atau channel di Astro tanpa perlu menelefon Astro Service centre. Senang sangat. Cuma, Portal ni takleh kurangkan channel. Nak tambah bleh, nak kurangkan takleh. Kena call jugak ye.

04 July 2013

Molekul Air Dan Molekul Susu

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ingat lagi, dulu ada sorang negarawan yang femes kat Malaysia ni pernah kondem agamawan Islam pasal air jampi. Negarawan ni sangat tak setuju dengan rawatan menggunakan air yang 'dijampi' oleh ustaz-ustaz yang mengamalkan perawatan alternatif. Kalo kita fikir pun... Yelah.. Air, apa je yang air dapat buat untuk sembuhkan barah otak. Air hanyalah air kan?

Rasanya ramai yang dah tau kot, ada sorang doktor kat Jepun yang mengkaji tentang molekul air. Nama doktor ni Dr Masaru Emoto. Hasil kajian dia, menunjukkan molekul air akan berubah mengikut keadaan sekeliling. Kalau molekul air tu didedahkan dengan perkataan positif, maka molekul air tu akan jadi cantik. Manakala jika didedahkan dengan perkataan negatif, molekul air pun akan berubah jadi hodoh. Sama juga dengan music. Kalo kita dedahkan air tu dengan lagu-lagu yang indah, molekul air akan jadi cantik dan sebaliknya. Sedangkan perkataan dan muzik yang baik pun boleh mencantikkan molekul air, korang bayangkan la sendiri kalau ayat-ayat Al-Quran dibacakan pada air tu. Itu la jampi yang dikatakan tu. Sebab tu la jangan mengumpat masa nak minum air. *tetibe*

Perbezaan molekul air sebelum dan selepas dibacakan doa oleh penganut Buddha. Doa, tak kira la agama apa pun, adalah sesuatu yang positif.

Sedangkan air yang dengar lagu heavy metal pun bleh rosak molekul dia, ce bayangkan manusia yang tiap2 hari dengar lagu heavy metal. Hehehe. *dalam badan manusia kan ada banyak air*


Pastu orang Malaysia ni biasa la kan... Bila ustaz-ustaz kita buat, baca ayat2 Al Quran pada air.... derang pandang enteng je. Padahal apa yang ustaz2 buat tu adalah apa yang nabi ajar. Tapi bila doktor-doktor luar negara yang buat kajian buktikan benda tu betul, baru le nak percaya.  Konon-konon moden sangat la tu. Booo!

Sejak aku tau pasal benda ni, aku sendiri selalu gak baca doa atau 'bercakap' ayat-ayat positif dengan air bila aku tak sihat, dengan harapan molekul air yang aku berborak dengan dia tu akan jadi cantik dan akan mencantikkan sel-sel dalam tubuh aku yang dah rosak sehingga mengsebabkan aku tak sihat tu. So, korang kalo nak bercakap dengan air boleh la praktikkan, tapi pastikan buat waktu takde orang lain, karang orang takut plak dengan korang. Kang orang ingat ko bela pelesit plak. Huhu. Lagi satu, sekarang ni.... susu Luth yang aku pam, aku akan bacakan doa pada susu tu. Selain doa, aku cakap je apa-apa yang positif pada susu tu dengan nada gembira seperti; Luth sihat, Luth baik, Luth soleh dan sebagainya.... Aku yakin susu yang aku bekalkan pada Luth sewaktu dia tinggal kat umah pengasuh akan bertambah cantik molekulnya supaya kecantikan molekul susu tu akan mencantikkan akhlak Luth. Heheh. Ingat, nada kena happy. Kang kita sebut perkataan positif, tapi dengan nada sedih atau marah. Bleh confuse molekul air tu karang. *bila masa plak aku interview molekul air tu sampai aku bleh tau plak pasal nada mana yang sesuai untuk mereka*

Kalau korang nak tengok gambar-gambar molekul air yang pernah dirakamkan oleh Dr Masaru Emoto ni, boleh la lawat official website dia. http://www.masaru-emoto.net. Itu je la yang aku nak kongsi. Semoga bermanfaat.

03 July 2013

Penatkah Dia?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku boleh mengaku yang sekarang fikiran aku dah banyak positif daripada negatif. Apa-apa benda yang terjadi pun, tak kira buruk cemana pun, aku tetap akan cuba memikirkan daripada sudut yang paling positif yang boleh. Biasanya aku berjaya. Cuma sekali sekala yang tak berjaya tu kadang-kadang keluar fikiran negatif yang biasanya memang tak bertempat. Huhu.

Minggu lepas Mat Azghul outstation. Tak lama, semalaman je. Aku ni sebenarnya memang tak berapa gembira kalau dia tak ada. Tapi aku redha je kalau dia otstesen. Bagi la sokongan moral jugak walaupun dalam hati memang berat hati [mengada-ngada lebih].

Masa dia takde, aku pulun tengok TV je. Pfffttt... Ada channel baru kat Astro. Channel Lifetime 709. Ada satu siri My Life Is A Lifetime Movie. Kisah benar. Interview dengan orang sebenar yang lalui kisah benar tu. Episod yang aku tengok, kisah pasal sorang lelaki ni dia ada family; isteri yang sedang pregnant dan 2 orang anak sorang laki sorang pompuan. Lelaki ni daripada gambaran isteri dia, adalah seorang lelaki yang sangat sempurna; baik, penyayang dan sangat bertanggungjawab kepada family dia. Satu hari, lelaki ni pergi keja pastu tak balik-balik. Satu kampung cari dia. Tak jumpa. Hanya jumpa keta dia je. Tak tau dia hidup ke mati. Lepas dah beberapa bulan hilang, akhirnya dapat kesan jejak yang dia masih hidup. Siasat punya siasat, dapat tahu yang lelaki ni dah pindah ke LA. [Umah asal dia kat Chicago kot. Lupa dah].. Ada wartawan yang interview lelaki tu, tanya kenapa dia hilang macam tu je, dia kata dia cuma nak escape daripada kehidupan lama dia. Bila tanya dia rindu tak kat anak2 dia, dia kata tak. Bila ditanya cemana dengan nasib anak-anak dia nanti, dia pun kata dia tak tau, ramai lagi anak2 kat US yang takde ayah katanya. Dia mcm tak hepi dengan life dia yang lama. Pindah LA dan menyewa dengan kawan dia pastu jadi grafik designer. Memang tak de sape la faham kenapa dia jadi gitu.

Masa mula-mula tengok tu aku cuma rasa itu hanya salah satu daripada drama kehidupan orang lain. Aku tak fikir apa-apa pun. Mat Azghul walaupun dia outstation, tapi boleh dikatakan setiap masa dia update guna WhatApps. Last dia WA aku bila dia dah masuk flight. Sepatutnya dia akan sampai KL 2 jam lepas tu.

2 jam lepas tu.... Dia takde pun kata dia sampai. Ok, takpe. Aku relax lagi. Sejam lagi selepas tu... Dia masih senyap. Aku pun mula la risau. Aku cuba positif, aku rasa bateri dia habis. Tapi aku tau dia ada powerbank.* Sape nak beli powerbank boleh PM aku*. Tetiba aku terfikir, suami aku baik, penyayang dan bertanggungjawab. Cemana kalau dia sebenarnya penat dengan life dia sekarang? Cemana kalau tetiba dia tak balik dan lari sebab tak tahan selalu kena tolong aku buat keja umah. Cemana kalau dia tinggalkan aku dengan Luth pastu dia pindah ke Perlis jadi posmen. Macam-macam la benda negatif aku fikir. Bila negatif dah menguasai kepala otak aku, aku dah start la nak jadi saiko ni. Aku terus call. Call-call tak dapat. Tak dapat connecting pun. Bila dapat connect, dia tak jawab plak. Cemasnya aku rasa. Aku WA dia bertubi-tubi, tanya dia dah sampai ke belum, dia kat mana. Senyap. Tak jawab. Huhu... Takut. 

Finally dia respon. Aku pon dah tak ingat dia call atau reply WA. Fuh, lega. Yang penting dia tak jadi posmen kat Perlis. Yang penting dia balik dengan selamat. Itu je dah cukup. Alhamdulillah.

Kesimpulannya... Jangan  mula bagi aku fikir negatif. Nanti aku akan jadi saiko.


01 July 2013

Aksi Luth

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku memang takde idea nak update blog. Jadik aku letak gambar Luth je la. Harap2 korang terhibur jugaklah tengok gambar anak aku ni.

Duduk le situ sorang sambil tengok mama makan. Biasanya kalo aku lapar, aku tinggal je depan tv tengok channel BBTV, aku makan tapi dekat2 dgn dia la. Sama le kalo aku nak mandi atau nak solat.

Tersenyum gemuk. Ramai orang kata muka dia sebijik muka aku. Aku pun rasa ada kebenarannya. Kadang2 aku tengok mcm muka arwah mak aku pun ada.

Enough mama, enough! Don't take my pic anymore. *muka aku kalo aku nangis cenggini le.*. Luth ni jarang sangat menangis. Kalo dia lapar pun dia nangis macam berlakon je. Dia hanya betul2 nangis kalau dia mengigau. Nangis sampai tersedu-sedan dan sampai tak dengar suara hanya mulut je nganga [kerang].

Mama Junior. Kalau naik keta, dia ada motion sickness. Hehehe... Mabuk kenderaan. Kalo aku susukan dia dalam keta, mesti dia muntah habis smeua susu keluar.
Kalo mulut cenggini maknanya dia tengah berkicau bercakap bahasa planet Zargus dgn mama.  Dia ni ko cuba la start bercakap atau cerita apa2 kat dia. Mesti dia akan berborak dengan korang sampai bersembur-sembur air liur.


These fingers are delicious mama. Budak baru belajar buka mittens. Lepas sumbat semua jari dalam mulut pastu selet air liur bersepai dia kat muka mama.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...