Skip to main content

Sambungan Project Menjahit Yang Tertangguh

Sejahteralah ke atas kamu dudes....

Minggu ni apa yang aku nak buat ialah beg untuk breastpump yang dah tertangguh 2 minggu lepas. Aku masih lagi tak memutuskan asa untuk menjahit sendiri beg ni, sebab aku perlukan beg yang sesuai dengan keperluan aku. Kriterianya mestilah ;
      1. Tidak begitu besar, tidak begitu kecil
      2. Cantik bergaya seperti aku [karang ada pulak anonymous yang panggil aku b***h ni kang. hahahah. Gurau je okay.]. Mesti la kena bergaya, kalo tidak baik pakai beg plastik beli rambutan je.
      3. Menggunakan fabric/material recycle yang ada banyak kat umah aku yang aku dah tak tau nak buat apa seperti seluar khakis zaman aku berbaju ketat dulu, zip pada beg-beg percuma yang dapat masa gi kursus, corak bunga-bunga baju kurung yang dah tak muat sebab sila sedar yang aku dah gemut.
      4. Banyak compartment yang tersusun untuk mengisi:
        • Spectra 3 - Yang ni mestilah watak utamanya
        • 4 botol susu - Ini  watak yang tak kurang pentingnya.
        • 1 corong 
        • 1 buah buku untuk bacaan semasa mengepam
        • Ruang untuk mengisi 2 unit tupperware in case kalau aku nak bawak bekal pada hari tertentu.
Itu antara kriteria yang perlu ada pada beg yang aku nak buat tu. Macam aku cakap la, bukan aku takleh beli beg yang sedia dijual, tapi tak melengkapi keperluan aku. Sesetengahnya kecik. Kalau aku nak bawak bekal aku kena bimbit beg lain, untuk botol susu beg lain, untuk handbag plak lain, kan ke nampak macam babu jual roti nanti. 

So, minggu ni, hanya satu je plan aku iaitu nak jahit beg untuk pam susu ni. Kalau dah siap dan aku rasa cam cantik je, cam comel je, aku share le kat sini. Tapi kalau buruk, aku gunakan je senyap2 dan hanya ofismate aku je la yang nampak. Hihi.

Comments

  1. Replies
    1. Heheheh... ni yg nak menjahit ni... tgh 'bersabar je la.."

      Delete
  2. banyaknya nak isi, pakai hoversack la kalo camtu....dah lama tak nampak babu roti, kt jb ni roti apek yg jual naik lori

    ReplyDelete
    Replies
    1. oloh, malu plak nak pakai haversack nak bwk gi opish, Kelas la cina jual roti naik lori terus.

      Delete
  3. GA kat blog koi tu..koi yg anjurkan..moh la join...as a moral support..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo aok ke yg anjurkan. Haa.. baiklah koi pegi join sekarang jugok.

      Delete
  4. macam comey ker. macam buruk ker.. nak tengok jugak.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. rajin btol anda ye. nnt dah siap, tolong jahit beg aku pulak ek. baru je koyak.

    ReplyDelete
  6. rajen belajar jahit...

    lama-lama nanti awesome la tu

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah berkat doa cik punzel. nnt aku terrer menjahit.

      Delete
    2. sampai boleh bukak kedai...

      hekhek.

      Delete
  7. Semoga berjaya mensiapkan beg tersebut. Kalau cantik nnt terus masuk dalam katalog yer, senang I nak order ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya