Iklan! Iklan! Sila Click!

19 November 2013

One Woman, Different Hat

Sejahteralah ke atas kitak,

Tajuk je omputih. Entry ni bahse Melayu. Aku rasa dah lama aku tak buat entry berunsurkan nasihat atau perkongsian berhikmah. Mungkin sebab diri sendiri pun dah makin lalai. Kali ni ingin aku kongsikan isi-isi penting yang sempat aku ingat dalam ceramah Syeikh Alaa El Sayed dalam rancangan Being Me, di TV Al Hijrah. Jumaat lepas kan aku EL. Cemerlang kehidupan asyik cuti cemas je aku nih.

Maksud One Woman, Different Hat tu ialah seorang wanita yang mempunyai tanggungjawab berbeza-beza, seorang isteri, seorang ibu dalam masa yang sama dia jugalah seorang anak, seorang kawan dan seorang pekerja. 

Suami
Mula-mula sekali Syeikh pesan, wanita ni walau sesibuk mana pun melayan anak, tapi jangan la dilupa kepada suami. Anggap saje suami tu sebagai 'your first child'. Layan dia seperti anak sulung. Penuhi keperluan dia seperti kita penuhi keperluan anak sebenar kita. Tapi jangan pulak layan suami macam layan anak part yang 'boleh marah sesuka hati' tu. Sebab menurut Syeikh, perkara pertama yang seorang lelaki perlukan daripada isteri adalah 'respect'. Paling utama sekali kena hormat suami. Manakala bagi seorang wanita pula, apa yang paling diharapkannya daripada seorang suami ialah 'love'.


Kerja Rumah/ Tugas-tugas Harian
Bagaimana kita nak juggle kesemua tugas-tugas harian kita sebagai seorang wanita? Jawapannya ialah kena gunakan teknik 4D. 
  1. Do - Kita buat je semua tugas kita yang termampu, 
  2.  Delegate - Kita agihkan tugas-tugas kita kepada orang lain yang selayaknya setelah kita tunjukkan cara nak lakukannya, 
  3. Delay - Kita tangguhkan sesuatu tugas yang perlu kita lakukan itu ke suatu masa lain yang telah kita masukkan dalam jadual dan last sekali 
  4. Delete - Kita delete je mana-mana tugas  yang tak penting dalam hidup kita.  
Part ni, aku rasa aku banyak amik D yang ketige tu je. Delay je memanjang. Baju tak berlipat pun dah macam ABC Special  dah ni.


Didik Anak
Dan sedikit cara berhemah untuk menegur kesilapan yang anak lakukan; cuba elakkan daripada herdik dia depan orang ramai, kemudian kata-kata pulak macam "Jangan buat perangai macam ni!! Degil sangat ni kenapa??!!", sebaliknya gantikan dengan ayat positif tunjukkan kasih sayang, "Mama sayang kamu.... tapi perangai kamu ini membuatkan mama sedih. Bolehkah kamu... bla..bla..". Fine. Teori memang senang. Ni kalo tgh budak tu buat nakei kita nak jadi cool mcm tu... mampu ke? Hahah. Tapi takpe la. Aku cuma sampaikan je apa yg aku dengar. Ceramah Syeikh Alaa Al Sayed ni menarik juga untuk didengar. Ada banyak lagi, tapi aku dah lupa.

Itu je la.


16 comments:

  1. yes sy setuju...memg btl..sy pun pnh dgr kuliah jgk dr sorg ustaz..selalu dia pesan..utamakan suami dr anak..ingat suami mcm anak yg sulung..

    ReplyDelete
  2. 4D tu bagus...biasanya ibu2 nak buat semuaaa & sendiri. Sbb tak caya nak delegate. At last...terduduk keletihan. (berdasarkan pemerhatian terhadap ibu2 bekerjaya).

    ReplyDelete
  3. Suami untuk dibelai, isteri untuk disayangi :)

    Setuju dengan entry Lyd ni :) TQ sharing

    ReplyDelete
  4. Thanks lyd for sharing..
    cuba sedaya upaya tuk utamakan suami dr anak..suami lak teramatlah memahami most of the time suruh utamakan anak2 terumatamanya yg paling kecik..
    delay tuh adalah pendekatan yg biasa digunakan tuh..:)

    ReplyDelete
  5. Ohoho...bab tegur anak tu....sy plg pantang kata anak; Nape degil sangat ni? No-no-no. Tapi bab meninggi suara sipi-sipi ke arah jerkah dalam ayat yang lembut macam; Aydin sayang mommy, kan? Kalau sayang, dengar cakap mommy! Hah...mcm ne tu? Heheheh.....dilema seorang ibu, kan? Mrh sikit, kite yg rs bersalah yg amat kat anak kite.

    ReplyDelete
  6. menjadi wanita dan isteri zaman sekarang ni perlu smart ...

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang bagus.. terima kasih, macam banyak jer nak diperbaiki ni.

    ReplyDelete
  8. Bagus teknik 4 D tsbt,nak juga buat D yg kedua tu pd anak perempuan sulung,tapi mcm x berjaya je....

    ReplyDelete
  9. insaf diri sat.. huhu.. sy xtau lah kalu sy mampu jd ibu yg cool je manjang.. tp i,ll try. hehehehe

    ReplyDelete
  10. perkongsian yg bagus ni... tips didik anak tu mmg KA cuba praktikkan sebaik mungkin ttp kdg tu naik angin juga hehehe.. done nuffnang !

    ReplyDelete
  11. Perempuan ni, jika dia tidak kerja di luar rumah sekalipun, kerja di dalam rumah itu sendiri lebih besar tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

    Sekarang ni, ramai kaum ibu yang terpaksa terhadkan masa untuk anak-anak dek kerana tuntutan hidup zaman sekarang ni yang memaksa ibu-ibu bekerja menambah pendapatan sampingan keluarga.

    Akibatnya terhadap masyarakat sekarang ini memang sangat besar, terutamanya gejala sosial.

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing lyd. Yg 4D tu, saya banyak buat no 3. Pon bak kain baju juga. Spesis malas lipat kain.

    Bab tegus anak. Saya suka pakai perkataan yg berlawanan. Kalau dia malas nak kemas, saya tukar ayat, rajinnya kemas. Sebab teringat pesan mak kepada kawan suami. Katanya kalau nak tegur/marah anak, jagan kata 'degil', 'malas', 'penakut'. Tukarkan ayat yg negative tu kepada yg positive.

    ReplyDelete
  13. tuler pasal akak pun kata ok buleh delay.. delete tu payah gakkan...
    gituler nasiha orang berilmuni kita kena dengar dan kalau boleh kita laksanakan..
    tuler pasal cam mudah tapi payah amat...

    ReplyDelete
  14. Nice :D:D yg pendekatan 4D tu I amalkan dah jugak skang ni, buat jer yg termampu tak payah nak bolot jadi superwoman sangat pastu mengamok tak sudah, hehehe and delete2 pun ada kalau dulu hari2 mop umah, sekarang dua hari sekali cukup la.
    Tapi... part nak positif kata2 terhadap anak tu, dah lama perap dalam otak, terbuat tu jer payah, kadang2 yg jarang huhu.

    ReplyDelete
  15. thanks share lyd.
    suka komen kak fiza.

    pssstt:lyd mass pi langkawi tu, penuh tau feed feri tu.masa ciksu snap gambar, msa semua org dh trun.i segan.hahah.

    mmg bukan free seating.kena duduk ikut no.
    bab naik ats tak pasti.sbb mmg mls nk kluar dah.dduk tepi tingkap kn.msa nk kluar mcm gnggu org lain pula.jlan terbaek, lena je la.hihih

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...