Iklan! Iklan! Sila Click!

11 November 2013

Ngape Barang Bayi Mahal Sangat??!

Sejahteralah ke atas kamu...

Kalau nak kata aku cheapskate silalah kata sebab ada aku kesah. Baju aku yang aku pakai biasanya aku akan cari yang murah-murah je. 40-50 hingget la kalau paling mahal untuk blouse. Seluar pun lebih kurang gitu. Itu pun dah lama tak beli baju untuk aku. Mat Azghul lagi la... dah lama aku rasa dia tak beli baju. Pakai je baju yang ada. Aku nak belikan, dia kata jangan sebab membazir. 

Dah kalau baju aku pun aku tak sanggup nak beli yang mahal, baju Luth lagi la aku sayang nak beli yang mahal-mahal. Walaupun orang kata, demi anak.... mahal pun sanggup. Tapi aku setakat ni masih waras lagi untuk sedar akan kemahalan harga baju-baju tu. Kalau mahal untuk pendidikan ke, atau utk kesihatan dia ke, itu mungkin sanggup berhabis ke titisan terakhir. Tapi kalau untuk baju atau mainan.... aku belum sanggup lagi buat masa ni. Akan datang aku tak tau la plok.

Setakat ni baju Luth yang paling mahal harganya lebih kureng RM30 je. Itupun sebab dia kecik lagi, boleh la beli rompers. Nanti bila dia dah makin besar, aku nak la jugak belikan seluar jeans utk Luth supaya dia kelihatan macho, hensem dan bergaya. Baju pon teringin jugak aku belikan baju formal seperti kemeja lengan pendek berkolar kot2 nak pergi kenduri kendara ke [ceh padahal kenduri panas, mesti rimas anak aku kang pakai baju berkolar2 ni].
 
Seram je aku tgk muka patung2 ni.
Semalam aku pergi Jusco, aku baru je usha2 suar jins bayi, perghhhh skali tengok harga... suar jins kecik cinonet tu pun harga dah RM60 lebih. Aku tak nafikan, fabric yang digunakan untuk bayi pastilah lain dengan fabric untuk org dewasa. Sebab nak bagi bayi pakai kena la fabric yang paling selesa di seluruh cakerawala. Tapi.... Mahalnyaa... [mahal la untuk org2 yg cukup-cukup makan je macam aku ni.] walaupun aku memang tak nafikan yang design baju-baju bayi ni masya Allah, comel-comel sangat. Bersinar mata aku tengok. Rasa nak grab semua. Aku rasa kalo beli sepasang je boleh la. Kalau nak beli banyak2 helai, rasanya.... mekasih je la ye. Biar la aku beli seluar buatan China yang murah2 tu je. Asalkan berbaju anak aku sudah la. Itu semua sarung-sarung luaran je. Yang penting isi dalaman dia nanti. Tak gitu?

Itu baru cerita bab baju. Belum lagi semua keperluan dia yang lain. Mandian dia, sabun basuh botol susu dia [kadang2 aku cuci botol susu dia guna Sunlight je, lagi bersih hehe], sabun basuh baju dia [aku guna Tolly Joy warna pink. Sebab wangi sangat. Bau sweet2.], pastu wet tissue dan of cos diapers. Semalam aku beli barang2 dia je dah nak habis RM200. itu pun hanya beli barang2 yang memang betul2 pakai dan langsung aku tak melencong untuk tambah tetiba bila nampak barang2 menarik. Itu baru beli barang harian Luth. Tak termasuk barang-barang dapur, dan barangan harian mama dengan papa. Rasanya kalo beli sekaligus mau habis dekat 700. Dengan duit lauk mingguan plak kalau takde RM50, takyah la ada hati nak beli lauk stok seminggu. Itu baru beli ayam dengan ikan untuk 2 org makan. Kalau nak makan best skit beli udang atau ketam, atau ikan mahal cam jenahak ke, kena spare duit lebih lagi. 

Eh, dah la. Tetiba je aku sakit hati plak bile citer pasal nilai duit yang makin kecik ni. Patut aku tukar tajuk entry ni jadi Ngape Harga Barang Bayi Mahal Sangat.

37 comments:

  1. sarah pun cari baju zharif kat tesco ja.nasibla anak.hee, boleh je pakai.sbb kadang bukan apa.bila kita dah mulakan dia dgn branded items (price lambung2), nanti dah besar barang biasa dia pndg sebelah mata je.sebolehnya taknak la dia mcm tu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju kat tesco pon bukan murah sgt kan? Saya pun selalu beli kat tesco kdg2 giant, kdg2 carefour. Kalau baju tidur tu sepasang mesti belas ringgit jugak. Adoi.

      Delete
  2. memang barang2 sgt mahal sekarang..
    saya pun geram tengok baju2 & brg baby.. tapi apakan daya, belum sampai rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah akan ada tu nanti. Allah lebih tau kenapa ditangguhkan rezeki tu pada awak. Sabar ye.

      Delete
  3. Tau takper.. I kalau setiap kali "shopping", mesti simpan resit lekat kat fridge as a reminder dah beli dah, ENOUGH. ahaha even for JJ, mmg jarang sangat jugak kami shopping baju bajan dia, pakai mana yg ada, beli pun mana yg betul2 perlu. Jaket kat sini mmg sangat perlu la, dah la kena setiap tahun beli baru perut buncis dia tu. Lagi fening tau kat sini, malaysia still untung pakai la mana yg ada speanjang tahun tu. mang skait hati la kalau nak citer pasal spending money ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, kan... tau pun. Duit tu laju je habis. Masa nak dpt tu kemain lama tunggu. Kekeke... jaket JJ cantek. Berapa range harga jaket mcm tu kat sana? Kalo tgk kat kedai universal traveller kat sini, harga jaket makaihhhh... memang mahal gilos.

      Delete
    2. Universal traveller sana mmg la cekik darah, dah la tak cantik pong. Hahah kat sini best kalau ada duit lebih beli masa habis season, mmg sale giler2. Tapi standard price range for hers pun still affordable, from 15-30euros, ok la kan. Tak payah la nak berGucci Prada segala.

      Delete
  4. exploitasi terhadap kasih sayang dan keterujaan seorang ibu.

    dalam keadaan baru dapat baby, seronok, sayang dll... barang yg mahal pun akan dicuba beli.
    seperti iklan fast food yang ditujukan kepada anak-anak dan remaja kerana mereka adalah influencer ...
    baby adalah influencer yang amat baik....

    lihat cemana iklan susu tin untuk baby.... mesti dia takut-takutkan ibu-ibu dulu kononnya anak tak cukup nutrient, anak tak suka minum susu... semua yg takut-takut nak bagi ibu-ibu gelisah... dan mereka tahu, ibu akan sentiasa jatuh hati kepada anaknya...

    mereka gunakan kekuatan kasih sayang seorang itu terhadapnya bayinya menjadi senjata.
    dengan kata lain, kekuatan itu menjadi kelemahan seorang ibu sebenarnya...

    aku tahu LyDS bukan seorang ibu yang lemah.... jangan terpujuk dengan exploitasi sebegini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sometimes.... aku lemah jugak. Hehehe... Yang pasal susu2 formula tu, aku boleh faham perasaan tu. Bila kuar dlm iklan, pasal nutrisi anak tak cukup kalau tak makan sayur, makan kuar la susu yg cukupkan serat, aku rasa mcm nak termakan jgk. tapi selalu aku fikir balik, susu ibu adalah yg terbaik, so... takyah risau.

      Delete
  5. Penjual menggunakan kekuatan rasa kasih sayang seorang ibu kepada bayinya untuk menjual barangnya. Ibu manalah yang tak suka kalau anak comelnya mendapat segala yang 'terbaik'?

    Satu eksploitasi terhadap ibu-bayi untuk kepentingan keuntungan.
    Dalam kata lain, kekuatan itu sebenarnya kelemahan seorang ibu...
    LyDS jangan terperangkap dengan eksploitasi ini.... ia perangkap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ekploitasi. Aku boleh nampak tu. Ibu ni mmg berhati lemah kalo berkaitan dgn yang terbaik utk anak kan? Kaum bapa mental kuat skit.

      Delete
    2. Aku tekan publish tetiba hilang gitu je...
      tu yang aku ulang balik komen tu walau pun tak lengkap seperti yg [pertama..

      (nak bagi tahu kegigihan aku untuk beri komen walau [un masalah menghalang... hahaha)

      Delete
  6. Budak2 ni cepat sangat besar, beli yg mahal2 sangat pun kemudian lepas tu dah tak boleh pakai lagi. Kalau macam JR, nasib baik jugalah, ada 6 anak, no 1 sampai 5 lelaki, adik2 masih boleh kongsi baju abang2nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, JR untung jgk sbb anak -anak JR boleh pakai baju abang2 turun temurun. Yang pompuan je kena beli kan?

      Delete
  7. nilai ringgit merudum, barang bayi yg disalahkan. baju raya koi cari gak yg mahal..mmg berjasa bila beli untuk anak sulung ampai adik no 3 leh pakai..tp tu kalau dapat semua lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh,... ye la., kalo semua sama jantina mudah sikit keja. Baju raya dimaafkan la kalo nak beli yg mahal. Tapi baju2 harian ni, pakai je la yg murah2.

      Delete
  8. Akk pun klu beli baju ank yg kck xmo haih mhl2..pkai sat je..akk beli jeans utk aish rm35 je sis..tu pun rsa dh mhl sgt..pitam!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la kak. 35 tu utk saiz yg kecik sgt tu mmg rasa mahal dah. Tapi mmg takleh nak buat apa sebab mmg harga jeans kanak2 mmg mahal. Dia dah besar skit boleh la kot kan beli yg mahal skit.

      Delete
  9. Mcm tak masuk akal bila tgk harga baju budak. Lagi mahal dari baju dewasa. Memang dah susut nilai duit skang lyd. Sekejapan je habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasalnya. Nilai duit tu yg rendah sebenarnya. Gaji tak naik banyak, tapi harga barang belaka semua naik. Pening kejap.

      Delete
  10. akak yang beranak 4 mmg terasa bab2 duit ni. nasib baik masa anak sorang dua akak gila beli banyak2 baju diorg yang ada brand ni (linkungan 50 kebawah), masa tu baju yg ada brand tak la mahal mcm skang ni. bila anak dah masuk 4, tak menyoping sgt dah. recycle je baju abang dan kakak diorg. kalo betul2 beli baju baru pun time raya jer. bagi akak, beli yg mahal sikit pun tak pe sbb tahan lama. mcm akak anak ramai ni boleh diturunkan kat adik2. baju2 tu masih elok dan warna pun tak kusam. konsep ni sesuai utk yang mahu anak ramai je. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la kak... sempat beli masa harga tak tinggi macam sekarang. Pastu boleh turun temurun plak kat adik. Mungkin boleh buat mcm akak jugak kot kalo nak jadikan pembelian tu berbaloi. Mmg satu kelebihan baju mahal ni sebab warna tak kusam tu la,

      Delete
  11. pd sy,sebenarnya tak wise tuk beli pakaian yg mahal2 tuk anak kecil mahupun baby..sebab diorang nie cepatsgt membesarnya..kalau yg size 1 thn tu..masuk 2 thn dah takleh pakai..seeloknya betul yg murah2 jer, rm10 pun ok..kalau dah umur 4 thn keats tuh oklah jugak kan nak invest sbb ms tuhkurang2 depa leha pakai tuk 3, 3 thn daa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cari yg rm10 tu pun dah tak begitu mudah ummuaidan. Biasa mesti ada belas2 sikit. Paling murah pun 11.90. Kalo rm10 tu biasanya tak sepasang. Kat pasar malam saya belum try beli lagi. Heheh.. Sebab tak terpegi ke situ sejak ada Luth ni. Tunggu dia besar skit la.

      Delete
  12. aku penah beli baju kt jusco utk zharif...baju tu utk jenjalan or g kenduri..kecik kiut miut 2 helai rm80...masa g bayar kat cashier tu dia scan tag 2 lai baju tu pastu sebut total harga...pastu aku tgk dia tertoleh 2 kali kat total price baju macam x percaya harga baju yg kecik 2 lai tu je dah rm80...aku lak tersengih tgk dia(br dia tau ke harga baju baby ni mahei tahap gaban??) ....

    dan sebenarnye aku beli baju yg mahei tahap gaban tu pasalnye aku ada voucher rm60 so aku juz tambah rm20 je...voucher tu pn aku dapat pasal zharif menang pakaian tercantik masa family day opis...harga baju tercantik yg zharif pakai smpi dapat voucher tu adalah rm15...w/pn rm15 tu duit aku tp zharif yg menang so beli la baju untuk dia kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, pekerja jusco tu takkan tak penah tgk org beli baju baby kat situ. Siap terkejut. Wahh., zharif menang pakaian tercantik ke? Caya la zharif. Eh, caya lah mama dia la sebab mama yg belikan.

      Delete
    2. 2 tahun berturut2 tu...tahun pertama modal rm15...tahun kedua tu pakai baju raya atuk zharif yg belikan hehe...dua2 dpt voucher...voucher tahun ke2 beli pampers zharif lak...baju dah byk

      Delete
  13. Mg mhl. Ms Aydin kck, jgn hrp sy nak beli baju mhl. Klu ade yg jual RM1 selai, mmg sgp je sy grab. Hahahaha...kiranya awk sgp gak spend RM30 utk baju Luth ms die still baby ni. Romper yg sy pnh beli jenama Oshkosh reject tu pun, sy make sure mst bwh RM30. Hahahahah....lagi cheapskate kan? Cuma bile dia dah bsr2 mcm ni, sy berhabis sket. Baby dgn kanak2, lain tumbesarannya. Baby cpt membsr. Tp skg ni, amek ms sket nak membsr kan? Tak pelah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada sehelai je kot baju dia yg harga 30 hingget tu. Tu la yg paling mahal, masa tu tgh terkejut dpt anak, pastu rasa nak beli baju je kerja nya. Hehehe...

      Delete
  14. bagi aku kat malaysia ni barang lelaki dan bayi yang kita suka memang mahal...

    entah, nak membeli memang payah...

    even kite perempuan dapat baju rm20 sehelai kat bazar thai...

    tp tidak bg lelaki kan kan?

    ReplyDelete
  15. beli baju anak time ada sale je selalunya. blh la jimat skit... .. hihi

    ReplyDelete
  16. salam kak :)
    setakat hr ni lady x pernh beli lagi baju bebi.. baju yg org bg waktu baby lhr msh byk lagi.. moga2 ade lg org yg akan beri baju lepas ni.. hehehe.. :P.. ade ke org nk beri?

    ReplyDelete
  17. mmg betoi kecik j nilai duit skrg.
    dh tak tau nk jimt mcm mna

    ReplyDelete
  18. brg baby memg mahal...pernah tingin nak beli gaun pd qisya..sekali tgk rm80 lebih..arghhh trus cancel..apakehal mhl benar ntah. pastu nk pakai xlama mn pun

    ReplyDelete
  19. nak buat mcm mana. nilai mata wang makin mengecil. kos makin tinggi. pendapatan tak x naek2.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...