Skip to main content

Mentakutkan.

Sejahteralah ke atas kamu....

Mati itu memang sesuatu yang pasti. Cuma cara mati itu je yang belum pasti bagaimana akan berlaku. 

Mula-mula berita rompakan bersenjata di Ambank USJ yang mengorbankan seorang pegawai bank wanita. Allahyarham pastilah rakyat biasa-biasa yang pegi balik ofis, seorang isteri, seorang ibu. Akhirnya meninggal dunia kerana dibunuh tanpa belas oleh si perompak. [Syukur la perompak tu dah berjaya diberkas oleh polis di Johor semalam].

Kemudian, berita penculikan kanak-kanak warga Britain, Freddie Joseph. Di rumahnya sendiri. Penculik masuk dalam pagar rumah pergi ambik budak tu. Berani betul dah penculik ni. Terang-terangan buat jenayah.

Terkini, kisah seorang penguatkuasa JAIP yang ditembak mati di rumahnya sendiri ketika sedang berehat di rumah. Bayangkan penembak tu yang datang rumah, beri salam dan tembak, depan mata isteri dan anak-anak. Kejadian ini di Indera Mahkota. Sampai datang ke rumah untuk tembak. Ko bayangkan la. Betapa beraninya nak buat jenayah.

Pegawai bank itu ditembak di tempat kerjanya. Tempat kerjanya bukan medan peperangan seperti askar. Di bank. Di dalam bandaraya yang aman. Takde peperangan pun.

Kanak-kanak comel itu pula diculik di rumahnya sendiri tempat dia bermain. Tempat yang sepatutnya paling selamat untuknya. Malahan sewaktu ibunya sendiri berada di rumah, bukan di rumah pengasuh, bukan di bawah jagaan pengasuh.

Penguatkuasaan JAIP itu juga dibunuh ketika berada di rumah, tempat yang sepatutnya paling selamat untuk berteduh. Bukannya di jalanraya yang terdedah kepada kemalangan atau bukan di hutan rimba yang memungkinkan dia dimakan oleh binatang buas, not even di tengah lautan yang boleh dirampok oleh lanun. Di rumah. Kat Indera Mahkota plak tu. Kawasan yang selama ini tenang, tempat di mana adik-beradik aku tinggal. Bangsar [rumah Freddie]dekat dengan ofis aku. USJ[Ambank] pun dekat dengan umah aku. Maknanya apa? 

Maknanya.... penjenayah sangat hampir dengan kita semua. Sekarang ni, orang-orang yang kita nampak macam bodo-bodo je, rupa2nya penjenayah. Bila aku tengok rupa penembak pegawai bank yang ditangkap semalam, memang muka kesian. Mcm gemuk2, pendek2. Muka cam kampung sangat. Tapi sebenarnya bahye nak mampus. Mcm yang menembak ustaz JAIP tu, dengar katanya yang bagi salam tu, lelaki berusia 50-an. Yang itu rasanya Melayu rakyat Malaysia.

Aku jadi takut bila fikir semua tu. Aku berdoa agar aku, keluarga aku dan seluruh rakyat Malaysia dilindungi oleh Allah dari segala bencana sama ada bencana alam atau bencana orang. Aku juga berdoa agar, semua manusia kembali kepada Al Quran dan Hadis untuk dijadikan sebagai pedoman hidup.


Comments

  1. kat mana2 pon skrang dah tak selamat..
    senang2 jer orang nak bunuh kita..tu hukuman tuk pembunuh blom pasti lagi..kadang tu turun naik mahkamah pon dah makan masa lama pastu????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? hukuman tu bila makin lama org dah lupa kes tu, hanya kena penjara je 20 tahun.

      Delete
  2. semoga kita terhindar dari perkara bahaya, sekarang ni bahaya ada je kat mana2x tak macam dulu..dalam rumah pun belum tentu selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bahrain. Dulu masa kita kecik2, sukati kita je nak gi main kat ceruk mana, alhamdulillah selamat je. Mak ayah pun tak risau2.

      Delete
  3. Haihlah....sy yg keje kat kaw panas ni pun, hari2 pun kerisauan. Tu kat area rumah sy tu...bkn selamat mana pun. Klu mlm2 even dlm kete pun, sy seriau semacam.

    Sapelah yg dok kat Malaysia ni aman, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo rompak je boleh sabar lagi. Kalau tahap membunuh, memang takut le.. Huhu...

      Delete
  4. Memang scary lyd. Main tembak2 jer skang ni. Tak per, msia kan masih aman...katanya. Dimanakan aman yg dikatakan tu? Hanya doa jer lah sebagai pendinding diri sebekum nak kluar rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aman sebab takde perang je Fiza. Tapi hakikatnya bahaya.

      Delete
  5. nyawa sekarang xde harga.salah satu tanda akan tibanya kiamat : matinya orang alim dan bermaharajalela yang jahil

    P/s : kalau spender saya kak, siap ada labuci.. ada renda2 bagai hahaha

    ReplyDelete
  6. Sekarang nie nampaknya banyak betul kes pembunuhan dengan cara tembak kat malaysia..cam senapang tuh mudah sangat nak dimiliki..memang takutlah kan disekeliling kita mana tau ade penjenayah tersembunyi..apapun kalau Allah dh tetapkan maut kita wpun dok dlm umah,boleh lg kuar untuk ketempat yg kita akan mati..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la, semuanya rahsia Allah. Cuma berharap agar kematian kita nanti dengan cara sebaik2 kematian.

      Delete
  7. memang menakutkan..
    kat kawasan saya berkerja dan tinggal ni pun selalu juga dengar kes tembak mati ni..
    Saya pun berdoa agar kita semua dilindungi olehNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke nita? Huhu, takutnya... Awk kena jaga diri baik2 ye.

      Delete
  8. dulu2 dimomokkan dengn org nak kepala sebagai korban kalau ada nak buat pembinaan...pastu minyak dagu...skang? random!

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg culik budak utk dptkan organ. huhu,,, mintak dijauhi,

      Delete
  9. itu pun orang masih kata.. bersyukurlah negara kita takde perang.. kalau berperang pun sekurangnya.. berperang kerana ALLAH.. bejihad.. InsyaALLAH.. syahid.. tapi.. ni.. entahkan.. tengah2 berjalan.. tetiba ada peluru rambang.. ALLAHUAKBAR.. bunuh sana bunuh sini.. lagi2 kes tembak menembak ni macam dah jadi trend pulak. suka suki tembak orang. tak puas hati tembak! ya ALLAH.. sama2 lah kita berdoa.. saya aminkan doa lyd. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia masih aman, tapi tak selamat je. Hehehe... Mana dapat senjata api tu ye. Mcm senang sangat takde kawalan.

      Delete
  10. semoga Allah sentiasa memelihara kita.. sentiasa berdoa keselamatan diri dan keluarga juga insan terdekat.. hanya Allah yang mampu melindungi kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak zila. Semoga Allah pelihara kita dan seluruh rakyat melesia.

      Delete
  11. dunia akhir zaman...moga kita sentiasa dilindungi Allah. Hanya padaNya temat berlindung. amin.

    ReplyDelete
  12. dunia akhir zaman. moga Allah melindungi kita. hanya padanya tempat berlindung. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Mrs. R. Hanya Allah saje tempat kita memohon perlindungan.

      Delete
  13. Duduk dalam peti besi pun tak selamat dah...
    Kalau tak perompak bukak peti besi, akan mati kelemasan...

    ReplyDelete
  14. skarang ni macam2 hal lyd. kdg2 duk dalam rumah sendiri pun rasa x selamat, anak2 n g mana2 pun kita jadi extra risau melampau2 kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la KA. KA lagi la, anak dah besar2. Dah pandai pergi mana2 sendiri.

      Delete
  15. Dulu-dulu, ramai mak ayah yang tak suka anaknya masuk askar sebab takut nyawa mudah melayang kalau berlaku perang. Tapi, zaman sekarang ni, dengan penjenayah bermaharajalela, kerja yang pejabat agama pun boleh diserang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keja bank pun boleh kena tembak. ANak kecik yg tak tau apa2 pun jadi mangsa culik. Macam dah tak takut tuhan dah mereka ni.

      Delete
  16. Scary. Malaysia konon aman, kalau kat Thailand tu mmg dah biasa sangat la tembak2 bunuh ni, ni depa duk buat malaysia macam tak der undang2 jer kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg scary mama JJ. Kalo kat Thailand tu hanya selatan Thai je yg tak selamat. Ada kawan i pegi bangkok, dia ckp jalan sorang2 waktu malam pun tak bahye. Tak tau le kot dia tipu, maka i pun secara otometik tertipu. Heheh...

      Delete
  17. ntah le lyd
    ciksu pon takut.
    dok tgh bndo kl ni
    mcm2 org ada.
    nk blk kg la, boleh!

    ReplyDelete
  18. pintu pagar pun patut nyer kena kunci gak. baru keselamatan di rumah meningkat 1%.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya