Iklan! Iklan! Sila Click!

19 November 2013

Kalau Dah Tertulis Part 2

Sejahteralah ke atas kamu...

Kalau nak cerita pasal rezeki Allah ni, memang takkan habis. Terlalu banyak. Adakalanya rezeki tu, cara dia datang membuatkan kita termenung sendiri sebab terfikir tentang keagungan Allah.

Daging
Aku flashback sikit la. Eh, sebenarnya aku nak flash back banyak. Ngee.. Tahun lepas masa raya korban di kampung. Ibu pesan kat kami, nanti bawak balik daging korban ni sekilo. Ibu dah asingkan untuk setiap anak-anak dia bawak balik. Sekali aku lupa nak ambil. Dah nak sampai rumah baru aku teringat yang aku tak ambil daging korban tu. Rasa terkilan juga tapi benda-benda macam ni aku dengan Mat Azghul hanya fikir positif je. "Takde rezeki kita". Sampai je kat rumah, baru nak buka pintu grill, jiran sebelah rumah panggil.... "Nah daging korban yang orang sini agih-agihkan. Acik[makcik] tolong amikkan kamu punya.".Daging korban yang acik bagi tu... juga sekilo. Tskkktskk..


Lemang Jodohnya Dengan?
Jamuan raya ofis aku baru-baru ni, berakhir dengan begitu banyak makanan lebih. Jadi organizer bagi peluang kat kami tapau bawak balik makanan-makanan lebih yang ada tu. Aku ambil sate. Kuah kacang. Nasi himpit. Dannnnn lemang. Masa nak ambil lemang tu, aku dah terfikir... nak amik rendang sekali ke tak? Rendang ni tak sedap sangat. Nanti ambil pon membazir je. So, tak amik la rendang. Aku ambil lemang je. Makan kosong je la lemang tu nampaknya. Tapi.... kalau dah tertulis yang hari itu aku dan Mat Azghul akan makan lemang bersama rendang jugak, walaupun aku tak bawak balik rendang dari ofis, jiran aku pulak beri rendang dendeng. Kan? Nampak tak perancangan Allah itu memang cantik sangat.

Makanan Untuk Orang Demam.
Minggu lepas kan aku tak selera sangat nak makan. Tekak hanya nak makan bubur je. Tapi korang pun mesti dah biasa kan, sesuatu benda tu memang paling susah nak jumpa kalau kita tengah cari dia. Sama la macam bubur ni. Time ni la kedai jual bubur tu nak tutup le, renovate la. Ada-ada je. Alahhh... Masak je la pemalas! . Aku memang malas sangat nak masak bubur. Sebab aku kan tak sihat. Aku harap makanan tu ching! ching! terhidang je depan mata. Sekali bila aku on the way nak balik rumah petang Khamis tu, nampak macam ramai-ramai orang kat jalan. Aku saspek hahhhh ni tak lain eksiden le ni. Biasa jalan ni sunyi je. Sekali dah sampai dekat, rupa2nya orang2 kampung tengah agih2kan bubur Asyura. Dapatkan satu bekas. Syukur alhamdulillah. 

Eksplorasi 7 Benua ye, dont play play ahhh...

Dapat la setengah mangkuk. Kongsi 2 dengan Mat Azghul walaupun kalo ikut nafsu rimau aku nak je ngap semua sebab aku kemaruk nak makan bubur. Tapi tak baik plak.

Ni la rupanya bubur Asyura versi Johor. Yang paling buat aku terharu bila, siang tu, masa blogwalking kat blog sape ntah, aku ada komen  pasal bubur asyura ni. Blogger tu cerita pasal bubur asyura versi Johor. Aku pon komen la, aku cakap aku belum pernah rasa versi Johor, kalau yang utara dan belah pahang/terengganu biasa la makan. Teringin jugak nak rasa. Tetiba petang tu terus Allah bagi rasa. Aku rasa cam nak nangis sebab aku takjub dengan perancangan Allah. Syukur ya Allah... Alhamdulillah.

K la. Aku dah gastrik ni. Nak gi cari makan jap.

34 comments:

  1. Rezeki NYA pelbagai..
    Kita terselamat dari kemalangan walaupun sipi sipi lagi nak berlanggar dgn lori, pun rezeki NYA.

    Anak anak kita sihat, pandai, cerdik...pun rezeki NYA ..

    Jiran yang baik, yg bagi rezeki daging kurban tu,..pun rezeki NYA kpd kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tak terhitung rezeki Allah ni. Cuma kita ni je yg selalu lupa.

      Delete
  2. shark pn blum pnah rasa bubur asyura johor nie,
    nmpk cam lain dr yg lain.

    ReplyDelete
  3. wow..rin suka sangat dengan bubur asyura ni..
    baru dapat makan last week..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. Saya ni pun dah sekian lama tak dpt merasa bubur ni. tahun dapat.

      Delete
  4. kalau dah tertulis tu kan ....
    Alhamdulillah, syukur.. ^_^


    ReplyDelete
  5. lama tak makan bubur tu kak.

    hah akak, kalau nak derma gaza tu, guna debit kad pon takpe. takpayah kadkredit. sms pon boleh1

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ada banyak cara la ye. Okok. nanti akak check.

      Delete
  6. Bubur asyura versi Johor tu sama ke dgn bubur versi negeri2 lain?? Apa pun, rezeki jangan ditolak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama kot JR. Yang saya tau, kat tempat saya di Pahang, bubur asyura ada daging, ayam, jagung beras dan segala macam rempah. Pastu ada 2 jenis yg manis dan masin. Kalau di Utara tak silap saya letak buah2an mcm pisang keledek labu rasanya pulak manis2. Ini yg johor. Mcm bubur lambuk.

      Delete
  7. ha... gituler kehendakNya... patut syukurkan...
    semoga lepasni semuanya semudah inikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah harapannya begitu la kak. Agar dipermudahkan.

      Delete
  8. Bukan ke bubur assyura tu macam nasi impit tapi mcm mcm ada termasuk kacang dan daun sup dalam talam...lepas tu hiris wajik kalau nak makan?

    Err...yg itu apa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg itu asyura juga kot. Versi lain ikut negeri kot.

      Delete
  9. Yes, kadang2 kita nampak..kadang2 kita tak nampak perancangan rezeki Allah tu kan. Thats why kena sentiasa bersyukur ;) Alhamdulillah...He knows best

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah murah reyzeki kamu Lyd, terlintas jer nak makan terus ching ching dapat. Kan..perancangan Nya. Ni teringat satu citer my nenek masa I kecik2 dulu pasal rezeki, alaaa panjang sangat nak tulis sebutir2, I bagi pengajaran jer la, kalau bukan rezeki kita, dah dalam tangan nak masuk mulut pun boleh terlepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... i hope u cerita. heheh.. cerita kat blog u pon bleh nnt i skodeng.

      Delete
  11. alhamdulillah . Allah dgr permintaan kamu ... merasa la juga kan ...

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah...kdg rezeki tu Allah bagi terus...best nye jadi mcm tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tak terkata izwan. Akak yakin awk pon pernah laluinya.

      Delete
  13. lain ye versi johor
    memang tak terkata la kan.just think ppositive

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni ye

    ReplyDelete
  15. rezeki tu Allah yang bagi kan. Dia dah atur baek punyer. kadang2 kalo x dpt pun, Dia bagi dengan benda/cara laen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la. rahsia Allah ni memang misteri. Kita tak termampu nak pikir.

      Delete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...