Iklan! Iklan! Sila Click!

14 November 2013

Ditumpang

Sejahteralah ke atas kamu...

'Benda' Menumpang
Marah Mat Azghul bila aku kata, badan aku ni selalu je sakit2 dan rasa berat sebab ada 'benda' tumpang. Dah la kat umah aku ni selalu aku dengar bunyi guli jatuh. Kan orang kata, kalo bunyi guli jatuh tu maksudnya ada jin. Hehe. Memang kena bebel sekarung. Kata dia, jangan nak merepek. Badan aku sakit2 dan rasa berat tu sebab aku makan banyak tapi tak exercise......[dalam hati sentap], tapi selamat la ayat tu dia sambung... macam dia. So, okay la kalo dia dah mengaku dia pun gemuk tapi tak exercise, maka aku setuju la. 

Mat Azghul ni dia bukan tak percaya benda2 makhluk halus ni. Dia percaya. Itukan diantara perkara-perkara ghaib. Tapi bagi dia, diantara kita dan makhluk halus tu, kita lagi kuat, kita tak perlu takut. Semuanya permainan minda. [aku... cuba gak kuatkan minda dalam bab-bab makhluk halus ni, tapi kadang2 aku kecut gak perut. Hehe.].


Kau tau siapa itu MC Hammer?
Selasa lepas aku tetiba je demam. Badan aku rasa seram sejuk masa kat ofis. Aku duk kat surau, pakai telekung semua lengkap, then aku cuba tidur pun tak dpt hilangkan sejuk tu. Petang kul 4.50, aku baru gi Klinik Bakti jumpa doktor Taufiq. Doktor Taufiq ni baik. Kalau ko betul2 sakit, senang je dia offer MC. Dia bagi aku MC utk hari Rabu [semalam]. Suhu aku 38darjah Celsius. Agak tinggi kata doktor. Petang tu aku balik umah, amik Luth, aku tidur je depan TV. Pastu aku boleh biar je Luth merayap sorang2. Sedar2 aku dengar Luth menangis sebab dia jatuh tergolek. Sian anak mama tu. 

Rabu aku MC. Luth aku hantar ke rumah nenek. Aku tido je. Dah petang skit aku check suhu aku, sekali tak turun pun. Masih 38. Malah lebih plak jadi 38.5. Ubat yg doktor bagi, aku tak makan pun. Paracetamol? Hurmmm... aku gantikan dengan makan buah kiwi 4 bijik. Selera makan memang takde. Makan kiwi, rasa segar skit. Biasa kalo aku demam, aku suka makan oren. Tapi oleh sebab aku nyusukan Luth, dia tak tahan dengan oren. Mesti dia mcm sakit perut kalo aku makan oren, so takleh la aku makan oren. Kbetulan ada kiwi kat rumah, so, kiwi je la aku kedarah.[amboi, sopannya bahasa. haha].

Mainan Baru? Kata Jimat.
Ari ni Luth dah berusia 8 bulan. Cepat je masa berlalu. Dah nak dekat setahun dah dia.
Ini namanya Rain Forest Jumperoo.

65 comments:

  1. Luth dh masuk 8 bulan...beza dgn qisya cuma 8 hari sj..

    ReplyDelete
  2. teringat kesah budak2 opis dl yg claimed hosmet dorang ade bela hantu raya..ms tak tahu..bahagia jer idup..bila dah tahu, pundah randah satu umah..huhuh..
    makan vit C byk2 lyd kalu takmo amek ubat, sy breastfeeding mcm skrang mls nak mkn ubat kalu demam tp kena pakse ngan somi..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg makan kiwi tu. Sbb kat kotak kiwi tu kata ada vitamin c macam oren. Bukan kiwi kasut ye.

      Delete
  3. Benda2 menumpang ni antara percaya dgn tidak je...tp bila berlaku dlm fmly sendiri yes jadi terus percaya.

    Anyway..cepat masa berlalu...Luth dah 8bln...anak dara saya Zahra dah 9bln.
    Lyd, do visit my blog. Dah rename to http://www.faralittlebit.blogspot. Keep in touch ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya. Mmg makhluk tu semua wujud Mrs R. Tanak share ke apa yg dah berlaku tu? Nak gak tau.

      Beza sebulan je. Zahra comel sgt. Dah visit dah blog Mrs R.

      Delete
  4. perlu ke cakap pakai telekung lengkap then nak tido dlm surau... mcm riak je...

    ReplyDelete
  5. ala xde pape tu.jgn pk bukan2 k.kalo risau g jumpa ustaz k.tp rara pon sejak ada anak ni mmh selalu letih.letihs sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. letih tu boleh tahan lagi. Pastu rasa berat, badan rasa nak bergerak pon susah. Tapi sebenarnya saya rasa mmg sebab tak exercise.

      Delete
  6. Erk...rumah saya pon ada juga dgr guli lah, org tarik2 benda lah. Tapi kekadang org atas tu tak der umah...hurmmmm...

    Cantik menan baru luth. Kejao jer ah 8 bulan yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, satu lari perabot beralih pon org kata ada kaitan dgn jin. Sbb kalo difikirkan, permainan apa je yang mcm guli? Ada lagi ke budak2 main guli, dlm rumah plak tu. Haih, ntah la.

      Delete
  7. haa...masa ngandung ari tu koi batuk teruk. mkn ubat dan buat petua sumer tak baik. mkn pantang pun tak baik. last2 koi pergi darussyifa. pastu ustaz kata ada gangguan sikit. dia bagi air untuk minum dan campur sikit untuk manda lepas asar. air habis batuk pun datang balik. bapak koi pulak bagi kunyit selawat, katanya kena tegur. kurang sikit batuk masa nak bersalin. bersalin jer terus hilang batuk. koi pun tak tahu sejauh mana benarnya. yela..site koi dulu bebetul sebelah kubur. adala kot hari yg koi lupa nak bagi salam dan sedekah fatihah kat 'mereka' kott. takpun mmg pembawakan budak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan koi yg peknen ni kabo, dia batuk gok sepanjang peknen. Itu doktor kata alahan mengandung. Tak tau le ye ke dok hok mana se hok betul. Kunyit selawat tu bapak aok buat sendiri ke? Kena kunyah ke, rendam dalam air dan minum?

      Delete
  8. Asben Lyd sama mcam my asben akan marah bila ckp psl 'benda tumpang' ni :0
    Myra sbb kerap sakit bahu, kdg terdetik jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sama le kita Myra. Sebab rasa berat je kat bahu dan kat belakang. MIntak2 le bukan. Heheh. Takut sebenarnya.

      Delete
  9. Saya org yg kuat percaya kpd kewujudan makhluk2 halus ini, bukan saja kerana nama mereka wujud dalam al-Quran, tapi kerana dah banyak kali menyaksikannya sendiri. Tapi saya setuju dgn kata2 suami Lyd, antara kita dan jin, kita yang lebih kuat dari mereka. Jin tak akan berani mendekati kita jika kita tak takut kepadanya dan sentiasa yakin dengan kekuasaan Allah dan keajaiban surah-surahNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jenis kuat gak percaya benda2 mistik ni JR. Setakat ni alhamdulillah tak pernah jumpa lagi. Semoga terus tak jumpa sebab saya tak le kuat sgt semangat. Mcm berani2 takut gitu. Jin dpt kenal tak kalo kita berani2 takut?

      Delete
  10. Mahkluk tu semua kan memang ada, jangan kita duk provoke atau seru2 depa jer udah, My ustaz pun cakap dulu, ala kita setakat pengsan2 nampak dorang, itu dorang gurau-gurau jer tu. Main cikucak. hahahha

    Haaa klau ilang selera, makan masam2 jer yg buat segar badan kan. Cepat sembuh yer. Buat sup letak limau hirup panas2 pun sedap ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, saya fikir jugak, kalo yg pengsan bila nampak rupa mereka tu bukan sebab takut, tapi terkejut sebab terlampau hodoh rupa derang. Hehehe..

      Itu yang makan kiwi tu awak. Tadi cakap kat mat azghul, balik nanti beli kiwi ye. Dia jawab, okay nanti dia beli kiwi kasut. Thanks ye.

      Delete
    2. so amacam now, feel better? Sedap kiwi kasut? hihihi

      Delete
    3. uishh lamo ilang, cuti sekolah ker? Jangan cakap awak betul2 ditumpang lyd, minta jauh. Cepat sembuh if u not feeling good yer.

      Delete
    4. Hahahha... Boleh tahan la sedapnya kiwi kasut.

      Layan demam la ni. MC, pastu past baton demam tu kat Luth, mama Luth EL. Weekend pun banyak berehat je. Nak buka laptop mmg tak rajin time2 cuti ni.

      Delete
  11. cerita pasal gangguan ni.. sy semalam. tengok2 kaki lebam2.. mak tanya.. ade mimpi ape2 tak.. kot gangguan. xde.. xlama lepas tu.. baru teringat. tersadung.. mana tak lebam. kahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huih.. saspen je mrs mell ni. Ingatkan kisah mistik tadi. Lenkali hati2 ye.

      Delete
  12. ada orang kata kalau ada benda menumpang selalunya sakit kat bahu..

    tapi kan bila saya baca antara 3 cerita tu cam ada sesuatu yg istimewa jer..

    Luth dah 8 bln kan, ok dah tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde nita. Saya tak pregnant. Hehehe... Belum masanya lagi luth nak beradik walaupun dia dah 8 bulan. Sebab dia lahir bulan 3. Nanti dari kiraan tahun kang jadi setahun sorang. Chey, beriya aku explain. Hahaha.

      Delete
  13. serious saya pernah alami gangguan. kena kat hospital masa si Naiim umur tak sampai setahun. kena kokak kat kepala. rasa mcm biji mata nak keluar gigi nak luruh. sepak sepak muka pun still tak hilang tau.

    Last pergi klinik Hj. Zainal, dia berubat cara telur ayam di letak jarum, then buang je telur tu ke laut.
    tak sangka dengan izin Allah, beberapa jam lepas tu dah baik.

    psstt...blog yg kamu pergi tu benornya blog back up. sebab that day blog ni tetiba dah full. so saya bukak satu blog lagi. mcm extention la. entry yag lama saya letak kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke awak? Alamakk... takut plak saya dengar. Klinik haji zainal tu kat mana?

      Ooo begitu kisahnya... Patut le entry lama.

      Delete
  14. aku sakit bahu dan tengkuk....
    harap2 tak de yang menambah bebanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba le gi check dgn ustaz. Mana la tau kan...

      Delete
  15. MC hammer tu bukan hammer yg thor tu pakai ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bukan la. Ada plak. MC hammer tu penyanyi rap zaman dulu2.

      Delete
  16. assalamualaikum lyd...sekejap jer luth dah beso yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam mama. Ye la mama... dah besar dah macam abg awisy..

      Delete
  17. saya kalau demam suka makan tembikai . timun juga leh sejukkan badan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya tembikai. Saya kalau makan tembikai angin.

      Delete
  18. sma la ats umh ciksu slalu je dgr bunyi guli jatuh.skali cik abe gi tanya jiran atas.skli dia kata anak dia tak main guli.

    haaa, sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya jugak la jiran saya yg kat atas tu. Ada tak permainan anak dia yg berunsurkan guli. Sekali dia pun kata takde cemana? Haaa.. takuit.

      Delete
  19. Makhluk halus itu wujud...dan mmg syaitan dah berjanji nak sesatkan/kacau kita, anak Adam...
    Cuma saya setuju dgn apa yg Mat Azghul cakap....kita kena berani..kita ada Allah...kita ada Al Quran...

    apa apa pun, better buat proper medical check up juga :)
    Banyak kali juga saya temui kes, yg mana punya sebenar sakit/'benda menumpang tu'...ialah mmg ada sakit fizikal...Yg perlu di rawat secara moden...
    kalau dah buat extensive test ....semua negatif....maka usahalah juga cara Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... lagi takut dgn sakit fizikal tu sebenarnya... Nak pegi check pun takut la daddy ziyyad.

      Delete
  20. Dekat mana u beli Rain Forest Jumperoo tu..?

    ReplyDelete
  21. mudah2an cepat sembuh yer !.. bab tumpang menumpang baik cek betul2 takut jugakan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah KA. Saya tengah dlm proses nak recover ni.

      Delete
  22. Kadang2 bende2 macam ni susah nak percaya...sekiranya berlaku pada diri sendiri atau orang2 yang paling hampir dengan kita baru kita kelam kabut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Bunda. Kalau dah alami sendiri baru la nak percaya. Huhu.

      Delete
  23. tinggi gak demam tu..
    moga cpt sembuh.. nape x mkn j paracetamol tu?
    oo..maybe sbb nyusu luth kan?

    a ah. dh 8bulan ye luth..
    nk setahun dah..rsa cam bru j tau awk bsalinkan dia..

    apa2 pon..get well soon ye lyd

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab paracetamol bukan menyembuhkan. Dia hanya meredakan saje. Tapi dah takut sgt penyakit melarat, saya makan je antibiotik.

      Kannnn? Dah nak setahun dah. Lagi 4 bulan je lagi nak masuk setahun.

      Thanks Lya.

      Delete
  24. semoga kak lyd cepat sembut..cepat je masa berlalu, dah meningkat dah luth.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bahrain. Ye la... cepat je masa berlalu.

      Delete
  25. Replies
    1. Salam ciksu. Tak balik kampung. Melayan demam je.

      Delete
  26. syafakillah...seram baca tajuk entry yg atas skali tu...tumpang?ditumpang?hehehe...luth dh makin byk akal dh ke...comel tgk dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde ditumpang pun. Demam biasa je. Luth makin banyak akal dah. Semua benda nak pegang, semua nak masuk mulut.

      Delete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...