Iklan! Iklan! Sila Click!

20 November 2013

Contoh Photobook Yang Dibeli Melalui Groupon

Sejahteralah ke atas kamu.... 

Mungkin ada diantara kamu yg pernah register dengan Groupon dan pernah nampak promosi atau diskaun PHOTOBOOK. Sama ada kamu tertarik nak beli tapi tak tau cemana kaedahnya photobook yang beli kat Groupon ni, atau kamu memang tak pernah terlintas nak beli pun. 

Photobook ni ada banyak jenis dan banyak size. Yang aku beli kat Groupon ni, aku sendiri edit dan masukkan gambar mana yang berkenan di hati, nak sumbat banyak mana gambar pun dalam satu page tu aku sendiri yang decide. Semuanya kita boleh buat sendiri menggunakan software yang Photobook bagi yang kita boleh download secara PERCUMA. Ini contoh software photobook designer yang aku dah download dan installed kat notebrookk aku.

Macam ni la interface yang pertama bila ko buka application ni. Untuk buat yang baru, Create a New Project.
Nanti ada option untuk kita pilih nak jenis macamana. Yang biasa aku buat aku guna yang Hardcover and Softcover.


Ini serba ringkas penjelasan berkenaan jenis Hardcover and Softcover ni. Saiz dan jenis kertas pun ada diceritakan. Sila la rajin membaca kalau nak tahu lebih. Tak baca pon takpe kalau takde kepentingan nak baca.

Ini contoh cemana kat dalam aplikasi tu. Mula-mula add gambar. Pastu boleh click and drag je background cemana yang ko suka. Atau frames, atau Masks dan lain-lain. Boleh juga masukkan TEXT [yang hurup 'T' kat atas belah kanan tu.]



Secara keseluruhannya, memang senang je nak guna aplikasi ni. Seronok pun seronok. Sebab kita sendiri boleh experiment setiap background, frames, masks, page styles dan scrapbook yang disediakan. 

Sangat sesuai untuk manusia yang suka DIY-DIY macam aku ni. Semua benda nak buat sendiri. Padahal hasilnya bukan cantik sangat. Setakat nak puaskan hati sendiri tu boleh la. 

Photobook yang jual kat Groupon pulak ada banyak company/jenama. Ada daripada PhotoTalkz, PhotobookMart, software yang aku bagi contoh ni namanya memang PhotoBook, ada WeeDoo, PixaJoy dan macam-macam lagi. Setiap syarikat, lain-lain la rupa software yang mereka sediakan. Tapi biasanya memang percuma boleh download sendiri. 

Okay, tiba la saat yang dinanti-nantikan..... Contoh Photobook yang aku baru je beli untuk print gambar Luth baru-baru ni. Ini daripada PhotoBookMart. 



Nipis je. Satu buku hanya ada 40 mukasurat [40 pages] maksudnya 20 helai.

Ini diantara isi kandungan photobook tu. Sumbat je seberapa banyak gambar ko nak sumbat. Takde sape nak marah.


Aku suka photobook ni bukan apa, sebab senang aku nak print out gambar-gambar yang berharga untuk dikongsi bersama keluarga. Kalau nenek dengan atuk nak tengok gambar cucu, takkan la nak hangkut notebook bagi mereka tengok kan. Tak feel kata mereka. So, kena la print out. Pastu kalau nak print macam gambar biasa yang saiz 4R tu [cuci gambar kata orang], pertamanya aku malas nak susun dalam sticky album. Nak beli album pon satu hal. Nak susun lagi. Nak pilih2 gambar lagi. Nak kena pegi kedai lagi, bagi softcopy pastu bla bla bla leceh. Lagi satu gambar yang print kat kedai gambar tu biasanya akan cepat kembang kalau tak kena gaya simpan. Kejap cuaca panas, kejap cuaca ujan ribut petir. Gambar berpeluh pastu rosak. Kan dah sakit hati tersimpan di kalbu. Maka, aku pon print la kat fotobuk ni.

Kalau berduit lebih, boleh la tempah yang professional punya. Setiap pages tu guna kertas tebal yang keras sama macam kulit keras [hardcover.] Boleh tempah dengan Blogger Lady Bird. Beliau bersama suaminya menjalankan perkhidmatan buat photobook ni. Mungkin hasil seninya lebih tinggi la berbanding dengan software percuma yang kita buat sendiri ni. Rasanya dia kena edit guna Photoshop. Entry ni pon untuk Lady Bird sebenarnya. Sebab dia nak tengok contoh photobook yang beli kat Groupon ni.

40 comments:

  1. pernah sekali buat dulu kala... tapi bukan kat grupon... kat mana tah... pesen gitu le... kita masuk masuk gambo sendiri... pastu dia print... pastu paling tak best "dapat mesej "puan, banyak gambar yang separuh separuh... tak nampak muka"... saya jawab "saya memang nak gambar macam tu"..

    sambung dalam ahti "senilah... gambo tangan gemuk sumayyah... gambo kaki gemuk sumayyah... ada pulak kata separuh separuh"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak berseni la org yg mensemak fotobuk awk tu. heheh. Ada ke patut dia tak tau value kaki gemuk dan tangan gemuk tu.

      Delete
  2. saya pun beli gak photobook ni. tapi x sempat nak pilih gambar lagi :)

    ReplyDelete
  3. Kak Nurul x pernah lg buat photobook,teringin juga nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la buat sekali kak. Mesti best. mesti akak rasa nak buat yg second dan seterusnya.

      Delete
  4. aku design2 ni minat la nak DIY. tp tang printing tu yg maleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. printing tu ko upload je. Takyah nak pegi kedai pon.

      Delete
  5. Replies
    1. buat la satu fiza. Skrg ada offer photobook ni kat groupon. Lagi 3 hari.

      Delete
  6. saya pernah beli kat pixajoy, promo rm10 utk 20helai. Mmg best ada photobook ni, Nampak lebih kemas, cuma time edit, pilih & susun gambo tu saya pinar mata. Yelah..mata org tua dah...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la masa nk pilih gmbr tu yg terbantut skt, tp sy bila part nk susun tu saya suka. Cuma masa kena betul2 lapang la baru seronok.

      Delete
  7. pernah buat jugak...
    siap wat photo wedding lg bg hadiah. hehe
    neh tgh siapkan yg gambar size A3 plak...gambar besar yg bleh letak kat frame.
    best2...murah2 laks tuh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo, yg gambar tu akak tak sempat nak beli. Mcm menarik jugak. InsyaAllah kalau ada offer lagi nak beli gak. Akak pun ada buat jugak fotobuk wedding photo akak. Tapi malu la nak share kat sini kan. Heheh.

      Delete
  8. tapi yg rara beli ni dorg kata xleh design.kena bg gambar je =(

    ReplyDelete
  9. bestnye...teringin nak buat tp mcm xde masa je...dulu2 rajin cuci gambar anak2 simpan album je. Chaiyok lyd!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu ada masa la mrs R. Kalau tidak nnt beli tak redeem rugi je.

      Delete
  10. tang nak buat sendiritu memang sukaler akak tapi tuler takut tak pandai jer nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn risau kak, mmg senang sesangat nak guna ni. Lagi senang daripada powerpoint. Akak mesti boleh punye.

      Delete
  11. Masih merindui zaman kamera pakai kodak dulu, lepas gambar siap, gambar simpan dalam album. Tapi zaman dah berubah, hidup semakin mudah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman tu kodak pon kena jimat. Kalo nak bergambar kena posing betul2. Nanti gmbr tak jadi rugi je kodak 36. Nak tunggu hasil gmbr yg diambil tu pun kena tunggu siap cuci dulu. Kalo muka buruk time tu, buruk le. Takdpt nak delete then amik balik kan?

      Delete
  12. Amboi, Luth ada photobook! Untunglah~ Hahahahah.....sy ni, malas nak bt pe pun. Tepeklah ko gambar bulat tu je. Hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. ada masa-masa la awk. Time rajin, semuapon jadi. Time malas tu, nasib le. Heheh... Ramai org pesan ni kalo dah buat kat anak sulung, nanti anak seterusnya kena buat jgak.

      Delete
  13. wah untungnyer jad luth ni yer.. siap ada photobook lagi canggih sungguh lah skang ni yerk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... untung dia sebab mama dia rajin nak layan benda2 mcm ni.

      Delete
  14. Sonok ada bby, boleh abadikan gambar anak :)

    Myra penah order + bayar melalui groupon ni, tapi smpai kesudah tak redeem, sbb tak sempat nak pilih memilih gmbar yg sesua..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok myra. InsyaAllah masa Myra akan tiba juga nnt. Yakin lah.

      Saya pun pernah jugak beli fotobuk ni 3 tapi tak redeem. Rugi gitu je.

      Delete
  15. Gambar album ni feel dia tak sama macam tengok guna device. Orang-orang lama pun prefer album physical lagi dari digital. Parent saya pun suka lagi tengok gambar cucu on album print berbanding kat hanset.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. Kadang2 org tua ni dia nak tatap lama2, nak belek 2,3 kali kalau dgn gadget dia tak dpt nak buat mcm tu.

      Delete
  16. teringin jgk nak buat...btl jgkkan kalo nk tunjuk pic dkt kaum keluarga jenuh nk bwk usung laptop..

    ReplyDelete
  17. betul tuh lyd, kalau mak2 kita mana suka tgk gambar guna komputer..nak jgk mereka tgk album..

    ReplyDelete
  18. wa.. detailnye akak tulis.. :D..
    1st time lady th ade yg mcm ni tau kak..
    dulu time koje lady buat melalui photoshop..
    jenuh.. poning kopalo den..
    skrg tgk hubby buat pun gune photoshop.. dgambar ambik sendiri, design sdri, semua sendiri.. cume printing jer kasi org lain buat.. mudahlah kan kalu ade mcm ni bg yg nk prin gmbr nmpk klas sikit tuh.. xperlu gune album sticky dah.. lgpun sticky album mudh rosak.. lbh2 lagi kalu udr lembab.. hbs rosak gambar..

    ReplyDelete
  19. owhh gitu.. i pun kat sini nampak ikaln kat tv printing2 buat kelandar semua la.. tak terlintas lagi nak buat. Pasai tak reti. Ini better kot kalau I nak send kat my mom, ritu dah print out gambar banyak jugakla, berat giler kot nak postkan yg tu.

    ReplyDelete
  20. ASSALAMUALAIKUM...terpengaruh dan terbuat jugak...lepas bace entry ni aritu terus download terus edit...berhari2 jugak sudahnye..pastu nk tnye....saiz yg u beli ni yg rm 58 tu ke?hahaha...time edit semangat...time nak pilih nak membayor mcm blur pulak...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...