Skip to main content

Betul Ke Nenek Ni?

Sejahteralah ke atas kami... eh... kamu...

Aku cuti Deepavali balik kampung. Dear Nastyna Mama JJ, i tak hilang, cuma waktu cuti rasa sangat berat tangan nak buka laptop. Henfon cap kaki tiga ni tak boleh update blog plak tuh. Heheh.

Cerita yang jadi trending kat Malaysia sekarang ialah pasal penderaan kanak-kanak kat Taman Melati. Bila aku baca cerita tu daripada blog salah seorang ibu yang pernah hantar anak kat situ, rasa macam !@#$%^&*()(*&%#@ je. Kalau korang rajin nak baca boleh jenguk blog OrlyLove ni. Terbayang-bayang kalau la anak aku yang masih cecik cinonet tu orang pukul-pukul, tampar-tampar dan dera bagi nangis sampai ke petang. Huhu... Mohon Allah lindungi anak aku.

Alhamdulillah setakat ni, nenek pengasuh Luth ni menjaga Luth dengan baik. Ingat lagi dulu aku dengan Mat Azghul dah pernah berkira-kira nak tukar pengasuh bila ;-

1)  nenek tu suruh sediakan susu formula, sebab dia kata anak2 yang dia asuh kat situ semuanya tak suka minum susu ibu yang dibekukan. Tapi aku dapat atasi masalah tu dan meyakinkan serta memudahkan nenek dengan memberi susu yang aku pam dalam masa 24 je. Lebih dari 24 jam aku buang. So, Luth dapat la minum susu aku, bukan susu formula.

2)  nenek ikut suka hati je gunakan minyak telon dan bedak serta minyak rambut yang bukan aku bagi. Habis anak aku bau macam anak orang lain, tak wangi, bau kaf alif lam ya nga, pastu tiap2 petang amik anak, rambut selepet macam letak minyak bijan seliter kat kepala. Tapi akhirnya aku sedar yang itu hanya masalah yang super tiny, super kecik yang sebenarnya bukan masalah langsung. Heheh. Kan nampak tak over sungguh aku. Apa masalahnya kalo minyak rambut selepet, balik rumah aku lap la. Kalau bau minyak telon tu lain, aku lap, aku sapu le minyak yang aku puja-pujakan sangat tu. Selesai masalah. Asalkan anak aku masih one piece masa aku amik tu dah patut bersyukur.

3) nenek suap biskut Farley's Rusk kat Luth masa umur Luth baru 4 bulan. Aku sedih tau. Sebab kalau boleh aku nak buat semua yang pertama untuk Luth. Bagi makanan pejal pertama kali, aku nak tengok cemana muka Luth masa makan tu. Sepatutnya aku nak decide makanan pejal mana yang aku nak bagi kat anak aku. Tetiba nenek dah mencabul hak aku sebagai ibu. Cheyyyy.... Mengada-ngada je lebih. Lepas dah lama dia bagi Luth makan biskut, baru dia tau Luth baru 4 bulan. Dia ingat dah 6 bulan. Takpe la nenet. Aku redha je la. Asalkan anak aku sihat walafiat. Sekarang nenek bagi kentang rebus kat Luth. Siap blend lagi. Aku pun lenyek je kentang rebus tu, tapi nenek lagi rajin pegi blend. Caya lah nenek!!

Sehingga sekarang, aku bersyukur sebab aku tak terburu-buru tukar pengasuh haya kerana masalah-masalah kecik yang aku senaraikan kat atas ni. Sekarang, aku tengok nenek layan anak aku macam special sikit. *aku kan selalu main datang tetibe je muncul kat pintu rumah nenek.. kehkeh*. Aku tengok dia tidurkan anak aku, dalam bilik berasingan dan pasangkan CD bacaan Al Quran kat Luth. Kata nenek, kalau takde bacaan Quran Luth tanak tidur. Dalam hati aku, "bakpe anok aku gitu. Kat umoh takde pon mcm gitu. Tidur elok je". 

Lagipun, aku tengok nenek tu kalau nak dodoikan anak orang lain pun dia akan baca surah lazim dan berzikir. Aku rasa mcm okay la kot. Sangat okay la actually. Yang aku paling terharu, bila aku hantar anak aku pagi-pagi dalam keadaan batuk dan berhingus, bila petang aku ambil, anak aku dah sihat dan takde hingus walaupun setitik, sebab nenek ni memang pembersih. Pastu siap bagi tips cemana nak elakkan Luth kena gigit dengan nyamuk *sebab Luth ni boleh dikatakan selalu sangat tangan dan kaki dia dijadikan menu feveret si nyamuk mopiko laila nih*.

Dulu masa aku risau-risau sangat dengan penjagaan nenek terhadap Luth, kakak aku beri satu je nasihat yang buat aku sentap mengkarung sampai sekarang, "kena sentiasa yakin bahawa Allah yang jaga Luth, bukan kita [ibubapa] mahupun nenek. Sebab walau sebaik mana pun nenek jaga, itu semua adalah gerak hati nenek yang dikawal oleh Allah.".

Sebenarnya aku cuma nak cerita pasal nenek ni, minggu lepas dia cerita ada hantu raya kat kawasan flat kami tu. Ada parent lain yang hantar anak kat umah nenek, nampak hantu raya tu kat tingkap sampai anak dia pun demam. Nenek pun selalu kena ganggu dengan makhluk halus tu dia main on-off lampu. Ada la beberapa lagi cerita yang nenek cerita, tapi rasa cam malas plak nak karang balik dalam blog ni. Sorry eh. Ini je perenggan yang berkaitan dengan tajuk kat atas tu. Hahahah. Ntah ye ke tak tak tau la.

Comments

  1. cerita pakaikan minayk rambut tuh mengingatkan sy ms antar aida kat umah kwn ms kat spital branakkan arissa, mak mertua dia jg siang hari. br dr spital, cium siaidan bagai nak pengsan bau rambutnya yg letak minyak kelapa kot..tang tuh jgk srh sempooo...huhu..
    tawakkal pd Allah lyd, yg jg anak kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.... boleh bayangkan betapa comelnya wajah anak yang innocent tapi bau mcm nak pengsan tu. Dia mesti tak tau pon yg dia busuk. Betul tu ummuaidan. Tawakkal itu lebih penting.

      Delete
  2. Bagusnya dpt pengasuh yg mcmnie..
    Alamak takut plak bila dgr cter hantu nie...uhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Alamak... Nenek nampak hantu raya ke? Biar betul ni. Hehe. Susah jugak nak percaya kalau ikutkan.

    ReplyDelete
  4. baguslah klu mcm 2.. sy tgk video sal taska 2 pn sy nagis..kesian budak2 tecik comel2 2.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada akak tgk video yg ahlam share kat fb tu. Rasa sakit je hati.

      Delete
  5. Sakit hati masa tgk video tu. Suka suki jer pukul anak org. Sedih rasa.

    Alahaiii...yg last tu seram plah plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedih kan. Budak tu tak buat apa2 pun. Mcm saiko je pngasuh tu.

      Delete
  6. Bukan senang nak dapatkan pengasuh yg baik yg menjaga anak kita seperti anak cucunya sendiri..Teringat masa anak kecik2 dulu, masa tu tinggal di Ampang Indah. Anak2 ditinggalkan kpd pengasuh yg sangat baik hati yg sampai sekarang terasa sepertu tak terbalas budi baiknya membesarkan anak2 kami....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jr, pengasuh yg jaga macam cucu sendiri mmg susah nak cari. Mmg tak dinafikan ada yang jaga anak demi duit, tapi selagi dia amanah dgn pencarian rezeki tu, takde masalah. Yang jenis tak amanah tu ramai. Biasanya nak duit tapi malas kerja. Tak sabar. JR ada contact lagi tak dgn pengasuh anak2 kat Ampang Indah tu?

      Delete
  7. syukur sangat2 kan bila ada orang jaga anak dgn baik.. harap2 berterusanlah ye.. :-)

    ReplyDelete
  8. xsuka tgk and baca pasal ni.fobia.xnk nk.hehehe

    ReplyDelete
  9. Cuti panjang rupernyer.
    Itu la that day pun borak ngna my mom ada cakap pasal kes pengasuh ni, she curious macam mana dengan JJ kat sini ornag jaga, JJ kan ke "school". saper tak risau anak kan. Elok nyer Luth nak tidur dengan orang ngaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ur mom lagi risau sbb JJ tu jauh dari sedara mara. Tapi JJ untung sbb mama dia sendiri yg jaga dia. Gi school pun rasanya org jerman sivik mereka tinggi, tak buat kot perkara2 tak senonoh mcm tu. *Kat rumah dia tak macam tu pon. Kiranya bersyukur la nenek rajin pasang halwa telinga yang baik kat dia.

      Delete
  10. hahhahahahahhaha.... dah hujung baru perasan.... 90% content tak selari dengan tajuk... hahahaha... takpe... pon boleh...

    ReplyDelete
  11. syukrii kan.. 3org pengasuh yg jaga dia. nampak tak ummi syukrii ni cerewet? hahaha.. pengasuh pertama. dia mengasuh ok.. tp tiba2 dia dpt musibah. rumah dia kena tanah runtuh. so, atas faktor keselamatan.. i tukar pengasuh. then hantar kat nenet sorg ni.. nenet ni rugged ya rabbi. siap pakai singlet. bahkan anak2 dara dia pun berseluar pendek. i tak sedap hati. mcm ni ke anak aku nk membesar nnti. huhu.. leps tu suami dia suka hati isap rokok dpn bby.. ebm yg i hanta. bg botol minyk2 bau kari. haiyak.. syukrii selalu demam. hampir tiap2 bulan sampai penyudahnya syukrii kena thn wad. sebb demam panas sgt. pengasuh ke3 ok.. tp syukrii masuk ward lg.. akhirnya we decide blik kg. dok ngn opah... alhamdulillah syukrii sehat dn aktif disini..
    sekian sahaja komen brupa entry dr sy.. hahahaha..
    p/s: kalau dah nenet jaga tu memang la minyak selepek atas kapla. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nenet rugged tu, pening kepala skit la nak fikir. Mmg kalo saya pun akan tukar pengasuh. Dah la ebm berminyak2. Tak senonoh betul.

      Balik kampung jugak yg paling terbaik. Mcm nabi dulu kan mak baginda hantar tinggal di pinggir bandar, untuk perkembangan dan kesihatan nabi jadi lebih baik berbanding duduk di bandar. Terima kasih di atas komen yang brupa entry ini. Saya hargai org komen panjang2.

      Delete
  12. sebagai mak memangla cerewet bab jagaan anak ni tu yg sampai minyak rambutpun jadi isu..hehehe.. tapi macam bagus jer nenek tu jaga Luth, Alhamdulillah..
    kesiankan, saya jd sakit hati tgk video tu.. tergamak dia wat camtu..
    Seram pulak bab hantu raya tu...

    -sy publish balik cite mimpi tu...-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... biasa la. kadang2 cerewet tak bertempat. Tapi selamat le sempat sedar. Kalo tidak tukar pengasuh pastu dpt pengasuh yg lagi ntah hapa2 lagi le teruk.

      Delete
  13. bagusnye nenek tu...

    bab mengaji tu la... kire die maseh prihatin kat baby-baby mcm luth tu...

    maybe nenek jaga ramai, nak senang tido semua pasang quran ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nenek mmg jaga ramai. Tapi anak2 lain semua tidur kat ruang tamu. Luth je tidur dlm bilik sbb cd player dlm bilik. Heheh.

      Delete
    2. ooo betul la org cakap kalau nak bg adil kat budak bukan ajar sama ratakan semua benda...

      tp bg ape yg die nak... ustaz tv al hijrah salu cakap cm tu...

      tu yg nenek tu praktis agaknye...

      hee

      Delete
  14. alhamdulillah untung kalau dapat pengasuh yang bebetul dapat jaga anak org macam anak/cucu sendiri.kita pon xtakut atau risau nak tinggalkan.anak saya.. saya hantar umah mak saya je.xjauh. nak hantar ke pengasuh atau rumah jagaan.. dengan kes2 yang meningkat sekarang alamat takde la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la ada mak dekat. macam akak, mak dah takde, mak mentua pun kat kampung. Terpaksa kuatkan hati nak tinggalkan anak dengan org yg takde pertalian saudara.

      Delete
  15. betullah bila kita bekerja ni, kena redha & doa bayk2 ajelah... eh.. citer hantu raya tu cer citer terang2 sikit, nak juga dgr lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal hantu raya tu saya mcm tak berapa faham sgt nenek cerita. Nnt la saya siasat lagi. kekek.

      Delete
  16. Betul la kata kakak lyd tu...ada je yg dpt kemalangan/meninggal walau dlm jagaan ibubapa sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kan ujie. Semuanya ni ye tak ye adalah di dalam perhatian Allah jualah.

      Delete
  17. point no. 2 tu x bole nak salahkan nenek tu pun. mana dia nak ingat anak yg ni kena bg mkn itu, minum ini. anak ni lak kena bagi mkn itu, minum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la.. betul jugak tu. Sebab tu le skrg ni mama luth mcm dah tak kisah la nenek nak pakaikan minyak apapon. Asalkan anak aku sihat dan baik2 saje dah cukup.

      Delete
  18. kalau ciksu jaga luth la kan, agak2 kena complain tak dgn mama lyd.kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt ciksu yg stress nak layan kerenah mama luth. Hehehe...

      Delete
  19. sama la..perasaan sy pun mcm lyd..tp sy htr baby kt taska..setiap hari buat karangan pesan mcm2 kt cikgu dia..tp setiap hari jugak la tak puas hati bila ambik anak balik waktu petang..baru seminggu je pun..harap2 nnti sume pesanan sy tu cikgu dia ikut..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama-lama nanti mesti awk akan semakin terbuka. mula2 saya pun macam tu. Risaunya la nak letak anak di bawah jagaan org. Tapi lama2, saya dah okay dah bila tengok anak pun mcm hepi je duk umah nenek.

      Delete
  20. nak tanye pasal ni "Yang aku paling terharu, bila aku hantar anak aku pagi-pagi dalam keadaan batuk dan berhingus, bila petang aku ambil, anak aku dah sihat dan takde hingus walaupun setitik, sebab nenek ni memang pembersih" puan tau ke ubat apa yg nenek tu kasi kat luth sampai luth boleh sembuh dengan cepat? adakah ubat yg diberi oleh nenek dibenarkan dlm islam? atau mungkin ubat2 yg mengandungi dadah? pernah puan terfikir ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau pulak saya. Apa yang saya diberitahu oleh nenek, bila saya tanya, cemana Luth dah tak batuk, nenek tu kata dia sapu vicks kat dada dan belakang. Saya cuba buat di rumah, sapu vicks bila luth batuk, nampaknya setakat ni alhamdulillah menjadi. Yang lain2 saya tak fikir sangat. Saya serahkan semuanya kepada Allah.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya