Skip to main content

Apa Terjadi Kepada Aku

Sejahteralah ke atas kamu...


Lepas aku MC minggu lepas, esoknya aku gi ofis. Esok kepada esoknya pulak, Luth plak yang demam. Aku bawak dia pegi PPUM. Kebetulan pun dia memang kena gi check up pada tarikh tu. Berat Luth cuma 7.4kg je. Bagi aku agak ringan sebab aku baca kat laman sosial, ada anak orang yang umur baru 7 bulan beratnya dah 9 kg. Makan apa la tu. Luth ni dia tak makan sangat. Menyusu je lebih. Mungkin sebab tu badan dia sedang2 je kot. Tapi aku tak sedih pun. Sebab pertumbuhan Luth normal dan grafnya naik elok je.

Hari Sabtu, papa Luth plak yang demam. Aku ni lepas baik demam, kepala aku memang berdenyut je. Hadoii... Nak menjaga 2 orang lelaki hensem yang demam pada masa yang sama aku pon demam, bukanlah perkara yang sepantas ABC 123. Fine ayat lelaki hensem tu over. Hahahah.

Nak tau, aku paling fobia nak pergi check penyakit aku. Aku selalu takut kalau aku ada penyakit2 bahaya. Aku mcm tak sanggup dan tanak dengar apa2 pun. Sebab tu bila aku tak sihat, aku selalu je berdebar tak tentu hala. Kali ni, aku makan ubat antibiotik bila aku rasa nafas aku makin berat. Harap2 mati le semua kuman-kuman berbahaya sisa2 penyakit demam dan batuk yang menyinggah kat aku ni.

Hari ni alhamdulillah aku dah rasa makin sihat. Okay, in case kalau ada yang tertanya-tanya adakah aku berbadan 2, ye jawapannya ialah TIDAK. Belum lagi buat masa ni. 

Beg Untuk Breast Pump.
Memang aku give up. Hahahahah.. Sebab aku rasa susah nak buat. Aku tak pandailah senang cakap. Complicated sangat sampaikan minggu lepas, aku rasa macam takde mood nak bangun tidur sebab aku dah buntu nak design cemana beg tu. Lagipun, kalo nak buat beg tu, aku kena beli kain baru la yang bersemenggah skit. Nak guna seluar jean lama, buruk nak mampus. Seluar kasual yang aku bawak pergi meranduk air terjun masuk utan apa semua. Takkan nak guna untuk buat beg. Takyah nak jadi kedekut sangat macam tu boleh takk?? [tenung diri sendiri sambil peluk tubuh, angkat sebelah kening].

Jadi, aku akan beli je. Lantak la jadi bai roti pun. Sebab malas aku nak serabutkan otak aku lagi. Yang mula-mula membuat aku give up untuk buat beg ini, bila aku gugel tutorial, aku jumpa satu blog crafter ni. Dia cerita dia buat beg. Yang ada banyak compartment. Crafter ni memang expert la. Dalam blog dia, memang hasil jahitan dia bila aku tengok, boleh menitis air mata sebab rasa rendah diri. Cantikkkkk sangat. Dia cerita, nak buat beg yang dia buat tu pun perlukan SKILL menjahit yang tinggi, mesin jahit yang canggih pastu dia sendiri pun amik masa 2 minggu utk siapkan. Aku? Nak buat waktu weekend 2 hari? Dengan kepakaran aku yang macam doploh sen ni? Juga dengan kemampuan mesin jahit aku yang beli cap Bluesky tu? Memang mimpi di subuh sapie je la jawabnya. Chey dah macam iklan Kursus Motivasi Doktor Azizan kat surat kabar Metro dah gaya aku bertanya then jawab sendiri tu.

Apa yang aku nak buat sekarang, hanya beberapa helai lagi alas baby untuk adik ipar aku yg sorang lagi [ina] dan juga akak aku. Aku ada beli kain cotton baru2 ni kat kedai kain. Dah tentu kedai kain, takkan kedai cendol. Harga kain pon takde la murah sangat sekarang. Aku beli beberapa jenis corak dan warna. Dalam 5,6 jenis. Semuanya semeter ke 2 meter je. Itu pon dah cecah lapan ploh hingget. Memang mulia. Sebenarnya aku nak cerita apa ni?Kbai.

Comments

  1. kain dah mahal?
    huh.. ingatkan gula dan ikan kembung je yang mahal..
    (ayat perli kerajaan)

    ReplyDelete
  2. hehehehe kira mcm luah perasaan la nie lyd..

    ReplyDelete
  3. anak koi masa checkup 5 bulan ari tu beratnya 7.4kg

    ReplyDelete
  4. Hehe..takpe la sis..atleast sis ada jgk skill menjahit..akk lgsg xreti jahit..baha

    ReplyDelete
  5. Saya lebih suka saya yg demam atau sakit dari melihat isteri atau anak2 demam atau sakit, sebab saya tau saya dpt hadapinya, tapi jika org lain sakit saya pula yg tak dpt tidur. Masa kecik2 dulu bila anak2 sakit doa wajib dari saya ialah: "Ya Allah, pindahkan penyakit anakku ke tubuhku.." Tapi ia tak pernah terjadi....

    ReplyDelete
  6. Haaa padat. so, itu lah kisahnya... eh berat Luth okjer, ala baby ni tak payah berat2 sangat, tak semstinya yang berat itu sihat, I myself jaga pemakanan JJ dulu tak nak dia gemok, boleh? hahaha dia mmg dalam gambar nampak montel jer kan, tapi in real actually kecik jer JJ ni. eh I pulak cerita apa ni kat sini ni :)

    ReplyDelete
  7. ok, dapat dikesan beberapa cerita dalam 1 entree. bagus! hahaha...
    btw, untung ada skill menjahit...jeles...

    ReplyDelete
  8. masa raya haji ari tu pun, wife aku demam. aku jaga. pastu, bini aku lak jaga aku sebab dah berjangkit demam nyer. hahaha...

    ReplyDelete
  9. Arissa nie rsnya dah 7kg kot wpun br 4 bln lebih...kalu 7 bln kalu..gergasi kecik?hehehe..
    takper lyd, mengaku kalah sekali sekala jika reasonable takper..next time leh cuba lg..:)

    ReplyDelete
  10. musim sakit skang ni yer... mudah2an dah sembuh yer !

    ReplyDelete
  11. mahainya kain tu
    mesti cntikkan.
    alhamdulillah,lepas ni naik lagi berat bdn luth

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya