Sejahteralah ke atas kamu...
Entry kali ini berunsurkan luahan perasaan. Tanpa gambar. Harap tabah membacanya.
Sebagai seorang wanita yang baru je bergelar ibu, aku rasa aku mencuba terlalu kuat untuk menjadi sempurna. Sempurna untuk anak aku. Kalau boleh nak jadi terbaik, lebih baik daripada semua ibu-ibu lain yang ada dalam dunia ni dari segala segi. Duniawee, ukhrawi, pakaian yang aku sediakan, mainan yang aku beli, makanan yang aku suap, cara didikan yang aku terapkan, rancangan TV yang tatapkan malahan semuanya sekali. Aku nak jadi yang lebih baik daripada orang lain. Apa motifnya pun ntah la. Mungkin sifat nak bersaing tu tetiba je muncul lepas ada anak.
Tapi aku sedar, walaupun itu niat aku, walaupun macam-macam plan dalam kepala aku dalam nak mendidik dan membesarkan Luth ni, lasttttttt sekali, aku kena hadapi juga apa yang tak termasuk dalam plan. Biasa la. Ada banyak la sebenarnya. Contohnya aku plan, balik je rumah, terus nak siapkan kerja rumah laju-laju memasak mengemas semua, tepat jam 8 malam, terus dah boleh spend time dengan Luth, main-main dengan dia, baca buku cerita kat dia sampai dia tertidur. Tapi yang berlaku, sampai je umah... terus je penat nak mampus, baring sebelah Luth, aku tertidur sampai kul 7.30mlm. Pastu kepala weng. Time tu kerja umah ke mana, kemas rumah ke laut, main dan baca buku cerita kat Luth lagi la ntah dah lenyap ke planet mana.
Tadi kata entry ni 'tanpa gambar'. Peace. |
Itu belum masuk bila segalanya nampak okay, tapi tetiba Luth pulak tak sihat, meragam, merengek tak selesa. Berak kapur aku dibuatnya. Bila Luth sakit [sila baca : demam, batuk dan selsema], aku cuba sedaya upaya untuk handle setiap tangisan dia dengan paling berhemo-hemo-hemo berhemah. Rengekan yang bila dipujuk akan diam dan tidur itu masih boleh dihadapi dengan sabar dan suara yang selemah lembut yang mungkin. Tapi ada masanya, rengekan yang berpanjangan yang boleh menyebabkan bukan setakat kutu je mati, malah bubuk, lipas dan cicak pun bleh mati sebab stress ni, yang itu la yang biasa paling menguji kesabaran.
Luth ni sangat jarang menangis. Bila dia sekali sekala merengek tak berenti-henti [bila dia tak sihat je biasanya], kadang-kadang bisikan rasukan ablasa aku mula la rasa nak campak je budak kecik tu sambil tengking dia, "ko nak apa lagi ni???". Sebab aku dah pujuk, dah peluk, dah offer susu, dah offer minum air guna botol pun tak mau. Dah tukar lampin, dah cuba untuk tidurkan... semua pun gagal. Rasa nak naik hantu kak limah tu memang ada. Tapi alhamdulillah.... semua tu hanya rasa dalaman negatif yang aku cepat2 boleh tukarkan jadi positif. Bila aku project perasaan tu ianya bertukar menjadi suara pujukan mama yang paling lunak. Chey wahhh.. tak habis-habis nak bangga diri. Pui! Okay-okay. Tolong jangan salah faham. Aku bukan nak angkat diri sendiri. Cuma aku nak jelaskan yang setakat ni aku masih mampu bersabar. Akan datang? Bila perangai Luth dah macam-macam nanti? Mampukah aku bersabar macam sekarang? Tu baru anak sorang. Kalau anak dah lapan macam arwah mak aku? Ko mampu?
tiada siapa yg sempurna :)
ReplyDeletecomel sgt luth!!!
:) betul tu awk. Saya faham tu. Cuma biasala ... manusia ni perasaan dia bercampur baur.
DeleteYup. Kite hanya manusia biasa. Setan ada di mana-mana. Klu boleh, hapuskan rs nak bersaing dgn org lain. Sifat merendah diri n low profile tu lg best. Org kate, under dog. Silap2 dlm diam, berisi woooo! Heheheheh!
ReplyDeleteRasa nak bersaing tu hanya dalaman je awak. Tak membahayakan org lain insyaAllah. Cuma nak compete utk kebaikan je. Bukan nak bersaing jiran beli sofa, saya nak sofa. Bukan yg tu. Ni compete nak jadi terbaik utk anak sendiri je. Biar anak bangga ada mak yang terbaik. Cekononnya. huhu.
Deleteitu normal.. takde mak yang tak stress.. takde mak yang boleh senyum 24 jam mahupun di dalam tidur.. kau tengok je lah aku dengan Ya melalui blog tu.. macam-macam nak tunggu dia besor gajoh.. tapi dah besor anok gajoh ni, aku pulak yang, "boleh tak awak jadi macam baby dulu..."
ReplyDeletegittewww pelik tapi benar.
yang benar,
aku malas log in..
Mak Ya Yasmin
aku sekali sekala dah mula rasa rindu masa Luth baby dulu. Baby yang betul2 baby baru lahir. Masa tu, dia tak pandai buat apa2 lagi. Comel sgt.
Deleteaisey target sy 12 org anak..suami nak 5 je.. tp bile kenangkan sikap sy ni yg agak panas jgk.. errr pikir jap berapa target sepatut patut patutnya?????...haha
ReplyDeletetakyah target2. Sebab target kita ni boleh berubah2 mengikut situasi. Nanti bila MK dah dpt anak pertama, mungkin tetiba target turun dari 12 hanya jadi 2 je ke. Atau terus nak tambah target jadi 13 ke. Hehehe.
DeleteBaru2 ni baca status kwn yg dah lama menanti anak kedua..katanya masa blm ada, sibuk nak. Bila dah ada, dia rimas sbb baby nangis tak henti. Kalau saya, ntah camne pulak..sbb saya pun bkn spesis yg sabar.
ReplyDeleteMungkin skrg ujie rasa ujie tak sabar, tapi bila dah hadapi situasi tu nanti insyaAllah kita ni boleh otometik berubah.
DeleteRealiti tak seindah yg kita inginkan..jaga anak urus rumah tangga memang mencabar, jaga anak tuh yg boleh jadik seteresnyaaa..tambah2 full time kan..sy dah lalui..ms baby below 2 yrs ok lg..sabarnyer masih kuat dong..tp bila anak dah umur 3, 4 thn byk perangai ke, tak dengar kata ke,ngada2 ker..memang ayat 'ko nak apa lagi' tuh blh kuar jgkk..hhuhuh..
ReplyDeleteHuhuhuh.... bersedia menghadapi semua dugaan tu, tapi walau sejauh mana pun kita rasa bersedia, selagi tak lalui sendiri, mesti takkan sama seperti yg disediakan ye.
Deleteaku tibe-tibe baca ia dengan perasaan...
ReplyDeletesebab aku excited nak jadi ibu jugak, even takdak sbrg tnda-tnda mengandung pun...
kan, perancangan tak semestinya menjadi...
tp ape-ape pun yang sakit disembuhkan dan yang kucar-kacir diamankan
:)
semoga Allah sentiasa memberi sifat sabar dan tenang dalam diri kau untuk menguruskan Luth yang comey itu
:))
Itulah cabarannya bila bergelar seorang ibu ni Lyd. Pernah juga terkeluar perkataan 'nak apa lagi ni?' sebab dah tak tau nak buat apa dah. Kesabaran yg tinggi perlu ada dalam mendidik dan menangani kerenah anak2 ni.
ReplyDeleteComelnya luth ☺
Saya percaya dgn kata2 awk ni Fiza. Satu hari nanti mungkin akan tiba juga waktunya kesabaran itu pecah.
DeleteSemua itu asam garam kehidupan. Betul kata Lyd, itu baru anak sorang. Bayangkan spt saya yg ada anak enam, masa anak2 masih kecil dulu (tiga darinya lahir berturut2 setahun seorang), memang satu dugaan sangat besar. Rambut hitam boleh jadi beruban, rambut lebat boleh gugur jika tak pandai mengendalikannya. Tapi itu semua dugaan Allah kerana anak2 adalah amanahNya....
ReplyDeletebanyak dugaannya nak besarkan anak ye JR? JR dah berpengalaman, dah 6 org, tentu lagi besar ujian demi ujian yang datang.
DeleteI can relate, kita tend to be ooooover hover protective, dulu I siap ban ban ban orang tu orang ni sebab tak nak depa kacau cara I raise JJ muahaha. Sekarang... hmmm kalau I pujuk2 tak makan saman, melalak la kau kat situ sampai puas, takpun lempang sebijik bagi sedar diri. Hahahhaa Alaaaa lempang manja :p Kdang depa ni terbawa2 tau bila start merengek tu, macam best sangat ker alunan melodinyer pada mereka.
ReplyDeletehahahah... siannya JJ kena lempang sebijik. Selamat le kena lempang manja je. Tapi anak2 ni dia kenal la kalo lempang tu marah walaupun tak kuat pun kan? dia macam kenal emosi. Luth setakat ni kalo saya tersigung kepala dia ke, atau terjerit kecil bila dia cakar muka saya, dia nangis le berlinangan airmata. Padahal org tak marah dia pon.
DeleteBiasa la tu kak. Kita mampu merancang je. Nak yang terbaik untuk anak. tapi akan datang kita tak tahu apa yang terjadi. Yang penting dah berusaha yang terbaik.
ReplyDeletebetul la. apa yang penting kerja samaaaa.... Nanti awk dah ada anak, awk kongsi la perasaan awk sebagai seorang bapa plak k.
Deletejgn delete komen aku la bitch!!!
ReplyDeleteOkay, baiklah, :D
Deletehaha ada yang meroyan kat sini.
Deleteanjing
ReplyDeletetenkiu. luv you. hahahaha..
Deletenormal kot bila dah jadi mak ni.. ai pungg gitu yuu.. kihkih..
ReplyDeletesamer la kita yuuu... hihihihihi...
Deletebila baca entry sis ni..
ReplyDeleteteringat jugak kat diri sndiri..
macam rasa sis perli akk jek..
sometimes memang kita akan hadapi benda2 camni..
lumrahla sis..
kita ni manusia biasa kan??
memang tak pernah dan tak akan sempurna..
btw...comelnya anak sis..
hahaha... mana ada perli sesape. Ni cakap pasla diri sendiri. Tapi mungkin rasa terkena tu sebab normal perasaan seorang ibu akan rasa semua benda ni.
Deleteassalamualaikum lyd...semoga akan menjadi seorang ibu yg baik...:)
ReplyDeleteWaalaikumussalam mama. InsyaAllah mama. Saya mencuba sedaya upaya untuk jadi ibu yang baik utk Luth.
DeleteINSYA ALLAH, saya yakin kak lyd mampu menjaga anak dengan penuh sabar dan menjadi ibu mithali kepada semua.
ReplyDeleteinilah dia..anak pembawa rezeki,anak juga ujian untuk ibubapa....sejauh mana kita dapat mengatasi segala masalah berkenaan dengan anak,itulah kita...ibu kepada anak..semoga lyd banyak bersabar dengan karenah anak yang seorang tu,saya 6 orang pun ada 6 ragam anak..
ReplyDeletesalam sis.. wahhhh banyaknya entry yg ahlam trtinggal.. huhu btw mlm ni ahlam dh pulum baca semua... hurmmm.. ahlam yakin sis boleh lakukan semua pekara itu... #jika kau fikir kau boleh, kau hampir melakukan... lalalala nyanyi lak ahlam dkt sini... hohohoho
ReplyDeletebtw gud luck sis!!!
bukan senangkan nak jadi ibu yang penyabar dan lembut ni kan..Alhamdulilllah sebab Lyd masih boleh control, saya dah pernah luahkan kat diorang, tu yang kalau diorang taknak dengar kata maka terkeluarlah ayat warning "jangan bagi mama marah, tahukan kalau mama marah camner?" hanya mereka je yang tahu.hahahaha... (teruk kan)
ReplyDeletehuhu...tercabar jgk ek kak lyd..hehe..ni yg takut ni...
ReplyDeletesaya percaya kamu akan mampu and jadi yg terbaik utk luth.. saya juga risau kalau sy x mampu jadi ibu yg baik pd anak sy nanti :) tapi setiap wanita akan jadi wanita yang berbeza bila dh bergelar ibukan :)
ReplyDeletetersangat paham perasaan itu. saya belum ada anak. jaga hadek pun hantu segala macam hantu naik. tapi orang kata, kalau anak ni lain sikit feelingnya. lain macamana tu saya tak tahu. tunggulah saya ada anak sendiri nanti.
ReplyDeletesalam kak.. alahai.. mungkin kite senasib kot.. alhamdulillah baby zahra x byk meragam.. macam luth jugak.. cume bezanya lady dah berhenti keje sejurus selepas pregnant.. kononye nk jadi ibu terbaik.. nk contoh mak lady yg full time jd suri rumah.. tp kite ni x perfect.. betul kata akak.. ape yg kite rncg x semuanya terlaksana.. tp at least kite dh cube yg terbaik.. contohnye yg lady nampk.. nama bebi luth pun dah yg terbaik.. :).. tahniah kak.. pemilihan nama itu penyting dlm pembentukan peribadinya.. insyaAllah berjaya.. ameeennn
ReplyDeleteitulah cabaran terpaksa dihadapi sbagai seorang ibu,....akak pun sama masa anak2 kecil dulu..Tapi bila dia orang dah besar, rindu pulak nak dengar tangisan dia orang masa kecik2 dulu...
ReplyDeleteItula budak2 kan, bila diorag tak sihat, diorang tak tahu how to impressed their feeling, cuma dari rengekan dia nak kita ni faham akan kesakitan dia..
ReplyDeleteInsyaAllah mudah2an Lyd jadi Ibu yg baik ;D
Sy pn sama lyd...mmg nk sgala2 yg trbaik utk ank...tp kdg2 xmmpu jgk...bila penat n stress blk keje tu, smus prancangan entah ke mana...hehe...ni dh msk ank 2 ni lg la...2-2 ank nk prhatian..mmg pening la ummi dia ni...hehe...
ReplyDeletegitulah lyd..mjaga ank mmg mnuntut kesabaran y amat tinggi...
ReplyDeletesbb tu ada jd kes ayah/mak leh cederakan anak klo kurang ksabaran n keimanan..
insyallah..mudahan dlm diri kita sntiasa dilimpahi perasaan sabar dlm mlayani kerenah ank..
lya ni pon, mlayan kerenah asya..kdg2 rsa cam mati kutu gak.tp bila memikirkan anugerah allah ni, terus cuba calm down dulu..tngkan diri n insyallah..akn ok lps tu.. kecik peel kecik..bilabesar peel tang lain plok..
Yang mana hilang? Cuti balik kampung ker?
ReplyDeletein shaa Allah semoga mama luth ni diberi kekuatan mental dan fizikal utk terus mendidik dan menjag luth.aamiin
ReplyDeleteadakah kurang kesabaran dalam diri ini,daku diuji sebegini hebat.