Skip to main content

Kamera Murah Yang Bagus Dan Berkualiti

Sejahtertalah ke atas kamu...

Aku ni kalo beli barang, aku takde la nak yang paling terhebat sekali. Cukup sekadar yang boleh beri kualiti yang aku nak dan harga yang aku mampu. Dulu, aku pernah cerita pasal aku beli camera jenama X yang akhirnya aku sedih sebab aku tak puas hati dengan kualiti gambarnya.

Maka, dengan sebab itulah aku beli kamera baru jenama yang aku nak sangat tu iaitu Sony Cybershot model DSC-WX100 yang sekarang ni dah tak keluar dah. Sony hanya keluarkan model DSC-WX80 je. Bezanya kalau tak silap, yg WX80 tu ada wifi. Harga kamera ni masa aku beli ni dulu ialah RM750. Kalau tak silap la. Yang pasti, aku memang sangat puashati pakai kamera ni walaupun tak sehebat DSLR. Dah nama pun kamera compact kan. Lagipun buat apa aku nak beli DSLR sebab aku bukan fotoragrafer pon.

Sumber gambar dari Google : ePhotoZine


Kamera ni ada mode dan setting yang boleh dipilih. Kalau pandai guna setiap mode tu sesuai dengan situasi, maka akan terhasil la gambar yang cantik. Gambar dalam gelap pun bleh nampak terang lagi sebab dia ada Low Light Scene. Kalo korang nak beli kamera, aku sajes kamera ni. Ooppss.. Dah tak keluar, so pilih la yg WX80 tu.

10 kali zoom. 18.2 megapixels. 

Kat bawah ni contoh gambar yg aku ambil,

Abaikan makcik tua bertudung merah tu. Gambar ni diambil pada jam 8.30 malam. Kat luar tu sebenarnya sangat gelap. Tapi kalau guna low-light mode, kat luar tu bleh jadi cerah macam siang.

Boleh set fokus pada object dan  latar belakang tu jadi blur. Kalo kemre canggih tu aku tak heran la bleh buat mcm ni. Tapi ni kemre biasa je.


Sebelum ni aku pernah guna Sony Cybershot yang grade lagi rendah yang harganya aku tgk sekarang hanya RM400 je. Tapi gambarnya tetap cantik. Kalau pandai guna, boleh dapat gambar yang memuaskan hati. Cayo la cakap den.

OKay, itu aje.

Comments

  1. terang mcm siang!
    kamera kalau canggih, tapi kita tak canggih nak gunakannya..pun tak jadi cantik gak gambo tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. Tapi kalo kita tak canggih, guna plak kemre tak canggih, lagi la tak canggihnya gambar.

      Delete
  2. ala den tak suko bogamba..camno yo? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpo, tak suko bogamba, ekau snap la gmbr org len. Apo susah.

      Delete
  3. oh mudahnya menipu orang dengan gambar malam ke siang tu,kalau nak bukti saya tak kuar malam tu,boleh say buat cam gambar tu kan...hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Wow *mata terbuntang. Mcm x caya jer itu gambar mlm. Nampak mcm siang. Hebak camera ni.
    Tak yah beli dslr pon x per kan :-)

    ReplyDelete
  5. nak gambar yg kalernya real guna setting white balance - cloudy

    ReplyDelete
  6. wah cantik2 juga hasil gambarnyer !

    ReplyDelete
  7. saya pun penah beli camera compact sony..mmg cantik kalau pandai amek gmba..tapi dah rosak..x g baiki2 lagi..lgpun hp kn hadoo..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kemre henfon sgt berguna sbg pengganti kemre yg rosak.

      Delete
  8. melihat compact camera ni, aku teringat kepada dua kamera aku...

    1. hilang

    2. masuk air. tu pun bukan salah aku. tp tkde pengganti pun.

    sayu tibe-tibe. hukhuk.

    * compact camera kalau dah serasi memang best guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. olor sedihnya... kalo dah penat2 explore tetiba hilang plak. Pedih jiwa.

      Delete
  9. Ok la tu janji ada kamera. Macam saya ni harap kamera handphone je selalu. Nak beli kamera macam bazir je pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay je kalo guna kemre henfon. lebih2 lagi kalau henofn canggih. kemrenya pun mesti canggih.

      Delete
  10. ternyata, MAHAL bukan ukuran sesuatu itu berkualiti.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Bagi saya, megapixels tu agak berpengaruh. Bagi pendapat professional pula, megapixels tak berpengaruh pun, yang penting, lens nya. Contoh kalau tengok kemre henfon. Kalau yang MPnya hanya 1.3 bandingkan dengan kemre jenama sama yang MPnya 5.0. Ada beza jugak kualiti gambar. Kalau tgk dlm henfon tu tak nampak beza. Tapi kalau pindah ke PC jelas nampak dot2 tu. Tapi.... elok la awk ikut pendapat professional. Sbb saya pun mmg tak tau sgt pasal fotografi.

      Delete
  12. Terimakasih info nya sangat menarik sekali untuk disimak

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya