Skip to main content

Food Review : Mr Food Restaurant

Sejahteralah ke atas kamu...

Impian aku nak makan steak tebal+gemuk masih belum kesampaian. Ahad, aku ada urusan perniagaan kat Putra Heights. Gaya macam bagus je buat ayat urusan perniagaan tu. Padahal bukan ada benda pun. Selesai urusan rasa lapar nak makan. Aku ni takleh makan lambat. Nanti aku gastrik. Kalo aku gastrik, ko tau apa kesannya? Mesti la ko tak tau kan. Kesannya ialah Luth akan kembung. Tak tau le apa relatednya antara perut aku gastrik dengan susu aku menyebabkan Luth kembung. Mukadimah kemain panjang.

Aku round lot-lot kedai tu nak cari kedai makan. Banyak kedai makan tutup, tetiba jumpa satu kedai yang ada sign  'OPEN'. Signboard kat kedai tu namanya Mr Food. Kedai tertutup. "Ni kedai mende", naluriku bertanya. Lain macam je tertutupnya. Cermin gelap. Boleh masuk ke tak ni? Aku siap suruh Mat Azghul gi tengok kejap dalam tu cemana, kalo okay baru aku nak gi. Tapi Mat Azghul pun tak kuasa nak layan permintaan aku. Hahah. Tengah teragak-agak nak masuk ke tidak tu, nampak ada satu family Melayu keluar dari kedai tu. Maknanya boleh la masuk. Aku bukan apa, bila nampak tertutup camtu, aku ingat macam bar ke, atau kedai cina yg ada serve arak ke kan. Mana la tau.



Ini la tajuk kedai tu. Mr Food. Nampak kan signboard dia mcm takde tulis pon 'ini adalah restoren'.




Aku order jus apple. Nampak pucat dan cair je kan. Tapi sedap rupa-rupanya air ni. Mat Azghul tak order air. Sebab dia tak minum air lepas makan.

Ini antara deco-deco na priddy women, deco-deco na. kat restoren tu.

Nampak kat hujung tu ada dart, ada anak panah dan busur panah skali.

Ini adalah dia punya butchery bar.

Antara daging-daging yang ada di sini.

Enterprem. Suka sangat dia twist lidah dia tu.

Konon-konon macam duduk kat high chair, tapi sebenarnya budak ini bukan reti pon duduk sendiri. Dok dalam tu pun macam 4 minit je.

Ini la steak yang aku order. Aku order Rib-Eye steak. Nampak tak betapa tak tebal dan tak gemuk pon steak aku. Huhuh.. Hancur hatiku. Steak ini didatangkan sekali dengan Special gravy dan mashed potato, serta apa benda ntah yang macam muntah hantu yang badang makan masa kat sungai tu sampai jadi kuat tu. Aku betul2 tak fokus masa tengok dalam menu. Tapi muntah hantu tu sedap jugak. Rasa macam coleslaw kot, tapi ada rasa bawang besar. Ada rasa manis-manis masam.
Permandangan bila diselak di bawah steak tu. Ini harganya RM40. Giler vaveng. Rasanya ini daging import dari ostolia. Sebab tu dia mahal.

Ini grill chicken yang Mat Azghul pilih. Set ini juga didatangkan dgn muntah hantu dan gravy yang sedap itu. Pastu dia dapat potato wedges. Takci le. Aku pon nak wedges jugak. Yang ni harganya RM15.


Tak dapat wedges, aku order french fries. Murah je. Pat hinggit je sebakul.


Okay, itu je secara ala kadarnya makanan yang aku order. Walaupun... steak itu bukanlah steak gemuk yang aku idamkan, komen ikhlas aku dari segi flavor : steak tu, adalah : sedap, grill chicken pun sedap, gravy sedap, mashed potato sedap, wedges pon sedap, jus apple pun sedap malahan french fries tu pon sedap. Komen aku tentang texture pula, rib-eye steak tu texturenya menepati citarasa aku, grill chicken pun menepati piawaian, yang lain-lain pun semuanya okay. Takde komen buruk pun tentang makanan yang dihidangkan. 

Aku dok fikir, apa la dosa aku sampaikan aku masih tak dapat jugak makan steak gemuk yang aku idamkan tu walaupun aku dah pegi Laman Grill tapi aku salah order plak. Dah dtg restoren Mr Food ni pun tak dpt jugak steak gemuk.... [mestilah banyak dosa aku. Pui.]. Bila aku kenangkan balik, menurut kefahaman aku, untuk mendapatkan steak yang gemuk tu, haruslah ko mintak tahap masak tu sebagai medium. Atau mungkin medium well. Dah tu, kalau aku asyik mintak yang 'well-done' je, sampai arnab bertanduk pun steak tu takkan jadi gemuk dan tebal macam aku nak walaupun mungkin daging tu dah well cut. Betui tak? Selamat la ilham ni muncul dalam kepala otak aku, sebelum aku melompat naik atas meja restoren tu dan mengamuk macam hantu kak limah sambil jerit, "nak steak gemuk, nak steak gemuk". So, lenkali, silalah order steak yang betul ye. Restoren ni, akan aku ulang pergi lagi nanti. InsyaAllah.

Comments

  1. salam eidul adha lyd..
    dlm byk2 menu yg ditayangkan, kentang fries tuh paling terliuq sekali heheh..kalau masak yg medium tuhkan lyd bukankah mcm yg nampak masih merah2 dalamnyer gitu kan..mahal jugak kan satu set tuh..tp kalau sedap tuh taklah membazir duit sgt kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, sedap tapi sikit, tak cukuppppp. Kalo pat ploh hingget tu boleh makan banyak lagi benda lain utk kenyang.

      Delete
    2. Eh lupa... yg medium memang mcm ada darah2 skit. Kalo medium well okay skit kot. Itu pasal le saya order yg well done. Mcm belum bersedia dari segi mental dan fizikal nak makan yg medium. Rare apatah lagi.

      Delete
  2. Kalau ada grill goat korban bagus jugak kan???

    Salam Eidul Fitri buat Lyd dan famili.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... grill goat korban nanti setahun sekali je la kalo ada pun. Salam eidul fitri ke JR? Hahah.

      Delete
  3. Replies
    1. Aku tak mampu nak buat sendiwi. Tak pandai.. huhuh...

      Delete
  4. Ketawa terbahak bahak baca entry ni.. mula2 part sambung lagu indusetan tu, lepas tu part muntah hantu tu.. kakakakaka sampai member ofis tegur nape ketawa kuat..
    lebatnya rambut luth.. rambut fiyya malu malu kucing nak naik.. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... ada pun orang yang tau lagu priddy women versi industan tu. Hehehe...

      Rambut luth kat depan je gitu. Belakang cam rambut anak gajah baru nak tumbuh.

      Delete
  5. jangan pandang pada rupa..sekali rasa buruk rupa sedap rasanya...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la... masa mula2 dpt steak ni rasa cam nak baling ke muka waiter tu. Selamat le bersabor dan rasa dulu. Heheh.

      Delete
  6. Nih kat sebelah restoran Anwar Maju tu ek?

    ReplyDelete
  7. Pergh... Manarik ni... Steak ni memang patut mintak medium well. baru layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik jugak. Betul kan kena mintak medium well. Next visit la.

      Delete
  8. Ermmm....best nie..leh la cuba pegi nnt. Tq sharing ya.. :D

    ReplyDelete
  9. memang kedai bercermin gelapni menakutkan gakkan...
    tapi menarik gak deko2 diakan...
    kalau dah kata boleh gi lagitu kira oklerkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, tu la pasal. nak masuk tu teragak-agak jugak. Kot2 salah masuk kedai kang malu.

      Delete
  10. la... sesedap begitu pun belum dapat kepuasan atas sebab steak tebal hahahaha..
    Kan baru jer qurban.. tak suruh hb dapat kan potongan steak yg tebal heheh :D

    kedai cermin gelap... nama baru tu hahhaa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape nak layan nak dptkan daging tebal masa ibadah qurban. Hahah. Akak tak puas hati mula2 je, tapi bila dah rasa sedap, akak okay je.

      Delete
  11. Salam.
    Kalau aku kira oklah tu..atau jangan2 awk mengidam tak.heehe.

    ReplyDelete
  12. Meleleh saya tgk makanan tu..hahaha, tempat macam eksklusif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak exclusive sgt. Biasa2 je. Tgk meja dgn kerusi pun biasa2 je.

      Delete
  13. wahh hharga steak boleh tahan, tapi kalau dah sedap puas hati la kan. Hahahha punya la ngidam steam gemuk sampai gitu skali, betul la kot teori u tu. Cer try I nak tengok.

    ReplyDelete
  14. Nasiblah MJ bukan peminat steak..
    Tp frust kan kalau tak menepati citarasa :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya