Skip to main content

Bagaimana Nak Dapatkan Udara Bersih Di Rumah

Sejahteralah ke atas kamu....


Jawapannya ialah air purifier. Kalau sesiapa yang selalu batuk waktu malam tu, cuba la beli air purifier letak dalam bilik korang. Salah satu punca kita selalu batuk, selsema dan tak sihat ialah sebab udara. Walaupun pada zahirnya rumah kita nampak bersih, tapi kualiti udara kita tak dapat jamin sejauh mana bersih atau tercemarnya. 

Aku beli air purifier jenama Super 8 ni, model Super Life. 


Cenggini la rupa air purifier yg aku beli tu. Kecik je. Lebih kurang sekecil decoder astro. Aku beli ni pon kat Groupon. Nampaknya aku ni memang kaki Groupon. Hahaha. Suka betul aku shopping kat Groupon ni. 

Cemana aku bleh terdetik nak beli makhluk asing ni? Sebenarnya waktu itu jerebu tengah mengganas kat Malaysia. Aku tiap2 hari batuk walaupun dalam rumah. Banun tidur pun kena batuk dulu beberapa kali sebab rasa macam nafas tersekat. Aku tau udara tak bersih waktu tu. Bayangkan la dalam rumah pun terbau asap. Kalau aku yg dah tua ni pun tak tahan, bayangkan plak anak aku yg masih bayi ni. Paru-paru baru je nak berkembang. Sian plak.

So, bincang2 dengan Mat Azghul, nak cuba beli air purifier. Masa decide nak beli ni, kami sendiri pun tak yakin dengan keberkesanan air purifier. Sebab ada artikel kat internet kata, sebenarnya air purifier ni tak berguna satu sen pon. Nak beli pon fikir panjang jugak. Harga memang satu perkara yg dipertimbangkan. Kalau beli yg mahal2 nanti tak berkesan kan rugi je. Lagipun idok le mampu nak beli yang berharga RM2k secara cash. Gelap dunia sekejap. Bincang punya bincang, keluar plak offer ni kat Groupon. So, kami pon beli la. Tak la mahal sangat. Dalam RM290 macam tu. Harga sebenar kalau ko check kat official website Super 8 = RM388. Sebelum beli tu, aku kaji dulu kat website dia. Ternyata aku termakan dengan kata-kata manis dalam website tu.

Masa mula2 beli tu aku tak rasa pun apa-apa kesan. Sebab air purifier ni, takde keluarkan angin atau memberi kenyamanan udara. Bunyi dia pun slow je. Sedutan udara pon tak rasa sangat kalo ko letak tangan depan lubang2 yang belang-belang tu. Tapi alhamdulillah. Kesan dia aku rasa bila dah beberapa bulan pakai. Pertama yang aku cakap pasal batuk dalam entry aku yg lepas tu la. Bila aku sedar yg aku tak batuk bila aku duduk dalam bilik sebab ada air purifier, aku bagitau Mat Azghul. Mat Azghul yg sweet-sweet cherry tu pun alih air purifier tu ke ruang tamu sebelum dia pegi kerja. [Padahal aku ni macam la tak larat nak angkat sendiri, bukan berat pun, tapi dah dasar pemalas tak suka berdikari. Huhu.]. Memang betul. Siang tu aku dah tak batuk. Amazing.
*semuanya dengan izin Allah jualah.

Ini adalah petikan daripada website tu; 

The World Health Organization (WHO) ranks indoor air pollution amongst the top 8 environmental risks to health. Air pollution causes many diseases and is known to be the "invisible killer". Severe air pollution problems have also caused many people to live under unpleasant living conditions. Respiratory ailments (35.7%), lung disease (22%) and lung cancer (15%) are the adverse effects.
According to a WHO report: "The victims of air pollution are estimated to be 1.6 million death yearly, that is at a rate of 20 seconds/per death."
Super8's high level of quality and performance is the result of renowned German Technology. Our range of products have technological & filtration functions that can effectively capture various kinds of harmful airborne micro-particles and toxic contaminants released from open burning, industrial fumes, car exhaust, smoking, etc.
Super8 provides you with total air solutions to create a healthier indoor environment through purified air filled with negative ions.

Untuk maklumat yg lebih mempengaruhi keputusan anda untuk membeli air purifier jenama ni, sila la lawati laman Super 8

*Entry ni tak berbayar pun ye. Kalau ada wakil Super 8 yang baca entry ni, apa lagi, faham-faham la. Bagi la komisen skit. Hahah.

Comments

  1. bgs tips ni. kalo nak beli next time, aku beli yg mcm hang nyer nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tgk ruang jugak besar mana. Kalo ruang besar, ko kena beli yg besar.

      Delete
  2. Jadi dah terbuktilah keberkesanannya. Mungkin lepas ni ramai yg nak cuba....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk saya, berkesan le. Rumah kecik. Kalo org lain yg ada umah besar mungkin kena beli yg kapasiti lagi besar.

      Delete
  3. haha nak komisen ...x dpt nk nolong!

    ReplyDelete
  4. Haha.. Klo btl pihak dia org ada tbca.. Trs ambik awk jd duta la..

    Kt ofis pon mmg gna gak. Tp x prasan brand ape

    ReplyDelete
  5. tak menahan ayat last tu...hehehe...

    ReplyDelete
  6. So berkesan la jugak menda alah ni yer. Yer la kan, semua pun dengan izinNya, tapi tugas kita untuk mencuba dan berusaha kan.

    ReplyDelete
  7. Rse cam nk bli jgk.anak abih batuk2 dgn mak bapanya skali

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya