Skip to main content

Adakah Rasa Bubur Ini Begitu Teruk, Luth?

Sejahteralah ke atas kamu...

Cubaan untuk menjadi seorang mama yang superrajin memberi hasil yang akhirnya membuat aku rasa down sendiri. Aku memang berhajat nak sediakan bubur [solid food] yang aku masak sendiri untuk si Luluit. Aku eksaided [baca : 'excited' dengan slang US] cari resepi-resepi gempak untuk masak bubur Luth yang akhirnya resepi yang aku pilih hanya masukkan carrot dan ikan merah je dalam bubur tu. Cenggitu punya resepi, takyah gugel pun takpe sepatutnya. 

Dah masak bubur tu, aku tunggu bubur tu sejuk kemudian blend. Suap kat Luth dengan harapan dia sukakannya dan tak sabar2 nak makan, sekali dia taknak makan. [Luth, baik Luth makan bubur yg mama masak ni sebelum mama makan Luth kang]. Dia main sembur-sembur bubur yg aku sempat suap dalam mulut dia. Kalau tidak, dia kepit bibir dia sekemas-kemasnya. Eiii... Geram betul aku si makhluk halus ni. Mama over tau beli Baby Bullet kat Luth. Tetiba Luth tak layan pon keoveran mama ni. Next time harap Luth bagi kerjasama untuk mama terus menjadi mama over hokey boy? Can u promise me anak soleh mama?

Mama.... Pleasee... I don't like the taste. *sampai ke rambut bubur tu, punya la dia mengelupur masa nak suap dia*

To be fair, aku sendiri rasa pun bubur ni tak sedap. Tawar dan terlalu banyak beras. Mungkin next time aku perlu kurangkan beras dan banyakkan carrot supaya rasanya ada rasa manis.
Until then, gambatte kudasai Lyd-chan!

Comments

  1. kak, luth pun dah tahu mana sedap mana tak sedapnya...hehehe

    ReplyDelete
  2. Hmm..kalau awal2 usia begini eloknya kita bg makanan yg dah sedia manis tuk tekel selera anak..cam ubi keledek puree ker, pisang ker..carrot dan labu pun bagus jgk..
    takper luth cuma nak srh mama dia trus mencuba tuh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Mama dia hanya sempat nak mencuba time cuti je. Pastu dah la cepat rasa down. Kekeke. Pasni nak try keledek la. Atau labu.

      Delete
  3. alala comelnya luth.. kalau campurkan sayur2 lain tak okey jgk..kentang, keledek merah ke..sedap jgk.. campurkan ayam jgk sedap jgk..ada kwn saya dia masak bubur utk anak isikan air rebusan ayam..katanya sedap.... eceh pepandai je suggestkan kt mama.. pdhal diri sendiri takde anak lg..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm, bagus idea tu. Boleh la akak try nanti. Apa salahnya MK nak sajes. saling berkongsi ilmu kata org.

      Delete
  4. Kena menuntut ilmu dgn org yg dah biasa urus anak lyd...sng sikit dan tak la rasa down.

    Bubur yg tak abis tu, letak kicap...mama luth je lah mamam ya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak menuntut ilmu, tapi teori dah tentu tak sama dgn praktikal. Huhu.

      Mama sendiri pun tak suka makan, ini pulak Luth.

      Delete
  5. Kih3... Siap dia main sembur2 tak tahan tu. Tengok adik ipar buat untuk anak buah dia memang tak letak nasi pun. Bagi pure labu je. Elok je pulak dia makan. Hehe

    ReplyDelete
  6. Bila anak2 tak nak makan, itu yg sering menjadikan ibu bapa pening kepala.Berdasarkan pengalaman saya, budak2 ni mereka cepat jemu jika dihidang menu yg sama. Oleh itu menu makanan perlu ditukar2 selalu. Mungkin pengalaman saya tak sama dgn pengalaman org lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la JR. Budak2 pon mcm kita jugak. Ada selera sendiri.

      Delete
  7. HAhhaha I dulu pun rajin berjam rebus beras lenyek2 untuk JJ's first solid food, tapi... hmmm satu sudu then menggelupur tak nak. Then I dah malas nak masak berjam2 for her,I kasi fruits jer. Lenyek2 suap lenyek2 suap, suka dia hehehe. Banana, avocado... I pun tak payah masak yayyyy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banana tu takyah steam dulu ke? Avocado tu JJ suka juga ye? Boleh la try nanti.

      Delete
    2. Tak payah steam.... lecek jer terus dari kulit pun boleh hehehe. Avocado pilih yg kulit purple, soft and sweet. Buah2 ni kan rich with their own flavour, so kita pun tak susah2 nak garam gula kan mereka, all nature. Just be careful jangan bagi buah yg terlalu ripe, too much sugar.

      Delete
    3. Ok. Noted sifu. Seronok betul jadi mak org ni kan. Macam2 benda baru yg kita dapat alami. Avocado kulit purple tu ntah wujud ke tidak kat malaysia. Mcm tak pernah nampak [mungkin sebab tak pernah cari]. Ok la nanti nak try pisam.

      Delete
    4. Hehehe I pun masih blajar ni ha.Mana yg kita tau, kita share. Itu yg best jadi mak mak ni kalau hal anak laju jer buat research kan. Avocado kaler tukar purple bila masak, kalau takder pun, u beli jer mana2 peram kat umah sari dua. Have fun with pisam ;)

      Delete
  8. yup biasanyer kena mulakan sesuatu yang agak manis dulu dan pelan2 tukar .. hehehe ! seronokkan anak main sembur2 kat kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kalo takde makanan pun sembur. Tengah menangis boleh berenti kejap utk main sembur2 pastu sambung balik nangis.

      Delete
  9. dia belum 'mesra' lagi dgn makanan tu kut...
    cubalah lagi.. dan lagi... dan lagi...

    ReplyDelete
  10. hehehe..pandai dah nak memilih makanan sedap2 dak kecik ni.. mamapun rasalah dulu buburnya sebelum bagi Luth makan.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa dia ni ada fobia dgn benda asing yg saya suap kot. Sebab skrg ni tgh bagi dia makan antibiotik tiap2 hari.

      Delete
  11. luth dh makin besar!!! kejap jer rasa.. hehehe comel sgt2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ahlam. Kejap je dah seketul budak ni. Kalo ahlam jumpa dia, lagi comel karektor dia. Mcm2 aksi dia ni.

      Delete
  12. kalau dah ajar makan nestum..babaila bubur nasik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... Jgn la mcm tu luth. Takpe. Nak usaha lagi.

      Delete
  13. hahaha..tukar la resepi lain..

    ke ko memang takde bakat memasak ni..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la nak try la weekend ni. Aku try bagi pisang je la senang. Takyah masak. hahaha..

      Aku rasa mungkin jugak la aku yg takde bakat ni.

      Delete
  14. Replies
    1. Pergh. Gugur le rambut anak aku. Bubur mekdi tu byk bahan perasa.

      Delete
  15. caiyok lyd! usha seorg mama.. pasti dberkati. cuba pelbagaikn rsa.. lya tgk skarang rmai y sdiakn puree mcm2 perasa. brokoli, apple.. cba pelbagaikn rsa. mesti luth suke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu lya. Saya ada jugak niat nak sediakan puree tu. InsyaAllah harap2 Luth suka.

      Delete
  16. masa mikhail masuk 6 bulan saya perasan dia pun tak suka carrot.nurse kata kalau dia tak suka jangan bagi..sebab mungkin belum masanya dia makan carrot.masa tu saya cuma masak bubur nasik campur ikan bilis dan saderi..kadang2 ikan bilis gantikan dengan ayam ..bila umur 9 bulan bagi carrot dia makan je..kena tunggu la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... boleh jadi jugak Luth tak suka carrot. Saderi tak kuat sgt ke rasa dia? Ok ke mikhail makan?

      Delete
  17. assalamualaikum lyd...kesian Luth yer...mama bagi bubur nasi x sedap...:)

    ReplyDelete
  18. Cuba tukarkan dengan kentang ke, sbb anak sedara MJ keret bila dh dia biasa mkn bubur br bg..
    Kentang bg rasa mnis2 sket

    ReplyDelete
  19. eerrr...?

    sepatutnya bubur ikan merah itu adalah awesome....!

    lame aku tak makan...

    ReplyDelete
  20. bg aku je la mkn bubur tuh. hahaha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya