Skip to main content

Abe Wish, Aneka Ragam

Sejahteralah ke atas kamu...

Jiran
Ada sorang jiran aku ni, orang Kelantan, drive kereta Toyota Wish. Kami panggil dia Abe Wish. Rumah dia kat tingkat 2, atas rumah aku. Dia ni kalau parking kereta, ikut kepala sendiri je. [Eh, aku mengumpat plak. ]. Korang yang pernah tinggal kat rumah flat, mesti faham dilemma parking space kat rumat flat ni. Kalo dia nak parking kat tengah-tengah, dia parking je. Tempat dia park kereta tu patutnya boleh masuk lagi 2 kereta, tapi dia macam tak peduli pon. 

Aku selalu je hangin dengan dia ni. Sebab menyebabkan orang lain susah. Aku la yang susah terutamanya. Sejak akhir-akhir ni aku perasan yang kereta Wish dia tu dah takde dah parking kat tempat parking tu. Aku macam tertampi-tampi je nak tau. Pegi mana brader ni? Aku rasa dia dah pindah. Bila aku tengok kat umah dia macam ada orang. Aku rasa tu mesti penyewa baru. Walaupun aku gembira jugak sebab dah takde orang nak parking sesuka hati, tapi macam aku cakap tadi la, aku cuma rasa tertampi-tampi je nak tau mana dia pegi. [kipochi tetiba].


Kenapa Dengan Dia?
Malam semalam, Luth meragam yang macam tak pernah lagi macam tu. Meragam, menangis keras daripada tengah malam sampai ke pagi tadi aku hantar ke umah nenet pun menangis lagi. Bila dah nak pagi tu, badan dia dah start panas. Jiwa kacau betul aku rasa. Bukan rasa macam ada butterfly in my stomach dah ni, zirafah, singa pun aku rasa ada dalam perut aku ni. Risau. Aku tak tau nak buat apa. Mat Azghul pun panic. Dah tukar baju, sapu minyak telon, dah susu, dah tukar diaper, dah gosok belakang dan dodoi kan nyanyi lagu Sungai Pahang tapi still nangis. Tengahari tadi aku balik rumah untuk tengok Luth kat umah nenet, okay ke tak. Syukurlah dia dah okay. Badan pun dah tak panas. Ada kawan aku kata mungkin sebab dia nak tumbuh gigi kot. Aku harap betul la sebab tu. [kot dia bosan dengan lagu Sungai Pahang tu tak tau le. Hahahah. Klasik woo lagu tu.].

Comments

  1. Pasal abe wish tu tak dapat dikesanlahkan.. sayapun selalu gak hangin orang camtu..
    owh demam nak tumbuh gigi..cam cepat jer gigi nak tumbuh..terer gak awak ye, saya tak reti nyanyi lagu Sungai Pahang..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... Mesti la reti, org jati Pahang ni hokey. Haa.. faham kan masalah umah flat.

      Delete
  2. Sy pun TERTAMPI-TAMPI nak tau ni. Peh! Klasiklah...tampi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... ni pengaruh lagu sape ntah yg sebut tertampi-tampi ni.

      Delete
  3. Replies
    1. bukan sebab tak reti ni. Tapi selfish sebab dia takut kereta dia kena block dgn kereta lain.

      Delete
  4. kalo parking sesuka hati ni memang hangin jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan hangin lagi bahrain, puting beliung terus kalo dah tiap2 hari.

      Delete
  5. hiuh menghilir di sungai pahang memang klasik lg tragis..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan lagu menghilir di sungai pahang, tapi Sungai Pahang je.

      Delete
  6. Excited I tadinak tau kesudahan apa jadi dengan Abe Wish, heiii potong stim la u.

    Owhh Luth kenapa, maybe la kot tak senang duduk gatai gusi. Cer bawak nyanyi lagu CIndai pulak, takpun Seroja, mungkin Luth suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah, memang takde kesudahan citer abe wish tu. Tergantung je ending dia.

      Lagu cindai tinggi sangat la pitching dia. Lagu seroja tu boleh la.. Hahah,.tapi teringat plak kat wan maimunah sbb dia penah belakon jadi pompuan gila nyanyi lagu tu.

      Delete
  7. Ngapa tak siasat apa jadi dgn abe Wish, entah2 dah kena tembak tak?? Kan zaman sekarang silap sikit saja kena tembak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo kena tembak mesti dah kuar berita. InsyaAllah idop lagi tu. hehe.

      Delete
  8. Erk...nak tau juga lah lyd mana abe wish ni gi...ahaks...Tapi bagus juga klo tak der kan.

    Siannya luth. ADa lah tu yg tak selesa. Harap2 dah ok.

    ReplyDelete
  9. Ingatkn kehilangan abe wish tu ada kaitan dgn luth nangis...rupanya xde kaitan lgsung yek..hehe..

    Psst: lagu sg pahang tu cmner?nape sy mcm xpernah tau pn even org phg...

    ReplyDelete
  10. 1. Konfius jugak ke mana agaknya abe wish tu ye? @ dia dah insap.. no more parking sesuka hati :)

    2. Harapnya betul telahan Luth nak tumbuh gigi, kesian klau bby nanges je kan..

    ReplyDelete
  11. hilang mana abe wish tu..bila selalu dpena mata alih2 hilang..memang jadi satu misteri....mungkin ada betulnya Luth meragam nak tumbuh gigi

    ReplyDelete
  12. Hilang macam tu je ye abg wish tu. Ke downgrade dah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya