Skip to main content

KESILAPANMU, KEEGOANKU.



*entry ni panjang nak mamppss.. Kalo ada banyak masa lapang bleh la baca. Kisah Luth masuk spital sebab kesilapan doktor. *Entry ni auto-publish




Sejahteralah ke atas kamu....


Airmata saya terus mengalir laju apabila nurse di NICU, HTAA mengarahkan supaya Luth diletakkan di katil kecil khas untuk bayi dengan semua pakaiannya perlu dilucutkan kecuali diaper. Manakan tidak, sewaktu datang ke hospital, Luth dipakaikan pakaian yang lengkap dengan barut, sarung kaki, sarung tangan dan bedung. Tiba-tiba di hospital yang suhunya sejuk hasil kerja keras pendingin hawa, semua pakaian selesa Luth diminta untuk ditanggalkan.

Perasaan sebak saya tidak habis di situ sahaja. Malahan, apa yang saya tangiskan semasa mula-mula tadi hanyalah permulaan.

.................................................

Semuanya bermula tengahari tadi bila nurse di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah ibu, datang melawat dan membuat pemeriksaan terhadap Luth. [Biasanya memang begitu. Tidak kira di mana pun kamu bersalin, asalkan semasa berpantang tu kamu berada di kawasan yang dipantau oleh Klinik Kesihatan tersebut, maka sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil alih tugas-tugas pemeriksaan rutin. Dengan syarat, kita perlu maklumkan kepada mereka tentang keujudan kita di tempat mereka. Nurse akan datang membuat pemantauan setiap 5 hari sehingga hari ke 20.]. Mula-mula nurse menekan pipi Luth dan mendakwa ada tanda-tanda kuning pada Luth. Khuatir kuning itu melarat, nurse itu menggalakkan Luth dibawa ke Klinik Kesihatan untuk diperiksa oleh doctor.

Selepas nurse itu pulang, terus sahaja Luth dibawa ke klinik oleh papa dan neneknya. Saya tak ikut.  Luth hanya dibekalkan dengan susu badan saya yang telah dipam. Bila berjumpa dengan doctor, Luth disyaki demam berikutan suhu badannya terlebih 0.7 daripada normal. Kuning ada sikit, bacaannya tak tinggi pun dan tidak membahayakan. Menurut doctor bayi yang berusia 5 hari sangat berisiko dijangkiti demam virus jika suhu melebihi bacaan normal.  Tanpa berlengah lagi beliau terus membuat surat supaya Luth dirujuk kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan. Malam itu juga saya dan Mat Azghul membawa Luth pergi ke hospital, dengan penuh persangkaan baik bahawa Luth tiada apa-apa. [Sebab kami memang tak rasa pun badan dia panas. Kami yakin dia sihat.].

................................................

Apabila Luth diarahkan untuk dimasukkan ke troli bayi di NICU itu, nurse tunjukkan katil saya pula. Saya termangu seketika. Katil saya? Kenapa perlu ada katil pula untuk saya? Saya bertanya kepada nurse, Luth kena tahan ked an nurse kata ‘Ya’. Astagfirullah. Saya datang sehelai sepinggang je. Dah la luka episiotomy belum baik. Saya datang pun dengan barut yang ada herbal paste kat perut yang memang akan bertaburan jatuh bila saya berjalan. Memang tak selesa langsung. Katil saya plak terletak di dalam satu bilik kecil yang dimuatkan dengan 3 katil yang sepatutnya bilik tu hanya muat 2 katil sahaja. Sempit nak mampus.

Luth dibawa pergi salah seorang nurse. Nak ambil darah katanya. Saya pula diarahkan duduk di katil. Mat Azghul hanya boleh masuk sekejap je dalam NICU tu. Huhu. Sedihnya saya. Daripada katil, saya terdengar suara Luth menangis sekejap tetapi kuat. Walaupun baru 5 hari bersama Luth, suara tangisannya telah saya rakam dan simpan di dalam kotak memori saya. Sayu sungguh hati saya bila mendengar tangisan Luth, namun saya hanya mampu berdoa agar Luth kuat dan okay.

Tidak lama selepas itu, Luth dikembalikan kepada saya. Saya lihat pada kain alas di dalam troli itu ada 2 kesan muntah di kiri dan kanan. Huhu.. Sedihnya. Saya belum pernah tengok Luth muntah. Ntah apa la yang dilakukan terhadap Luth sampai Luth termuntah tu.  Tapi hati saya lega seketika bila Luth sudah berada dipangkuan saya. Menurut nurse, setakat pemeriksaan awal, Luth tidak demam. Suhu normal, kuning pun ada sikit tapi tak serius. Cuma nurse kata belum jumpa doctor sebab doctor busy dan darah Luth pun belum diambil lagi.

Selang beberapa minit, datang seorang pembantu hospital yang ingin membawa Luth pergi lagi sekali untuk diambil darah. Sebelum itu, beliau menemubual saya untuk mengetahui sejarah kandungan saya. Dia tanya saya pernah demam ke tak semasa mengandung. Ada darah tinggi ke tidok, ada kencim manish ke tidok, ada ahli keluarga yang demam atau selsema dan batuk ke tidok di rumah tempat saya tinggal tu. Apabila beliau telah berpuas hati dengan semua jawapan saya, Luth pun dibawa pergi. Saya menunggu di katil dengan penuh debar. Pembantu hospital tadi ada maklumkan kepada saya bahawa Luth akan di’drip’ persediaan jika ujian darah Luth positif virus.

Penantian saya semasa Luth dibawa pergi diresahkan dengan suara tangisan Luth yang panjang dan kuat. Kali ini suaranya lain macam sikit. Hati saya bagai meronta-ronta menyuruh saya pergi tengok apa yang telah dilakukan kepada Luth, tetapi saya masih ingat bahawa saya ini umat yang bertamadun. Bukan sebarangan ingin menyerbu. Saya bersabar. Seketika kemudian, saya dengar suara tangisan Luth semakin dekat. Bermakna Luth sedang dibawa kepada saya. Apabila sampai kepada saya, Luth telah berhenti menangis. Tetapi esakan suaranya masih bersisa. Airmata saya memang tidak dapat diempang lagi. Laju saja mereka berjuraian di pipi saya. Saya ambil Luth dan memeluknya. Pada tangan kanannya dipasang drip. Suara tersedu-sedannya masih kedengaran sekali sekala walaupun dia sudah tidak menangis. Sebak sangat saya rasa. Saya susukan Luth sambil menangis. [oloh... sedih sangat lettew konon.. woo...woo..].

Saya berharap Luth boleh discharge daripada ward, malam itu juga. Tapi memang jangan harap la. Ada doctor yang datang ke katil kami malam itu. Beliau maklumkan, setakat ini keadaan Luth langsung tiada tanda-tanda demam. Cuma perlu tunggu keputusan ujian darah yang hanya akan diketahui pada tengahari keesokan harinya. Jika semuanya okay, barulah Luth dibenarkan pulang. Owh Tuhan... lamanya nak tunggu.

Malam itu saya langsung tidak tidur. Saya pegang tangan Luth supaya dia tidak merosakkan drip pada tangannya. Saya risau jika dia menggosok mukanya dengan tangan yang di’dripped’ itu dan menyebabkan drip itu tertanggal. Jika tertanggal, drip lain akan dipasang pada tempat lain pula. Mungkin tangan kiri atau salah satu kakinya. Lagi la saya tak sanggup nak tengok. Jadi, saya rela tak tidur dan menjaga dia. Siannya anak mama. Huhu. Saya yang dah tua ni pun rasa sakit sgt bila tangan kena drip masa nak bersalin dulu. 5 kali cuba, kali ke 5 baru Berjaya cari urat saya. Bongok betul. Derang ingat tangan haku ni gabus bunga nak main tikam-tikam je. Okay. Tak baik marah-marah. Sekarang ni nak citer pasal Luth, bukan pasal mama dia. Boo!

Esoknya, Mat Azghul datang membawa barang2 keperluan saya seperti towel, baju, sabun, berus gigi, bla..blaa...blaa. Mat Azghul sebenarnya ada kerja yang dia perlu submit by email kepada superior dia. Saya plak kena tunggu tengahari nak tau keputusan boleh discharge ke tak. So, sementara nak tunggu tengahari tu, Mat Azghul pegi cari port untuk siapkan kerja dia, memandangkan kat NICU tu orang lain takleh masuk selain ibu bayi je. Saya bersyukur sebab saya dibenarkan bersama Luth sepanjang malam tu. Ada bayi yang ibunya tiada di sisi pun kerana katil tidak mencukupi. Semua bayi yang tidak ditemani ibu, ditempatkan di bilik nursery di dalam NICU dan dibiarkan je menangis sampai kerang. Sedih pilu betul.

Tengahari tu, keputusan darah keluar dan ternyata Luth bebas daripada sebarang sakit atau demam. Doktor yang memeriksa Luth kata, bacaan suhu di Klinik Kesihatan tu kurang accurate sebab suhunya diambil ikut telinga. Sedangkan suhu yang benar2 accurate adalah diambil bacaannya dari punggung.  Bukan ujian darah je Luth kena buat. Ujian air kencing pun kena gak. Sian plok budak baru 5 hari dah jadi suspek. Kehkeh.

Saya lega dan bersyukur kepada Allah kerana dipermudahkan urusan Luth, walaupun dalam hati saya agak bengang dengan doctor kat Klinik Kesihatan tu. Dia punya pasal, tak pasal2 Luth yang jadi mangsa padahal Luth sebenarnya sihat. Tapi saya pun tak la salahkan dia pun. Dia hanya concern tentang pesakit dia kan. Yang penting sekarang, semuanya dah Selamat. Alhamdulillah. Luth pun sampai ke hari ini [hari ke-40] sihat walafiat. Kena cucuk Hepatitis pun elok je tak demam.  Bersyukur ya Allahu ya Rahim.

Comments

  1. kesian kat luth..ermm doc pun kadang2 tersilap kan.tapi xpela janji luth sihat..geram tgk muka luth comeiiiii rsa nak cium je hehehe

    ReplyDelete
  2. Siannya luth..boleh jugak terjadi kesilapan camtuh kan.tak pasal2 kena go through sessi tangis menangis..haru biru gitu..alhamdulillah, luth tak per2...

    ReplyDelete
  3. Comelnya Luth.

    Syukur Alhamdulillah semuanya baik. :)

    ReplyDelete
  4. Alahai..cian tengok tangan comel kena cucuk drip tu..
    Betul la lyd, rasa geram gak sbb silap doc kat KK tu, tapi dia pun amik langkah berjaga2.
    Apapun, syukur Luth sihat2 je.

    ReplyDelete
  5. siannya luth xpasal2 kna drip...sian bila tgk baby comel yg kecik ni kena cucuk sana sini...tmbah2 kita sbg mak dia...sayu n sebak rasa hati...

    ReplyDelete
  6. Luth sangat comel..! Saya paham sgt perasaan duk NICU tu memang mata bengkak nanges je. Kalau tak nanges sbb Hakim, saya nanges tgk baby lain..huuu

    ReplyDelete
  7. masa anak kat NICU pasal anak kuning,,tgk ada insert drip ikut kepala. sebab kaki tgn budah tu dah lebam. Anak orang lain tp koi plak yang beria menangis tgk.

    ReplyDelete
  8. bersabarlah dengan dugaan untuk membesarkan anak..
    macam2 pengalaman dan cabaran yang terpaksa ditempuhi untuk menjadi ibu bapa ni.

    ReplyDelete
  9. awak, bertabahlah...jadi mak orang ni memang macam-macam... ko tengok je lah adik ipar ko tu..

    ReplyDelete
  10. Ala ciannye dia, Alhamdulillah semunya dah ok..
    erm.. geramnya tengok Luth, comel sangat... (^_^)

    ReplyDelete
  11. NURSE TU KURANG PEKERJAAN MUNGKIN...
    ADOI..NI YANG NURSE KAT TEMPAT SAYA KATA DULU..
    BABY BARU LAHIR,ADA KUNING SIKIT2 TU BIASA LA..
    SUHU BADAN DEPA PUN KEKADANG NAIK KEKADANG TURUN..IBU2 TAK PERLU RISAU..

    TAPI NI KES NURSE PULAK YANG RISAU TERLEBIH.








    ReplyDelete
  12. saya pun biasa dah rasa camtu...sedih bila anak kecil tu kena cucuk kat tangan...dulu anak saya yang ke 5,tak cukup kat kedua2 tangan,kedua2 kaki,kasihan..menitis juga air mata ni

    ReplyDelete
  13. Faham sangat perasaan itu, KA baca sampai berderai air mata, teringat kisah menemankan adik di hospital; waktu kecil2 dulu ! apapun sebagai ibu kita kena kuat yer ,....

    ReplyDelete
  14. Siannya luth..sebak hati tgk jarum kt tgn baby..sy mse duk wad lu pun sakit pkai mende alah tu..nikan plak baby..waaa =(

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..
    mujur tak ada berlaku apa2 serius..
    xpela lyd, maybe nurse tu concern..takut tjadi apa2 kat luth.
    ginilh perasaan seorg ibu lyd.... bla anak sakit sikit, air mata kt mudah je mgalir.. ianya dtg semulajadi... rasa kasih pd anak melebihi segalanya...

    ** muka luth ikut awak la.. comel sgt2...

    ReplyDelete
  16. kesian kat luthhh..jadi mangsa...tp nasib baik tak ada pape...luth sangat comel la..

    ReplyDelete
  17. Comel betul Luth ni..
    semoga Luth membesar dengan sihat dan kuat :)

    ReplyDelete
  18. saspen cikgu baca entry lyd ni..terkenang masa razin dlu..anak sulung, tiada pengalaman, airmata jela pengubatnya..dua2 anak cikgu mmg kena kuning dan sekali dgn cikgu le kena bermalam kat wad 3 hri 2 malam..macam holiday plak..huhu

    ReplyDelete
  19. assalam,
    apa2 pun semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  20. Kesianya...Alhamdulillah sumenya slmat...hope phni luth shat2 n jd anak y soleh Amin. Comel sgt baby ni :)

    ReplyDelete
  21. Ksiannya Luth... Nasib baik xde apa2. Mcmana lah blh berlaku kesilapan mcmtu. xpsl2 da kena drip. Ksian dia... Semoga luth akan sentiasa sihat selalu..

    ReplyDelete
  22. as-salam..sian luth..
    sabaq je la kan..

    jap je dah hari ke 40 ye..
    bila blk kl ?

    ReplyDelete
  23. punye lame sy tak datang sini akak dah ade baby baru.. weee... comel luth. siaht selalu ye.. ;)

    ReplyDelete
  24. kesian pd luth...sy pun ada cite mcm nie jgk..gara2 kuning yg kritikal.nti sy update pd blog

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum lyd...alahai kesian nyer...;)

    ReplyDelete
  26. Alhaamdulllah tak der apa2. Siannya luth, tersedu sedu nangis yer. Sebak plak baca n3 ni sis.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya