Skip to main content

Baby Moon

Sejahteralah ke atas kamu.....
Gambar yang acekononnya kretip dan inovatip tapi selenga.

Bercuti selepas baru berkahwin orang panggil HoneyMoon. Bercuti masa tengah pregnant anak pertama pula orang panggil Babymoon. Last weekend, my husband and I went to Pulau Pangkor for our first babymoon. Chey wah. Mood membuat karangan mengikut silibus Korikulum Bersepadu Sekolah Rendah dah datang ni. [Hins..hins.. tekun nak mengarang ayat]

Di Jeti Lumut. Gambar memang la 'sharp sangat' dan 'jelas'. Maklum le, guna kemre canggih Olympus tu.
Kalau diikutkan badan ni, bukannya saya larat nak pergi. Travel jauh-jauh, pastu naik feri kushairi lagi pastu nak berjalan-jalan dengan perut boyot 7 bulan mengandung ni... Memang tak kuasa mak vuyong. Tapi...... bila dah ada offer 'fully-sponsored vacation' untuk ke Pangkor, saya pun apa lagi. Penginapan, duit minyak, tol even duit parking pun disediakan, maka jangan la kita berlengah lagi. Suka sangat la haku dapat percutian free. Terus hilang ingatan sekejap yang saya ni tengah membawak budak. Terus je bagi nama tanda confirm nak pergi. Family pun saya tak bagitau sebab takut derang tak bagi pergi. Nanti keciwa la ai.. Bukannya apa yang membuatkan saya beriya nak pegi... sebab saya sebenarnya... tak pernah pegi Pulau Pangkor lagi.. sob..sob... Ini first time tau... sob..sob...



Muka pervert aku yg tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun. owh.. aku terasa seperti di Honolulu. Cam muka naga laut pun ada.


Aku gemuk dan memang dah takleh nak buat apalah dgn kegemukan itu buat masa ni. Kena terima hokikottt. Cantik kan saya ni pantai ni? Nampak macam kena alas dengan kain satin kaler biru.



Actually percutian itu adalah sempena Family Day ofis suami saya. Nak kata family day sangat tu tak jugak. Takde pun acara sukaneka ke, cabutan bertuah ke atau acara2 yang mcm kebiasaannya family day ofis-ofis kerajaan. Takde tu semua. Cuma buat aktiviti bersama-sama dan mingle dengan family kawan-kawan ofis suami saya je. Berkenal-kenalan. Add kat facebook. Follow on twidder [twitter]. Pergi snorkeling, swimming, sight-seeing dan semua lah verbs yang ada 'ing'ing'. Eh, tapi saya tak pegi la snorkeling tu. Walaupun saya memang nak pergi sangat bergalok bagi makan roti kat ikan-ikan. Cuma saya pun takleh nak menuruti hawa nafsu serakah saya ni sangat. Kena jaga juga badan sendiri, demi kesejahteraan saya dan anak dalam kandungan ni. 

Saya, lepas check-in je kat chalet tempat kami tinggal tu, terus mintak tolong suami sapukan minyak pada pinggang dan kaki saya, then krohhhhh...zZZZzz. Suami je la yang keluar pegi snorkeling. Memang sakit sangat pinggang saya. Suami saya cam biasa la, suka buat nada cemas bila tanya saya ok ke tak. Padahal okay je sebenarnya cuma kena rehat banyak je la. Anak saya pulak, masa dalam feri tu memang bergerak dengan aktifnya kat dalam perut ni. Rasanya dia terkujut dengan bunyi feri yang kuat sangat tu kot. Syukurlah nak ke pulau tu naik feri. Kalo naik speed bot, memang terberanak la aku dalam bot sbb bot lebih kuat hentakannya bila bersilat dengan ombak. Huhu.

Masa ni pagi-pagi sebelum sarapan pegi jenjalan dengan tak mandinya. Kehkeh. Bajet titanic lettew. Wekkk.
Saya tak shopping banyak pun kat sana. Ikan bilis mentah atau udang kering memang sangat2 elok kualititnya, tapi saya tak beli pun. Saya hanya beli 2 skirt labuh untuk digunakan semasa berpantang nanti, dan satu gaun comel untuk tatapan suami. Pastu beli jajan makanan laut untuk kudapan.


Itu je la kesahnya percutian ke Pulau Pangkor. Takyah le saya cerita detail sangat ye dok. Bagi saya, tak ada masalah kalau mengandung 7 bulan nak pergi bercuti. Cuma setiap ibu yang mengandung, perlulah tahu condition diri sendiri dan kemampuan diri untuk membawa anak tu pergi berlasak-lasak. Kena tahu limitnya apa yang mampu dan tidak mampu badan kamu hadapi. Alhamdulillah, percutian babymoon saya semuanya berjalan lancar. Kawan-kawan suami saya pun semuanya baik orangnya. Mereka sangat menjaga mak buyong dan otometiknya saya dah terasa macam orang kelainan upaya. Semuanya jadi special untuk saya. Nak naik feri pun tak payah beratur panjang. Boleh terus je ke depan. Hehehe. Kaifiat menjadi wanita mengandung kot. Ada tak orang yang belum pernah pergi Pulau Pangkor? Kalo belum, ace pegi skali tengok guane. Memang cantik dan menenangkan. Pantainya pun sesuai untuk bawak anak-anak mandi. In Sya Allah jika ada rezeki, next time akan pergi bersama anak[s] pulak.

Comments

  1. aku pun mem'babymoon' dulu... tak dan nak honeymoon...

    ReplyDelete
  2. Salam Lyd...
    wah bukan main lg mak vuyung bercuti kat pulau pangkor..takperlah bukan selalu kan..ngandung2 pun takper janji tahu bwk diri..rugi tak beli sotong kering tuh..best..

    ReplyDelete
  3. Romantik nyer dia..!!!
    Sangat jeles tau hihihi..

    ReplyDelete
  4. wah...seronoknya...dgn perut camni tgk kat cermin badan dah macam labu sayongkan..

    ReplyDelete
  5. tak pernah pergi pantai itteww..... asyik pergi TC memanjang....

    ReplyDelete
  6. mane kerepek ikan,sate ikan, sotong kering yang aku kirim tu?..

    ReplyDelete
  7. anak dlm perut pun dah sampai pangkor ya..^__^

    saya last g pangkor dgn kwn2 kat U, lebih 10thn lalu.

    ReplyDelete
  8. lama tak tengok bilis mata biru berenang-renang di tepi pantai..

    ReplyDelete
  9. sy pun x penah jejak kaki kat pulau pangkor lagi. org ckp x best tapi bila tgk gambar mcm best je kan

    ReplyDelete
  10. pangkor lom lagi tp satu hari nk g. jelajah malaysia.. pastu baru negara luar :D

    ReplyDelete
  11. as-salam..patut la sunyi..pergi babymoon ghopenya..ciksu blom penah sampai pangkor.setakat teluk batik aje ;)

    tc lyd :)

    ReplyDelete
  12. 'baby moon' gitu.. pangkor dekat ngant ngan rumah kampung akak.. tapi tuler bila balik kampung tak sempatpun nak gi..harap this year dapatler tidur di sana..

    ReplyDelete
  13. QuTaQ : Dah ditakdirkan Ya sentiasa bersama ko sbb tu ko tak sempat honeymoon.

    UmmuAidan : Itu la... bukan selalu pegi jalan2. Yang penting semuanya dilindungi Allah. Bukan sotong kering la awk. Tapi udang kering.

    Mama Vogue : Jgn jeles. Mama Vogue pun bleh buat jugaks... Bwk la si kenit tu mandi laut.

    Hasrina : Perut jugak yang dia nampak. Hehehe.

    Nafisa81 : Labu sayong pun tak sebesar perut saya awak. Hehehe.

    Desperate mama : Aih, skali skala tukarlah port. Asyik bz je manjang. Tunggu cuti skolah la. Cikgu Hafiz cuti.

    YM BUndle : Ada...ada.. meh dtg amik meh.

    Kesuma Angsana : Alaa.. kita pun jeles tgk KA asyik bercuti gi jalan2 je.

    Ujie : Haah kan... yang di dalam perut ni dah sampai ke Pangkor. Mama dia ni umur 30an baru nak pegi pertama kali.

    Diana : Diana dekat je kan dgn pangkor? Rugi la tak pegi selalu2. Pejam mata je masa naik feri tu.

    Nizam Ariff ; Ada ke ikan bilis mata biru? Ikan bilis betul2 ke manusia bermata biru?

    Sha : Bergantung jugak kepada minat masing-masing. Yang kata tak best tu mungkin minat dia suka bershopping dan tak minat alam semulajadi. So, kalo nak tau best ke tak... kena pegi sendiri.

    Afasz : Chaiyok2! Boleh mula travel from time to time dah sekarang.

    ReplyDelete
  14. Qasehnya Rania : Haa.. kalo belum pegi, apa lagi... Boleh la pegi. Mana tau kot2 dpt rezeki masa tgh bercuti tu...

    Cho Zila : Syoknya kampung dekat dgn pangkor. Akak bleh pegi balik hari je. Tapi selalu mcm tu kan.. tempat lain yg jauh2 kita beriya pegi. Tapi yang paling dekat tu la yang kita tak penah sampai.

    ReplyDelete
  15. boleh lg pergi bercuti nie, xpernah smpai jgk pangkor..setakat teluk batik je baru smpai. tingin jgk nak pegi honeymoon dgn baby dlm perut nie..trus nmpk cameron highland hehehehe

    ReplyDelete
  16. baca entry ni teringat kat sorang kawan nie.. dia pun ada pergi family day kat pangkor gak.. hehe pas tu terfikir kejap ehh " pangkor..!!! nth2 company yg sama kot.. membe tu suami dia kerja kat SIC.. " hehehe

    ReplyDelete
  17. memang ada bilis mata biru.... paling mahal kut... tapi sedapnyerr... rangupnyer... fuh!

    ReplyDelete
  18. sekian lama dah ni plan nak g pangkor tak jadi2 lagi, hopefully by this year dpt pergi..hihihi..bestnye babymoon ;)

    ReplyDelete
  19. kak LYD~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    tembam nyeeeeeeeeee pipi tu KIUT!!!
    mcm kuih apam yummy~!!!!!!!!!!!!!!
    sexy!!! tu laa Na suka tgk perempuan mengandung..bagi Na perempuan tu laa paling sexy lagi2 snap pix kat pantai kat tepi laut ke kan hahahaha SEXY IN THE CI TY TY TY..

    ReplyDelete
  20. kak zu dulu pas kawin xder honeymoon bagai..masa pregnen lagi la xder sbb asyik muntah2 sampai beranak..dah kuar anak seketul umor setahun baru g honeymoon bertiga..kelas tak kitaorang....

    ReplyDelete
  21. Tak pernah pula babymoon masa istri mengandung, apa lagi masa sarat memboyot, takut pula terberanak ramai yg susah...hehehe

    ReplyDelete
  22. Seronoknya dpt babymoon.... nnt anak kalau nk msk ank ke 4 nak cuba ajak hubby la...hehehe...

    ReplyDelete
  23. wah seronoknya...

    Comelnya Lyd bergambar kat tepi pantai tu.. (^_^)

    cantik pantainya..tak pernah pergi Pulau Pangkor, InyaAllah nanti kita nak jejak jugaklah kaki kat sana..

    ReplyDelete
  24. Sweet + Romantik :)

    Comel la muka Lyd :)
    Myra suka tengok perempuan pregnant, terbayang2 diri berada di tempat tersebut tapi tak tau bila ;D

    ReplyDelete
  25. perut muncit2..mesti ada sorok meja lipat dalam baju kan?

    hahahaha *gelak tetiba pas tgk gambar, teringat kawan buat lawak 18sx :D

    ReplyDelete
  26. tak pernah ada babymoon ke honeymoon ke. mungkin akan ada kids moon. dlm perancangan.

    ReplyDelete
  27. best2 berbaby moon...kna hayati detik2 ni..nnt lepas ni msti rindu...=)

    ReplyDelete
  28. bestnya mak vuyong p bercuti...
    ahlamdah brkali2 ke lumut siap berkampung kat sana lg.. tapi xpernah sampai jgk ke pulau pangkor 2...huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...