Sejahteralah ke atas kamu,.....
Apa keperluan breast pump?
Kalau ada yang tertanya-tanya, apa pekdahnya nak beli-beli breast
pump plak ni? Kalau nak breastfeed anak, bagi direct je la kan? Nak
buat apa nak pump plak. Okay... boleh bagi direct kalo ibu tidak bekerja
dan sepanjang masa ada di sisi anak. Ibu yang tak bekerja pun kadang-kadang perlukan juga breast pump ni untuk pump susu bila time bengkak susu, atau anak taknak menyusu ke. Bagi ibu yang bekerja, selepas
berpantang kalau nak berterusan memberi si anak dengan susu ibu, memang
perlu lah pump dan buat stock susu. Simpan dalam freezer. Bawak pegi
nursery/pengasuh berapa banyak dose yang anak perlukan. Jadi, dengan
cara ini dapatlah anak tu minum susu mama dia sampai le susu mama dia
kering. Kebaikan susu ibu rasanya ramai yang dah tau. Kalau tak tau bleh
Google. Baik untuk bayi dan baik juga untuk ibu tu sendiri.
Electronic Breast Pump atau Manual Breast Pump?
Jawapan
saya mudah saja. Itu terpulang kepada keperluan masing-masing. Terpulang kepada
kerajinan masing-masing. Dan terpulang kepada berapa banyak masa lapang
masing-masing. Yang paling jelas bila pakai breast pump elektronik,
ialah masa mengepam yang lebih singkat. Kita ni kan memanjang je nak cepat. kalo pengepam pada waktu pejabat, lagi la nak cepat-cepat. Kita tak perlukan usaha yang gigih untuk menggerakkan tangan pun semasa mengepam. Cuma biasanya breast pump electric ni lebih mahal. Biasa la kan.. Lagi kompleks, lagi mahal la.
Manakala breast pump manual pulak lebih murah. Tapi lebih versatile sebab boleh digunakan tanpa power supply, senang cakap kalau pergi hutan Amazon yang tak ada sumber elektrik pun kita masih boleh pump susu. Cuma masa mengepam lebih lama dan tangan lebih penat. Tapi apa ke jadah plak kita nak gi hutan Amazon kan? Itu je la beza yang ketara. Jadi sama ada nak beli yang manual atau elektrik... ikut suka korang.
Aksesori Tambahan Bagi Breast Pump
Sebelum membeli breast pump, kita tentu akan mempertimbangkan banyak aspek seperti; harga, fungsi, kelebihan, kekurangan, suction strength dan jenama yang dipercayai. Daripada apa yang saya dah siasat, harga setiap breast pump, biasanya takkan berbeza banyak di antara satu kedai dengan kedai yang lain. Kalau beza pun beberapa RM sahaja. Itu pun kalau kamu hanya bercadang nak membeli breast pump semata-mata. Tapi biasanya, kalau kita beli breast pump, kita juga perlukan peralatan-peralatan sokongan untuk membuat stock susu, atau untuk membantu penyusuan. Di antara peralatan-peralatan sampingan yang diperlukan untuk membuat stock susu [bagi ibu bekerja] ialah;
1. Ice Pack - Yang ini penting untuk membawa susu jika tiada tempat menyejuk beku. Ice pack berfungsi untuk mengekalkan kesegaran susu dalam jangka masa yang lebih lama tanpa peti sejuk.
 |
Lebih afdholll kalau beli yang reusable. Boleh le guna berulang kali sampai hancho ice pack itu. |
2. Storage Bags - Terdapat 2 jenis produk yang dipanggil storage bags. Pertama beg plastik kecil yang digunakan untuk mengisi susu yang telah di pump. Dan satu lagi ialah beg yang lebih besar untuk membawa stock susu [untuk travel].
 |
Storage plastic bags. |
 |
Storage plastic bags. Sama fungsi dengan storage bottles. Cuma yang ini lebih menjimatkan ruang peti sejuk anda. |
 |
Ini pun storage bag jugak. Fungsinya untuk bawa stock susu dari satu tempat ke satu tempat lain. Contohnya dari ofis ke rumah. Dari rumah nak bawak balik kampung. So, nanti kat dalam bag ni la perlu letakkan ice pack tu. Supaya kekal sejuk. |
3. Storage Bottles - Sama fungsinya dengan storage bags jenis beg plastik kecil. Untuk menyimpan susu yang telah di pump.
 |
Storage bottles. Rupa dia lebih kurang macam botol susu biasa, cuma atasnya takde puting. Penutupnya penuh. |
Yang di atas tu antara peralatan tambahan yang penting untuk buat stock susu. Peralatan lain bergantung la kepada keselesaan masing-masing. Diantara peralatan sokongan lain yang mungkin diperlukan seperti;
4. Nursing pillow - Untuk mensapot bayi semasa penyusuan.
5. Nursing bra - Untuk memudahkan penyusuan. Korang faham-faham sendiri la kan. Nursing bra dengan bra biasa berbeza daripada segi clip dia. Ada clip tambahan di bahagian hadapan.
6. Breast Pad - Ini untuk menampung pengaliran susu yang berlebihan semasa menyusu. Nanti pad ni akan serap susu yang mengalir tu.
Jenama
Medela
Kalau baca daripada banyak website dan testimoni, sepakat menyatakan bahawa jenama terbaik breast pump adalah Medela keluaran Switzerland. Terbaik daripada segi produk dan juga maintenance dan after sale service. Yang pasti harga pun mesti la 'terbaekkk' punya. Memang mahal la ni. Perbandingan daripada segi kadar sedutan yang lebih lembut dan paling menyerupai hisapan bayi bukan abah bayi. kuheh. Kadar sedutan itu juga boleh laras [bagi mesin electric Swing dan FreeStyle]. Bunyi yang lebih perlahan berbanding jenama lain. Tapi still ada bunyi. Lebih ringan dan kecil berbanding jenama lain. Medela Freestyle disertakan dengan rechargeable battery dan boleh buat double pumping.
 |
Medela Free Style |
Bermakna... dalam satu masa, boleh pump dua-dua belah. Manakala Medela swing plak takde double pump. Hanya sebelah je pada satu masa dan tidak boleh menggunakan battery.
 |
Medela Swing |
Ada juga manual. Namanya Medela Harmony.
Spectra
Kat di persekitaran saya, ramai ibu-ibu susu menggunakan jenama Spectra. Mungkin sebab Spectra ni agak murah berbanding dengan Medela dan fungsi dia pun not bad la. Yang paling famous ialah Spectra 3. Spectra 3 ada kebolehan untuk buat double pumping. Bunyi dia agak kuat. Rupa paras dia 4 segi sebongkah je macam tak sty-lo sangat. Berat pun lebih daripada Medela Swing dan Freestyle. Tak boleh menggunakan bateri. Dan kuasa sedutannya lebih kuat cuma takleh laras kekuatan tu. Ada satu mode je la.
 |
Ini Spectra 3. Kan sebongkah je rupa dia. |
|
|
|
 |
Spectra Dew 350. Lebih power daripada Spectra 3 dan Dew 300. Tapi lebih berat. Ada double pump. |
 |
Spectra Dew 300. Ringan sikit daripada Dew350. Tapi lebih power daripada Spectra 3. Boleh double pump. |
|
Bagi spectra Dew ni, rekabentuknya comel juga. Saya belum pernah tengok in real life, tapi saya pernah baca di blog seseorang, saiznya sebesar separuh bola bowling. Dan agak berat berbanding spectra 3. Saya pernah mempertimbangkan untuk beli model Dew ni, tapi tak ada package yang menarik hati saya masa nak beli dulu. Breast pump jenis Dew ini juga tidak boleh menggunakan bateri. Sayang sekali. Kalo pegi hutan Amazon, tak dapat la nak gunakan pump ni.
Spectra Handy Breast Pump pula adalah breast pump manual
 |
Macam pam basikal pun ada. Ehehe. |
|
Avent
Avent adalah keluaran daripada Philips made from England. Biasanya jenama Avent ni orang beli yang manual punya. Bagaimanapun, Avent juga ada keluarkan breast pump electronic. Contohnya Breast Pump Single Electronic ni.
 |
Smart kan design dia? Terus je sambung kat botol susu. Kecik pun kecik. Tapi voltage dia rendah je, dalam 100-240V je. Maknanya kuasa sedutan dia mungkin slow skit kot. Boleh digunakan secara manual jika tiada bekalan elektrik. Gambar daripada Avent Philips |
 |
Ini pula Philips Avent ISIS IQ DUO. Twin Electric breast pump. |
|
Satu lagi breast pump electric yang ditawarkan oleh Philips Avent ialah ISIS IQ DUO. Waktu saya pergi MidValley Maternity and Kids Expo baru-baru ni, satu-satunya booth yang sempat saya singgah dan tanya pasal breast pump ialah booth Avent ni la. Itu pun mereka tengah berkemas nak balik. Harganya satu set lengkap ialah RM1499. *Tersungkur*. Yang ini pun boleh dijadikan pump manual kalo takde letrik. Lain-lain adalah breat pump manual Avent. Dah biasa tengok kan? Tak yah citer kat sini ye?
Tommee Tippie
Dalam banyak-banyak brand, saya paling berkenan dengan Tommee Tippie ni. Dengan motto "Closer To Nature", membuatkan saya menggelupur nak beli brand ni. Tapi memandangkan Breast Pump Electric Closer To Nature ni, single pump, so rasa cam tak jadi plak. Memang tak jadi la senang cite. Walaupun rupa parasnya comel. Saya baca review di blog, Breast Pump Tommee Tippie ni not so bad la. Walaupun orang kata tak berapa bagus ke apa ke. Kalau nak baca review tulus ikhlas daripada orang yang dah pernah pakai Tommee Tippie Breast Pump Electric ni boleh click sini ; -
Aku Bukan Bidadari
 |
Tommee Tippie Close To Nature. Boleh menggunakan electric dan bateri. |
Satu lagi keluaran terbaru Tommee Tippie ialah Double Electric Breast Pump. Yang ni kalau tengok gambar nampak cam canggih skit. Sebab dia ada jam digital. Ceh tak pasal aku anugerahkan dia dengan status 'canggih' semata-mata sebab ada jam digital.
 |
Still closer to nature. Yang ini tak tau la kat mana nak cari kat Malaysia ni. |
Selain tu, ada lagi jenama lain yang saya tak masukkan dalam ni. Kalau rajin korang silalah Google sendiri satu persatu jenama-jenama ni; Ameda, Autumnz, UniMom, The First Year, Lansinoh dan lain-lain.
Pembelian Yang Berbaloi
Ada
banyak kedai online dan pusat menjual barangan keperluan bayi yang
menjual breast pump.Semuanya menawarkan harga yang tidak jauh bezanya.
Jadi, bagaimana ingin membuat pembelian yang benar-benar berbaloi?
Macamana nak tau offer yang ditawarkan itu adalah yang terbaik? Breast
pump mana yang terbaik untuk dibeli supaya tidak menyesal?
Lain
orang lainlah kriteria yang membuatkan mereka puashati. Bagi saya, apa
yang perlu dilakukan paling utama adalah
menilai dan membuat perbandingan beberapa jenama sebelum membuat
keputusan untuk membeli breast pump. Tidak semestinya apa yang kawan-kawan kita
pakai, sesuai dengan kita. Dan tidak semestinya apa yang orang lain
tidak selesa pakai, tidak sesuai dengan kita. Faham maksud saya?Yang
penting berani mencuba dan kena yakin la dengan pilihan yang kita buat
tu. Jangan mula-mula kita nak beli kemre Sony, pastu sampai kedai tetiba
je berubah fikiran beli Olympus. Memang menyesal tak sudah la. Eh..
eh.. ni citer pasal breast pump. Takde kaitan dengan kemre.
Jika kamu dah pilih jenama breast pump tertentu untuk kamu beli, perkara kedua yang perlu kamu pertimbangkan ialah : apa yang didatangkan percuma bersama breast pump itu. Saya cadangkan supaya kamu mencari breast pump yang dijual secara package, tapi pastikan package tersebut berbaloi. Cemana nak tau berbaloi ke tak? Kamu kena calculate sendiri, harga setiap barang yang diberikan di dalam package tu dan compare jumlahnya jika kamu beli barang-barang itu secara berasingan. Kalau kamu perhatikan betul-betul, jenama yang menawarkan breast pump dengan harga mahal, telah disertakan sekali dengan package tertentu contohnya Medela FreeStyle dan Avent ISIS. Dalam tu disertakan sekali storage bottle, storage bags, bottle rack dan lain-lain.
Saya Beli Yang Mana?
Okay, tibalah masanya untuk saya ceritakan apa yang saya beli. Hehehe. Package yang saya pilih ialah di
One Baby World. Saya telah membeli breast pump biasa-biasa saje, iaitu Spectra 3 yang sebongkah tu. Sebab hanya itu je mampu. Syukur Alhamdulillah. Kalau ikutkan, saya nak jugak beli Spectra Dew atau Tommee Tippie. Tapi tak jumpa package yang agak lengkap mengikut keperluan saya. Saya perlukan ialah beg untuk bawak stock susu, ice packs, storage bags dan storage bottles. Jadi saya kongsikan kat sini package yang saya pilih iaitu ;
Spectra 3 **FLEXI BREASTPUMP PACKAGE** from One Baby World.
Harga sebenarnya RM597.00 tapi dengan package dapat RM406.00. Barangan yang termasuk di dalam package ini ialah;
- 1 unit of Spectra 3 Breast Pump worth RM388.00
- 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
- 10 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag worth RM38.90
- 1 pc of Autumnz Comfort Nursing Bra** worth RM39.90 (please indicate the size of the bra before Check-Out !)
- 1 pc Autumnz Trendy Cooler Tote worth RM18.90 (you can change to a Cooler Bag / Cooler Tote - see Step B below)
- FREE 1 pc BPA-Free Deluxe Drying Rack worth RM39.90
- FREE 1 pc Receiving Blanket worth RM15.90
- FREE 4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90
- FREE 2 pcs RM10 OBW Shopping Voucher worth RM20.00
- FREE RM10,000 Sum Insured Personal Accident Insurance Cover
TOTAL NORMAL PRICE = RM597.40
TOTAL PACKAGE PRICE = RM406.00
TOTAL SAVINGS = RM191.40
- One more thing, postage is also FREE^ if you live in peninsular Malaysia!
Ni gambar package tu.
Saya pun tak pasti pembelian saya ni berbaloi ke tidok. Ah, tak kira la berbaloi ke tak. Saya dah beli pun. Tak dapat nak undur balik. Sekarang tengah tunggu bungkusan sampai je. Yang pasti, apa yang disertakan di dalam package ini saya rasa saya betul-betul perlukan.
Untuk ibu-ibu yang sedang mempertimbangkan pembelian breast pump, harap-harap panduan ini berguna untuk kamu. Dan untuk pembaca setia blog saya... Sorry kalau entry ni takde kena-mengena. Mungkin satu hari nanti kalau perlukan panduan, boleh rujuk sini okay?