Iklan! Iklan! Sila Click!

31 July 2012

I Know From The Start, It's Not Easy

Sejahteralah ke atas kamu....

Paling utama, ini semua adalah kuasa dan ketentuan Allah. Selain itu, punca yang menyebabkan selepas setahun berkahwin baru kami berusaha untuk mendapatkan zuriat adalah kerana saya dan suami yang belum bersedia. Kata 'bersedia' itu ramai yang salah faham kononnya kami ini risaukan rezeki tak cukup untuk anak itu. No! Bukan itu kesediaan yang kami maksudkan. Sebab kami sangat yakin kepada Allah. Kami yakin rezeki setiap anak itu ada. Dari mana dan bila, semuanya Allah yang lebih mengetahui.



Saya faham ada ramai, malah terlalu ramai orang di sekeliling saya yang tak setuju kalau saya katakan ingin tunggu setahun baru dapat anak. Alasannya sebab saya ni dah tua bangka. Dah 30-an pun. Paling last boleh dapatkan anak pun sebelum umur 40. Paling baik 38thn ke bawah. So, kalau saya nak tunggu lagi, mereka 'bimbang' saya tak dapat melahirkan ramai anak. Tapi takpe la. Yang saya kejarkan bukan kuantiti anak, sebaliknya kualiti. Jika mereka lebih suka kuantiti, then just go with it. Saya tak pernah rasa nak pertikaikan prinsip orang lain dalam bab-bab mendapatkan zuriat ni. So, saya pun mengharapkan orang tak pertikaikan prinsip saya.

Let me tell you, apa yang menyebabkan saya selalu rasa tak sedia untuk mendapatkan zuriat. Pertamanya sudah tentulah sebab saya nak bermanja puas-puas dengan suami dan hidup berdua dahulu sebelum adanya anak. Terus terang saya katakan yang saya tidak begitu kenal suami saya semasa kami berkahwin. Jadi, biarlah saya bercinta dahulu dengan suami. Bila dah kenal dan cukup berdating, dah cukup tergedik-gedik, then barulah ke langkah seterusnya. Alhamdulillah selama setahun ini nampaknya begitu mudah untuk saya kenal dan faham suami saya. 

Kedua, sebab saya ni sebenarnya penakut. Saya takut nak merasai pengalaman mengandung tu. Saya belum sedia untuk muntah-muntah dan lembik. Saya belum sedia untuk rasa loya dan mabuk-mabuk. Yang mana semua simptom kehamilan tu saya dah mula rasa sekarang. Saya dah mula muntah-muntah. Kemudian kepala ni sentiasa rasa 'weng' dan 'ting-tong'. Isi perut plak sentiasa berkelahi di dalam perut menyebabkan rasa bergolak dalam perut tu memberi rasa yang sangat tak selesa. Senang cakap, rasa kehamilan muntah-muntah ni semua sungguh 'enak' sekali choki-choki. Letih tau. Orang yang dah pernah hamil mesti tau kan? 

Dan ketiga, sebab utama yang buat saya rasa belum betul-betul bersedia untuk hamil ialah persediaan saya untuk menjadi ibu. Semua orang tahu bahawa menjadi ibu ini bukan tugas yang  mudah, bukan main-main punya citer. Saya belum sedia untuk menyerahkan seluruh perhatian saya untuk anak sebab selama tak ada anak ni, perhatian saya hanya untuk suami dan diri saya sendiri sahaja. Saya belum sedia untuk berjaga malam, saya belum bersedia untuk berkorban segalanya untuk anak. Saya belum bersedia untuk mengutamakan anak, contohnya membeli pakaian anak terlebih dulu sebelum beli baju sendiri. Sebab, saya tahu bila saya telah menjadi ibu nanti, saya pasti akan merasa semua itu. Perasaan berkorban itu akan automatik ada. Memang betul, kalau nak tunggu betul-betul bersedia, sampai bila-bila pun tak sedia betul tak? Cuma bagi saya, saya perlukan masa untuk bersedia daripada segi mental dan fizikal yang dah makin lama makin lemah ni. Dan masa yang saya minta hanya setahun sahaja selepas perkahwinan.

Semuanya, kerana saya tahu bahawa hamil ini bukan sesuatu yang mudah. [Yang bernasib baik tak ada alahan tu memang beruntung la. Tapi saya melihat sejarah keluarga, mak dan kakak-kakak saya kebanyakannya memang alahan teruk.]. Nak menjaga anak yang lahir juga bukan sesuatu yang mudah. Juga untuk membesarkan anak supaya menjadi anak yang berkualiti juga bukan mudah. Jadi, saya hanya inginkan masa untuk saya prepare kepala otak saya dan badan saya untuk hadapi semua tu. Alhamdulillah Allah izinkan. Cukup setahun, sekarang saya rasa saya dah bersedia untuk berhadapan dugaan mempunyai anak.

Jadi, ingin saya katakan kepada rakan-rakan blogger yang blum mempunyai zuriat, be cool. Tak perlu risau-risau sangat. Allah yang lebih mengetahui bila saatnya yang sesuai untuk kamu mendapat rezeki zuriat itu. Allah yang lebih mengetahui sejauh mana kamu bersedia. Jadi, jangan terlalu kecewa. Sementara masih berdua, enjoy sahaja waktu-waktu berharga tu ye. InsyaAllah tiba masanya nanti akan ada rezeki kamu. [tapi saya faham, kadang-kadang kita sendiri okay je. Cuma org sekeliling la yang buatkan hati kita selalu sentap dengan pertanyaan-pertanyaan kan?]






26 July 2012

Ada Sesuatu Ingin Ku Katakan

Sejahteralah ke atas kamu....

Kali ini saya benar-benar mengandung. Bukan lagi mengandungi lemak seperti selalu. Well, lemak pun still ada la. Tapi kali ni mengandung yang betul-betul mengandung. Yang ada segumpal darah di dalam rahim saya ni. So, apa lagi? Cepat ucapkan tahniah.

Berpuasa di bulan Ramadhan semasa hamil ada faedah tetapi ada juga musibahnya. Musibah kewww? Takde la musibah pun. Ayat tu jaga-jaga skit ye Lydi. Nanti anak dengar. Maksud saya, cabaran la. Walaupun alahan saya tidak teruk mana, tapi loya dan mual serta rasa berangin satu badan, nak sendawa tak lepas dan pedih ulu hati tu mesti la ada. Rasa yang sangat familiar dengan kehamilan. Pagi tadi masa makan nasik waktu sahur pun boleh jeluak* 2 kali. [*Jeluak tu macam nak muntah tapi hanya tak keluar apa-apa].

Faedahnya pula tentulah banyak. Dah tentu bulan Ramadhan kan? Waktu ini la sifat-sifat baik manusia terserlah. Baca blog pun, bahan-bahan bacaan semuanya yang elok-elok. Amal ibadat pula tentulah lebih berbanding bulan biasa. Walaupun sepatutnya ibadat ni perlulah dilebihkan tidak kira bulan apa pun betul tak? Betul tak? Eleh, korang setuju kan? Tapi malu nak mengaku kan? Takpe saya faham. Rancangan TV pun Banyak yang bagus-bagus diantaranya kisah sejarah nabi, sejarah tamadun Islam, rancangan memasak pun berunsurkan Islamic. Tapi kena tengok channel Al Hijrah je la. Heheh. Sebab channel tu je yang paling elok rancangannya. Channel lain ada juga seperti Oasis dan TV9. 

Aktiviti mama dibulan Ramadhan ni pun  yang baik-baik je. Eceh. Terus saya me'mama'kan diri. Baca buku. Baca Quran. Tidur. Tidur itu baik okay. Dan main game kat henfon. Yang dua mula-mula tu je yang baik. Yang 2 terakhir tu plak memang 'baikkkkkk sangaaatttt' la kaedahnya. 

Kalo korang nak tau, [nak ke korang tau ni? ]saya ni tak suka makan ubat hospital. Sebab saya kesian kat hati saya. Nak proses ubat tu. Chemical la ubat-ubatan tu. Kalau My Chemical Romance takpe jugok. Lagu sedap. Tapi bila dah hamil ni, memang doktor akan sarankan untuk ambil vitamin yang default untuk org hamil. Asal hamil je folic acid. Asal hamil je folic acid. Tapi folic acid kira okay lagi la. Sebab saiz dia kecik je. Besar lubang hidung bayi baru lahir je. Pastu kena makan pun sekali je sehari yang mana pagi tadi saya lupa nak makan. Kuheh.Kuheh. 

Orang kata, folic acid ni is very important untuk perkembangan bayi. Sebab trimester pertama ni la bayi nak berkembang. Ini adalah waktu yang pentings. Ini seriuss... Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah... Haa tengok.. Lagu wonderpets pun saya dah hafal. Nampak tak? Nampak tak? Dari awal lagi saya dah terapkan nilai-nilai murni kepada anak saya dan temankan dia tengok wonderpet sejak saiznya sebesar biji bijan lagi.

Saya bukan nak komplen atau nak mempertikaikan kepandaian doktor-doktor serta saintis juga chemists yang ada di seluruh dunia yang mencadangkan pengambilan folic acid ni. Tidak sama sekali. Cuma saya curious je. Mereka kata, tanpa folic acid bayi mungkin bermasalah. Mungkin terbantut perkembangannya. Semua ibu-ibu pun bila dengar ayat begitu pastilah akan risau betul tak? Siapa la yang nak anak dia ada masalah. Tapi kadang-kadang saya terfikir, adakah saranan ini hanya kerana bisnes semata-mata? Bisnes ini memang menguntungkan. Jika banyak negara mengambil folic acid daripada syarikat pengeluar tu untuk diberikan kepada ibu-ibu hamil di negara mereka. Buat duit yang banyak juga. Bukannya apa. Saya fikir, para ilmuan Islam pada zaman kegemilangan Islam dulu, yang sangat bijak seperti Avicenna [Ibnu Sina], Al Khwarizmi, Al Khindi dan lain-lain sangat menguasai bidang sains dalam masa yang sama juga adalah orang yang sangat tinggi ilmu agama mereka, adakah ibu-ibu mereka mengamalkan makan acid folic? Adakah ibu Imam Syafie yang boleh menghafal Al Quran sejak umur 9 tahun juga mengambil folic acid? Yang paling hebat, manusia sempurna iaitu Nabi Muhammad junjungan kita, yang saya rindui, yang begitu hebat... Adakah ibu baginda juga makan benda yang sama? 

Maksud saya, jika jawapannya tidak.... saya sangat-sangat ingin tahu, apa yang mereka amalkan semasa hamil kepada anak-anak yang hebat itu? Apa amalan pemakanan mereka selain daripada amalan bersolat sunat, berzikir dan membaca Al Quran? Owhh... I'm dying to know. Yang pasti, pemakanan mereka tentulah semuanya suci dan bebas bahan kimia. Erm... Apa nak buat, zaman sekarang, air paip pun berkarat. Kalau penapis air tu, setiap 2 minggu sekali kena cuci.

Anak ini.... adalah kerana Allah. Untuk menjadi pembela umat Islam dan penegak agama Allah. Saya akan berusaha menjaga diri saya dan anak ini supaya perkembangannya positif.

Suami saya pun sekarang dah rajin tulis blog tau. Dia pun ada blog sendiri tau. Tapi private la blog tu. Hanya saya dan dia je boleh baca. Sweet kan dia? Kekasih saya seumur hidup. :)

19 July 2012

Aku Kau Berbeza

Sejahteralah ke atas kamu....

Suami saya kata, kaum dia [kaum lelaki la tu maksudnya.. orang lelaki mengada..boo!] kalau nak membeli barang senang je, dah tau nak beli barang apa dan kedai mana yang ada jual barang tu, pergi kedai, then terus beli. Contoh kalau nak beli baju. Brand Adidas. Pastu pegi la kedai Adidas, pilih la yang mana ada je kat kedai tu. Takde nak pegi banyak2 kedai dah.

Tapi kaum saya pulak [kaum wanita yang always gorgeous la kan] kalau nak membeli barang, kemain lagi masuk setiap kedai yang ada kat shopping complex tu termasuk le kedai-kedai jual hadiah-hadiah yang berwarna pink padahal tujuan asal nak beli alas kaki je. Mesti nak kena survey harga kat semua kedai, design yang paling gedevas serta yang paling melambangkan identitinya. Bila dah habis belek setiap sudut kedai termasuk dinding-dinding kedai sekali dia tenung, pastu baru la decide nak beli yang mana. Kalau barang yang dia nak tu ada kat kedai pertama yang ada barang tu, dan kedai tu plak jauh giler daripada kedai terakhir yang tengah dia pergi tu, maka nasib la sape yang temankan dia bershopping tu. Boleh lumpuh kaki orang yang temankan tu sebab terlampau penat. Huhu.

Mana se hok lagi comey ni. Hok pink ni napok ketiok plok kekgi.
Apa-apapun macam biasala... Bukan semua lelaki tak cerewet macam tu, mungkin suami saya je kot yg macam tu. Dan bukan juga semua pompuan pun akan tawaf satu bandar untuk cari satu benda. Contohnya saya. Menurut suami saya, saya tak cerewet kalo nak beli barang. [Ye ke ni? Hahaha.]. Asalkan saya pilih sendiri. Saya nak beli baju pun sama juga macam suami saya, masuk kedai yang saya dah aim, walaupun takde byk yang cantik, saya tetap akan pilih jugak yang terbaik diantara yang tak cantik tu. Kadang-kadang saya tau pompuan ni dia bukan nak beli semua, tapi dia suka bila dia banyak pilihan. Saje suka nak rambang mata. Padahal last-last beli satu je. Betul tak? Saya beli henbek [handbag] pun sama. Bila rasa perlu nak beli beg masa raya tahun lepas, saya cakap kat suami. Pastu suami saya suh tgk beg yang jual kat gerai-gerai tepi Giant Kuantan. Saya pegi tengok depan pintu kedai je. Tengok daripada jauh. Pastu terus je pilih satu beg yang harganya RM30 dapat kurang jadi RM28. Hehehe. Sampai sekarang pakai beg tu bawak ke hulu ke hilir gi, ofis, gi jalan, gi kursus, beg tuuuuuu la jugak. Simple je kan? TAPI, make sure benda tu saya pilih sendiri. Kalau benda yang saya tak suka yg orang lain pilihkan, memang jangan harap saya nak pakai. hahaha. 
[Entry puji diri sendiri nampak? Heheh... Biasanya... Blog sendiri, mesti nak tunjukkan diri sendiri yg best ye tak?]

Itu dalam bab mencari barang. Lelaki = tak cerewet, perempuan plak = cerewet. Tapi, dalam bab mencari cinta.... Daripada pemerhatian saya, situasi tu terbalik. Biasanya lelaki kalau nak cari pasangan, dia akan kawan dengan seramai perempuan yang boleh untuk 'survey' perangai perempuan2 tu untuk dia pilih pada akhirnya. Ada yang lagi teruk, dia bagi harapan kepada semua perempuan-perempuan tu. Perkara ni biasanya dilakukan oleh lelaki tak hensem yang perasan hensem. Baca betul-betul, saya kata BIASANYA. Lelaki hensem pun ada jugak yg buat mcm ni tapi yang selalu saya jumpa suka beri harapan kat pompuan ialah spesis lelaki tak hensem perasan hensem tu lah. Hehehehe. Peace. Jangan marah ye.

Lain pulak dengan perempuan. Bila mencari cinta, biasanya pompuan akan terus berhenti mencari bila dia jumpa seorang lelaki yang dia betul-betul suka. Terus dah tak pandang orang lain dah. Perasaan betul-betul suka itupun biasanya bermula dengan suka sikit-sikit je. Tapi hati kan... bila dah setiap hari pupuk perasaan suka tu, lama2 suka tu akan jadi berawan-awan, berombak-ombak la. Betul tak? So, biasanya perempuan banyak silap kat sini la. Tak berhati-hati dan tak memandang di dalam lingkungan yang lebih luas di sekelilingnya. Bukan maksud saya nak suh pompuan jadi playgirl then beri harapan kepada ramai lelaki. Saya jugak tak suruh pompuan kuar gi dating dengan ramai-ramai lelaki then kikis duit lelaki sebelum pilih pasangan hidup. BUkan tu maksud saya. Point saya kat sini, buat la macam kita beli barang jugak. Survey dulu. Survey perangai ramai-ramai lelaki. Observe. Nilai. Then baru decide utk suka. Dan kalau rasa tak sesuai tu, blah je. Takde guna tunggu. Heheh. Tah hapa-hapa nasihat.

Okaylah. Itu je nasihat Mak Jemah buat kali ini. Kupai. [Org Korea KPop sebut Goodbye pelat jadi kupai. Warffwarfwarfwarf... lawak..lawak]

17 July 2012

Koyak Menanti Rabak

Sejahteralah ke atas kamu...

Satu hari, saya masuk lif. Daripada tingkat 23 nak turun ke tingkat 1. Sampai kat tingkat 22, seseorang masuk. Seorang yang saya kenal. Kawan saya, Chah. Nampak dia bawak kunci kereta. Saya expect dia mesti nak gi mengulor ni [sbenarnya aku yang mengulor. Kehkeh.] Saje nak cari topik perbualan, spontan je saya puji kasut dia cantik. Memang cantik la pada pandangan bebola mata saya. Ikhlas ni tau. Kasut itu warnanya hitam berbaldu pastu ada blink-blink. Bukan setakat puji je tau. Saya siap test plak tu masa dalam lif tu. 

Bila Chah tengok kasut itu muat pada kaki saya, dia terus tanya... "Nko nak kasut ni?". "Uikss....". Marah aku ke apa si Chah ni, kata saya...[dalam hati je lah]. Mintak test je terus nak bagi aku? Geli ke dengan kaki aku? Kaki aku ada cagu ke? Ada kurap ke? Something fishy di situ. Jadi, saya tanya dia, "Kenapa? Ko nak bagi aku ke?". Chah kata kalau saya nak, nanti dia bagi. Sebab kasut tu membuatkan dia sakit kaki bila pakai. Oooh. Begitu kesahnya. Dia bawak kunci keta tu pun sebab nak pegi kat keta untuk tukar kasut lain.

Orang dah nak beri, kita terima ye tak? Kalau nak tunggu saya sendiri yang pegi beli kasut ada blink-blink, memang payah le. 2,3 hari selepas itu saya pegi tuntut kasut tu daripada Chah. Mula-mula tu kaki saya pun mengalami penderitaan jugak bila pakai kasut tu. Tapi takpe la. Buat degil je. Pakai jugak walaupun kaki dah sakit rasa macam nak meletup. Orang bagi. Kita kena hargai. Mulia kan?

Tapi... sekarang... bila dah lenjan kasut tu, kaki pun dah makin selesa pakai kasut tu, baru saya perasan, bentuk kat hujung kasut tu dah berubah. Dah jadi empat segi, bukan 3 segi seperti biasa. Dah sah.... kaki petak saya ni mana sesuai pakai kasut muncung tirus. Kena pakai kasut bentuk muncung buaya atau muka lembu.






Rupa-rupanya dah koyak dah. Terkeluar margin dah kat muncung dia. Tak lama lagi tu ada harapan besar nak rabak terus.Yehuu... Boleh beli kasut baru....

*Chah... ada lagi tak kasut yang menyakitkan kaki ko. Meh bagi aku meh...

16 July 2012

Sampai Hati

Sejahteralah ke atas kamu... 

Sampai hati saya tak update blog. Dah 2 minggu. Macam cuti kawen plak saya hilang daripada dunia ke'belog'an ni. Saya tau korang semer walaupun tak rindu dengan cerita boring saya, tapi korang mesti tertanya-tanya ke mana saya menghilang, kan? Saya tau korang malu nak mengaku yg korang terasa kehilangan saya kan? Kan? Kan? Takpe-takpe, saya faham. (wink! kenyit mata) 

 Minggu pertama Julai saya pergi kursus. Seminggu. Tak sempat nak mencelah masa untuk update blog. Sebab masa kursus, saya sangat fokus hokey. Minggu kedua, saya cuti. Kat umah tak dpt nak access internet sebab malas nak renew broadband service. Lagipun malas nak buka pun laptop. Nak update blog guna henfon saya rasa macam kambing dengan bayang-bayang je. Buat stress diri sendiri pun tak guna jugak. Nanti tak mencapai hasrat nak me'release' tension dengan meluahkan perasaan kat blog bila nak taip entry guna henfon pastu stress.. 

Mende nak cerita ye hari ni. Bila dah lama sangat tak mengarang, otak pun dah jadi sempit. Nak cerita apa pun takde idea. Sementara saya nak dapatkan idea untuk cerita kat korang, meh la saya nak show off satu-satunya organ yang paling best yang ada pada keta kenari saya. Tak penah lagi saya jumpa feature ni pada kereta lain. Kalau ada pun mungkin saya tak tau la tu. 

Ini dia...

Ada pada pintu.



Tekan untuk buka.

Bananana......... Tempat letak minuman. Autobot kan keta kenari? Keta korang ada? Takde kan?

Takde motif kan entry saya hari ni. Hahahaha.  Air jagung tu beli kat depan Giant Taman Permata. Sedap nak mampus. Rasa lemak2 dengan aroma jagung yang harum. Yang penting, harganya singgit je. Memang mulia air jagung ni.

Itu je la. Anggap je la entry ni sebagai appetizer sebelum ke main course, sebelum saya start membebel berkarung-karung kat blog ni.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...