Skip to main content

Hadiah

Sejahteralah ke atas kamu....

Hadiah yang orang beri, tak kira apapun... kita mesti menghargainya. Walaupun benda tu adalah benda yang kita langsung tak perlukan atau memang dah ada ramai orang berikan kepada kita. Contohnya.... Hadiah semasa perkahwinan saya dulu, saya dapat 3 rice cooker. Satu saya guna. Satu dah beri kepada anak buah saya. Satu lagi masih ada dalam simpanan tak tau nak buat apa. Jadi dah jadi sikit pembaziran di situ. Ini bukan rungutan ye. Cuma nak buka minda je. Saya tak kisah pun dapat hadiah apa-apa jua asalkan tak membebankan orang lain. Lagi afdhol kalau hadiah tu saya boleh gunakan dalam kehidupan harian saya. Malahan saya dah pesan kepada kawan-kawan saya, kalau tak bagi hadiah masa wedding saya pun takpe, asalkan derang datang majlis perkahwinan saya. 

Eh, keciknya adiah.

Saya selalu je pening bila nak beri hadiah kepada orang. Sebab takut benda tu dia dah ada. Saya sebenarnya suka jika dapat berikan sesuatu yang orang tu betul-betul perlukan, supaya tidaklah pemberian itu akan jadi pembaziran. Kang kalo kita bagi dia kipas angin sempena perkahwinan dia, kita rasa hadiah kita tu dah abis kretif dah.. tapi sebenarnya kat umah dia kipas angin dah ada 12 ketul. Termasuk yg kita bagi tu dah jadi 13 ketul. Kan ke membazir? Jadi pendekatan yang saya pilih ialah bertanya kepada orang tu... apa yang dia perlukan dan saya akan cuba dapatkan selagi barangan itu sesuai dengan budget saya. Tapi tak ramai yang berfikiran terbuka nak bagitau kita apa yang mereka mahukan. Bagi kebanyakan orang terutamanya kaum Melayu, perkara ini tidak manis. Tidak manis meminta-minta. Ramai juga yang sukakan surprise. Biasanya mereka akan jawab, bagi je apa-apa. So, kalau dah jawab cenggitu, kita pun takleh nak bantu la kan. Mungkin semua benda dia dah ada kot atau semua benda dia masih belum ada.

Tapi saya, kalo orang tanya saya apa benda yang saya perlukan atau biasanya orang akan tanya, "apa benda yang ko belum ada"?, saya selambe je akan jawab dengan jujur. Yang penting bukan saya meminta-minta. Dan yang penting jugak, barang tu saya betul-betul perlukan. Dan yang penting lagi skali, tak membazirkan duit orang yang beri tu. Dapat jugak saya manfaatkan hadiah yang dia belikan kepada saya tu. Dia beli barang tu dengan duit. Secara tak langsung, saya dpt menfaatkan duit yang dia susah payah spend untuk beli hadiah tu.  Sekali lagi saya nak bagi contoh masa wedding saya dulu. Biasanya ofis saya akan buat collection untuk staff yang baru kawen. So, kawan-kawan yang rapat dengan saya terus je tanya... apa barang umah yang saya masih belum ada. Saya pun apa lagi... direct je la cakap peti sejuk. Tapi saya tak de plak mengharapkan derang akan beri peti sejuk sebab peti sejuk kan mahal. Apa yang mereka buat, mereka buat collection, dapat sejumlah duit.... then mereka bagi semua duit tu kat saya dan mereka suruh saya pegi beli sendiri peti sejuk tu. Kalau saya nak yang mahal, tambah le duit sendiri. Saya sendiri pun tak kisah dengan cara begitu. Bagi saya lebih praktikal dan dapat memudahkan semua orang. Tak payah nak surprise2 sangat. Tak payah nak rahsia-rahsiakan harga ke apa. Kan senang? Saya pun dapat gunakan hadiah yang mereka bagi tu semaksimum mungkin. 

Korang plak rasa cemana? Sesuai ke tidak kita bertanya kepada orang... apa yang dia perlukan? Atau sesuai atau tidak kita berterus terang kepada kawan-kawan kita, apa yang kita betul2 perlukan sebagai hadiah?[itu pun kalo orang tanya la...] Kalau ada yang bagi jawapan nak 'kereta' atau 'rumah' tu elok kita lempang je. Lepas lempang tu kita tengking dia skali dengan soalan, "ko ingat aku ni ayah farid kamil?? Ko ingat aku mampu nak bagi adiah keta BMW kat ko???!!". ~okay, contoh tu over.

Comments

  1. Replies
    1. Hahaha..personally aku agak keberatan nak bgtau apa barang yg aku xde and apa barang yg aku nak..maybe macam yg ko cakap tu la, xnak nampak macam aku ni meminta2..segan kot bila org aggp camtu kat aku..

      Tapi memang betul pun apa yg ko cakap, better kita tau apa yg dia nak, and usahakan ikut kemampuan kita..yg tu aku setuju..kalau aku xtanya direct pun, aku akan dtg tengok sendiri and imagine yg barang tu adalah sesuatu yg dia betul2 nak..

      Delete
  2. ermm btol ape kate lyd ni..kadang2 rase nk tnye je ape die blom ade sbb tiap kali nk bg adiah wedding mst pening kepala nk bg ape sbb risau die dah ade..salu bg adiah selamat je mcm perhiasan rumah, frame ke ape..hehe

    ReplyDelete
  3. Klo hadiah kawin, biasanya tanya pengantin sendiri dia nak apa. Tak der pening2 kepala nak beli hadiah apa ☺☺

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. memang praktikal kumpul duit untuk beli hadiah pd org lain...sy pn prefer bg duit bila gi kenduri kawen org sebab xtau nk beli hadiah apa...common sngat kalau bg gelas, mangkuk dan seangkatan dengan dia...

    ReplyDelete
  6. mmm dulu dapat hadiah kawin.. macam2.. sbb kakak2 dan mak2 sedara dah pakat.. sape beli peyuk nasi, sape beli kuali, sape beli pinggan.. sape beli cawan.. oven, blender.. dapur gas.. so senang dah nak pindah umah tu.. semua dah complete.. cuma sofa ke katil ke, beli sendiri lah.. itu sudah lebih kalau nak org beli kan.. tapi abg ipar kasi paling besar.. hadiah peti sejuk.. time tu abg ipar keje kat arastu, so dia tarik barang org tak bayar.. jadinya dia bayar balance and pakai peti sejuk tu.. dia hadiahkan kat kitorang.. 10 tahun gak pakai peti sejuk tu.. sampai abis hayatnya.. alhamdullillah.. berbaloi sangat..

    ReplyDelete
  7. masa ciksu kawin dulu mmber tya dulu..ciksu ckp nak brg dapr..haha
    alhamdulillah smpai skrg masih guna lagi

    blender, rice cooker, heater, pinggan mangkuk..
    kalau hadiah anivesary sellau tanya suami dulu..bukan apa takut nanti bila tak berkenan pula..sapa yg kecik hati ciksu jugak kan.sama juga dengan suami..

    lyd sihat ?
    maaf yer lama tak singgah.ciksu bercuti:D

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni kalau ke majlis perkahwinan, kakcik lebih senang hulur duit. Walaupun jumlahnya kecil, setidak2nya duit itu boleh digunakan untuk apa-apa saja... :)

    ReplyDelete
  9. kalau time tu kewangan saya mantap, mungkin boleh tanya. Itupun utk kwn/keluarga rapat je..yg lain segan pulak. Kalau tak, saya prefer bagi je ikut kemampuan saya.

    ReplyDelete
  10. Salam Lyd..
    Hmm ...sy rs wise jgk cara menanya dahulu kan sblm bagi hadiah..terutamanya utk hadiah yg besar dan mahal spt wedding..
    betul jgk kalau main bagi jer..tgk2 semua orng bagi yg sama at the end hadiah yg kita bg tu tak jadi milik orng yg kita bg,,dia bg kat orng lain lak..

    ReplyDelete
  11. kalau bajet kecik...belikan ajerlah apa2..biasanya mmg set gelas/cawan lah..tapi kalau bajet besar..mmg tanya jugak...dan bajet besar biasanya untuk anak sedara dan adik beradik...Kalau mak bapak senang sikit...kita peratikan ajer kita tau apa yang dia idamkan... lebih2 lagi mak. Abah susah sikit sebab life beliau banyak kat kebun..tak nampak apa yg dia suka selain kebun...

    ReplyDelete
  12. Penah dulu masa nak kawen member opis tanya nak apa, MJ cakap tak kisah apapun, kalau ada duit banyak bagi la ekon..heheee :)

    Tp dapat pun, tak kisahlah sebab lepas kawen kami beli seniri :D

    ReplyDelete
  13. Lebih baik tya tp kena ckplah gak kan budget kita mcmana...hahaha

    ReplyDelete
  14. saya pun rasa cara kakcik tu paling ok..hulur je duit kat pengantin..jangan hulur kat mak ayah pengantin lak sebab duit hulur kat pengantin lain,kat mak ayah pengantin pun lain..heheh

    ReplyDelete
  15. btul2..dah alaminye bru2 ni..da try buat mcm kak lyd ckp tu..sbb xnk org pike.."adehh..mende ni lg..ni org dah bagi sblum ni.." sbb bru ni ade jgk org bg hadiah yg sama..jd xleh nk maksimumkan penggunaan...erm..

    ReplyDelete
  16. tujuan bertanya tu betul dan sanngat praktikal tapi caranya mungkin menyanggah adab ketimuran kita....

    ReplyDelete
  17. saya suka kalau orang tanya... sebab say akan cepat je jawab.... hahahhaha....

    ReplyDelete
  18. sebab itulah KA lebih prefer ulu duit, kecuali yg rapat dn kita kenal lama KA direct tanya apa yg dia nak...

    ReplyDelete
  19. Ck khawin nanti ck nak tiket untuk hanimun ke paghis pergi balik.
    harap menabung dari sekarang.

    sekiang.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum lyd....betul tu kekadang kita malu nak bertanya...:)

    ReplyDelete
  21. Btl tu.. Lya suka bg hadiah y mmg akn dgunakan.. Biasa klo wedding kwn lya akn bg cadar.. Xperlu y mhl2 ,asalkn elok n ikhlas. Sbb bg lya klo cdr ada 5 org bg pon pasti akn dgunakn gk scara bgilir. Klo birth bdk2 lak lya suka bg bju.. Sbb akn slalu d gunakan

    ReplyDelete
  22. Hadiah paling kelakar JR pernah beri ialah batu lesung tumbuk cili yg dihadiahkan kpd kawan rapat JR..Beberapa bulan lepas kawin JR pergi ke rumah rakan tu makan tengahari dgn sambal yg ditumbuk isterinya gunakan lesung batu tu. Tapi apa yg paling seronok bila kawan tu beritau isterinya dah mengandung...dia tau batu tumbuk dan lesung tu satu 'hadiah simbolik' yg ada makna tersendiri utk sepasang suami isteri yg baru kawin....

    ReplyDelete
  23. aku selalu kasi duit je... ^_^
    kalau nak beli hadiah mmg x berapa nak reti memilih nk kasi hadiah apa huhuhu

    ReplyDelete
  24. bagus jugak bertanya. kalau dapat set cawan gelas, kadang2 sampai dua tiga. akak ni pernah dapat satu jenis sampai dua. adehhh...


    p/s: tak pasti la pulak burung tu spesis ke nama sebab pada board tulis macaw. cage satu lagi ada king parrot la... macam2 jenis parrot ada rupanya.

    ReplyDelete
  25. agak membuka mata entry ni..tp sy rasa orang kita ni asalkan nama HADIAH mesti segan nak cakap2 apa yg dia perlukan sebenarnya kan..

    betul juga cara bertanya tu. lebih praktikal untuk elak pembaziran kot2 terbagi hadiah yg sama atau tak diperlukan... :D

    ReplyDelete
  26. mmg patut tya pun..tp kwn2 aku kawen..takde pn aku tya nk adiah apa..paling2 pun aku bg kristal/album gamba/set pinggan mangkuk..hahaaa..
    penah kwn kawen aku bg coffee maker..pastu br aku tau dia dh tak minum kopi..ms zaman blaja..dia antu kopi..tp dh tua2 brenti minum kopi sebenanya..kan ke membazir tu..
    jadi..sila la tanya :)

    ReplyDelete
  27. akakpun sama dulu rajin gak carikan hadiah tapi dah sekarang masapun dah kurang nak survey2ni akak bagi duitjer... memang lebih berbaloi cuma cam tak bestler kan takder balut2 gitu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya