Skip to main content

Buah Salak dan Buah Ketapi

Sejahteralah ke atas kamu....

Baru masuk ofis hari ni. Syok aih cuti lama. Itupun nasib baik le cuti saya dah tinggal ciput. Kalo tak, confirm saya sambung lagi 14 hari cuti. Ngeh2. Ofismate saya ada bawak buah salak selatan datang ke ofis ni. Saya teringin nak makan. Tapi tak tau bleh makan ke tak. Tak tau buah salak ni berangin ke tak. Nak tanya ofismate tuan punya buah salak tu, dia dah pergi miting plak. So takpe. Kita hantar message kat dia dengan pertanyaan, "Ijan, buah salak ni angin ke tak?"....

seminit.. tak jawab... 
2 minit.. tak jawab..
3 minit... tak jawab lagi. 

Lama sangat nak jawab. Mungkin dia tengah membentangkan isu penting dalam miting kot, so dia tak dpt baca message. Ahh... takpe la... Makan je la... Saya nampak buah salak ni takde unsur-unsur berangin sebab dia nampak sopan je di dalam kulit yang bersisik tu. So, amik satu, kupas kulit.... ngap. Kembar tiga buah tu. Sangat sedap.... manis giler.

 Langsung takde rasa kelat. Rasa macam nak makan lagi satu. Tapi... takpe. Sabar. Sbb saya tak boleh makan banyak sekaligus. Nanti perut reject, lagi aku tak daya nak pegi muntah kuar buah salak. [euww.. disgusting punya cerita].

Lepas dah suap buah salak yang terakhir, baru dapat message reply daripada Ijan. Dan jawapannya ialah, "Angin". Gulp... tercekik ailio sendiri. Pengsan. Kalo angin, memang potensi untuk muntah tu agak besar. Huhu... Ya Allah... selamatkan hambamu yang penggeli ini.


Ada satu lagi buah kampung yang Ijan bawak. Iaitu buah sentul. Itu nama KL dia. Sebab kat KL ada tempat nama Sentul. Sape tinggal kat Sentul kita panggil dia Mat/Minah Sentul. Heheh. Cari pasal. Orang Sentul, jangan marah ye. Makcik gulau-gulau saje.
Buah sentul ni kalo kat kampung saya, [Pahang] kami panggil buah ketapi [bukan keretapi ye. Baca betul-betul]. Ada jugak yang panggil kecapi. Agak pelik kot kalo panggil kecapi sebab kecapi tu setau saya ialah alat muzik yang orang buat pantun gendang gendut tali kecapi, senang perut suka hati tu. Tapi takpe... Lain-lain tempat lain le bunyi dia. Terpaksa la terima hakikat yang bahasa melayu ni kaya dengan kosa kata. Kat Kelantan dipanggil 'seto'. Kat Kedah dipanggil 'setoi'. Di US dan Britain mungkin dipanggil Store. Kehkeh. Tak lawak pun.



Nampak buah ketapi ni? Demi nak amik gambar punya pasal, saya belah la satu. Nak makan buah ni kena belah dengan pisau. Baru la sopan skit rupa paras dia. Bila dah belah, kena lah makan. Takleh dibiarkan lama-lama. Sebab bila dia dah teroksida, warnanya akan bertukar lebam. Macam buah epal yang dibiar lama terdedah. Tapi yang ni extra lagi pengoksidaan dia. So, skrg ni perut saya tengah berkeladak la ni lepas makan buah ni. Berangin. Tadi dah la makan buah salak bersepadu, pastu makan plak buah ketapi. Padan le ke muka saya.

Dulu, buah ni ada banyak berlambak kat kampung saya. Petang-petang waktu main dengan kawan-kawan pada musim buah ni, memang makan buah ni je la kerjanya kiterang. Tapi kalo makan buah ni waktu tengah bermain tu, memang takde harapan le nak belah guna pisau. Aku kekah dengan gigi je la hehehe... Pokok ni tinggi. Tinggi yang memang tinggi la. Nak kait guna galah memang tinggal harapan je la. Boleh tu boleh, tapi kena pastikan galah tu betul-betul boleh capai awan la. Huhu. [Ok.. fine. saya propa je.]. Buah ni, masyaAllah. Sedapnya... Rasa dia mmg unik. Masam-masam manis yang sangat sedap. [Ish... korang jangan terlio ek? Kang berdosa plak aku].

So, itu je la kisahnya buah salak dan buah ketapi.

Comments

  1. buah ketapi tu xpnah mkn..nmpk cam sedap je..hee=)

    ReplyDelete
  2. Di utara buah ketapi tu dipanggil buah setoi. Masa JR bersekolah rendah kat kampung dulu, boleh kata selalu juga makan buah setoi ni. Bijinya putih, rasa kelat-kelat manis. Kulitnya tebal, boleh dimakan selepas dibuang kulit luarnya, cicah dengan sambal belacan pasti terangkat punya!! Tapi sekarang dah lama tak jumpa buah setoi ni, rindu pula....

    ReplyDelete
  3. buah ketapi tu pun aku panggil buah sentul..

    aku suka makan tapi aku tak pernah tengok pokoknya cemana...

    ReplyDelete
  4. saya dah x muntah2...boleh bedal segala. sgt suke :) bersabar ye Lyd...x lama lg sure perut ok n x mual dah. take care.

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan,tak pernah tengok pun buah ketapi tu..ada ye kat pahang?hehehe..

    ReplyDelete
  6. Buah sentul..tak penah mkn lagi.
    Salak..mmg fav. kalau yg dijeruk lg sdp!

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum lyd...dua2nya memang sedap dulu masa mama kat kg ada buah sentul ni rajin dok makan ...pokoknya memang tinggi bebenor...:)

    ReplyDelete
  8. buah salak tu mmg lady suke kak.. tp buah store tu lady x suke.. masam masam.. ei.. sudah terasa kemasamannye di hujung lidah..berair2.. :P

    ReplyDelete
  9. dua2 saya pernah makan. tp yg sentul tu last makan masa sekolah rendah, pastu sampai skrg tak pernah jumpa. huhu.. salak tu selalu bwk dari serawak kalau ada pak/mak sedara, sepupu sepapat dtg semenanjung. buah yg harus dibawa selain ikan terubuk, dan kek lapis. hehe..

    ReplyDelete
  10. pergh..salak selatan..dapat yang manis2 tu sedak woo..tpi duk kl ni mana nak cari..buah hutan..

    ReplyDelete
  11. aku tak makan buah2x nie..
    sayur aku makan la..
    haha

    ReplyDelete
  12. ke-duanya pernah mkn..bukat ketapi tu uah stor kan???

    ReplyDelete
  13. penah mkn buah sentul tu sekali (pemberian jiran) dan salak pun pernah tp bukan peberet sebab dulu mkn rasa kelat je. ada yg manis eh? ooo

    ReplyDelete
  14. disebabkan kita sama je duduknya di pahang, memang saya pun panggil ketapi jugak. hehehe... salak mmg sedap. dpt yang pahit mmg tak sedap la kan. muahaha...

    ReplyDelete
  15. susah nak jumpa buai setoiii nie...dah berkurun tak makan!

    ReplyDelete
  16. salam.
    banyak benda nak mkn kalau tengah mengandung ni...buah sentui ni rasanya tak ada kat sarawak,kurang periksa pulak.

    ReplyDelete
  17. kedua-dua buah ini sy tak makn..hehehe
    slmt hr raya ya

    ReplyDelete
  18. buah ketapi pernah dgr. tp x pernah mkn lg. buah salak x minat. hehehe...

    ReplyDelete
  19. Sedapnya buah salak, MJ suka, tapi buah ketapi tak penah dengaq pun :)

    ReplyDelete
  20. Tapi buah setoi penah dengaq almaklumlah cheq orang penang, cheq panggil buah stoi @ staq.. Sedap tu kupas kulit, siat2 pastu letak kicap, perghh memang layan abes ;)

    ReplyDelete
  21. uikk... buah salak ni memang sedappp... heee3x.. makan sikit buat lepas hajat tak pe kot... tapi time ngandung ni kekadang sikit pun boleh terkeluar balik kan... heee3x

    ReplyDelete
  22. salak my peberet.
    buah sentul..hihi
    kalau kt kedah ciksu panggil setoi..

    ReplyDelete
  23. Greetings!!

    Can someone please tell me where I can buy sentul? i need to give it to a dear friend as a promise

    ReplyDelete
    Replies
    1. anywhere in Kelantan and Kedah or Pahang will have these i suppose...but, i doubt if they sold them very often... not that sought after

      Delete
  24. Oh kami di kelantan, kami panggil setor;jugak sy tau org panggil kecapi. oh ketapi pon jugak eh? buah setiya pulak buah apa ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya