Skip to main content

Bukit Kena Tarah Kita Marah

Sejahteralah ke atas kamu...

Fakta tentang Hutan Amazon.

1. Hutan yang terbesar di dunia dengan keluasan 1.2 bilion ekar. Andaikata hutan Amazon ni adalah sebuah negara, maka ia akan menjadi negara yang kesembilan paling besar di dunia. Negara paling besar dalam dunia apa ye? Rusia kot. Negara yang paling kecikk di dunia pulak? Sila Google ye. Jgn malas.

2. 20% oksigen dalam dunia ni dibekalkan oleh hutan Amazon yang amazing ni. Sebab tu hutan Amazon dipanggil paru-paru bumi - the lungs of the planet.

3. 54% daripada seluruh hutan di dalam dunia ini diwakili hutan Amazon. Hutan Sg Lembing mungkin hanya 0.0001% je daripada jumlah hutan dunia. Heheh.

4.  Kat mana terletaknya hutan Amazon ni? Hutan Amazon terletak di sembilan sempadan negara di Amerika Selatan [Amerika Latin] iaitu; Brazil, Colombia, Peru, Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana, French Guaina dan Suriname
Dah mananya Suriname? Saya tak pasti le. Suriname tu rasanya republik je. Kecik je, tak nampak dlm peta ni. Sama macam French Guaina dan Guyana tu. Kecik. Tak nampak dlm peta.

......................................................................

It takes twenty-two to play football. Dan sokongan peminat. Dan bantuan jurulatih. Dan pengurus yang baik. Barulah game tu seronok ditonton. Barulah menjadi perlawanan bola sepak. Kalau satu pasukan je yg nak main, takkan menjadi punya.
Ni utan Amazon

Hati saya terasa seperti luruh berkeping-keping bila melihat bukit yang berdekatan dengan rumah saya sudah disodok dan ditarah. Apalagi, dah tentu la untuk pembinaan perumahan baru. Bukan demi bukit itu je saya rasa sedih. Tapi untuk setiap bukit yang diratakan, tak kira la untuk apa pun tujuannya. Juga pokok-pokok yang tidak berdosa yang ditebang pun membuatkan hati saya pilu. Saya ni penyayang tau [nah ambik kasut ni, makan!].

Seluruh dunia sibuk dengan kempen selamatkan alam sekitar. Bukan main kecoh lagi nak save the environment dengan kempen 'no plastic bag on saturday' la, 'earth hour campaign' la, ajak ramai-ramai pakai keta hybrid la, jimatkan letrik la... and what not [aku terasa mcm Azizah Mahzan plak bila sebut ayat 'what not' ni].



Kita nak salahkah sape bila bumi kita dah makin tenat? Bila makin banyak pokok ditebang untuk buat perumahan, kita nak salahkan sape? 

Orang yang tebang pokok? - Pekerja kontrak.
Orang yang suruh pekerja kontrak tebang pokok? - Kontraktor
Orang yang bagi kontrak kat kontraktor untuk tebang pokok? - Pemaju
Orang yang luluskan permohonan pemaju untuk tebang pokok? - Tak tahu. Isu sensitif.
Orang yang punya tanah yang dijualkan kepada pemaju tu? - Pun tak tahu. Isu sensitif.
Sape yang apa? Sape yang itu? Sape yang ini???? And so on... 
Dan soalan yang last sekali..... 
Rumah tu nanti untuk apa? Bukankah UNTUK DIBELI OLEH ORANG-ORANG YANG TAK ADA RUMAH atau orang yang dah ada rumah tapi nak miliki 2 buah rumah atau orang2 yang dah ada 2 buah rumah tapi nak miliki 3 buah rumah dan lebih dan lagi dan lagi?

So, korang rasa salah siapa? Pendapat ikhlas saya, semua pihak ada salah masing2. Kalau nak salahkan pemaju je takleh gak. Ayat biasa yang kita dengar, "kerakusan pemaju yang mengejar keuntungan" tu takleh pakai dalam kes ni. Sebab kalau dia buat rumah@kedai, pasti akan ada orang berebut2 nak beli. So, pembeli pun bersalah, menggalakkan pembinaan rumah2 baru. Saya bukan nak salahkan pembeli. Saya tahu masih ramai lagi orang yg belum ada rumah sendiri. Dan rumah pula adalah satu keperluan yang paling penting dan bernilai tinggi pada masa kini. Cuma, kita takleh nak tuding jari kepada satu pihak je jika alam yang kita cintai ini semakin merosot kesihatannya. Pihak pemaju buat rumah sebab ada permintaan. So, siapa yang buat permintaan? Orang2 awam. So, sama-sama salah.

Urusan memelihara keselamatan bumi juga seperti perlawanan bola sepak perumpamaannya. Perlu penglibatan banyak pihak, barulah boleh berjaya kempen apa-apapun. Tapi kalau balik-balik muka tu jugak yang tak gunakan plastik pada hari Sabtu. Muka tu jugak yang jimat letrik. Muka tu jugak yang kitar semula tin aluminium dan botol plastik, sedangkan orang lain sibuk pergi tebang pokok dan tidur berselimutkan duit.... jadi apa pekdahnya usaha 'muka tu' yg bersungguh-sungguh nak selamatkan bumi? Seumpama mencurahkan minyak rambut ke atas daun pisang. Sia-sia.

Saya tak marahkan sesiapa. Saya sendiri pun mungkin akan menjadi salah seorang yang membeli rumah daripada para pemaju yang dah meratakan bukit untuk membuat rumah saya tu. Bumi kita ni pun, lambat laun, satu hari nanti tetap akan mengalami gangguan ekosistem juga walau apapun  usaha kita. Tapi sementara kita boleh jagia bumi kita, kita jaga la sama-sama. Selagi boleh jimat letrik kita jimat la. Selagi boleh jimat kertas, kita jimat la. Sementara semuanya masih elok, kena tahu hargai. Jangan sampai nanti bila semakin hampir tiba hari pembalasan, bumi ini akan mengalami kemarau yang berpanjangan selama 7 tahun.... masa tu baru kita nak menyesal. Bila semua sumber makanan hilang sama sekali. Bila air bersih pun menjadi berharga seperti emas. Masa tu, duit ringgit dah tak diperlukan lagi. Nak buat apa ada duit banyak tapi takde makanan ye tak? Apa aku merepek ni? Hahaha... Itu je la yg saya nak bebel kat korang hari ni. Best kan entry ni? Macam tapir tak? Kehkehkeh. 

*sorry aku dah lama tak lawat blog korang. Aku bz skit.



Sumber Hutan Amazon daripada RainForest Facts

Comments

  1. itu lah naseb di negara kita ...bila dh kena tanah runtuh baru la nk buat kalut

    ReplyDelete
  2. sy seram tgok utan amazon...sbb binatang besar2 dlm tu..pirana & anaconda pun ada...cewah macam penah pegi..kan...=)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum lyd....kalau hutan2 tu semua di ratakan memang makin panaslah bumi kita ini...:))

    ReplyDelete
  4. patutlah semakin panas cuaca sekarang..

    ReplyDelete
  5. Khairul : Bukan kat negara kita je bro. Bleh kata seluruh dunia camni.

    Makwe Kintan : Ntahnya... Bile masa plak dia penah pegi. NI mesti tgk citer anaconda ni. Heheh..

    Maszull : Sebab tu la mama. Penting hutan tu.

    Sweet Honesty : Panas kan sekarang. Malam2 pun panas.

    ReplyDelete
  6. Kita harus selalu menjaga dan peduli dengan lingkungan kita ya kawan :)

    ReplyDelete
  7. skang ni pun dh terasa kot ketakseimbangan ekosistem tu.. panas yg lain mcm.. pedih kulit..mmm....

    ReplyDelete
  8. Blog Suka-suka : Ye betul.. Kita jaga dipersekitran kita, harap2 org lain pun jaga persekitaran mereka.

    kyo : mmg awak. Panas yg melampau. Tapi ada time nak ujan, asyik ujan je plak.

    ReplyDelete
  9. salam;
    Inilah namanya kemajuaan..nak kemajuaan mesti ada pengorbanan.kalau tak nak kemajuan kita selamat dan hidup dlm rumah papan beratapkan daun kayu dan kalau nak maju mesti ada pembangunan kalau dah buat pembangunan mesti ada yang terkorban atau dikorbankan..susah nak cakap!!!.

    ReplyDelete
  10. semakin maju semakin byk yg kena kita korbankan.. entahlah fikir2kan

    ReplyDelete
  11. nak tebang tu boleh, tapi sila lah tanam balik.

    lagi satu...hutan simpan tu biarkanlah sebagai hutan saja. tak payah dijadikan hutan batu simpan. ye tak?

    ReplyDelete
  12. malas google, baca kat blog lyd je dah byk info.(dasar pemalas eh) kihkih..

    ReplyDelete
  13. jom kita kempen tanam pokok...satu rumah satu pokok...

    oh...bentou tu act bawa bekal makanan... orang2 jepun mmg suka bawa bekal / bento dan bento diorang cantik2 siap ada karektor2 dan berkhasiat pulak tu...

    ReplyDelete
  14. kadang2 kerakusan untuk mendapat keuntungan yang membuatkan manusia lalai dan alpa tentang kesa yg kita akan hadapi masa mendatang kn.. :(

    ReplyDelete
  15. Nanti apa yg akan kita warisi kpd anak cucu kita? Kita cuma akan warisi kpd mereka bumi kontang, penuh bangunani batu, tiada lagi warna hijau...Pasti anak cucu kita akan menyalahkan kita yang tidak membuat apa-apa untuk menyelamatkan alam. Apakah demi sebuah pembangunan kita rela menghancurkan pusaka alam yg tak boleh ditukar ganti ini??

    ReplyDelete
  16. salam akak.. pd pendapat lady la kan.. ramai di kalangan kite ni kurang kesedaran.. kurang perasaan cintakan sesama makhluk Allah.. tiada langsung sifat khalifah di hati.. kebanyakan drp mrk memiliki sifat mementingkan diri sendiri.. tak kire di kalangan terpelajar atau golongan bawahan.. kebanyakan sifat mrk begitu.. kalau generasi kite dpt didik anak2 menjadi generasi 'Khalifah Alam', InsyaAllah sedikit sebanyak kite dpt bantu menjaga khazanah alam. Tetapi kene kuat usahalah memandangkan pemikiran kite masih di bwh tapak kaki, contohnye kite leh tgk penjagaan toilet.. kalau toilet yg digune sdri pun xleh nk jaga.. mcmn nak jaga alam.. mcmn nak ade sifat cintakan alam.. just pendapat.. jom kite same2 nak.. lady br je bentuk keluarga.. lambt lg tuk ade generasi sdri.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. lyd, saya minat sgt cerita2 hutan amazon ni..sbb ia mcm lost world.

    Sama la kita, rasa sayu bila tengok bukit kena tarah byk2. Hati bertanya..dah abis ke tanah landai sampai terpaksa tarah bukit?

    saya letakkan pihak penguasa tempatan/pemerintah sbg org yg gagal mengawal. sbb kuasa mutlak ada pd mereka.

    ReplyDelete
  18. prinsipnya sama je macam kereta. berapa ramai yang bercita-cita nak memiliki kereta sendiri bila dah berkerja, dah pandai cari duit sendiri. ramai kot. sedangkan asap kenderaan tu dah tentunya mencemarkan alam. ia sesuatu yang tak boleh dielakkan. tapi kita boleh cuba membantu mana yang terdaya. apa kata untuk setiap kali kita telah cemarkan alam ni kita cuba pulak tebus dengan menjaganya - kitar semula, tanam pokok, kurangkan penggunaan sumber tenaga. walaupun ianya sesatu yang kecil kalau diamalkan mungkin akan mempengaruhi anak-anak, tetangga, saudara mara. ianya sesuatu yang berbaloi untuk dicuba..kan? :)

    ReplyDelete
  19. Yusuf Laili : Tak dpt dinafikan apa yg awak ckp tu. Nk kejar pembangunan punya pasal, byk yg perlu dikorbankan.

    Kesuma Angsana : Apa yg kita korbankan sekarang mmg kita tak rasa kesannya. Tapi generasi kita nnt la yg kesian.

    gadis bunga : Sepatutnya mcm tu la. Tapi bila dah tebang, mmg takde harapan derang nak tanam balik. Dah tentu mereka tebang tu utk amik tanah tu nak buat bangunan..maka terpaksa juga jadikan hutan batu.

    Asmara : Boleh. Baca le. Hehehe... Saya pun sebenarnya selalu malas nak google.

    FnF Simple Life : Kalau umah yg ada laman umah boleh jugak menyahut kempen tu. Tapi kalau dok umah flat mcm saya ni. Haihh... ada2 je halangan kan?

    Taufiq : Sbb tu la kesedaran tu kita semua kena ada. Demi generasi akan dtg la ni. Sian mereka. Nanti mereka hirup udara yg kotor.

    JR : Pusaka alam ni mmg tidak akan ada gantinya. Kita ni terpaksa terapkan kesedaran sendiri untuk bantu bumi kita ni dapat bertahan. Huhu.. Sedihnya.

    ReplyDelete
  20. Lady Bird : Jom la lady. Kita sama2 beri kesedaran kepada org2 sekeliling kita mana yg termampu. Kdg2 kalau tgk filem2 hollywood, ada juga mereka beri pelajaran kalau kita nak amik pelajaran. COntohnya The Day The Earth Stood Still.

    Ujie : Hehehe... mmg yg paling salah ialah org yg beri kelulusan la kan. Sbb mereka berkuasa. Kalau mereka berkeras nak pelihara bumi ni sama2, sedikit sebanyak membantu la jugak.

    Wani SC : Nak jugak tanam pokok. Tapi kalau tak dpt tanam pokok, cukup la sekadar jimat kertas, kitar semula ye tak? Asap kereta mmg betul2 penyumbang pencemaran alam la kan? Tapi kalau tak pakai pun kita jugak yg susah. Haihh. Dalam dilemma.

    ReplyDelete
  21. itu lah lumrah alam... gara2 nak mengejar kemajuan, manusia berlumba2 utk memusnahkan ekologi alam.. akhirnya bencana kesannya kena juga dengan kita

    ReplyDelete
  22. Er, er, putaran hidup dan kehidupan (alamak takut garangnya cikgu)

    ReplyDelete
  23. kena sama2 tengok. terlalu banyak pembangunan, habis la pokok2, tanah bagai. kat area rumah saya ni je pun dah ckp bukti. kera yang tak pernah masuk dlm kawasan rumah, sekarang ni cari makanan dalam kawasan rumah kita la. sebabnya tempat tinggal dia orang dah kena tarah. kesian tapi nak salahkan siapa?

    ReplyDelete
  24. aku salahkan bukit yg kena tarah tu. sbb sape sruh bukit tu jd attractive sgt utk dijadikan tmpt pembinaan umah. hahaha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya