Skip to main content

Jemputan Kahwin Guna FB Je? Tanak Pegi La


Sejahteralah ke atas kamu....

Musim kahwin dah bermula sejak cuti skolah dah kembali lagi. Pagi tadi dtg ofis sempat je swipe before time walaupun kuar umah dah lewat, kul 7.55 am. Waktu ofis start kul 8.15am. Heheh. Kira sakti benor la tu kalau keluar rumah dah lewat, tapi sempat punch on time. Kekekeke. Bangga dengan pencapaian diri sendiri.

Berbalik kepada musim kawen ni. Bila ramai orang yang nak berkahwin, ramai jugak la yang dapat undangan perkahwinan. Trend sekarang invite guna FB je. Mudah katanya. Tapi ramai yang sentap kalau dapat invitation guna FB ni. Terus je majuk tanak datang. Ololo... Sho shuwit.. Cepat betul terasa ye kita ni. Banyak sangat makan Ajinomoto cenggitu le gayanya.

Saje nak enterframe.
Bagi saya, menjemput orang untuk datang ke kenduri kawin melalui FB ni ada baik dan ada buruknya. Biasa la. Semua benda dalam dunia ni ada pro[s] and con[s]. Tapi secara jujurnya, saya rasa kita perlu lebih terbuka tentang perkara kecil ni. Apa salahnya kalau dijemput melalui FB sahaja? Dalam waktu-waktu kritikal, ekonomi meruncing bagi kebanyakan orang, jemputan melalui FB dapat menjimatkan belanja kad kawen yg bukan murah yg akhirnya jadi alas botol kicap je. Ataupun buat lap taik cicak. Erm.. Pengantin yang menjemput tu bukan tau pun siapa yang dijemput akan betul-betul hadir ke majlis dia nanti. Kalau nak jemput 2000 org tetamu, pengantin pun print 2000 keping kad, pastu yang datang hanya 1000 org, maka kad yang lagi 1000 utk org yang tak datang tu kan saje je rugi. Itu baru bab kad kawen. Blum masuk bajet untuk makanan lagi. Kalo buat kenduri utk 2000 org, tapi yg datang pun hanya 1000 je, kesian kat pengantin. Betul tak? Ramai org muda yang rasa seram nak kawen bila fikirkan bajet2 ni semua la.

Kita kan dah tau, betapa kos nak kawen sekarang ni makin meningkat. Kos untuk kenduri yang cap hayam macam kenduri kawen saya pun dah makan belanja hampir 10k. Itu hanya untuk persiapan kenduri je. Blum masuk kos kad kawen, hantaran dan baju. Takde bersanding, takde profesional cameraman pun. Doorgift pun bagi telur rebus dengan gula2 je. So, rasanya semua orang tahu yang kos nak kawen bukan sikit walaupun kenduri tu simple je. Itu belum cerita kalo wedding yang gempak2 punya. Baju persalinan berpasang-pasang. Sesi photografi outdoor lagi termasuk prewedding. Wang hantaran dan barang2 hantaran yang branded. Jadi, rasanya lebih afdal dan sangat membantu pengantin kalau kita kikiskan sikit rasa ego dan perasaan mulia kita seperti akulah keturunan diraja yang perlu dijemput melalui kad jugak.

Ye, saya faham ada yang dijemput melalui FB tu pada mulanya berniat untuk hadir ke kenduri yg dijemput tu. Tapi kalau takde peta ke rumah pengantin cemana nak pegi[sebab takdpt kad]? Pastu terus tak jadi pegi. Majuk letttew konon.... So, kat sini, pengantin pun jangan la berlagak diva sangat. Tau la nak kawen nanti dia jadi raja. Tapi sehari je hokey. Jangan diva lebih2. Tapi apa salahnya jadi raja berjiwa rakyat. Kalau ye pun jemput melalui FB, jangan la amik kesempatan dan malas sangat nak jemput orang beriya-iya. Kita nak org datang kenduri kita, so, kita kena la sungguh-sungguh tunjukkan kepada mereka yang kita nak mereka hadir walaupun kita tak berapa rapat dengan mereka. [Berapa banyak mereka daa.... Siapa yang malu? mereka dan keluarga mereka.]

Maksud saya macam ni, pengantin boleh gunakan FB untuk menghebahkan tentang perkahwinan kamu kepada kawan2 yang kurang rapat dan maklumkan di situ bahawa kamu perlukan RSVP mereka.[Répondez s'il vous plaît, or please reply (used at the end of invitations to request a response)]. Maklumkan terus, siapa yang respond untuk attend majlis tu akan diberikan kad. Atau pun kalau rasa biadap ayat tu, boleh la mintak alamat mereka di FB untuk pos kad jemputan. Siapa yang beri alamat, yang tu je la yang dpt kad jemputan. Sape tak bagi, takyah la pos. Padan muka derang.

Tapi pengantin pun agak2 la kan.... Kalau kawan2 rapat yang memang rapat giler, takkan nak tunggu mereka respond di FB baru nak bagi kad. Cara yang saya cadangkan di atas tu hanya untuk kawan2 yang tak rapat. Kalau kawan2 rapat yang selalu lepak sama2, beri je la by hand. Kalo nak kena sembur dgn gas pemedih mata, try la mintak RSVP kat FB jugak pada kawan2 rapat tu. Hehehe. Lagi satu yang pengantin perlu consider, tak semua orang aktif berFB. Macam saya, saya sampai tak perasan pun kawan saya dah kawen sebab dia hanya invite melalui FB je. So, itu pun ada jugak tak eloknya invite menggunakan FB ni. Cuma saya tak la rasa kisah sangat sebab walaupun saya tak pergi kenduri dia, dia tetap selamat berkahwin. Dan dia pun tak la beriya sangat mengharapkan kehadiran saya sebab invite melalui FB je.

Ada fren saya di FB siap buat status mcm ni [le lebih kurang], "Kalau jemput aku melalui FB, aku pun attend melalui FB jugak la wedding korang". Amboii... Divanya dia. Hehehe. Cuma, apa yang saya nak kita semua bukakan minda supaya jangan le sentap2 kalo terima invitation melalui FB. Apa salahnya. Jemput jugakkan? Dan bagi pengantin pulak, jangan la sedih2 pulak kalo org yang dijemput melalui FB tak hadir pun ke wedding kamu. Mungkin org tu rasa kamu tak bersungguh menjemput dan kamu tak kisah pun kalau dia tak datang.

Okaylah... Saya harap korang faham la point saya ye. Tapi still... saya tak kisah kalo org nak jemput saya melalui FB. Kalau boleh dtg saya datang. Kalau ada halangan, jemput la guna kad sebesar gajah pun... tak dapat jugak nak hadir. Untuk bakal2 pengantin, selamat ber ehem-ehem. Untuk bakal-bakal tetamu yang akan hadir ke majlis perkahwinan pun, selamat mentekedarah dengan jayanya.

Comments

  1. a'a dah jadi trend dh skrg ni... kawan2 sy pn ramai yang buat gtu..tpi sy xrasa hati sgt... klu yang rapat sgt2 memg rasa hati la klu jmput melalui fb ni... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn lyd. Kat fb utk umum. Khas utk kwn terdekat..bgla kad. nmpk kesungguhan & ada peta.

    Lg satu..bkn sume org ada fb. mcm suami saya mmg takde. saya pulak ada tp tak berapa aktif. mmg boleh miss kalo ada jmputn kat fb tu.

    ReplyDelete
  3. xpela..dah jadi trend skrg ni..janji dia ikhlas..

    ciz dah sampai ke?

    ReplyDelete
  4. wlupun teknologi makin canggih tapi for certain part, cara konvensional tu ada nilai2 yg mungkin terkesan dihati...kan ke meriah bagi kad kawen sebagai jemputan :)

    ReplyDelete
  5. kahkahkah..nak tesembur aku sampai part nak kene sembur gas pemedih mata tu..sengal la ko lyd..hahaha..

    aku dulu kawen untuk ofis aku tampal satu je satu kad inviter kat notis board untuk semua..jimat kan..haha..

    kat fb aku kurang invite sebab geng fb aku ramai yang merepek2 je.kekeke.kalau invite pon aku post kat group..nak datang takmo datang diorang punye pasal..hahaha..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum Lyd...biasa la tu nak jimat kos tu yg jemput guna fb jer ...:)

    ReplyDelete
  7. eh..tu gambar kawen ko ke?..pesal nampak lain ek..ko nampak gemuk la..hahaha..tp walaupon gemuk,ko santek lyd..cam retis..hehe..

    ReplyDelete
  8. Ahlam : Bagus awak ni. Tak cepat sentap. Hehehe. Bangga akak berkawan dgn awak.

    Ujie : Itu la. So, pengantin mmg perlu list kan sape yg dia betul2 nak jemput supaya tak tertinggal.

    Pen Biru : Dah dapat dah. Alhamdulillah. Sedap sgt. Nanti nak order lagi.

    Mrs R : ha ah. Kalau beri kad utk yg rapat2 je. Kalau org yg kita rasa dia tak mungkin pegi tu, jemput kat FB je. Baru la tak membazir kad.

    Ym BUndle : Heheh. Aku tersasul je sebut gas pemedih mata tu. Kang ramai plak yg sensitif dgn perkataan tu. Aku mmg dah start gomut masa kawen tu. Tapi tak la segemuk skrg. Bila masa plak ko nampak aku kurus. Hahah. Tapi nasib baik ko ckp aku santek. Hilang skit marah aku. Kehkeh.

    Maszull : Sebab tu la mama. Kalo nak jimat kan kos, harap2 org lain paham situasi pengantin.

    Hasrina : Awak cool. Sama la macam saya. Kalau lapang, boleh je pegi tak kira jemput guna apa.

    ReplyDelete
  9. okay... ai takde masalah dpt jemputan melalui fb as long ada kesempatan insyaAllah... akan dtg jugak. ngeee...

    ReplyDelete
  10. setuju ngan lyd, mmg setuju sokmo. hehe.. sejak duk sini dah lama tak dijemput kenduri kawin. hikhik.. tp ada gak dpt invitation via fb. wish tahniah je la. ;D diorg pun tau mesti x dtg punya. lain la kalau sponsor tiket flight kan. (melampau!) hahha..

    ReplyDelete
  11. Mungkin pertimbangan mereka yang membuat invitation via FB karena lebih cepat dibandingkan pos, dan lebih praktis.

    Salam kenal :)

    ReplyDelete
  12. Anisalya : Ye kan. Kalau free kita dtg la.

    Asmara : pengsan pengantin nak sponsor tiket flight. Huhu. Mekasih sbb selalu setuju. hehe.

    ReplyDelete
  13. Cik Mimey : mekasih for the setuju.

    Millati Indah : Cantiknya nama. Sama kenal.

    ReplyDelete
  14. bab peta tu mmg elok sgt di upload kt fb.. tp pastikan x terbalik..teleng kepala ni nk pusing..hehe

    ReplyDelete
  15. salam;
    tak salah rasanya jemput guna FB ni..mula2 memanglah nampak pelik, lama2 nanti semuanya akan faham..

    ReplyDelete
  16. gunala apa pun...asalkan jemput cara terhormat...org dh jmpt wjib dtg jika tiada keuzuran...lainla klu mjlis tu ada unsur maksiat...cantik gmbr kwin ye...^__^

    ReplyDelete
  17. Kyo : Kalau terbalik pon apa salahnya. Boleh terbalik kat henfon atau tablet tu. Tapi kalo guna PC desktop, tunggang terbalik le jawabnya.

    Yusuflaili : Sama juga konsepnya dengan kad jemputan. Dulu2 sebelum kad jemputan diperkenalkan, semua jemput secara lisan. Saya ingat dulu mak saya selalu kecik hati kalau sedaramara jemput kawen guna kad. So, sekarang bila kad dah diterima, jemput melalui FB plak yang jadi perkara pelik.

    ReplyDelete
  18. MakweKintan : Ohh., saya nampak perkataan cantik tu je. heheh. mekasih. Saya rasa org yang tak kisah kalau jemput guna FB macam awk ni, memang sangat cool. :)

    ReplyDelete
  19. saya pun cam Lyd gak, kalau dpt jemputan boleh datang saya datang kalau ada halangan nak buat camner.. tapi satu jer masalah saya, jarang buka fb.
    Comel lah pengantin kat atas tu, serba ijo ^_^

    ReplyDelete
  20. suweetttnyer pic kawen dia..cun laaaa...

    bg lya x slh pon klo invite kot fb je.. jbaikan dia..blh invite rmai skali gus.. mana2 y xleh dtg..leh trus bg ucapan kat situ..slain tu..leh gak tahu baject y nk dtg..

    satu lg...invite kot fb ni sgt2 sesuai bg y jrk jauh..kdg2 nk pos byk sgt kan.. klo kot fb skali gus..sluruh dunia pon leh invite.

    bg lya.. lya ok j invite kot fb..

    ReplyDelete
  21. zaman semakin moden,jemputan kawin pun boleh melalui FB...tak kisah,ada tu siap pos kad tapi kat FB le siap alamat dan peta...kan mudah...ye lah ini buat rakan2 yang jarak jauh ler..setuju...

    p/s:'Ataupun buat lap taik cicak'...macam tau-tau je..he he he..adalah time emergency

    ReplyDelete
  22. betul laa tu..klu ada kesempatan boleh datang.klau tak...kad sebesar manapun hantar..tak dtg juga.yg penting keikhlasan kita hadir ke majlis tu..

    ReplyDelete
  23. Nita : itu la. Jarang buka fb tu mmg halangan yg besar untuk invite kat fb. Itu la pokok pisang tanduk dikawinkan dgn pokok pisang nangka.

    Lya : ni bekas pengantin nak cari glemer dan nk perhatian je. Hahah. Betul lya. Kalo jemput kat fb bleh jemput org jauh2 antara benua.

    Kak rose : sama la kita kak rose. Asalkan dijemput dn kelapangan, saya
    pegi je.

    Ummi arissa : hehe. Berckap melalui pengalaman ;) . Yg kertas tu je yg paling dekat mampu dicapai. Nasib dia la.

    ReplyDelete
  24. skrang kan dah zaman teknologiii..
    invitation pun pakai fb..hebat...
    x yah la terasa kalo dapat invitation melalui fb..
    ye lah kalo korang dapat kad, tp korang buang jugak kad tu..haha, bukan nak simpan pun..
    kan jimat kos...x yah nak belanja berlebihan semata2x untuk kad jemputan...simple janji gempak.

    ReplyDelete
  25. Bahrain : Yeah... org muda fikiran dia lain skit. Lebih open minded. Bagus...bagus. Nanti awk kawen nanti pun takyah membazir tau.

    ReplyDelete
  26. kdg2 teknologi tak semua mbawa kebaikan...mmg buat kad org buang tapi klu mampu buat majlis grand takkkannn le tak boleh nk buat kad..biasa2 pun tak pe...

    i mmg still style org dulu2 lagi suka org jmput pakai kad..klu org tua2 kdg2 jemput dengan dtg rumah n jemput beradab..so org dijemput pun besar hati nk dtg ..tak gitu ;)

    ReplyDelete
  27. betul dah jd mcm trend skang ni! jemput @ FB je

    ReplyDelete
  28. jimat katanya kak. jannah nanti kawen pakai kad potostat je la bg kat kawan2 fb. ekeke. jimat jugek. kad potostat stapler je tak payah pkai sampul. hahaha. lariksssssss

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya