Skip to main content

Penampilan : Awak Ni Nampak Macam Cikgu La

Sejahteralah ke atas kamu....

Saya ni, kalau pergi mana-mana selalu orang tegur saya ni 'nampak macam cikgu'. Nak pegi beli manggis kat tepi jalan pun orang bleh bagi salam selamat petang cikgu. Baru-baru ni masa saya dengan suami pergi tukar tayar, pekerja kat kedai tayar tu boleh je buat tekaan berani dengan bertanya, "ni dua-dua orang ni cikgu ye?". Hahahah.. Suami saya pun nampak mcm cikgu gak kot. Kenapa orang boleh assume macam tu ye?

Pendapat saya, apa yang kita pakai tu boleh membuatkan orang membuat andaian. Contohnya saya dengan suami saya masa digelar cikgu tu, kami sama-sama pakai t-shirt dan track bottom. Pastu suami pakai selipar jepun dan saya pulak pakai sandal flat kelepek-kelepek bila jalan. Memang takde yang lebih selekeh daripada kiterang dah tu. Sebab kiterang baru balik daripada bermalam kat umah adik. So, takde la nak bawak baju beriya-iya pun sebab mmg dah plan terus nak balik umah je. Tak sangka plak hati tergerak nak pergi mana-mana lagi.

Sama jugak dengan penampilan orang pompuan yang dah kawen yg nampak macam makcik-makcik. Saya la tu. Hahaha.. Kadang-kadang bukannya sebab rupa jugak. Tapi penampilan. Baju yang dipakai. Kita kan tau standard outfit untuk makcik-macik ialah baju longgar, yang corak bunga-bunga, seluar pun longgar pastu sandal flat yang comfort punya. Bukan sebab tak reti bergaya, tapi lebih selesa nak pakai sandal yg bukan high heels. Biasanya sindrom ni terjadi kepada ibu yang dah lepas bersalin. Sebab masa pregnant terpaksa pakai sandal flat. Bila dah lepas pantang pun still selesa dgn sandal flat. *saya tak kata semua la. Tapi ramai yg macam tu. Saya ni yg belum bersalin pun dah mula suka pakai sandal je. Sebab they heavenly comfort.

So, kalau ada orang kata kamu kelihatan seperti apa-apa, mungkin bukan sebab perangai atau muka, tapi mungkin sebab penampilan dan gaya yang kita pilih tu. Dia senang je, kalau nak nampak macam remaja, pakai le t-shirt body-fit dengan jeans. Kalau nak nampak matang skit, pakai blouse berbutang dgn suar slack. Nak nampak korporat, pakai suit. So, semuanya berkenaan dgn penampilan. Tapi kalau dah memang betul-betul tua tu, takyah la nak berangan utk nampak remaja lagi. Nanti jadi macam ni;

Comments

  1. alahai..makcik tu...
    tak nampak remaja..
    nampak cam tak betul je..
    ekekek

    ReplyDelete
  2. akak pun suka pakai baju longgar sebab badan debab dan kena pakai sandal lembut sebab dah kena sakit tumit. Tapi tak perlah kan..sesuai dengan usia

    ReplyDelete
  3. diana : itu hanya peringatan kepada makcik2 yg masih nak bergaya mcm remaja. Heheh.

    Kak ina KL : Saya pun kak. Pakai baju besar sebab berisi. Kalo tidak, nampak yg terbonjol2 tu bahaya. Kekeke.

    ReplyDelete
  4. betoiler tu.. akakni pentingkan selesa dari bergaya... tapi kadang2 tengok orang bergayatu rasa jeles gak bileler akak nak gitu...

    ReplyDelete
  5. Haa...leh dah tu mintak jadi cikgu...masin mulut...hahaha^__^

    ReplyDelete
  6. Saya pula bila pergi market, ramai peniaga menegur saya sbg doktor: "Doktor nak beli apa?", "Singgah sini doktor...ada ayam murah.."

    Mengapa saya dipanggil doktor? Mungkin kerana isteri saya..

    Saya selalu menafikan saya doktor, tapi mereka tak percaya. Dan sekarang saya dah jemu untuk menafikannya...

    ReplyDelete
  7. tak kisah laa makcik2 ka apa janji kita yang pakai ni rasa selesa..saya jarang pakai selipar kalau kua..saya suka flat shoes jaa.sebab selipar tu rasa bila jalan kelepet2 jer..

    ReplyDelete
  8. aku ni kak...kategori makcik yang berpenampilan remaja gitu..maklum la makcik dah tua tapi pakai jeans ngn t shirt lagi kan :)

    ReplyDelete
  9. gaya cikgu: pakai sedondon dari hujung kepala sampai la ke kaki. kalau aritu tema hijau, handbag, baju, tudung, semua la hijau..

    tapi ni cekgu masa zaman ai sekolah la..pesen cekgu zaman sekarang wa tatau..

    ReplyDelete
  10. alamak, mesti bajet ranggi je makcik tu kan..hahaha

    ReplyDelete
  11. mantap postingan yang sangat bagus nie gan,,,,,,,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya