Iklan! Iklan! Sila Click!

30 November 2011

Serotonin : Hormon Gembira

Gambar dikelepet dari sini.

Sejahteralah ke atas kamu...

Ada orang yang apabila dia bersedih akan makan lebih banyak daripada biasa sampai jadi gomut dan ada orang lain yang apabila bersedih, terus tak makan sampai jadi kurus kering. Daripada 2 situasi ini, saya rasa lebih elok jika bersedih dan makan banyak. Kenapa? Kerana jika kamu mengalami kesedihan dan kamu tidak makan, serotonin di dalam sistem tubuh kamu akan menurun. Manakala jika kamu makan dengan banyak, makanan yang kamu makan itu mungkin adalah pembekal serotonin secara semulajadi, maka kesedihan kamu itu dapat berkurangan. Sumber1

Apa itu serotonin? Serotonin ini adalah sejenis hormon yang terdapat di dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Lebih tinggi serotonin, lebih gembiralah seseorang itu tetapi jika kekurangan serotonin, seseorang itu akan menjadi kemurungan, sentiasa bersedih, mudah tersinggung dan selalu marah-marah. Korang cepat marah tak? Kalau ye, tu maknanya korang kekurangan serotonin la tu.

Makanan-makanan yang boleh meningkatkan serotonin adalah seperti makanan yang mempunyai karbohidrat mcm nasi, pasta, roti. Kemudian gula, manisan, buah pisang dan coklat juga boleh meningkatkan serotonin. Jadi, bila seseorang menemui kegagalan atau musibah, saya rasa lebih elok kalau dia makan banyak. Supaya dapat alihkan kesedihan dia tu. Kalau tak percaya, kamu boleh tengok, orang sedih yang tak makan, akan lebih cenderung bunuh diri daripada orang yang melantak banyak sebab bila dia tak makan, kadar serotonin dalam tubuh dia akan jadi sangat rendah dan bila serotonin rendah, kesedihan dia akan menjadi berganda-ganda. [Cuma yg makan banyak, takut terlebih banyak makan sampai obes plak. Tu pun bahaya untuk kesihatan kan?].

Kalau nak tau, kebanyakan ubat anti-depresi [anti-depressants] mengandungi dadah yang boleh meningkatkan kadar serotonin. Tapi dadah musuh negara.

Satu lagi fakta menarik tentang serotonin; bayi-bayi yang diberi susu ibu, akan dibekalkan serotonin secara tidak langsung kerana susu ibu juga dapat membekalkan serotonin kepada bayi. Menurut kajian, anak-anak yang diberikan susu ibu akan membesar dengan gembira dan mempunyai kelakuan yang baik. Ini bermakna, susu ibu mempengaruhi perilaku anak-anak sehingga dewasa.

Bagi sesiapa yang bersedih, boleh cuba tingkatkan serotonin dalam tubuh mereka. Cara cepat ialah dengan mengambil Prozac iaitu pil anti-depressant. Tapi jangan memandai ambil ubat ni kalau tak dapat nasihat doktor. Karang dapat penyakit sawan saya tak tau. Heheh. [Ada kaitan ke dan penyakit sawan? Kekeke]. Ada 10 cara semulajadi yang kamu boleh gunakan untuk meningkatkan serotonin. Kata nak gembira kan? Usaha la sikit. Jangan malas. [Ada tak hormon yang meningkatkan kadar rajin?]. Ini adalah 10 cara tersebut
.

Bagaimana dengan kamu? Kadar serotonin kamu tinggi atau rendah? ;).

29 November 2011

Perasaan Saya


Sejahteralah ke atas kamu...

Hari ini saya tulis entry ni. Esok mesti saya menyesal bila saya baca balik entry ni sebab saya yakin betapa poyonya entry ni. Kehkeh.. Takpe la.. Taip je dulu. Publish. Then esok kalo rasa poyo, saya delete le.

Suami saya outstation to somewhere over the rainbow. Erm... sunyinya. Rasa pelik pun ada. Sebab tak dapat berhubung dengan dia. Biasanya setiap hari, sepanjang hari kami berSMS. Rindu sangat pada dia.

Lagi apa ye? Hurrm... kalo diikutkan hati, saya nak je luahkan perasaan cinta saya pada suami di sini. Tapi, mak malu la nyah. Tetiba mak jadi pemalu sangat lepas kawen ni. Yang pasti, hidup saya sangat bercahaya, bermakna, berwarna-warna, berseri-seri, bersinar-sinar dan macam-macam ber lagi sejak saya kawen dengan budak itu. Budak ini rasa aneh bila budak itu tak ada.

Lagu ini... Budak ini tujukan untuk budak itu.... [*aih.... budak la sangat kan? Padahal muka dah macam moyang budak. Tihtih]

Kamu,.... Seperti hantu...
Terus, menghantuiku...
Kemana pun tubuhku pergi..
Kau.... Terus membayangi aku...

Salahku biarkan kamu bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan kau dari fikiran ku ini

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku dan kau tuliskan nama mu
Kau tulis namamu...

Tubuhku, ada di sini...
Tetapi tidak jiwa ku..
Kosong yang hanya kurasakan...
Kau terus tinggal di hati ku...

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku dan kau tuliskan nama mu
Kau tulis namamu...


28 November 2011

Orang Yang Kedekut Itu Adalah Orang Yang Tak Sedar Diri

Sejahteralah ke atas kamu...


Bersyukur kepada Allah kerana di dalam hidup saya ni, saya dikelilingi oleh orang-orang yang pemurah dan tak berkira. Bila dah takde orang kedekut dalam hidup ni, mulalah saya akan rasa pelik bila sesekali berjumpa dengan orang kedekut.

Bagi saya, tahap kedekut ni ada 2 je. Kedekut sikit-sikit atau kedekut nak mampus, sama ada kedekut harta atau kedekut ilmu. Yang kedekut sikit-sikit ni okay la.. boleh dimaafkan. Tapi yang kedekut nak mampus ni yang tak bleh dimaafkan. Duit dia 20sen pun dia boleh mintak balik. Ish.. ada ke orang gitu?

Saya tak faham dengan orang kedekut. Nak kedekut kenapa? Boleh jadi papa kedana ke kalau berkongsi harta milik kita? Lupa ke harta tu siapa yang bagi? Allah yang bagi betul tak? Allah bagi terus ke? Dah pasti Allah bagi pinjam sahaja. Faham tak maksudnya pinjaman tu apa? Maksudnya bukan ko punya. Ko hanya diamanahkan oleh Allah sebagai penjaga sahaja. Bukan 'pemilik' seperti yang tertera di dalam helaian surat perjanjian kalau nak beli kereta. Pemiliknya tetaplah Allah.

Orang yang kedekut ni saya anggap mereka sebagai tak sedar diri. Sebab mereka rasa harta yang mereka miliki tu mereka punya dan mereka dapat harta itu kerana kepandaian mereka. You silap la brudder. Totally silap.

Saya tak nafikan saya pun kadang-kadang ada jugak kedekut. Atau pun perasaan nak berkira dengan orang lain. Tapi cepat-cepat saya tersedar balik bahawa harta itu bukan saya punya. Harta Allah. Saya cuma pinjam je. Contohnya kereta. Kereta tu je la satu-satunya harta yang saya ada. Buruk-buruk pun, masih boleh berbakti kepada saya. So, kalau orang nak pinjam, saya agak berat hati. Sebab kalau rosak atau problem, saya lah yang akan tanggung kan? Tapi bila makin faham tentang kehidupan ni, saya dah mula terasa... tanpa izin Allah, kereta itu takkan rosak. Kalau kedekut kereta tu pun, boleh juga rosak kalau Allah nak tarik balik pinjaman yang Dia berikan tu. So, ko nak cakap apa?

Jadi, tolong ingat ye. Jangan kedekut. Sebab harta ko tu bukan ko punya. Allah punya. Tolong faham betul-betul. Harta yg ko ada tu bukan hak ko sepenuhnya. Maknanya tak sesuai untuk ko kedekut dan nak berkira.

25 November 2011

Anonymous Ni Perlu Ke Ada Di Setiap Blog?

Sejahteralah ke atas kamu.


Persoalan untuk semua bloggers yang baca blog ni. Biasa tak dapat komen daripada anonymous yang sangat tak membina pastu komen tu plak nampak seperti menghentam secara peribadi kepada pemilik blog? Kalau tak silap, sejak kebelakangan ni, banyak blog yang saya followed tulis entry tentang anonymous yang hentam mereka. Sedangkan blogger yang popular macam Maria Elena, yang comel + kelakar macam Tiara Fazlin, yang update consistently macam Diana Rashid pun kena hentam dengan anonymous, inikan pula blogger baru seperti Ummu Muhammad dan blogger picisan seperti saya.

Ada sahaja yang menjadi point anonymous ni untuk menghentam blogger yang dia tak suka. Apa yang saya suspect, anonymous bagi setiap blog yang bertujuan menghentam ADALAH ORANG YANG DIKENALI oleh blogger tersebut. Sebab kebiasaannya, komen anonymous tu takde kaitan dengan entry, tapi lebih kepada nak melepaskan kemarahan. Siapa je yg nak gunakan nama 'anonymous' kan? Kenapa tak gunakan nama sendiri? Dah sah-sah sebab blogger tu kenal dia betul tak? Kalau tak kenal, kenapa nak takut guna nama profile kan?

Lain Orang, Lain Drama


Sejahteralah ke atas kamu...

Sebelum saya berkahwin dahulu, saya tidak nafikan yg saya ada sindrom 'takut berkahwin'. Walaupun konon-konon macam dah ready dan nampak mcm desperate sangat nak menikoh, tapi saya sangat fobia. Ni semua sebab amaran daripada orang-orang yang sudah berkahwin kepada saya. Pada waktu itu, macam-macam le yang mereka pesan, antaranya;

"Kahwin ni ingat senang ke?",
"Nanti ko dah ada suami nanti, baru le ko tau macamana."
"Lebih baik ko hidup bujang, kalo dah kawen nanti ko dah tak bebas macam sekarang."
"Susah tau nak layan suami, nak puaskan hati suami."
"Nanti ko tengok la perangai sebenar dia bila ko dah kawen. Masa tu baru le kuar perangai-perangai dia yang belum dia keluarkan selama ni."


Ayarrrkkkk... Banyak takut woo... Saya cuba membayangkan, macamana la agaknya perangai En Stormpong [suami saya sekarang] bila dah kawen nanti. Ntah-ntah dia garang, suka pukul. Ntah-ntah dia pemalas. Ntah-ntah dia tiap-tiap hari nak saya masak sedap-sedap. Euwww... Sangat menakutkan. I tak rela diperlakukan begitu... Owhhtidakkk..

Perasaan fobia tu jugak disulami sekali dengan perasaan cemas untuk malam pertama. Saya rasa macam tak ada kawan-kawan pompuan saya yang baru berkahwin yang tak cakap bahawa "malam pertama itu menyakitkan". Shaye very the takottt...

Then finally bila sudah berkahwin, saya tak rasa pun 'ugutan-ugutan' tu semua menjadi kenyataan. Setakat ni [tapi yelah.. baru lagi kan, baru je 5 bulan kan?], suami saya takde plak tunjukkan perangai pelik sampai saya perlu memendam perasaan. Beliau sangat gentleman dan lembut terhadap saya, tak garang dan bukan kaki pukul pun seperti yang saya sangkakan. Beliau pun seorang yang sangat ringan tulang, pandai buat banyak benda dan sangat boleh diharap tak kiralah sama ada di rumah sendiri atau di rumah orang tua saya di kampung [perkara ini pun sangat diakui oleh adik beliau, Ina.]. Dan yang paling sempoi, suami saya makan je semua benda yang saya masak. Tak sedap pun dia makan, tak memilih langsung. So, saya tak la pening kepala nak perah otak buat jus pastu minum dengan rebusan air sirih utk dapat idea nak masak apa untuk beliau-motif?.[Cayalah Baybee! Luv u so mooch much.]

Sebab itu la seperti yang saya tulis di tajuk post ini, "lain orang, lain drama", bererti, drama kehidupan kita. Apa yang bakal kita lalui takkan sama dengan apa yang orang lain pernah tempuhi. Jadi, adik-adik dan anak-anak yang ingin bernikoh... Jangan takut untuk berkahwin walaupun korang sudah dimomokkan dengan kisah-kisah seram alam rumahtangga. Semua tu insyaAllah boleh diatasi jika kita berkahwin kerana Allah.

Gambor dikelepet dari sini

24 November 2011

Cerpen 2 Dalam 1

Maksudnya ialah, cerita pendek, 2 cerita dalam 1 entry. Yeah.. Khelasss diriku sendiri...

Ombak Rindu The Movie.
- Ntah le ngape, sejak-sejak dah makin meningkat usia remaja [ohh... remaja nye lah!], saya dah semakin rajin menonton cerita Melayu. Drama ke, filem ke. Semua saya nak tengok. Ni semua pengaruh Yahudi la ni. Kekeke. [Yahudi lagi kena.]. Filem Ombak Rindu ni diadaptasi daripada novel meletopppp 'Ombak Rindu' yang saya tak pernah baca walau sepatah sebab saya bukan pembaca novel yang penyabar. Kuheh..Kuheh.

Semalam di Astro Ria ada siarkan filem tu selama 1/2 jam pertama. Pastu mula la tu. Saya dah rasa mcm, perghh... mcm best jugak citer ni. Lagipun ada Mayat Karim. Saya memang suka kat dia. Hero plak Eren Azis. Pun saya minat jugok. Pastu ada Lisa Surihani. Pun saya minat jugok. Poh... ko ni semer org ko minat gamoknyer. Hamba seni tanahair sungguh ko ni. Maknanya, kalo minat...nnti boleh le melanggan kat Astro First. Nak gi tengok wayang rasa tak rajin plak. *Takut tertidur dalam wayang je. Hehehe.


Adik Ipar - Ina.
- Aih... Ina mesti bangga ni bila dia baca ada entry untuk dia. Sabtu lepas masa kenduri Tinee kat kampung, saya dapat rasakan kegemukan saya makin terserlah. Sampaikan kanak-kanak yang saya tak kenal pun bleh dtg tetiba kat saya, then pegang perut saya sambil tanya.... 'ni apa ni?'. Demmmmm! Tak respect saya la tu. Bila saya jawab, "Ni perut gemuk", pastu ada plak sorang lagi budak lain yang sambil lalu depan saya menyampuk, "ingatkan ada baby". Demmmm lagi sekali!

Agaknya, bila menengok keadaan saya yang makin gemuk ni la Ina dengan bermurah hati, bagi saya pinjam Premium Beautiful dia. Dia bagi saya pakai sampai saya kurus. Sebab dia kata dia nak tengok saya cantik. Kata dia lagi, sekarang saya cantik jugak, cuma saya perlu jadi lebih kurus untuk kelihatan lebih cantik.... Kehkeh.. Takpe Na, aku tau ko amik hati je. Ina siap pesan suh pakai tiap2 hari. Baiklah Ina. Dah 2 hari aku pakai tau. Aku patuh ni arahan ko. Pagi tadi, sebelum gi keja masa bersalaman dengan suami saya, dia tanya... "ari ni pakai Premium Beautiful ke?", so saya ngaku je la saya pakai. Then dia tanya, eh, boleh bernafas ke? Tak sesak nafas ke? Dan-dan tu jugak saya buat-buat putus nafas dan pengsan. Memang aksi yang wajar dipijak. Mesti suami saya penat nak layan lakonan drama saya. Hahaha.

Nanti tengok la... sebulan lagi saya akan kurus balik[ye la tu] bila saya dah pakai Premium Beautiful dan menjadi really beautiful disamping masuk kelas Tai Chi setaip hari Rabu dan hari selainnya pegi gym SSM. Hahh... Kalah la anak-anak Che Wan nanti.



Cerpen ke ni? Macam cerpan je. Ohh... tak... cerpen..cerpen. Pendek je ni.


Gambar dikelepet dari sini

23 November 2011

Membuat Aku Terpinga

Sejahteralah ke atas kamu...

Ingat lagi tak entry Puss In Boots? Sape lupa, click kat Puss In Boots ni.

Rasanya kamu boleh agak kenapa saya buat entry tu. Tujuannya semata-mata nak dapatkan tiket percuma untuk tengok filem tu. Huuuwaaa... Tapi lama saya tunggu. Tak jugak dapat invitation. Saya tengok blog orang lain yang masuk contest tu, dah dpt dah invitation. Sedih je rasa. Ye la.. Siapa la saya di mata NuffNang. Visit per day pun ciput je. Tersisih je rasa.

Pastu kalo dah takde tu, saya redha je la kan. Mungkin entry itu tak sebaik orang lain. Saya cuti sejak Khamis lepas. Balik kampung. So, tak online. Mana-mana entry yg keluar selepas hari Khamis, itu maknanya auto-publish. Baru je hari ni saya masuk keja.

Tadi saya check email, saya tengok, kenapa le inbox Yahoo saya asyik kosong je. Sampaikan SPAM pun tak de. Email tetap daripada Irfan Khairi pun takde. Aneh betul. 6 hari saya tak check inbox. Takkan la notofication Facebook pun takdop. Takkan Global Market Test dah takde survey untuk saya?

Pastu, saya nampak kat list dalam email saya ada 1 menu baru berlabel '-BoxBe Waiting List'. Saya buka, tengok2 rupanya semua email yang baru dia sumbat dalam tu. Termasuk le invitation Puss In Boots... Huuwaaaaaaaaaa... Dah terlepas. Tayangan Puss In Boots tu semalam [22/11/2011], tapi saya baru tau email tu hari ni [23/11/2011]. Nampaknya, memang bukan rezeki saya. Apa-apa pun, thanks to Nuffnang sebab bagi jemputan 2 tiket tu. So, tak jadi la saya nak boikot contest Nuffnang. [ko ingat nuffnang kisah kalo ko boikot?]





BoxBe tu apa benda pun saya tak tau. Tapi sebelum ni saya ada register benda ni masa nak send email kat kawan saya. Tak tau plak ini effect dia. Hinsss... Marah ni.

Nilai Kekayaan Kita

Sejahteralah ke atas kamu yang memvaca vlog ini..

Kamu kaya? Kamu banyak duit? Mungkin. Tapi cuba fikir semula.

Cuba kira berapa banyak hutang kamu dengan bank? Hutang rumah, hutang kereta dan kad kredit. Katakan kamu membeli rumah dengan harga RM150,000, dah bayar beberapa tahun so, hutang tinggal RM120,000 + kereta berbaki RM50,000 dan kad kredit RM5000. Semuanya menjadi RM175,000. Masukkan sekali personal loan jika ada.

Kemudian cuba kamu kira pula berapa jumlah simpanan yang kamu ada di dalam akaun bank kamu termasuk duit selit bawah bantal dan bawah alas almari dan nilai barang-barang kemas kamu. Ok, katakan semuanya berjumlah RM20,000.

Jadi, RM20,000 - RM175,000 = RM-155,000. Seriously, harta dan duit kita hanyalah bernilai negatif. Negatif okay? So, apa yang nak dipandang rendah kepada pengemis yang mendapat duit RM10 sehari? Mereka tiada hutang bank sudah semestinya.

Apa lagi. Sila la percaya dengan pepatah Inggeris ,"Don't judge a book by it's cover". Sebab orang yang bergaya, belum tentu nilai kekayaan mereka tidak negatif. Saya pun negatif. Huhu. Dan saya yakin, ramai juga yang membaca ini pun negatif juga kekayaan mereka. Kita serupa. Apa nak buat, kita hidup dalam sistem begini. Untuk dapatkan rumah, perlu gunakan cara sewa-beli baru boleh beli. Nak bayar cash? Lagi la tak mampu kalau dah harga rumah pun paling murah dan 100k ke atas. Gaji berapa je. Nak simpan duit berapa puluh tahun baru dpt beli rumah bayar cash? Jangan citer pasal rumah la. Nak beli kereta bayar cash pun kena menabung hampir 20thn kalau nak simpan RM3600 sebulan. Apa lagi pilihan yang kita ada? Koma.

22 November 2011

Ustaz Penceramah Suka Menyanyi Semasa Berceramah

Sejahteralah ke atas kamu....

Saya tengok sekarang ni, ustaz-ustaz kalau berceramah bukan main suka lagi menyanyi. Sama ada berlagukan ayat Al-Quran atau bacaan hadis [itu boleh diterima la walaupun bacaan yg berlagu mendayu-dayu semasa orang tgh fokus nak dgr point utama ustaz tu kadang-kadang agakkkk annoying], malahan ada juga yang betul-betul menyanyi lagu artis-artis semasa. Saya boleh faham kalau lagu tu hanya dinyanyikan sebaris sahaja untuk dikaitkan dengan topik, mungkin sebagai misalan. Ini... ada yang bantai menyanyi 2,3 jenis lagu pastu siap satu rangkap plak tu.


Bayangkan la betapa serabutnya orang yang dengar. Orang dtg nak dengar ceramah, nak dengar point dia. Nak dengar ilmu. Bukan nak dengar nyanyian dia. Kalo nak dengar lagu, orang tak datang ceramah. Orang akan dengar radio, tengok tv, dengar mp3, tgk youtube atau sebagainya, betul tak? Sampaikan saya terdetik dalam hati [which is saya tahu ianya berdosa], ustaz ni nak riak dengan suara dia ke? Nak tunjukkan pada orang yang suara dia merdu? Memang tak dinafikan, ustaz-ustaz pandai berlagu. Sebab mereka belajar baca Al-Quran. Jadi, kalo bab-bab berlagu, memang confirm sedap. Semua orang pun tahu. Tapi.... Tolong la jangan menyanyi atau berlagu banyak sangat semasa berceramah. Baca betul-betul ye ayat saya. Saya kata 'jangan menyanyi atau berlagu TERLALU BANYAK'. Maksudnya... kalo nak juga menyanyi, sikit-sikit sudah.

Sebab apa saya begitu tak supporting saya pun tak tau. Saya tau ramai jugak orang yang terhibur dengan nyanyian ustaz-ustaz. Tapi bagi diri saya, ceramah akan jadi meleret. Point utama dalam ceramah kadang-kadang tak sampai pun sebab tak cukup masa. Dan bagi orang-orang gersang ilmu macam saya ni, saya tak perlukan nyanyian-nyanyian itu semua. Saya hanya nak ilmu yang dia ada, dikongsikan. Itu sahaja.

Lagi satu, saya perasan sekarang ni, penceramah suka sangat buat kelakar yang berlebihan. Sampaikan setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut dia menjadi bahan ketawa. Kadang2 saya rasa ustaz tu dah jadi mcm Maharaja Lawak Mega plak. Dan orang ramai suka mendengar ceramah dia sebab dia kelakar je. Bukan pasal ilmu yang disampaikan tu. Mesti ada yang kata saya ni lame atau membosankan sebab tak suka ustaz buat lawak, taksuka ustaz nyanyi-nyanyi. Bukan tak suka langsung. Saya pun manusia biasa. Perlukan humor juga sekali sekala. Tapi humor itu kena tengok tempat jugak. Dan kalau sikit-sikit tu saya suka. Maksudnya bila ustaz buat kelakar, sebab nak pecahkan kesunyian, atau bila audience dah mula mengantuk, tapi jgn la sampai orang ketawa berdekah-dekah sepanjang waktu ceramah. Nanti lain pulak tujuan orang mendengar ceramah tu.

Pastu dengar ceritanya, ustaz dan ustazah sekarang demand mintak bayaran tertentu dan tetapkan berapa orang kena bayar mereka kalau nak dengar ceramah mereka. Hal ni tak berani nak komen la. Sebab nanti mereka akan kata, "bayar artis mahal2 untuk buat persembahan boleh, tapi bayar ustaz untuk dapatkan ilmu berkira". So, stop sini.

*Saya ni suka complaint kan? Heh heh. Hobi la rasanya.
*Ustaz yang kelakar yang saya rasa okay contohnya, Ustaz Azhar Idrus. Dia kelakar, tapi point dia ada dan gayanya bersahaja. Erm, tu je la yg popular dan baru yg saya suka buat masa skrg. Daro Ismail Kamus pun saya suka. Tapi dia pun suka buat kelakar. Cuma dia memang jarang menyanyi. So, saya suka la. Dato' Abu Hassan Din dan Dato' Harun Din pun saya suka. Mereka ada point tapi tidaklah mengantuk bila dengar.

21 November 2011

Intonasi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Saya selalu tersilap tafsir intonasi SMS yang dihantar kepada saya. Contohnya soalan, "Kenapa ko ni?". Saya boleh tersilap baca dengan intonasi kasar di dalam hati sendiri. Saya rasa mcm dia tanya dengan nada , "KENAPA KO NIIII?!!!!". Padahal sebenarnya orang tu tanya dengan nada lembut macam mak tengah mengusap kepala anak kesayangan dia, "kenapa ko ni......".

Itu yang bahayanya komunikasi dalam format text. Orang lain boleh salah tafsir maksud sebenar message tu. Intonasi ni kan penting. Satu soalan yang sama boleh membawa maksud yang berbeza jika disebut dengan intonasi berbeza. Itu yang kekadang sampai boleh bawak bergaduh tu. Hanya sebab salah interpret intonasi SMS @ email @ comment. Biasanya yang selalu bergaduh ni couple-couple la kan. Maklumle. Orang bercinta. Termasuk le saya. Tapi dulu-dulu la. Masa cinta cimpanzi, gorilla, babun dulu-dulu.

Sama juga dengan komen di blog atau email atau chatting. Jadi, ambillah pelajaran. Perkara-perkara penting, tak boleh dibincangkan melalui medium text. Perlu bersemuka atau jika terlampau sibuk, paling tidak pun telefon. Kena dengar suara masing-masing. Sebab melalui suara, kita dapat meneka perasaan orang itu daripada nada suaranya tanpa perlu melihat muka.

18 November 2011

Esok Hari Perkahwinan Dia...

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari ini Jumaat. Saya berada di kampung. Dah mula balik kampung hari Rabu ari tu. Esok Tinee, adik ipar saya akan melangsungkan perkahwinan. Cuti sekolah dah bermula ni, berpusu-pusu la orang menempah tok kadi untuk menikah.

Pilih kahwin waktu cuti sekolah ni risikonya ialah tetamu terpaksa berbelah bahagi nak pegi kenduri mana. Dah tentu banyak undangan yang diterima. Pengalaman saya sendiri juga. Waktu saya kawen dulu, tak ramai pun yang datang. Lauk pauk sangat banyak tak habis dan tak tau dah nak distribute ke mana. Last-last buang je. Huuuwaa.. Sedih. Sian kat lauk. Semuanya sebab dalam hari yang sama, ada terlalu banyak kenduri. Kat kampung saya je dah ada 3 kenduri. Belum lagi tempat-tempat lain. Tapi apa-apapun bersyukur sebab semuanya dah selamat.

Eh, ni nak citer pasal Tinee kawen ke saya kawen? Hahah. Overshadow itu biasa. Persiapan hantaran Tinee, dia buat sendiri je. Sama macam perkawenan abang Ngah dia dulu, dia jugak yang tolong buat hantaran-hantaran comel. Tapi bila time dia nak kawen ni, saya terlupa plak nak offer diri untuk tolong dia buat hantaran ke apa. Ishh.. Kejam betul kakak ipas ni.

Nanti lepas Tinee kawen, dia akan pindah ke Sabah. Erm.. mesti payah nak jumpa. Tinggal sorang je la adik kat semananjung ni. Haaa.. Ina suka latu. Jadi adik tunggal kat semenanjung. Heheh.

17 November 2011

Wajah Selebriti Hollywood Dulu dan Kini

Angelina Jolie. Dulu gigi karat.


Abang Keanu saya. Keanu Reeves. Walaupun dulu selebet, tapi tetap di hati ku.


Didie AliasLady Gaga. Tak banyak beza pun nko.

Arnold Schwarzenegger. Amboi bang... perut tak hengat. Makan sedap lettew.


Nicole Kidman. Macam Shaun the Sheep je dulu. Hekhek.


Pamela Anderson. Biasa je dia ni dulu-dulu. Tak menarik pun.


Jennifer Aniston. Maintain cute sejak dulu sampai sekarang.


George Clooney


Madonna.


Amy Winehouse. Dulu okay je body dia. Meletoppp... Sebelum kematian dia, tengok le mcmn keringnya dia. Muka pun pelik.


Bill and Hillary Clinton. Amboi. Rambut zaman dulu. Tak menahan. Macam John Lennon dah Hillary tu.


Julia Robert. Sama cam Jennifer Aniston tadi. Maintain cute.


Sean Penn.


David Hasslehoff

Justin Tasik Balak.


Madonna lagi.

Brad Pitt


Marilyn Manson. Ko pelik.


Jennifer Lopez. Perghh.. Macam kerani zaman 80-an.


Lady Gaga lagi. Kalau muka dia biasa-biasa nampak mcm cantik je dia ni.


Demi Moore.


Avril Lavigne.


Mariah Carey.. Seriously?


Eminem. Aleh Eminem. Ko nak kutuk-kutuk Maikel Jeksen, ko pun apa kurangnya pelik gak.


Ala.. derang pun bermula dengan muka biasa je. Ntah-ntah sekarang pun kalau tak mekap, mereka pun tak lawa mana.

16 November 2011

Pungutan atau Kutipan Pingat Sukan Sea 2011 Terkini 16/11/2011

Ini Semua Propaganda Dunia Blog

Sejahteralah ke atas kamu...

Baru je semalam saya tukar setting untuk comment di blog saya supaya tak perlu saya approve lagi. Biar dia kuar terus kat post. Lepas je saya tukar tu, terus saya tengok takde orang pun komen entry yg saya post. 3 entry pun takde orang komen. Sebak jugak rasanya. Walaupun biasanya bukan ramai sangat yang komen, tapi paling tidak mesti en Yusuflaili pengkomen setia yg sgt saya hargai akan komen. Ini, langsung takde. Heran jugak saya.

Biasanya komen baru, saya akan dapat notification di email untuk beritahu saya ada comment yg perlu di approve. Email saya sunyi je. Hinsss.. sob..sob.. sedih. Kat dashboard pun takde pun comment moderation berapa komen yg perlu di approve.

Pastu bila saya check dalam inbox comment kat dashboard, baru le saya perasan, ada rupa-rupanya orang komen. Cuma blogger tak bg notification sama macam sebelum ni. Oooo... Begitu kesahnya. Mane le ke tehe.

So, kesimpulannya tak best jgk kalo takde notification. Sbb nnt saya tak perasan orang ada komen dan terlepas pandang untuk jawab komen. Tapi dalam masa yang sama, nak mudahkan pembaca. Supaya senang, lepas komen terus kuar dalam list komen. Errmm... takpe la.. biar la terus mcm ni. Nanti pepandai le saya alert tentang komen kamu semua. [gaya le mcm ramai sgt nak komen. Hah hah hah. Bajet dive lettew.]

*tajuk entry tu saje nak perhatian je. Saya ni kan attention seeker. Hahaha.

Sukan Sea 26 - Pungutan Terkini Pingat 16/11/2011

Contoh-contoh Kek Perkahwinan

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini adalah beberapa idea untuk design kek perkahwinan yang cantik. Gambar dikelepet daripada UPHAA

Memang le nampak pelik-pelik je idea kek perkahwinan ni. Tapi ni adalah strange idea untuk wedding cake.

Boleh plak dia letak kucing kat hujung tu. Comel je.


Ini wedding cake berunsurkan permainan testisTetris


Kek Firaun


Kek bajet murah



Mr & Mrs Smith


Shrek.



Ni apa ni?


Super Mario Brother.





Pacman





15 November 2011

Candid Time Contest Bersama Muna Rahimah


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Oh, i like sangat nak masuk contest ini. Hadiah dia sangat menarik. Kemre lomo okay. Diulang, kemre lomo. Atau kalo dapat 2nd place pun okay jugak sebab iPod Saya juga sudah hilang. Huuwaaa...

Contest ini dinamakan 'Candid Time Contest'. Dianjurkan oleh Muna Rahimah, sila click jangan malu-malu.



Sape nak join contest ni sesangat le sesenangnya.http://www.blogger.com/img/blank.gif

1. Cam biasa jadi follower. Check.
2. Buat entry pasal contest ni. Check.
3. Letak banner contest ni; check.


4. Sertakan gambar candid sama ada beramai-ramai atau individu. Check.


Caption : Uikss.. Ngape ko suka sangat sampai mcm tu skali Lyda? Ni mesti suka sgt sebab dapat kawen ni kan? Hahahah.
*Yang penting, nampak macam aku tengah suka sorang-sorang. Gila lah!

5. Tag 2 orang dan wajib bagitau orang yang telah di tag itu. Dengan Ini, saya telah mengetag 1. Cik HazyIsle 2. Junkie Chinta. Harap maklum. Wani dan Didie, sila tau-tau yang anda telah di tag. Sekian.

Apa Itu SEO Entry Di Dalam Blog


Sejahteralah ke atas kamu.

SEO itu adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Bermakna, entry yang kita tulis di dalam blog kita, telah dipilih oleh enjin carian[search engine] seperti Google atau Yahoo untuk dipaparkan di muka pertama hasil carian [search result] menggunakan kata kunci [keyword].

Paham tak? Paham tak? Tak faham-faham lagi? Ok macam ni... Biasanya kalo kita nak cari maklumat apa-apa di internet, kita akan gunakan Search Engine kemudian taipkan keyword yang kita cari tu. Contohnya, saya ingin tahu tentang SEO itu sendiri. Maka, saya taipkan 'apa itu SEO entry' di kotak carian Google. Bila saya click 'Search', akan keluar senarai di muka pertama result. Contoh seperti ini;



Jika kamu perhatikan, website yang dapat menduduki tangga kedua teratas adalah blog HazrilHafiz

Secara tak langsung, itu telah menjelaskan bahawa entry yang dibuat oleh En Hazril Hafiz adalah entry SEO. SEO adalah tentang mendapatkan ranking 10 webpage yang pertama disenaraikan bagi setiap carian menggunakan keyword tertentu.

Kenapa pentingnya mendapatkan ranking terawal semasa pencarian oleh search engine? Ok, katakan kamu mencari tentang 'pungutan terkini pingat di Sukan Sea 2011'. Kamu pasti hanya akan pilih senarai yang dipaparkan pada page pertama result sahaja betul tak? Tak ramai orang akan move to the next page result. Jadi, secara tak langsung, itulah kepentingannya mendapatkan rank tertinggi oleh enjin carian.

Blog saya ini, ada juga beberapa entry yang menjadi entry SEO secara tidak saya sedari. Jika kamu perasan, di sebelah kanan blog saya, ada senarai entry yang menjadi popular post;


Kesemua entry popular tersebut, adalah berkenaan persiapan perkahwinan. Gubahan hantaran bertunang. Gubahan tali pinggang. Gubahan kain pelikat. Padahal gubahan saya tu hancho ya Fatahu ya 'Alim. Tapi mungkin maklumat yang saya telah isikan di dalam post tersebut memenuhi keyword carian pembaca, maka entry itu berada di dalam ranking teratas.

Kalau semua keyword telah anda masukkan, tetapi post anda tetap tidak berada di dalam ranking tertinggi SEO, bagaimana? Haa. ini soalan menarik. Selain daripada keyword yang tepat, salah satu kriteria untuk dipilih sebagai post SEO ialah panjangnya penjelasan anda tentang sesuatu perkara itu. Panjangnya post tersebut akan dikira sebagai banyak maklumat. Jika banyak maklumat, secara tak langsung, post tersebut akan dipilih oleh search engine untuk berada di ranking paling tinggi.

Secara jujurnya saya katakan, 50% daripada pengunjung dan menyumbang traffic terhadap blog saya ini adalah datangnya daripada search engine, bukannya daripada follower. Sbb tu saya tak kisah sangat kalau saya ramai follower ke tidak. Sebab follower pun bukan semuanya follow saya sebab sukakan blog saya. *aduhh.. sentap.

Fakta tentang berapa banyaknya maklumat dan ketepatan keyword ini diakui sendiri oleh Saudara Irfan Khairi. Beliau sendiri menjelaskan tentang cara pemilihan SEO ini semasa di dalam ceramah beliau.[Saya tak pegi pun, tapi suami saya yang pergi ceramah beliau. Keke.].

Menulis entry yang akan mendapat SEO ini tidaklah disukai oleh kebanyakan blogger. Itu semua terpulang kepada setiap blogger. Saya sendiri, suka jika entry saya di dalam blog mendapat SEO. Saya sukakan traffic tinggi. Rasa berbunga hati nak terus menulis tentang perkara semasa dan information.

Oh... Topik apa yang biasanya boleh mendapat tempat sebagai entry SEO? Cuba tulis tentang majlis perkahwinan. Baju nikah. Bunga telur. Gubahan hantaran. Atau jika kamu ini seorang yang sentiasa bergerak bersama perkembangan semasa, tulis la tentang berita terkini yang kamu tahu. Tulis panjang-panjang skit. Contohnya tentang kontroversi penjaga gol Malaysia ke, tentang gossip hangat artis, atau kes jenayah yang kejam yg baru terjadi ke. Semua tu boleh mendapat SEO. Senang citer, kamu tulis tentang apa-apa yang kamu rasa maklumat yg orang sibuk-sibuk nak cari.

Faham tak? Faham tak?

Entry post saya ni mungkin akan jadi SEO jugak. Tapi selepas kamu publish entry post kamu, tak semestinya entry itu terus berada dalam senarai ranking search engine. Mungkin akan mengambil masa lebih daripada seminggu. :). Selamat mencuba. Tak dapat jadi CEO, jadi SEO pun kira ok what.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...