Iklan! Iklan! Sila Click!

28 September 2011

Alasan Alternatif Jika Ditegur 'Gemuk' Oleh Orang Lain

Sejahteralah ke atas kamu... [*Gemuk - Sila baca sebagai 'berisi']

Alasan 1
Apa nak diherankan kalo aku gemuk. Sedangkan Siti Nurhaliza dan Aiswarya Rai pon gemuk lepas kawen, inikan plak aku yang bukan artis ni. Derang lagi la sepatutnya banyak duit, bleh pegi slimming center.

Alasan 2
Aku dah bosan asyik kurus kering je. Nak ubah penampilan plak. So aku sengaja biarkan diri aku berisi sikit. Baru le ada alasan nak beli baju baru. Sambil sengih kerang dan berbunyi.. 'teeheee'...

Alasan 3
Takpe kot kalau aku gemuk as long as aku tak mintak duit ko untuk beli lauk-pauk yg aku makan.

Alasan 4
Gemuk la bagus, nampak lebih matang. Baru la orang-orang muda akan respect aku skit. Kalau tidak derang anggap aku ni macam adik-adik derang plak. Kalo berjalan pun dah macam gegar-gegar lantai, bleh menakutkan kanak-kanak kecil. Ok what?

Alasan 5
Jadi gemuk ni memang pilihan aku sebab aku nak try audition berlakon, watak komedi untuk gantikan Syanie dan sebagai pelapis kepada Enot.

Alasan 6
Aku makan pil hormon untuk lebatkan rambut. Tetiba jadi berisi. Atau pun bleh juga cakap yg ko tersilap makan ubat naikkan berat badan adik ko. Heheh.


Yang pasti, bila dah berisi ni, aku gelak pun dah macam pompuan gemuk bunyinya. Rasanya ketawa ni ada kaitan kot dengan saiz perut. Muehehe.... Aku berazam nak slim balik mcm dolu-dolu, tapi suami aku kata takyah[~ahhhh... alasan lagi.~].

Tapi ada 1 jawapan yg paling otai kalau kita jawab bleh menimbulkan dendam berpanjangan sampai 12 keturunan iaitu; "Lantak aku le nak gemuk ke nak kurus. Ko jgn ganggu hidup aku lagi boleh tak??!!!" ~sambil jengilkan bijik mata. Konfem otometik jadi musuh lepas tu. Hahahahah..

27 September 2011

Perangai Orang Malaysia Yang Membanggakan Di Peringkat Antarabangsa

Sejahteralah ke atas kamu...

Ada beberapa perangai orang-orang Malaysia, tak kira Melayu, Cina atau India yang kalo dibawa ke peringkat antarabangsa, boleh membuatkan negara Malaysia ni popular. Antaranya;



  1. Meludah pada tempat yang tak pasal-pasal. Kalau kat kedai makan, ludah dalam sinki tempat basuh tangan. Kalo sinki tu plak tersumbat? Terapung je la. Eyarkkk... Bila tengah lepak2 kat dataran tempat lalu-lalang [lalang ke? bukan lalu-manusia ke? lalang boleh lalu kewww???], tanpa rasa penyesalan dia meludah atas simen/jubin di dataran tu. Orang pijak. Seret bawak pegi tempat lain. Jgn marah kalau saya katakan biasa yang paling selalu meludah ni adalah kaum lelakeee... Dia boleh pptuikkhhhh je dgn kahak2 dia. Tp pompuan pun ada juga. Meludah masa tgh drive kat jalan jammed. Tp tak la sebiadap 'hakkkk ptuikhhh' tadi. Tapi sungguh tak bermoral tinggi perbuatan itu. Dah sama taraf dgn monyet dah tu. Monyet je yg selalu ludah merata-rata ni kan? Itu pun sbb memang cara dia makan mcm tu. Bukan ludah pon. Tapi sisa makanan yg dia dah hisap air, dia buang je hampas makanan tu. So, nak ludah merata-rata ke tanak? Kalo nak nnt mcm monyet.. haaa....


  2. Potong queue kat jalanraya, terutamanya time jammed. Yg ini memang perangai international yang boleh membanggakan seluruh rakyat Malaysia ni. Konon-konon nak tunjukkan pada orang yang ko pandai cilok, pandai pilih jalan pintas, pandai buat keputusan, cekap memandu bla..bla..bla.. Tapi tak payah nak berlagak tak tentu hala. Takde sapa nak kagum dengan 'kepandaian' otak pari ko tu. Orang lain pun nak cepat jugak. Org lain pun kena tunggu jugak. Tetiba ko guna lane kecemasan, pastu ko dah pegi ke depan sekali, tetiba ko nak menyelit celah-celah keta yg dah lama tunggu. Kang aku panggil peludah-peludah Malaysia gi ludah kat muka ko kang nak? *kalau cilok sebab mmg nak tukar lane, itu lain citer.* Kalau tengah beratur beli makanan ke, atau nak beli tiket wayang ke... tau plak nak beratur dan tak potong queue kan? Tapi kat jalanraya, perangai mcm hantu pergi beraya.


  3. Tamakkan jalanraya walaupun jalan tu bukan dia punya. Yang ini juga sikap tak bertamadun yang rasa macam nak sagat muka dia dgn kulit durian. Orang nak tukar lane pun kedekut. Mati-mati tanak kasi. Ko rugi 60 juta pound sterling ke kalo ko bagi ruang utk sebijik keta masuk depan ko???!!! Masa ko terbuang sia-sia seumur hidup ke kalo ko bagi keta lain masuk depan ko? Ok, tau la jalanraya tu nenek tiri ko wasiatkan pada ko sebelum dia meninggal dunia dulu. Tapi takkan le kedekut sangat nak kongsi dengan orang lain. Tau la orang lain tu nak kunyah sikit tar yang diturap kat jalanraya nenek ko tu. Ko takut habih jalan ko nanti kan? Takpelah. Kalau macam tu, aku maafkan le ketamakan ko tu.


  4. Makan di food court, tinggal semua pinggan dan dulang atas meja, tunggu abang bangla tolong kutip dan lap meja. Ok, tau la bos food court tu dah gajikan org bangla atau cleaner untuk collect semua sisa makan ko, tapi apa salahnya kalau pinggan yang ko makan, ko angkat sendiri, pergi hantar kat tempat dierang kumpul pinggan kotor. Atau kalau di fastfood restaurant, buang le kotak2 kertas yang ko yg pakai tu. Rasa macam tak susah sangat. Tapi lebih kepada 'the Big M' atas kepala kot. Biasa tak kita pegi tempat makan yg punya sesak dengan manusia, kita nak duduk dan makan, meja kosong banyak, tapi pinggan kotor penuh atas meja? Nak tunggu cleaner kutip, cleaner ntah ke mana-mana. Pastu kita dengan ego separa gerhana kita ni pun tunggu le sampai cleaner dtg bersihkan, lap meja. Kalau mereka tengah relax, goyang kaki sambil hisap curut, takpe la kita nak marah mereka tak buat keja. Tapi kalo mereka tak cukup tangan, dah nak kemas meja.. so, kita tolong le. Bertolak ansur la. Nescaya hidup akan lebih bahagia.


  5. Duduk mencangkung kat toilet bowl jenis duduk. Aku rasa nak berak atas kepala orang je, bila aku tengok ada kesan tapak kasut kat atas toilet bowl jenis duduk ni. Mulia sangat ke tapak kaki ko tu sampai org lain kena duduk atas kesan tapak kaki ko terpijak lumpur gunung berapi Krakatoa tu? Pastu tak flush. Memang nak kena penyepak basikal.


  6. Pengotor. Kita buat muka selambederk je buang sampai merata-rata contohnya sampul gula-gula, sebab kita tau ada cleaner yang dah dibayar gaji untuk kutip sampah tu. Pastu kita rasa, kalau kita tak buang sampah, nanti cleaner tak ada kerja plak. Apa ntah perangai busuk hati macam tu. Kalau tengok tong sampah kat Malaysia ni pun, dia punya daki yg melekat di sekeliling tong tu pun rasa geli nak masukkan tangan utk buang sampah dalam tu. Tangan yang kotor, boleh dicuci... Tapi hati yang bersih, sukar dicari.


  7. Komplen. Komplen. Komplen. Asyik komplen je kerjanya. Facebook bertukar layout pun komplen. Padahal sape paksa ko guna FB? Kalo tak suka, just jgn guna. Bukan ko bayar pun. Free je kan? Pastu, ada gambar kubah gereja kat sticker bekas kuih raya pun nak report surat khabar. Setakat gmbr tu je, takkan boleh memesongkan akidah punya la. Kalau iman ko kuat, letak le lambang salib besar zirafah pun dalam rumah ko, ko tentu takkan goyang betul tak? Sedangkan solat pun boleh dibuat di gereja, jadi apa la salahnya setakat gambar2 sebesar bulu mata tu kat bekas yg ko akan buang juga nanti kan? Dah tentu org yang keluarkan produk tu orang bukan Islam. Sejauh mana la kita nak harapkan org respek agama kita kalau orang Islam sendiri pun tak hormat agama sendiri kan?


Erm, itu je yg aku ingat buat masa ni. Adiossss krampos. Maaf kalau terkasar ayat. Aku insan yg lemah.

26 September 2011

Spinster Yang Memang Melampau Pun

Sejahteralah ke atas kamu....

Filem-filem yang ditayangkan di TV semasa raya hari tu mmg menyesakkan tali perut. Dah tayang tu takpe lagi, sebab time tayang tu pun memang waktu orang bz beraya. Tapi part ulang tayang banyak kali lagi lepas raya tu yg paling menyirap. Dah tu kebetulan plak waktu ditayangkan tu, saya memang tgh lapang dan melangut depan TV pastu channel lain semua tayangkan rancangan yg lagi takbleh bla. So, terpaksa tengok.

Sebenarnya saya hanya maksudkan 1 filem ni je. Andartu Terlampau Gedik 21 Hari Mencari What Ever. Sesungguhnya, pendek gemuk atau keburukan fizikal itu tiada masalah bagi saya sebab semua tu rupa yang Allah beri. Tapi kalo rupa buruk itu disulami dengan cara pembawaan yang salah, euwww.... hasilnya terjadi la perasaan menyampah yang membuak-buak dalam dada ni. Maksud saya, siapa lagi kalau bukan Heliza Misbon. Sape tengok filem tu pasti takkan lari daripada merasakan perkara yang sama, percayalah.

Ni kalau saya cerita lebih-lebih akan jadi mengumpat plak kan? Tapi tangan dan hati ni rasa macam meronta-ronta nak bersatu padu berkolaborasi utk mengutuk pompuan tu kat blog ni.

Filem ni sangat syok sendiri. Memang takde bitau dalam filem ni yang watak Nikki tu seorang yg cantik ke tidok, tp nampak gaya mcm Heliza Misbon cuba nak berlagak seperti pompuan anak orang kaya yang comel dan seksi serta mengiurkan. Sampaikan terdetik dalam betik hati saya, "dia ni tgh promosi diri dia sendiri ke supaya lelaki nampak diri dia tu cantik, hot dan bla..bla..bla..?".

Pastu dia langsung tak menjaga batas sebagai seorang wanita, peluk-peluk manja dengan Dato Rahim Razali. Pergi matilah dengan alasan ,"sekadar menjiwai watak". Ptuikh!!

Itu belum ambil kira aksi-aksi seksi yg nak promote diri sendiri. Takperlu la saya nak komen lebih banyak. Cukup dengan gambar ini yg dicuri secara berhemah daripada WartaHiburan.




Seksi yg takde kaitan sikit pun dengan jalan cerita. Nak suruh orang sedar akan ke'howt'an ko, takperlu seksi. Banyak cara lain yg lebih manis dan menjadi teladan yg baik untuk remaja.

23 September 2011

Angry Birds Rio How To Download Full Version For Free



Sape suka main Angry Birds? *kalo ko angkat tangan pun aku tak nampak*. Bagi yg dah graduated main Angry Birds Original, boleh try main Angry Bird Rio pulak. Biasanya kalau 'angry birds rio.exe' file yang ada kat internet ni, trial version je. Dia kata je Full Version, tapi sebenornya serbuk pun tarakkk... Kat sini saya kongsikan cara-cara nak download the Full Version of Angry Birds Rio.

Seronok tau Angry Birds Rio ni. Kalau Angry Birds yang biasa, kita berperang dengan vavi atau Cik Si Khin, tapi Angry Birds Rio ni, stage 1 kita kena bebaskan burung2 dalam sangkar. Stage 2 dan 3 kita kena tembak monyet. Tapi lebih mencabar dan berbeza skit permandangan dia. Lagi ada tambahan burung dalam Angry Birds Rio ni. Iaitu burung warna biru dan kembar. Pastu last sekali akan ada anjing tolong makan geng-geng monyet ni. Cool giler! Sesiapa teringin nak download Angry Birds Rio full version, boleh cuba follow steps berikut. Free je. Main le korang sampai lebam mata.


Follow to this steps;

1. Go to this link : Mediafire

2. Click on 'Click Here To Start Download from Mediafire'.


3. Choose to 'Save File'.


4. After finish download, go to location where the file is saved. [For windows 7 users, usually the file will be saved in 'Download' folder in C]


5. Unzip the file. Extract to here.



6. After completing unzip, open folder 'Angry Birds Rio v1.1.0 Th3_G4m3r_T'


7. Install using file 'AngryBirdsRioInstaller_1.1.0'. After install, open folder 'Patch' then copy the purple file named 'Pacth'.


8. Go to 'Program Files', fine folder named 'Rovio' --> 'Angry Birds Rio' then paste the Patch file. After that, run the Patch.


9. Go back to folder 'Downloads' to copy serial number.
Copy this code and enter when you want to start play the game. THET-ALEV-LEFR-USWO --> Register. Good Luck!

Tunggang Terbalik

Takpayah nak menafikan lagi bahawa dunia kita hari ni semakin pelik. Diantara 2 keadaan; yang benar dan salah manusia zaman sekarang akan lebih pandang rendah pada yang benar. titik.

Wanita yang berjubah dan berpurdah akan lebih dipandang pelik dan sinikal sedangkan pempuan yang pakai bikini berlari-larian di tepi kolam dipandang 'howttt' ~kipas muka guna tangan sendiri...

Lelaki tua yang comot dan mengutip tin aluminium dipandang jijik dan kotor sedangkan jutawan kaya-raya, berkereta mewah dan memandu laju di jalan persekutuan yg jammed, tetapi mendapatkan kekayaannya dengan cara yang haram akan lebih dipandang 'diva' oleh masyarakat.

Berkahwin tanpa bercinta akan dipandang sangat kolot dan tak up-to-date sedangkan berkaple sebelum bercinta itu dianggap sweet dan perlu demi utk mengenali hatibudi dan nurani pasangan serta mendapatkan keserasian.

Anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR atau SPM akan dipandang mulia, bijaksana, pandai, cemerlang dan bergemerlapan sedangkan anak-anak yang sama tak pandai baca Al-Quran, tak solat dan tak tahu ilmu agama. Tetapi bila anak-anak tak lulus dengan cemerlang dalam semua exams tersebut maka dia akan dianggap sebagai, "takde harapan" untuk berjaya walaupun dalam ilmu agama dia cemerlang. ~Bukan nak kata ilmu duniawi tu tak penting tapi orang akan lebih cepat pandang hina pada org yg tak cemerlang dunia berbanding tak cemerlang akhirat.

Ibu bapa kepada anak-anak cemerlang itu tadi akan memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah sains berasrama penuh atau sekolah cluster sedangkan jika gagal diterima di sekolah sains, pilihan kedua adalah hantar anak pergi sekolah maahad tahfiz. Maknanya.... Ilmu tahfiz adalah second choice. :D peaceee..... jangan sentap.

Lelaki muda yang menghabiskan masa beriktikad di masjid atau menghadiri kuliah-kuliah agama akan dipandang 'skema' dan 'mat belia' sedangkan lelaki muda yang menghabiskan masa berseronok di club atau di kedai mamak pula dianggap cool dan sahabat sebenar.

Azan yang berkumandang di televisyen akan dirasakan amat lama dan membosankan lalu terus je sapppp, tukar channel lain sedangkan video clip lagu-lagu KPop WOnder Girls atau Glee yang geli-geli akan terasa cepat, laju dan pantas serta tak puas ditonton sebab kaki Wonder Girls cantik. Perghh.. *aku pon akan tukar channel kalo dengar azan yg dilaungkan oleh Amy Search. Tukar TV1 atau TV3 untuk dengar azan yang lebih mendamaikan telinga.

Lagi, apa lagi kamu rasa? Sila tambah, dialu-alukan.

22 September 2011

Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea



Giveaway pertama yang saya masuk tak membuahkan hasil. So, cuba lagi untuk Giveaway yang kedua pula. Memandangkan cara pemilihan pemenang adalah secara cabutan bertuah, so possibility untuk saya menang tu memang 'BESAR'. Sebab saya ni selalu 'BERTUAH' tau. Sentiasa bertuah. Kalau saya masuk peraduan atau contest apa-apa kat dalam dunia ni, 'CONFIRM' menang. Hihi. Jadi harap-harap kali ni akan jadi lebih bertuah. Bukan selalu orang nak bagi souvenir daripada negara Takuya Kimura dan Kim Rae Won ni. Nak harapkan kekawan yg pergi bercuti ke sana bg souvenir, takde harapan le nampak gayanya.

Promotion dia macam ini;

Bismillahirahmannirahim..
Dengan lafaz Bismillah saya nak merasmikan giveway yang pertama kali cuba dibuat di blog Asmara Life. Berdebar jugak ada penyertaan atau tak, ikhlas nak bagi pada yang sudi menyertainya. Sebelum ni saya tak pernah sekalipun menyertai mana2 GA. Sangat terharu kalau ada siapa2 yang sudi join. Giveaway yang nak diberi merupakan barang2 cenderahati dari negara Korea dan Jepun sempena saya bercuti di Korea baru2 ni dan sementara menetap di Jepun. Cenderahati akan diberi kepada 2 pemenang dan ia merupakan;

Cabutan pertama,
1. Fridge Magnet Jepun
2. Brooch berkualiti dari Korea
3. Chopstik besi Korea
4. File size A4 berwajah artis Korea
5. Snack makanan dari Jepun
Cabutan Kedua
1. Fridge Magnet Korea
2 Kipas tangan dari Jepun
3. Sepit kuku berlambangkan Korea
4. Key chain Jepun
5. Snack makanan dari Jepun

Wow! best tak! Sangat berbaloi, InsyaAllah pada yang bertuah. Seterusnya syarat2 penyertaan saya ikut pada kebanyakkan GA yang dianjurkan. Syarat2 adalah mudah,

1. Terbuka kepada semua Follower blog Asmara Life di mana saja berada.
2. Mohon buat satu entri bertajuk 'Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea'
3. Letakkan gambar di atas dalam entri
4. Komen di ruangan entry beserta link entry penyertaan masing2.

Mudah kan! Tarikh tutup penyertaan 22 September 2011, tempoh sebulan memandangkan semua akan sibuk berhari raya. Pemenang ditentukan melalui cabutan bertuah! InsyaAllah.

[Mak oii... aku ada sehari je lagi. Tapi takper. CUba je. Rezeki Allah yang tentukan betul tak?]

Bila Orang Islam Dituduh Kafir, Marah... Tapi......

4 Perkara Melenyapkan Agamamu...

Kata Syeikh Abd Qadir Al-Jailani:

✔Kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui. [berapa banyak perkara yg kita ketahui telah diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran tapi kita tak buat?]

✔Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui. [berapa banyak perkara yang kita buat tapi kita tak tahu benda tu boleh ke tak, tapi kita tak cari jawapannya pastu main agak-agak je. Berapa banyak perkara yg kita buat, kita tak pernah mempertimbangkan sama ada Allah suka ke tak suka. Contoh, bila kita ada 2 pilihan nak beli nasik lauk biasa je berharga RM5 dengan nasik lauk lebih drpd biasa di restoran mewah berharga RM49.90? Dua-dua mengenyangkan. Kebanyakan daripada kita akan pilih tempat mewah dengan alasan 'kalau mampu apa salahnya'. Tapi adakah Allah redha?

✔Kamu tidak mempelajari apa yang tidak kamu ketahui sehingga kamu tetap bodoh selama-lamanya. [berapa banyak ilmu tentang agama yang kita tak tau tapi kita taknak belajar atau kalo nak belajar pun nanti-nanti. Sebab kita rasa belum masanya untuk kita berubah dan apa guna berubah kalau tak ikhlas atau tak istiqamah? Kalau tak tau, study la... ]

✔Kamu melarang manusia untuk mempelajari apa yang tidak mereka ketahui. [mungkin juga kita tak melarang manusia lain belajar, tapi cara kita sinikal terhadap apa yang mereka sedang nak lakukan seperti senyuman yang berunsurkan sindiran juga boleh membantutkan manusia lain belajar apa yg mereka tidak ketahui. Atau juga, kita memandang rendah org lain yg nak belajar, apa yg kita sendiri dah lama tau membuatkan org tu putus asa.]

Sesungguhnya.... saya mengingatkan diri sendiri walaupun saya menggunakan kata gantidiri 'kita' utk ayat-ayat di atas.

21 September 2011

Cinonet Kisah Raya

Sejahteralah ke atas kamu.

Sejak 2 tahun lepas... Secara tidak saya sedari, hari raya saya seperti kekurangan. Seperti ada yang tidak lengkap. Saya sangkakan itu berpunca daripada perasaan lonely kerana umur makin meningkat tapi pasangan hidup masih belum nampak bulu mata lagi. Lagi pula semua adik-beradik saya sudah berkeluarga dan saya? Masih sendirian.

Raya tahun ini, kononnya bila sudah bersuami.... saya sangkakan rasa kekurangan itu akan hilang dengan kehadiran suami di dalam hidup. Rupa-rupanya tidak juga. Suami hanya penghilang rasa lonely dan left-behind yg selalu saya rasa selama ini, tetapi masih tidak dapat memenuhi rasa 'kekurangan' asam itu.

Minggu lepas, semasa pegi umah Kak Teh di Taman Melawati, kak Ngah daripada Kuantan juga dtg [sbb dia nak attend kenduri kawen kenalan dia]. Kak Ngah bawak rendang ayam dan nasi himpit. Saya masa tu dah kenyang. [hahhhh? apa? lyd kenyang? amazing!!]. Tapi oleh sebab tanak menghampakan perasaan kakak-kakak saya yg ajak makan tu[itu semua hanya dusta belaka], saya jamah le sikit [sikit la sangat].

Masuk je rendang ayam dalam mulut bersama lemang yg lembut dan lemak-lemak cukup rasa garam, saya terus rasa seperti berbulan madu di atas pelangi.[lemang memang dah ada kat umah Kak Teh]. Owh... rupa-rupanya baru le saya ingat... dah lama gila rendang ayam takde dalam senarai menu berhari raya di rumah saya sejak 2,3 tahun lepas. Asyik rendang daging je kan. Pastu nasik-nasik; seperti nasi dagang la, nasi minyak atau nasik ayam. Rendang ayam yillek. Selalu diabaikan. Saya pun tak perasan akan ketiadaan rendang ayam ni. Ishh... Patut la rasa macam ulat resdung dalam hidung saya ni kelaparan je Rupa-rupanya sebab tak makan rendang ayam.

Dah tu, tak reti-reti nak buat sendiri rendang ayam? Hehehe.. Ada.. semalam saya buat rendang ayam dan rebus ketupat. Plan asal nak beli lemang kat area Gasing Indah sebelah car wash tepi padang tu. Tapi penjual lemang tu sekejap menjelma di dunia manusia sekejap lagi disorok hantu kopek sampai org lain tak nampak dah dia kat gerai lemang tu. So, lagu ni saya tujukan khas untuk penjual lemang tersebut, "Engkauuuu tibaaa, bagaikan pelangi. Tak bercahaya, namun kau berseri... Tapi cukup..... menghiburkan, hati ini...". Haaa.. menghiburkanlah sangat kan. Jadi, semalam saya dpt juga makan rendang ayam dan ketupat. Walaupun tak sesedap air tangan Kak Ngah sebab dia otai manakala saya plak sangat amatur dan baru pertama kali masak rendang., tapi kira okey la jugak daripada takde. Patut bersyukur la ko masih duduk kat Malaysia dapat masak sendiri pastu melantak pun sendiri rendang ayam tu. Yg kat Mogadishu sana, kebuluran jangankan rendang ayam, nasi seulas pun belum tentu mereka dpt makan. :D

Kucing Saya

Sejahteralah ke atas kamu...

Tak baik jeles-jeles ni. Heheh, padahal saya yang jeles tengok Nina Syarfa post pasal kucing dia. So nak jugak buat entry pasal kucing. Tapi kucing dia kucing mahal bulu tebal. Kucing saya kucing kampung je. :D. Hehehe... ngade-ngade sungguh tuan punya blog ni.

Ini namanya Pu. Singkatan kepada 'Pusing'. Tengok le corak berpusing kat badan dia tu. Pu ni masa lahir ada 4 beradik. Tapi dia sekor je yg hidup. Mungkin tuah corak dia yg cantik kat badan dan dahi kot.




Yang ni plak Tanpa Nama. Sebab dia ni kucing orang buang kat umah saya. So, dah ada tu alang2 kasi je makan. Tapi tak bleh naik atas umah. Sbb mak saya kata, kucing kalo dah besar tapi ada org buang merata-rata jugak, mesti dia ada buat perangai cam berak merata-rata atau kencing merata-rata. So, tak berani la mau bawa itu kocing naik itu rumah... yenadey! Saya rasa kucing ni sesuai kalau saya bagi nama Tom. Sebab muka dia tu ganas sgt. Tom tu kan maksudnya kucing jantan. So, finelah. Saya nak panggil dia Tom. Hheheh.. Suka-suka hati.


Tu je lah.

20 September 2011

Lagi Kisah Tentang Televisyen

:) Smile.... Sejahteralah ke atas kamu..

Nampak tu.. awal-awal lagi dah senyum dulu sebelum greeting. Sebab nak cerita pasal TV lagi. Saya ni insan yang berjiwa seperti insan seni. Kurang sikit je daripada taraf hamba seni tanahair.

Nak review pasal TV Al Hijrah[ko ingat review ko ni penting sangat ke? Heheh.. ]. Ye, saya tau.. Tanpa review daripada saya juga rating TV Al Hijrah ni bleh meningkat. Perkataan review tu mungkin tak sesuai skit la kot. Tapi cuma nak kongsi apa yang saya rasa je.

Biasanya channel TV yang saya tonton ialah Discovery Channel, NatGeo, History dan Animal Planet. Kadang-kadang singgah juga di channel lain. Seperti MTV, StarWorld pastu Oasis dan lain-lain. [Semua channel org dewasa je aku tengok kan? kekeke.. Dah makin berusia ni dah makin nak mencari information je dan kurangkan hiburan.]

Baru-baru ni je saya mula singgah di TV Al Hijrah. Apa yang saya tengok, kebanyakan rancangan di channel ini sangat menarik, boleh dikatakan semuanya menarik. Channel ni percuma. Sapa yg ada Astro, sila ke saluran 114 untuk mendapatkan TV Al Hijrah ini.

Antara rancangan yang menarik perhatian seperti; 1. One Month Ramadhan In Kuala Lumpur. Dokumentari ni tentang sorang yang bukan Islam, diberi cabaran berpuasa dan tinggal di KL pada bulan Ramadhan. Tengok le dia tolong org berniaga kat bazar ramadhan, dia pergi kat ofis kawan dia, rasa suasana berbuka puasa di situ. Dan banyak lagi la pengalaman minah saleh tu. Dpt la kita tau pendapat dia tentang agama kita.

Lagi satu rancangan yang saya cukup suka iaitu tajuknya saya langsung tak ingat sbb di dalam bahasa arab. Rancangan ini tentang pengacara rancangan ni yang mengajak kita bayangkan jika Rasulullah masih hidup dan baginda amalkan sunnah yg biasa baginda buat. Seperti memberi salam bila bertemu dengan orang lain walaupun orang yang tidak dikenali. Kemudian berniaga. Erm, apa lagi ye, dah lupa la. Huhu. Sungguh pelupa diriku ini.

Kalau kamu ada masa, cuba la tgk TV Al Hijrah ni. Bagus tau. Mendekatkan diri dengan agama. Tapi dengan cara yang sangat tidak menensenkan.

Website TV Al Hijrah

19 September 2011

Tutti Fruitti La Sangat Konon...

Semalam dating dengan En Stormpong kat Taman Tasik Shah Alam. Takdok keja betul kan? Alaa.. kasi can la kat orang tua ni nak bercinta. Dulu sebelum kawen mana penah pegi dating. Nak kena bebel sekarung dengan En Stormpong bleh la. Sedangkan saya hantar sms sweet-sweet cakap 'i miss you' pun kena marah, inikan pulak nak ajak berdating. Harus keluar api ikut mulut dia.

Sejahteralah ke atas kamu. Punya la eksaited nak cerita pasal pegi dating, sampai lupa nak bagi salam. Tak senonoh akak Sunshine ni. Sila jangan contohi sikap tersebut.

Memula kami makan kat satu restoran Cina Muslim ni. Tajuk besarnya ialah Restoran Al Munawarah. Relevannya kenapa kami berdating di Shah Alam sedangkan rumah di PJ ialah En Stormpong nak ajak saya pegi kat area dia kerja. Lagipun kami bukan tau tempat lain nak dating. Saya ada snap gambar lauk-lauk tu semer, tapi ari ni tak bawak plak kemre tu utk diupload gambar tersebut. So, hanya tulisan je la yg dapat menceritakannya.

Lepas dah mentekedarah dengan rakusnya sampai habis segenap ruang ruang kosong di perut kami yg dah semakin gendut ni, saya request nak pegi Tutti Fruitti plak. Padahal dah kenyang nak pengsan. Tapi En Stormpong layan je la. Kalau bukan dia, siapa lagi nak layan kan?

Secara jujur honestly dan honesty, saya nak mengaku yang saya tak pernah ke Tutti Fruitti tersebut. Bila masuk tu dah macam termangu-mangu jgk le, sampai le ada sorang makcik [saya rasa dia pemilik kot] sound direct je kat kiterang dengan suara yang sungguh petir, "1st time ke dik???!!" ~oh mak aiiii... terpanjat haku. Kami angguk je la. Pastu dia ajar le cara-cara nak keluarkan eskrem daripada mesin eskrem tu dan suh pilih flavor yang ko rasa mcm nak berkenan, dengan suara yang juga tak kurang petirnya. Dalam hati saya, "oooo... cenggitu ye...".

Saya ni kan pompuan gemuk. So tau-tau je la perasaan pompuan gemuk yang disorongkan aiskrim macamana kan? Seumpama perasaan beruang polar apabila dihulurkan dengan ubat gigi Fresh and White. Flavor yang ada semalam ialah guava, strawberry-banana, blueberry dan lemon. Semua saya amik. Lagi 4 flavor tetap kat situ iaitu Chocolate, Vanilla, Original dan Red Velvet plak En Stormpong yang amik. Saya mmg sengaja pilih perisa buah-buahan. Dah nama pun 'fruitti' kan? Lagipun perut saya kan dah terlampau buntal sgt pada waktu itu dan pada kebanyakan waktu juga. hahaha.... Jadi, kena makan sesuatu yang masam dan tak memuakkan.

Saya takde la tambah banyak sangat toping, sbb toping dia tak berapa menarik. Yg menarik cuma almond flakes. Stakat biskut oreo tu, lain kali bleh bawak bekal biskut oreo dari rumah pastu lepas bayar, tabur sendiri. Coklat rice plak dah tentu la rasa dia tak berapa coklat walaupun nama dia coklat kan? Cuma saya tonggengkan coklat syrup hersey tu la yang berlanar*.

Harganya sudah ditampal iaitu RM5.30 setiap 100 gram. Jadi bila ditimbang cup kecik [yg paling kecik okey..] yang telah saya amik itu dengan muatan 4 flavor airkrim, harganya RM19.60. Hoorrey!!! Tak pernah lagi aku makan aiskrim mehei cenggitu. En Stormpong punya plak murah skit RM16.45. Hehehe.. That's really ohsem! Baskin Robin pun mehei cenggitu jugak. Tapi sbb cup dia ada yang lebih tiny, so possibility untuk kita mengambik banyak itu sangat kurang huhu.. Lepas beli, kami pergi makan eskrem kat Taman Tasik Shah Alam sambil bersembang hal-hal dunia dan masalah negara. Ecey... Konon je lah.

Jadi kesimpulannya, Tutti Fruitti itu sedap dan sesuai jika ingin mengepau bf atau suami atau sesiapa saje yang berniat murni nak belanja kita. Tapi tidak sesuai dijadikan makanan ruji kanak-kanak kerana kita boleh bengkrap dalam masa yang lebih awal. Tapi kalau kat MidValley buka Tutti Fruitti nanti, senang la skit. Bleh selalu pegi situ. Kehkeh..


*berlanar = banyak melimpah.

Apa Nak Jadi Dengan Melodi Ni

Sejahteralah ke atas kamu...

*Melodi itu bukan nama kucing kawan saya yang bernama Nana.

Sape suka tengok rancangan Melodi kat TV3? Owh.. tak suka ke? Heheh.. tapi saya suka. Tak kisah la rancangan apapun sebenarnya. Saya memang kuat tengok TV. Rasanya saya mula tengok Melodi sejak awal-awal terbitan lagi. Masa Ogy dan Mahadzir Lokman jadi pengacara. Pastu Azwan Ali. Pastu Paknil.[eh, paknil penah mengacara melodi ke? Heheh. rasa mcm tak penah kot.. ], then kak engku, pastu ada la tukar-tukar lagi beberapa orang lagi sampai le ke Wahid pastu masuk plak Fafau dan sekarang Zizan dan Dira. Yang nak dikomen tu bukan pasal pengacara. Pengacara tu ok je. Masing-masing ada gaya penyampaian tersendiri. Siapa la kita nak komen beriya sangat. Kalau mereka tak layak, takkan le TV3 sign kontrak dgn mereka kan?

Cuma yang membuatkan hati berbulu ayam ialah cara wartawan-wartawan mereka provoke artis dengan soalan-soalan laser yang konon-kononnya terjah + gempak tapi bagi saya agak biadap kadang-kadang. Kita yang tengok ni pun sangat tak selesa, inikan plak artis yang ditemuduga - hey, apa la.. ingat nak temuduga tender kantin sekolah ke? ditemubual.

Soalan yang ditanya tu dah la satu, biadap. Contoh semalam masa sorang wartawan tu tanya Farah Asyikin, [lebih kurang la maksud soalan dia macam ni. Ayat sebenar dah tak ingat] "you rasa you masih laku lagi ke?". Cara tanya laju-laju plak sampai berubah muka Farah Asyikin. Yang minggu ni kira ok lagi. Versi raya ari tu, sape tengok, memang rasa tak selesa sgt. Bila orang2 Melodi ni nak mendamaikan artis-artis yang bergaduh sesama sendiri seperti Iqram Dinsly dengan Arja Lee [ntoh sape-sape pun arja lee tu. Iqram tu aku kenal sebab dia berlakon Kasih Alia dgn Fida, pelakon feveret Ijan. Hahah], lagi Meet Ankel Husen dgn ex-vocalist mereka, Azlan Mesin Taip Itu. Kemudian pelakon kanak-kanak yg dah tak berapa nak kanak-kanak dah sekarang, iaitu Fimi dgn Lydyawati. Niat tu memang bagus. Tapi agenda nak buat kontroversi tu yang saya rasa sangat tak matang.

Memula dierang panggil Iqram dgn Arja Lee. Mungkin mereka mmg bermasam muka tapi mereka terpaksa la cover. Depan audience tu [rakaman di depan penonton]. Pastu akan disiarkan plak ke seluruh dunia [walaupun bukan satu dunia nak tengok pun kan? Org Malaysia yang bizi body macam aku je suka tengok. Hehehe.]. Mereka ditanya soalan-soalan yang boleh buat masing-masing bengang. Pastu mereka disuruh bersalam dan berpelukan. Lepas tu mereka disuruh pergi ke satu bilik berasingan dan aksi dan perbualan mereka dirakam dengan CCTV. What The Colour of Your Brain???

Meet Angkel Husen dgn Azlan Mesin Taip Itu pun sama. Bila Melodi panggil ramai2 tu masuk set, mereka mula mcm nak bergaduh balik. Ungkit pasal show kat mana ntah, yg Azlan kata cara Taja cakap kat dia mcm skit biadap ke apa ntah.

Fimi dengan Lydiawati pulak, berakhir dengan Lydiawati mengata mak Fimi secara terbuka di khalayak ramai. Tapi last-last mereka berpelukan. Fimi mintak maaf. Yang ni kira oklah jugak. Lagipun Fimi mungkin mengalah sebab dia muda. Masa wartawan tu tanya Fimi macam-macam, FImi sampai melenting dan tinggikan suara. [Kalau aku ditempat dia pun aku akan melenting]. Ye lah.. Ko dah la tanya org soalan kan. Soalan peribadi plak tu. Bila orang tanak jawab, dia paksa plak sampai le org tu jawab jugak hal peribadi dia.

Niat tu boleh nampak.. Baik. Nak eratkan silaturahim. Tapi cara tanya tu kalau silap gaya boleh memburukkan lagi keadaan. Soalan-soalan provoke tu takperlu pun takpe. Pastu saya tengok, kandungan berita Melodi skrg ni semuanya tak membangun prestasi artis pun. Memang la artis tu hak masyarakat. Tapi kesian la skit kat artis tu. [tapi saper suh mereka jadi artis kan? Heheh.. tu la harga yg mereka perlu bayar kerana menjadi public figure]. Tanya la pasal kerjaya mereka. Jangan le laga-lagakan sesama mereka. Dah tentu semuanya manusia biasa. Ada perasaan. Kalau nak tanya tentang peribadi pun, kalau artis tu tanak cerita... takyah le paksa.

Dah tu, apsal plak saya nak komen beriya cenggini? Sapa suruh saya tengok Melodi tu? Hahahaha... Takde sapepon suroh. So, nextweek tak yah tengok dah Melodi ye. Tak mengembangkan minda langsung. ~Nasihat utk diri sendiri sahaja.

Wordless ToDay

16 September 2011

Kenangan Indah Percutian Ke Tioman

Sejahteralah ke atas kamu...

Warning! Cerita ini bosan dan perlukan fokus terhadap jalan cerita. Sapa baca dia memang best + insan terhebat.

Ada sorang BFF saya yang berasal daripada Kg Tekek, Pulau Tioman. Nama beliau Wanna. Bulan 3 yang lalu, beliau melangsungkan perkahwinan dan menjemput saya untuk datang menyemak kat majlis perkahwinan beliau. Saya memang excited giler nak pergi. Sebab, come on la.. Tioman kan. Sambil minum ABC, sambil kunyah cincau. Sambil pegi wedding member, sambil bercuti di tepian pantai. Saya tak pernah naik feri keshiannn, inikan pula nak jejakkan kaki di pantai-pantai yang indah di Pulau Tioman. Maka, bertambah meronta-ronta la perasaan ku ini ingin pergi ke siteww...

Saya cari partner utk pegi ke sana bersama saya. Zila-Chan awal-awal lagi dah memberi jawapan yang nak menghala ke negatif dengan bermacam-macam alasan. So, saya dah bleh agak beliau tak berminat nak join. Takpe. Kita cuba lagi. Cari mangsa lain plak. Try nak contact Ubi[nama samaran heheh], langsung tukar nombor la apa la.. Ishh.. hobi betul dia tukar-tukar no tepon. Grrr.. Cuba la stick dgn no tepon yang sama je. Apsal nak tukar-tukar?? *tak pasal-pasal plak aku marah si Ubi tu kat sini. Kekeke. Dalam masa yang sama juga saya ajak Duyuh dgn Mekla. Yang setuju nak pegi hanya Duyuh je. Cayalah Duyuh. Duyuh pun salah seorang BFF saya juga. Mekla pun BFF saya juga.*deyyy... berapa ramai daaa ko punyer BFF??!! -jawapannya ialah... ramai... yehuuu!! Ko ada?*

Walaupun semua tu BFF saya, tapi antara Wanna dgn Zila-Chan bukan BFF. Zila-Chan dengan Duyuh pun bukan BFF. Mekla dgn Wanna juga bukan BFF. So, maknanya... aku je yg berBFF dgn setiap mereka. Perghh.. bajet hebat la tewww... Apa ada halll... Setiap daripada kita juga ada ramai BFF kan? BFF = best friend forever utk membezakan dgn BF = Boyfriend atau breakfast. FIne. Meleret gila vavi.

So, confirm la saya dan Duyuh yang akan pegi. Saya dah deal dgn Wanna tentang penginapan dan feri apa semua. Penginapan free. Feri kena bayar sendiri, tapi Wanna dah booking tiket feri. Lepas tu dah setkan time dengan Duyuh utk pegi hari apa, jam berapa pastu balik bila. Errm... semuanya berjalan dengan lancar. SYoknyaa... Sudah terbayang-bayang di mata, saya berlari-larian di tepi pantai yang pasirnya putih dan halus bak iklan pelancongan Malaysia Truly Asia. Saya dapat merasakan bahawa ikan-ikan di dalam lautan China Selatan sedang menanti roti-roti yang bakal saya suapkan ke mulut mereka. Dan batu-batu karang pula melambai-lambai kegembiraan bila melihat saya snorkeling dan Duyuh hanya duduk di atas bot yang beroleng kuat sambil tahan mabuk laut sebab Duyuh penakut air. Muahahah... Owhhh.. betapa indahnya...

Plan kami ialah, saya balik ke Kuantan, kemudian Duyuh jemput saya di Terminal Makmur dan bermalam di rumah Duyuh. Esok pagi-pagi subuh sapiee, kami gerak ke Rompin then wooHoo! ke Tioman! Waktu tiket saya ialah 9.00 malam hari Jumaat. Dari rumah saya keluar dgn kereta jam 8.20mlm. Nak pegi Hentian Pekeliling ni. Konon-konon nak tinggalkan keta di area The Mall. Pastu naik train ke Stesen LRT Titiwangsa.

Nahh... tibalah ke saat yang ditunggu-tunggu.. iaitu.. Jammed teruk giler di depan The Mall. Rupanya ada Matta Fair sampaikan tempat parking semua full. Saya dah menggelupur dah risau. Terpaksa park kereta kat kawasan gelap dan sunyi yang berlopak2 sebab masa tu hujan renyai2. Saya bergegas naik LRT ke Titiwangsa. *Hentian Pekeliling hanya berada di bawah Stesen LRT Titiwangsa je. Bila sampai kat situ... Saya tengok semua bas mcm dah lengang. Saya tanya kaunter tiket, bas ke Kuantan dah lepas ke belum. Dia kata dah lama dah jalan. Saya sebak di dada. Pastu try nak beli tiket lain malam tu. Tapi semua sold out. *Pada waktu itu cuti sekolah bulan 3. Tadi woohoo, sekarang dah tinggal huhuhu je... Terus je lagu Elton John bergema di gegendang telinga... , "It's sad, so sad, It's a sad, sad situation.
And it's getting more and more absurd.".

Saya jadi buntu gila. Saya termenung jap kat Stesen Bas tu. Pastu saya call Duyuh. Then SMS Wanna. Bgtau apa terjadi. Duyuh mesti hampa. Wanna pun tentu sangat hampa. Dan yang paling hampa mestilah saya. Burn tiket bas pastu terkejar-kejar lagi. Wedding BBF pun tak dpt pegi. Huuu.. Terkilan sangat. Dikesempatan ini.. Saya ingin memohon maaf kepada ikan-ikan di perairan Kg Tekek, sebab akak mungkir janji utk memberi yu oll makan roti gardenia. Lain kali ye yu oll....

Jom tengok gambar...





Hehehe... gambar takde kena-mengena. Itu kat tempat lain dan di waktu saya bujang dan kurus. Watak lain di dalam gambar dipadamkan kerana tiada kaitan dgn cerita ini...

15 September 2011

Blog Impianku Dalam Mimpiku

Sejahteralah ke atas kamu...

Amboi... Nama tajuk blog dia... Puitis boleh tahan. Boleh lawan Eddie Hamid macam ni. Hihi.. Kidding yooo... Saya nak review blog En Top Imagine ni. Sebab saya perasan beliau pernah komen kat salah satu entry saya tentang blog yang ini dan tanya pendapat saya tentang blog beliau. Walaupun tidak wajib utk dijawab, tapi suka jugak nak jawab. So, sesape nak saya review blog dia, bleh bagi suggestion. Nanti saya akan skodeng blog kamu pula dan bagi komen yang baik-baik saje. ;)

Mula-mula masuk blog ini, saya dapat loading dengan cepat. Contents semua keluar dengan lajunya. Ini bermakna... Blog dia tak berat. Tak banyak widget, tak banyak application so bermakna bagus. Lepas dah loading dgn lajunya iteww... terus nampak header dia dengan gambar seorang lelaki yang sedang tidur @ tertidur sebab kepenatan @ pengsan di atas kerusi sambil letak sunglasses kat dahi. Penat nampak dik? Tido waktu ofis ke tu? Haha.

Layout dan design dia semua ok. Kemas. Senang nak baca. Font jelas. Tak kecik sangat dan tak besar sangat. Just nice.

Tiba ke bab entries dia plak. Setakat ni, sejak saya follow blog Top Imagine ni, saya pasti akan baca setiap update terbaru di blog dia walaupun hanya Wordless Wednesday. Itu menunjukkan topik atau entry yang dia buat biasanya menarik utk saya baca. Dia ni pandai attract pembaca dengan topik-topik hangat tentang lelaki dan wanita. Pastu nampak gayanya dia ni seorang yang prihatin, contohnya entry tentang berapa lama pompuan mandi. Lagi, dia ni seorang yang berfikir tentang hal-hal harian yang kecil tapi semua orang tau seperti pusat dalam dan pusat tak dalam, pompuan yang tak kisah kena pegang dgn bapok dan lain-lain. Maksudnya dia boleh membangkitkan persoalan yang orang lain terfikir tapi secara sekali imbas je, atau mungkin tak penah fikir langsung.

Bahasa yg digunakan pun santai dan tidak terlampau berat serta gaya penulisan yang semakin dibaca semakin nak tau pastu rasa nak komen.

Yang paling cool dan bukan semua blogger ada sifat ni ialah, dia ni tiap2 hari update blog dia. So, rajin la saya melawat blog dia sebab saya mmg akan lawat setiap entry baru di blog saya followed.

So, itu je la kot. Semoga terus menulis dan mengembangkan bakat menulis disamping mengembangkan badan. Good luck dik.

Fitnah La Kalau Berani

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Eh, apsal saya asyik nak cerita pasal sifat-sifat negatif je ni? :). Idea ni mcm tu la. Time dia nak melintas, dia datang je melintas dengan tak kira masa macam budak skolah melintas jalan tak pandang kiri-kanan-kiri.

Time dia taknak melintas plak, kita la yang akan tertampi-tampi. Jadi, sementara ada ni, kita turunkan le idea tu kat blog. Paling best masa idea tengah datang mencurah-curah sampai 5,6 entry sehari.

Kalau ada banyak idea tu, tak semestinya kita perlu publish semuanya sekaligus pada hari yang sama. Nanti setiap entry tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya daripada pembaca. So, schedule kan le entry itu supaya publish sehari, satu. Padahal tajuk dia tadi pasal fitnah. Tetiba saya gi meleret citer pasal idea plak.

Orang yang suka mefitnah pada pandangan saya adalah seorang yang hebat dan berbakat. Fitnah mengikut kefahaman saya ialah cerita keburukan yang tidak benar tentang seseorang. Maksudnya cerita rekaan yang bleh menjatuhkan kemaluan reputasi orang lain.

So, apa yang hebatnya? Reka cerita? Itu semua orang bleh buat. Manusia ni kan kuat berangan. Kalau berangan tu pun dah kira macam kita mereka-reka cerita juga. Cuma kita tak keluarkan je anganan kita tu. Atau kadang-kadang orang yang tulis cerpen atau novel. Kebanyakan cerita yang ditulis tu rekaan semata-mata, hanya secopet je yang kisah benar.

So, kalau setakat pandai reka cerita tu belum cukup untuk melayakkan kamu menjadi seorang pemfitnah.

Hebatnya orang yang suka memfitnah ni ialah disamping dia kreatif sebab pandai mereka cerita daripada semua genre, dia juga seorang pelakon hebat taraf Hollywood kelas A setanding dengan Nicole Kidman, Angelina Jolie, Brad Pitt, Johnny Depp dan lain-lain sebab dah tentu orang yang memfitnah tu pandai berlakon sampai orang lain boleh percaya dan yakin apa yang dia cakap tu betul.

Lagi satu kehebatan pemfitnah ni ialah, lepas dia dah buat fitnah kat orang... biasanya dia bleh je buat muka suci dan kudus bila berdepan dengan orang yang dia fitnah tu seolah-olah dia tak pernah cerita apa-apa keburukan pun tentang orang tersebut dan tak rasa bersalah apa-apa pun. Hebat bukan?

14 September 2011

Cemburu, Dengki, Irihati. Semua Ada.


Sejahteralah ke atas kamu...

Cemburu yg berniat nak menjatuhkan orang lain memang super tak baik. Tapi kalau untuk jadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat, itu sangat bagus. Saya setuju. Amalkan selalu.

Saya tak pernah cemburukan orang lain sampai nak menjatuhkan orang lain. Tapi saya pernah mendapat keuntungan daripada orang lain yang dengki dengan seseorang yg lain. Padahal saya goyang kaki je. Tetiba saya yg dapat pekdah dia. Err... ayat ni berbelit tak?

Macam ni cerita dia. Masa saya di ofis lama dulu... syarikat kami hanya menyewa beberapa lot kedai di sebuah bangunan kat Negeri AmadShah. Kalau dah namanya menyewa, parking lot percuma pun hanya berapa ketul je dapat. Orang-orang bertuah yg dapat parking lot itu adalah semua pegawai termasuk penyelia. Staff bawahan dan kuli-kuli batak pandai-pandai le ko nak parking kat mana pun. Asalkan tak mintak duit syarikat sudah. Termasuk le diri saya sendiri. Huuuwaa...

Pastu ntah sebab apa, ada sorang pegawai kat ofis saya tu ditukarkan ke cawangan lain. Menyebabkan salah 1 drpd parking lot percuma itu dah kosong. Dengan tidak semena-mena, ada sorang staff biasa ni parking kat parking lot percuma tu setiap hari. Rasanya dia kerani kot... Saya bukan sedar pun benda-benda cenggitu. Sebab biasanya saya buat hal saya je. Hal orang kalo saya tau pun, sebab orang-orang sekeliling yang cerita. Meh saya bagi nama kerani tu dengan nama Yuna [bukan nama sebenar. Hanya meminjamkan nama seseorang yg suka mencuba sesuatu yg baru]. Bila Yuna ni setiap hari park keta dia kat tempat free, kerani-kerani lain pun panas le... Kejap-kejap berangin. Kejap-kejap berbulu je dgn Yuna ni. Dierang memang tak puashati ah sebab Yuna ni park keta kat situ. Yelah sebab tempat parking tu dalam bangunan. Berbumbung. Dekat dengan lif. Kalo sampai kat parking jam 8:14:30 pun masih sempat utk punch card jam 8.15 tanpa kedatangan merah. Kira best dan bertuah la sape yang dpt parking dalam bangunan tu.

Then, ada la beberapa orang yang nak make sure si Yuna ni blah daripada parking tu dan don't ever-ever-ever dare to park her car at the parking lot enimo. [Marah ni. Kena cakap omputih.]. So, yg pendengki ni pun sediakan hujah-hujah kat big boss cawangan negeri AmadShah tu, tentang kebaikan dan keburukan seseorang kerani park keta kat tempat officer sedangkan ada officer yang tak dpt parking lot free berbumbung pun [aku le teww.. hahaha.. sbb aku baru keja situ. masa aku masuk, parking lot free dah penuh. tapi aku ni jenis yg redha je kalo tak dpt privilege masa tu. Asalkan dapat keja, dapat pegi keja dengan mudah takyah susah-susah naik bas pun dah hokay.] Tempat parking tetap ada, free jugak cuma jauh skit kena menapak dan parking lot tu tak berturap dengan tar. Kalo hujan maka akan berlopak-lopak le dia. Huhu..

Dah tu bila mereka dah berhujah dengan big boss, so mereka menang. Mereka dah berjaya mengusir Yuna daripada parking tu dan faedahnya, saya la yang dapat parking tu. Hehehe.. Senang je keja. Saya tak buat apa pun tetiba dpt faedah di atas sikap dengki orang lain. Cool kan? :)


So, kesimpolan-polannya ... saya tak suka orang irihati atau dengki ni, tapi kalo kebaikan tu saya yang dapat saya suka la. Hahah. Perasan tak.... Orang melayu kat Malaysia ni pun macam tu. Dengki-dengki sesama sendiri. Pastu yang dapat keuntungan di atas sikap jatuh-menjatuhkan orang melayu ni ialah.... dah tentu Cha Ya Nun Aliff.. Betul ke tak betul? What do you think?

13 September 2011

Nyamannya Peti Sejuk Ni

Sejahteralah ke atas kamu...

Waktu saya menaip entry lapok ni, perasaan saya rasa mcm saya ni adalah frozen food bebola ayam jenama Saudi. Dah hampir nak membentuk ais dah kat keliling badan saya ni. Sejuk nak mamposss kat level 23 ni. Mentang-mentang semalam saya komplen pasal air-cond panas rasa macam dok dalam kereta tak pasang air-cond. 10 minit lepas tu, saya dengar bunyi air-cond dimatikan. Seminit lepas itu, air-cond dihidupkan semula dengan kelajuan 3000 kuasa kuda [ceh memandai je]. Tapi takkan saya komplen dalam hati pun dierang dengar? Hehehe.. Nampak sangat ke menipunya. Saya komplen depan Joe dgn Shida. Ada kena-mengena ke?

12 September 2011

I.S.R. A. E.L.

Sejahteralah ke atas kamu...

ISR4EL.
Isr4el adalah gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub A.S. Menurut bahasa Kan’an, kata ini bererti ‘Allah Maha Kuat’, sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa tulisan firauniah sebelum masa Nabi Musa A.S.

Kata ini juga menjadi nama suatu tempat Palestina, tanah pengasingan Yaakub [Israel], Sebab dia dan anak keturunannya lahir dan tuumbuh besar di Harran. Mereka hidup pada abad XVII sebelum masihi. Orang-orang Aramiah berbicara dengan menggunakanbahasa al-Asya’ir, bahasa Ibrahim, Dengan bahasa itu pula orang-orang Kan’an dan Amury di Palestinaa berbicara.

Atlas Hadith, Tulisan Dr Syauqi Abu Khalil.

Selamat Hari Lahir Zila-Chan

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari ini 12 September 2011. Hari ulang tahun kelahiran yang ke-tet.. tett salah seorang BFF saya iaitu Pn Rozilawati Mat Nor. Hambik. Aku letak nama penuh. Padan muka dia kalo dia malu. Oopss.. Hari tu masa bday BFF saya si Buji dan Zatul, saya lupa nak buat entry tentang mereka. Harap-harap mereka okey jewwh la hendaknya. Bukan apa Buj dan Acul, nda sempat mo tulis. Next other year ok? Peace... Senyum skit.

Nickname yang saya selalu panggil beliau ialah Zila-Chan. Beliau ni kawan sekolah menengah saya di sekolah yang bernama tettt... rahsia. Hehehe.. Mcm halal je nak rahsia-rahsiakan nama skolah ye tak? Ok la.. nama skolah saya ialah SMART. Skolah je SMART, tapi saya tak plak smart. Saya start berkawan dengan Zila-Chan ni sejak tingkatan 1. Kami ada group atau clique yang kami panggil KAWANKU. Eceh. Dah mcm nama kad ATM Maybank plak. Nama KAWANKU tu abaikan je la. Tapi ada cerita tersendiri jugak. Masa tingkatan 1 sampai tingkatan 5 ni saya takla begitu rapat dengan Zila-Chan.

Kami mula rapat sejak lepas sekolah. MUngkin sebab waktu itu kami adalah orang-orang yang gagal dpt keputusan SPM yg cemerlang kot. So, tak dpt masuk U. Perghh.. sedih. Tapi nasib baik kami ada each other. Kami selalu keep in touch, walaupun jauh... Beliau di Batu Pahat dan saya di Kuantan. Kami berutus surat [ada ke? huhu] dan bertelefon utk mengumpat sesape yg kami rasa tak puas hati dengan. masa tu chatting dan email agak terhad penggunaannya. Yelah, depan-depan orang, kami nampak ok je. Kalau tak puas hati, simpan. Pastu call Zila-Chan then mengumpat org yg beliau tak kenal pun. Beliau pun sama jugak la. Call saya untuk mengumpat Dewi walaupun saya tak kenal sape Dewi tu. Hahaha..

Selain daripada mengumpat orang[buruknya perangai aku], saya selalu kongsi cerita tentang lelaki mana yang saya minat, yang saya berdebar-debar bila jumpa. *Biasa la tu kan? Mmg tugas seorang BFF utk dengar luahan perasaan tak bleybla mcm tu kan. Yang paling mengharukan hati dan perasaan, beliaulah orang yang sentiasa ada bila saya sedih, bila saya menangis ditipu lelaki [perghhh. lemah sungguh ko ni Lydi], time saya sengkek takde duit [selalu plak tu] dan sahabat utk saya ajak untuk keluar pergi merambu kat Berjaya Megamall atau Kuantan Parade [lepas beliau habis belajar dan mula bekerja di Kuantan]. Saya ingat lagi masa tu saya ada masalah percintaan yg tah hapa-hapa, tapi saya menangis selok kat Teluk Cempedak. Masa tu Zila-Chan macam dah purple muka sebab panik tak tau nak buat apa untuk tenangkan saya. Hahaha.. Sian beliau.

Seingat saya, setiap kali birthday saya, Zila-Chan adalah orang yang pertama wish [itu sebelum kami masing-masing berkahwin dulu, skrg mestilah suami yg jadi orang pertama wish..]. Dah la jadi yang pertama wish, beliau plak pasti akan belanja saya setiap kali birthday saya. Memang beliau akan belanja. Saya sebut je nak makan apa. Mesti beliau yg akan bayar. Pastu yang paling best, bila time birthday beliau pun, beliau jugak yang belanja. Saya cuma beri hadiah je semasa birthday beliau. Tu pun selalunya lambat bagi. The worse part plak, boleh dikatakan saya selalu wish birthday beliau paling lambat. Sebab saya selalu lupa tarikh hari itu. Huwwa... Saya bukan kawan yang baik.

Pastu kalau kami janji nak hang-out plak... selalunya saya akan tanya beliau, jam berapa nak jumpa, pastu bila beliau bagi time contohnya jam 10 pg, saya mesti akan tukar jadi 10.30 pg. Bila beliau suruh saya set kan time, saya bermati-matian nak dia juga yang setkan . Pastu saya tukar. Hehehe.. Gile betul dpt kawan mcm saya ni. Tempat kami jumpa biasanya kat Masjid negeri. Hahah.. Baik kan kami? Masa saya belum beli keta, kami jumpa kat masjid, then Zila-Chan akan bawak saya ke tempat yg saya decide [dah la menumpang, pastu demand plak nak pegi mana-mana. Nasib la Zila-Chan tu baik hati. Rajin nak layan saya. Keke.]. Pastu bila saya dah beli keta pun, kami masih jadikan masjid itu sebagai meeting point dan masih juga Zila-Chan yg bawak keta dia pergi mana-mana. Kekekeke... Jahat betul saya ni.

Nama Zila-Chan tu dapat bila kami sama-sama hantu tengok drama Jepun [sebelum drama Korea meletuppp di pasaran]. Ala..lebih kurang macam zaman Jepun jugak la. Orang Jepun kan kalau nama orang yang rapat, mereka akan tambah perkataan 'Chan' kat belakang. Contoh mcm Sin-Chan, Maruko-Chan, Naruto-Chan dan Bela-Chan [so, korang dah tau la kan macamana belacan tu dpt nama... keke].

Jadi, korang bleh nampak tak betapa saya ni bukan seorang kawan yang baik dan terulung kan? Tapi... tak kisahlah kalau korang tak rasa saya baik, asalkan Zila-Chan masih lagi setia jadi kawan saya. :p. Tapi tak tau le selama mana lagi beliau maish boleh bersabar ye dok..

To Zila-Chan, Selamat Hari Lahir yang ke -tettt untuk ko. Semoga ko akan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Cheyy... ayat tu ayat yang sungguh skema juga tipikal. Mehla.. aku wish dengan bahasa yang lebih sesuai utk piawaian otak kita yg macam biskut jatuh dari tingkat 18 ni. Zila, ko ni kawan baik aku. Kalo ko takde, mmg takde orang lain yg bleh replace ko dlm hidup aku. Walaupun sekarang ni kita tak rapat mcm dulu, tapi aku rasa it's not a bad thing sebab kita bukan bergaduh. CUma sebab kita jauh dan masing-masing dah ada habi the labi-labi. Masa aku pindah KL dulu pun ko takde kat Kuantan. Tu la nko. Asyik nak further study je. Berlagok la tu. Tapi bagus jugek la.. Berbanding aku yg tak ke mana dengan apa yg aku ada je. Sobb.sobb... Sekurang-kurangnya gaji ko bleh meningkat. Bila gaji ko meningkat, maka ko bleh la belanja aku seperti biasa kan? Hahaha... Tahun ni takde hadiah jugak macam tahun lepas. Tapi kira ok la juga aku perah otak ni tau nak buat entry pasal diri ko. Ingat senang ke. Susah tau... Penat jari-jari pendek gemuk aku ni tau. Berpeluh kuku. **Hinss.. Sniff-snifff... Kalau la ada lagi orang macam kita ni... tak tau la... Jangan la ejekkkkk!!! :p. Alamakkkk... Jauhhhhhh...

Zila-Chan, aku happy bila dapat tau ko bahagia dengan marriage ko. Aku la yg jahat ni dulu. Masa ko citer ko ada problem dgn tunang ko dulu, aku la org pertama suruh back off.. huhu.. nasib baik le ko degil masa tu. Kalo tidok, berdosa aku.. Aku harap, nanti ko selamat melahirkan anak yang sihat. Pastu yang hensem mcm Jun Sang [kalo lelaki] dan jelita mcm Song Hyo Kyo [kalo pompuan- ye ke eja nama minah tu?]. Pastu harap-harap anak ko cerdik macam ko[mesti ko marah kalo aku kata cerdik macam ko.. Anyway, ko cerdik la.. Heheh.. Akupon cerdik gok..kwang2]. Ingatkan nak lukis muka Kim Rae Won lagi skali macam dulu. Tapi nanti ko rasa rendah diri plak dengan bakat melukis yang aku ada sedangkan ko takde bakat tu. Takpe Zila. Aku faham. Sebab tu aku tak buat kali ni. Hahaha..

Apa-apa pun aku unnn bila ko unnn.. Ba boo maa reng...rengg... Aku ni orang yang bertuah sebab ada sahabat macam ko Zila-Chan.. :) Sayang kamooo sebab muka kamu macam Azza Elite. MUahahaha...~Cari pasei.


**sila abaikan ayat ini, sebab hanya saya dan Zila-Chan je fahammm...

09 September 2011

Pompuan Bawak Beg Besar-besar Letak Apa?

Sejahteralah ke atas kamu.... yang membaca.. Entry ni menjawab persoalan daripada satu blog, tapi mcm biasa... saya tak ingat blog mana. Banyak sgt blog yg saya followed.

Fakta yang bukan auta ni memang dah tak perlu disangkal lagi. Rasanya semua orang akan setuju bahawa bila traveling, kaum pompuan la yang bawak beg paling besar mcm nak pindah dan mulakan hidup baru di planet Marikh. Padahal kaum lelaki bleh relax je bawak satu beg galas macam galas notebook bawak pergi ofis je lagaknya. Ini adalah suatu ketidakadilan!!!

Orang lelaki selalu condemn org pompuan bila pompuan bawak beg besar. Kadang-kadang diri saya sendiri yang pompuan ni pun tak faham kenapa saya selalu bawak beg besar-besar kalau pegi traveling, inikan plak orang lelaki. Tapi bila dikaji-kaji balik, memang logik pun kalau beg pompuan bESAR.~DAH AKU TERTEKAN CAPS LOCK PLAK.

Pompuan ni barang-barang asas untuk diri dia ada banyak. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki tau. Barang-barang tu plak bukan hanya aksesori semata-mata, tapi memang keperluan yang betul-betul penting. Start daripada kepala; getah ikat rambut @ sepit rambut @ atau cucuk sanggul dan anak tudung. Setiap pompuan mesti perlukan benda-benda ni. Paling tidak pun sepit rambut. Kalau pompuan free-hair mungkin tak perlukan anak tudung tapi still perlukan getah ikat rambut atau pun hair-band.. Yang berambut pendek pun mesti nak juga sepit rambut sekali sekala time nak study tanak kasi otak serabut ke. Ala... lelaki apa tau. Ni hal orang pompuan. Kalau yang bertudung plak, dengan tudung dia skali. Travel 5 hari, maka 5 helai tudung. Karang kalau pakai tudung tak matching dgn warna baju, yang akan gelakkan pompuan siapa? Lelaki jugakkkkk... dan pompuan pun jugak. Hahaha... CUma tudung ni mungkin ada yang akan bawak warna paling selamat seperti putih@hitam@krim utk dipadankan dengan semua baju. Tapi masih juga perlu bawak spare, mana la tau kot-kot tengah-tengah makan mee udang, kuah mee tu terpelanting melekat kat tudung kan?

Part badan plak... Pompuan perlu dan tidak boleh tidak daripada memakai bra. Dan ada juga yang betul-betul menjaga aurat dia, siap pakai camisole [anak baju mcm singlet tu]. Camisole mungkin bleh recycle, pakai banyak kali sebelum basuh, tapi tidak pada bra. Tak macam lelaki. Lelaki takyah pakai bra. Senang je kan? Utk luaran plak, baju perlu ikut situasi. Kalau lelaki boleh pakai T-Shirt yang sama je utk bersukan dan menghadiri taklimat, tapi pompuan tak boleh. Masa taklimat atau kuliah, pompuan pakai baju formal seperti baju kurung dan kebaya... Pastu masa sukan takkan nak pakai baju kurung jugak? Nnt yang akan pandang pelik siapa? Lelaki jugak kan dan pompuan jugaaa... hahaha...

Bahagian pinggang ke bawah... Lelaki boleh pakai seluar yang sama je utk T-shirt atau kemeja yang berlainan. 1 seluar bleh match dgn 5 baju lain. Tapi pompuan kalau pakai baju kurung mesti sepasang. Kalau pompuan bawak 1 je kain baju kurung dan 5 baju lain, habis la kena gelak bila pakai kain dgn baju tak sama corak. Lagi pompuan kena pakai panties. Juga panty liner. Dan perlu juga prepare tuala wanita jika keuzuran. Lelaki lainlah... Boxer bleh pakai 5 hari ulang-ulang sampai dah balik rumah pun masih bleh sambung pakai lagi sebulan. [Perggh... habat* sungguh.. ada ke lelaki cenggitu? Euww...].

Pastu bahagian kaki plak.. Perlu stokin. Stokin sukan lain. Sarung kaki lain plak. Sandal utk pegi toilet lain. Sandal utk pergi berkasual lain. Kasut utk dengar taklimat atau kuliah lain. So, pompuan ni... persiapan utk seluruh tubuh dia sangat banyak dan detail. Katakan pompuan bertudung yang paling sempoi sekali pon... Untuk berpakaian lengkap sepenuhnya perlukan 6 pieces pakaian yg berasingan tapi perlu dipakai dalam satu masa yg sama iaitu; anak tudung, tudung, baju, bra, kain dan spentot. Tu pon kalau dia tak pakai sarung kaki. Katakan dia travel utk 5 hari dan dia pakai baju yang sama je sepanjang hari tak kira utk aktiviti apa pun, [tolak anak tudung dan sarung kaki sebab mereka berdua tu boleh diulang pakai sampai jadi belacan], 5hari x 5 pieces = 25 pieces. *Ini ceritanya kalau travel pergi kursus dan takleh basuh baju kat tempat tu la. Kalau lelaki plak, seluar bawak 2 je[termasuk yg dipakai]. Baju 3 [termasuk yang dipakai]. Boxer 1, tu pun tengah pakai so takyah letak dalam beg. Jadi berapa helai je lelaki bawak? 3 helai je.. Chaitt!!!

So, lelaki masih nak mempersoalkan ke kenapa pompuan punya beg besor cam gajoh, tak macam beg lelaki yng kecik cam kuman?


Kos Atau Masa




Sejahteralah ke atas kamu...

Orang selalu memikirkan tentang penjimatan kos. Kos itu adalah duit. Duit itu tidak elok dibazirkan. Dalam masa yang sama kita tidak pula menjimatkan masa. Padahal, duit yang habis boleh dicari ganti sedangkan masa yang telah berlalu takkan dapat diputar kembali.

Contohnya... Orang akan memilih untuk menaiki bas kemudian tukar train then bas lagi utk ke satu-satu tempat walaupun ada teksi. Naik teksi memang la mahal. Tapi kita akan sampai lebih cepat. Masa pun jimat.

Tapi ye lah kan... Kalau mmg dah tak cukup bajet tu apa boleh buat. Cuma kalau yang ada duit tapi tak sanggup keluarkan walaupun akhirnya banyak masa yg dibazirkan. :) Jangan sentap yahhh?

08 September 2011

Amar Makruf Nehi Mujeko

Sejahteralah ke atas kamu...

Biasa dengar 'Amar Makruf Nahi Mungkar' kan? Maksudnya menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran.

Nak ajak orang buat kebaikan tu kacang je. Kita boleh buat muka seposen je ajak orang, "Jom sedekah pisang kat masjid nak?". Kalau orang tu nak ikut, bleh ikut. Kalau dia tanak ikut pun biasanya kita tak paksa betul tak? Pendek kata... banyak cara kita nak buat kebaikan. Bleh belanja kawan. Bleh tolong orang buta melintas jalan. Bleh selamatkan lipas yang tersepit celah tudung saji. Macam-macamlah. Itu kalau cerita tentang nak buat kebaikan.

TAPI.... part yang satu lagi iaitu 'MENEGAH KEMUNGKARAN' itu adalah sangat-sangat sukar. Mana tidak sukarnya kalau kadang-kadang kita pun berbuat mungkar jugak. Hehehe. Contoh paling senang; membuat ketupat mulut ataupun mengompat. Secara sedar ke tak sedar, kita pun mengumpat orang juga... jadi agak susah le kita nak tegah orang mengumpat. Ye dok? Lagi satu kita pun nak jaga persahabatan. Kalau sahabat rapat kita yg kelihatan mungkar, kita segan la nak tegur. Kot-kot apa yg kita tegur tu hanya kita je yg nampak salah sedangkan orang lain nampak betul. Ataupun mungkin kita takut dikatakan 'POYO' oleh orang lain. So, kemungkaran berlaku depan mata.... kita bior jek la. Dah tu? Macamana nak nahi mungkar ni?

Fenin~

07 September 2011

Troli Giant dan Brader Yang Bawak Perdana

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari raya ke 4 iaitu hari Jumaat, saya beraya beramai-ramai bersama family husband ke Pekan, Pahang. Lepas dah habis beraya kat umah-umah yg berkenaan, kami bawa haluan masing-masing. So, saya dengan husband pergi membeli lepas tu kami belah di pasaraya Cowboy dan Giant, Kuantan. Apalaaa... Nama jek dok KL, jarak umah dengan MidValley pun setanak nasik je... Alih-alih nak jugak shopping kat Kuantan. Pasaraya Cowboy hokey? *aku gi Cowboy sbb nak beli kuali bertelinga dan juga periuk besar. Senang aku nak memasak nanti. ~Memasak la sangatttt...


Fine. Tudung aku tak matching dengan baju. Hahaha...

Memula kami pegi Cowboy. Pastu baru pegi Giant. *alaa... sebenarnya kami shopping untuk org lain yg kirim beli barang. Sambil-sambil tu kami shopping le utk kami skali.

Sorry ye, intro panjang tak hengat. Sebenarnya nak cerita pasal masa nak balik tu. Kami bawak troli yg 'bapakkkkk penuh' dgn barang ke tempat parking. Pastu pada waktu yg sama kami nak keluar tu, ada satu couple husband and wife yg parked seblah keta kami. Kenderaan dia ialah truck kecik berlabel Felda. So, kami rasa mereka tu mestilah pengurus Felda. Kat belakang truck mereka tu ada selonggok troli kosong. Jadi, kalo mereka nak keluarkan kereta mereka, mereka perlu tolak la dulu trolleys tu. Saya rasa troli tu ada dalam 7 atau lapan la kot. So, apa yg wife tu buat, dia hanya tolakkan trolleys tu ke belakang kereta lain kat sebelah sana plak. Dan tambahan lagi satu troli yg dia sendiri pakai, dia tinggalkan tengah-tengah jalan. Bagus kan perangai dia?

Suami saya masa tu sibuk download barang-barang ke dalam keta. Saya plak hanya mampu menengok sambil mengumpat je dalam hati. Kalo semua orang bersikap macam tu, habis le. Takkan selesai la masalah. Sepatutnya semua org tau tanggungjawab masing-masing. Etika bermasyarakat dan di tempat awam langsung takde. Troli berlonggok tu pun sebab semuanya main tinggal je troli yg dah digunakan kat merata-rata. Seolah-olah, macam ko berak pastu sisa kumbahan tu tak flush. Next time bila org lain nak berak, org lain plak yg terpaksa setel kumbahan ko. Takkan la macam tu kan? Takkan la asal lepas untuk diri kita, kita dah tak fikir pasal orang lain? Kalau kita yg dtg-dtg nak guna toilet tapi terpaksa cuci dulu, mesti la kita akan maki dalam hati "dasar angry birds kaler hijau mcm halal punya manusia!!!". ~eh, ni aku marah pasal jamban ke pasal troli? Hahahah.. Lari dari topik la ni.

Bila truck Felda tu dah berlalu dan suami saya pun dah siap punggah barang-barang ke dalam kereta, manakala trolleys tu still berada di tengah-tengah laman... Saya pun bagi le cadangan kat suami saya untuk tolong pindahkan troli tu ke hujung sekali, supaya trolleys tu tak menghalang laluan sesape dan senang org lain yg baru dtg nak ambik trolley tu. Saya tau suami saya tu jenis yg berhati mulia dan bermoral tinggi. Jadi, beliau terus je setuju. Sebab beliau kata beliau mmg dah terfikir nak buat benda yg sama. [ye ke ni B? hahah].

Troli kat Giant ni bukan macam kat Carrefour. Yg mana bila mereka dikepilkan bersama, ada rantai yg ikat. Ini jenis yg asing-asing punya. Kalau kita susun dia berderet pun memang susah nak tolak semua sekali terutamanya bila nak pusing. Masa suami saya nak tolak troli tu, terkial-kial sorang-sorang... kami sempat tangkap sorang remaja lelaki yg kebetulan mak dia masuk kat tempat truck Felda tu. Bila family dia nak amik satu troli, suami saya terus mintak tolong budak tu tolak troli tu sama-sama dengan beliau.

Time tu jugak, ada satu keta Perdana bajet Porsche yang masuk ke satu tempat parking kosong berdekatan dengan kami. Dia dah tanak tolong tu, takpe la kan... Itu hak dia. Tapi air muka dia pandang kami macam kami ni bersetubuh di khalayak ramai plak. Muka dia kerek sangat sebab masa suami saya tolak troli tu, macam menghalang laluan dia nak pergi bergalok bershopping kat Giant tu. Alaa... Takkan lari Giant dikejar la bang. Disamping muka kerek tu, ada juga muka cuak takut troli tu terkena kereta Perdana dia yg dia ingat paling mewah dah tu kat seluruh planet. Pleaseee...

Entry ni bukan nak highlight kan pasal suami saya tolak troli tu. Tapi hanya nak bangkitkan kesedaran kita sebagai orang yg hidup bermasyarakat. Troli yg kita guna kat pasaraya, lepas habis guna selesaikan la baik-baik.. kalau malas sangat nak hantar balik ke tempat yg kita ambil, paling tidak pun letak la kat tepi yg tak melibatkan laluan kereta. Memang la tak logik kalau kita nak hantar balik masuk ke dalam pasaraya kan. Saya sendiri pun tak buat begitu. Tapi pastikan jangan sampai block kereta orang lain. Jangan sampai orang lain nak masuk parking pun susah. Kalau semua rakyat Malaysia ni bertamadun, kan senang citer.


06 September 2011

Favicon = Favorite Icon

Sejahteralah ke atas kamu...

Perasan tak icon bunge matahari kat seblah tajuk blog saya di title bar kat atas skali tu. Sila rujuk gambargajah di bawah. Favicon itu adalah yg di dalam bulatan merah.


Favicon ini kalau nak adakan ke dalam blog senang aja donk! Sila cari image yg berformatkan .gif.

Lepas tu pergi ke Design. Click Edit di kotak 'Favicon'.



Bila kuar kotak browse file tu, apa lagi. Cari le file yg kamu ingin jadikan Favicon itu.



Kendian save. Pastu resfresh. Pastu.... Tadaaaa.... Blog kamu semakin elephant elegant..
Kalau nak favicon free, bleh cuba dapatkan di http://blog.econsultant.com

Ketupat Nasi Vs Ketupat Bawang

Sejahteralah ke atas kamu...

Raya tahun ini lebih baik daripada raya tahun lepas kerana...... [sila sambung dengan tidak melebihi 15 patah perkataan]

...kerana tahun ni saya belajar buat ketupat nasi. Biasanya tiap-tiap tahun buat ketupat bawang jew... [cukup tak 15 patah perkataan? Ce kira.]



Belajar buat ketupat nasi ni pun demi bapak mertuaku sebab beliau kata kalau ketupat bawang bentuknya tak menarik bila dipotong. Manakala ibu mertuaku pula berkata, apa ada dengan bentuk, lepas masuk dalam mulut, kunyah, telan sama je dia proses dalam perut. Walaupun saya macam hampir-hampir nak bangga, tapi takpe. Itu semua ilmu duniawi semata-mata. Hahahaha. Anti-climax.


CSI New York pun pandai menganyam ketupat inikan pula rakyat Malaysia.




Buah Mentega

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini satu lagi buah yang sekarang ni dah hampir pupus dan ramai yang tak pernah tau keujudan buah ni. Buah mentega. Dulu, buah ni bersepah-sepah kat kampung. Dibuang-buang je. Sebab boleh dikatakan setiap rumah ada tanam pokok ni. Namun [eceh..namun la pulak], bila semua orang pakat beramai-ramai nak mengemaskan laman rumah dengan menebang pokok buah mentega ni, kesannya terhadap masyarakat ialah menyebabkan dah susah nak jumpa buah ni.

Sila abaikan aksi lucah gambar ini. En Stormpong yang pegang tu.



Cara nak makan, kupas mcm buah apple. Pastu hiris pun seperti buah apple jugak. Buah ni memang perlu dikupas. Sebab kulit beliau berbulu ketam masin malikin congek. Bau dia wangi. Isi dia lembut. Mcm buah apple yg tak rangup.



Jambu Kampung


Sejahteralah ke atas kamu.....

Bebudak zaman sekarang confirm tak penah jumpa buah jambu ni, lebih-lebih lagi yg tinggal kat bandar. Masa saya kecik-kecik dulu, waktu bermain petang memang akan berebut panjat pokok jambu ni dan petik buah jambu tu. Nah! Skarang tau la korang, dari mana datangnya rupa paras ku yang jambu ini. *pujian macam halal ke atas diri sendiri. Aufffhhh...

Buah jambu ni rasa dia macam buah jambu komersil 555 tu jugak. Tapi dia kecik dan tidak rangup macam jambu komersil. Pastu biji dia warna kuning. Kadang-kadang warna pink. Mungkin itu la pink guava kot. Pastu pokok dia tinggi, tak macam pokok jambu komersil. Tapi takde la setinggi awan. Setakat tinggi 2org pemain basketball NewYork Yankee je. Pastu batang dia licin.

02 September 2011

Popia Gulung Sira Pedas

Sejahteralah ke atas kamu...

Rajin le plak saya menggentel kulit popiah ni. 2 peket saiz besar hokey... Hebat bukan? Nak resepi ke? Meh la saya kongsi la juga. Rasanya kat blog lain banyak resepi bleh dpt.

Nisbah dia ;

Bahan sira:
1 sudu cili mesin [mak aku kata bleh guna cili kering blended atau cili boh]
6 sudu gula
1 ulas bawang putih [kecik punya].
1 sudu cuka
Gula, garam ikut suka hati nko.

Bahan kulit popia;

Tepung gandum
Garam
Air
Hahahah...beli je la kulit popia yg segera tu. Apa la nak susah-susah buat kan?

Memula, amik sekeping kulit popiah. Saiz besar lebih afdol. Letak straw minuman kat tengah-tengah kulit popia yg dibentang tu pastu gulung. Jadi gulungan itu akan kemas dan sekata. [Teknik ni saya dapat daripada blog seseorang. Tapi tak ingat dah blog apa.]. Nanti gulung banyak-banyak jadi cenggini;



Lepah tu mu guting pendek-pendek. Biar jadi lagu nih!



Untuk lekatkan hujung gulungan kulit popia tersebut, gunakan telur yang telah dipukul-pukul manja, sapu pakai berus. Baru le jimat telur tu. Kalo guna jari tangan atau kaki, nanti melekit-lekit pastu telur tu cepat je kering. Pastu nak pastikan kulit popia yg dah siap digulung tu tidak melekat-lekat antara satu dengan lain, tabur skit tepung gandum. Jangan guna tepung pelita plak. Kuikui.

Then goreng guna Sunflower Oil jenama Olife. [Poyo je lebih, konon-konon mementingkan kesihatan la ni... ]. Gambar selepas digoreng saya tak sempat nak amik. Sebab lupa kebana. Part nak menggoreng ni, kalau nak senang, beli la tapis besi utk bantu sudip masa nak angkat gorengan kamu. Cepat skit tos. Pastu akan lebih selamat daripada risiko kehangusan dan kebuangan sisa yg tak jadi.

Untuk siraan. Blend cili kisar dgn bawang putih. Kasi lumat itu garlic. Tumis kisaran itu dgn minyak yg very sedikit supaya popia kamu nanti tak berminyak secara melampaui batas. Bila dah pecah minyak, masukkan garam, gula dan cuka. Tunggu sampai semua bahan itu berbuih kesemuanya... Tutup api. Tuang cecair itu ke dalam bekas popia yg siap digoreng tadi. Gaul sebati. Biarkan kering. Simpan dalam bekas kedap udara dan kalis peluru.


01 September 2011

Memelihara Kesejahteraan Kerongsang/ Brooch


Melainkan kalo kamu beli brooch berjenama Chanel atau paling busuk pun jenama Zhullian, maka kamu tak perlu risau tentang batu tertanggal bila jatuh. Yang saya tau, batu-bata yang ada pada kerongsang berjenama telah diikat, bukan di gam menggunakan gam 20sen. Jadi kalau jatuh pun takkan tercabut punya. Malah, kalau tercabut sekalipun, masih ada perkhidmatan selepas jualan, yakni kamu bleh hantar balik kepada tempat kamu beli tu untuk repair. Seumur hidup.. Satau saya, Zhullian ada perkhidmatan membaiki kerongsang dia. Harga dia pun tak la mahal sangat. Dalam RM70-RM80 je. [Ini untuk org yang nak pakai lama la. Sbb batu dia tahan lama, warna kalo pudar bleh pegi polish balik saduran emas putih tu.]..

Biasanya kerongsang RM10 yg kita beli kat Jln Tar, batu-batanya tak kuat. Jadi, kalau nak kurangkan risiko kehilangan batu-batu tu, bleh cuba teknik ni. Sebelum pakai, sapukan dulu dengan pengilat kuku yang jernih. Seperti gambar di bawah ini...


*Mcm biasa, tangan itu adalah tangan nenek saya. FUhhh... hebat la nenek... Bleh buat french manicure lagi.

Kalau nak sapu dgn pengilat kuku ni, sapu kat tepi-tepi batu-bata tu. Biar molekul-molekul pengilat kuku tu jadi pengikat antara batu dgn besi kerongsang tu. Eceh.. tak le blah guna pekataan molekul. Hahahah...

Sejahteralah ke atas kamu.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...