Iklan! Iklan! Sila Click!

31 July 2011

Ramadhan Ini

Sejahteralah ke atas kamu...

Bulan penuh rahmat akan menjelma beberapa hari sahaja lagi. Ramai yang dah seronok dan tidak sabar menanti kehadiran bulan yang berkat itu. Ramai juga yang sedang bertungkus lumus mengganti puasa di hujung-hujung bulan Syaaban ini... Selamat berjaya la saya ucapkan ye..

Saya sangat pasti bulan Ramadhan kali ini, tentulah akan sangat berbeza berbanding Ramadhan yang lalu, di mana saya berbuka sendirian di rumah, waktu sahur hanya bangun minum air dan makan kurma je 2 ulas. [orang lain makan dengan amaun ganjil, aku suka plak makan ikut no genap je. Hahah.. mmg kuat melawan.]

Tahun ini kali pertama berpuasa bersama suami. Weekdays mungkin sama sahaja bagi saya. Berbuka puasa seorang diri di rumah kerana suami saya habis kerja pun malam biasanya. Cuma waktu sahur je la saya kena bangun siapkan makanan untuk beliau. Apa susah kan... Malam tu masak le siap-siap. Then pagi itu panaskan le. Ceh..ntah-ntah kang suami saya sendiri yg bangun dan panaskan makanan untuk diri sendiri. Kekeke.. Bukan bleh caya sangat dengan teknik ketiduran saya ni. Buatnya membuta sampai tak sedor diri kang... hah.. ~pengsan.

On weekends plak rasanya boleh la berbuka puasa bersyamer-syamer kan. Hehehe...

Tak ada apa la kot nak diceritakan lagi. Hanya selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan di alam nyata atau di alam maya, yakni kawan-kawan blogger.

30 July 2011

Sekolah Dalam Hospital

Saya suka dengan program ni. Bagus. Bernas. Dan bermanfaat.

Sejahteralah ke ata kamu..

Saya selalunya tak berapa kagum dengan program-program yang kerajaan anjurkan. Sebab kebanyakkannya macam mengarut dan menguntungkan sesetengah pihak je kot.

Tapi program Sekolah Dalam Hospital [SDH] ni agak baik rasa saya. Sesuatu yang dibuat bukan untuk glamor semata-mata dan bukan juga untuk menguntungkan tembolok orang atasan juga.

Terharu juga bila saya tengok anak-anak yang sakit di hospital, diberi peluang untuk belajar mengikut silibus yang diajar di sekolah, mengikut keadaan kesihatan mereka. Guru-guru yang dipilih pula perlu memahami dan memastikan pelajaran yang ingin mereka ajarkan, sesuai dengan anak-anak itu. Bagus bukan? Maksud saya, bagus yang betul-betul bagus ni tau... bukan sarkastik seperti selalu. Ahahaha.. tula.. ko suka sangat buat pujian sarkastik sebelum ni sape suruh.

Saya puji isteri Timbalan Perdana Menteri kita , Puan Sri Norainee Abdul Rahman di atas inisiatif yang berfaedah ini... Semoga program-program yang masuk akal seperti ini, akan terus diusahakan di masa akan datang juga. Jangan beli cincin berharga USD24 juta plak ye kalau dah jadi 1st lady nanti. Ngeh..ngeh...opss.. nanti kena bom. ~Corntoz!

29 July 2011

Ikan Masak Kicap Yang Terlampau

Sejahteralah... ke atas kamu..

Boleh tak masak kicap pun tak menjadi. Apa la dungu benor. Hehehe. Saya masak Ikan Masak Kicap tu dah hari apa ari tu ek, dah lupa tapi dalam minggu ni kot.. Sebelum saya MC tu. Selasa rasanya. What ever. Tak penting.

Memang tak sepatutnya masak kicap tu bleh gagal. Saya tengok kicap manis Cap Kipas Udang dah habis. Pastu yang ada hanya Kicap Mee jenama Tamin. Saya pun tak tau apsal saya bleh beli kicap tu. Padahal, macam le saya ni ada bukak kedai mee ye dok? Even kalau saya masak mee pun jarang sangat pakai kicap. Huhuh... [mesti bleh bayangkan mee yang aku buat rasa dia tak sedap... ngeh..ngeh..]. Kicap Mee tu rupa-rupanya, rasa dia masin seperti semut berenang-renang di dalam kolam garam. Warna plak, hitam ledot*[hambik... terkeluar plak bahasa Kuantan aku.]. Dah tentu saya tak pernah guna kicap jenis ni. Saya main tuang seperti mencurahkan air di daun keladi je. Pastu padahnya, masin ya amat pami la rasa dia. Rasa nak nangis pun ada. [ceh... mudah sangat nangis aku ni. hahaha...]. Nak nangis sebab saya mcm dah malas nak buat semula, goreng ikan apa semua.. Huuuhuuu... sedih... Lagipun takkan nak buang.. membazir. Yang kuah panas2 dalam kuali tu canner? Alamakkkk.. tak reti sungguh aku nak setelkan.

Last-lastnya, saya tambah je gula utk cover balik rasa masin terlampau tu. Boleh la makan. Sian suami saya. Hahah.. No komen la part dia makan tu. Yang pasti, lainkali tobat le saya tanak pakai la kicap tu. Tak pandai nak sesuaikan dengan masakan. Lagipun warna hitam dia tu menakutkan. *selamba je salahkan kicap kalo diri ko sendiri yg tak pandai masak. Sama macam saya salahkan minyak masak sebab saya goreng ikan tak garing. Tah hapa-hapa. Pastu kena gelok dgn JekJan. Ahh.. dia tu dengki. Hahah.

Kusangkakan Rimas Ini Hanya Sementara...

Sejahteralah ke atas kamu...

Berikut adalah soalan-soalan default bagi peringkat umur tertentu... Setiap soalan tersebut, akan kamu dengari diulang tanya sehinggalah kamu ke peringkat yang seterusnya...

Masa sekolah [dari darjah 1 sampai tingkatan 5]
: Macamana peksa?
: Dapat no berapa?
: Exam dapat berapa 'A's?
: ~Dan semua soalan-soalan yang melibatkan peperiksaan. Dah nak buat canner. Sistem pendidikan kat Malaysia ni kan berdasarkan 'exam-oriented'.

Belajar di Institusi Pendidikan Tinggi
: Ko study kat mana sekarang?
: Ko amik course apa?
: ~Masih lagi persoalan tentang pelajaran.. Soalan yang saya paling bosan nak jawab walaupun orang yang tanya tu bukan orang yang sama.

Mula bekerja
: Ko kerja mana sekarang? Arghhh.. Seriously aku bosan.

Dalam masa yang sama, bila mula kerja je, orang akan mula bertanya soalan default yang paling meloyakan di semesta alam iaitu,
: Bila ko nak kawen?
: Bila ko nak kawen?
: Bila ko nak kawen?

Urgghhh!!!! Sungguh-sungguh annoying kuasa 26. Soalan yang sama itu akan kamu hadapi sehinggalah kamu berkahwin. Bagi mereka yang telah berkahwin awal, tahniah saya ucapkan sebab tak perlu mendengar soalan-soalan tersebut ditanya untuk jangka masa yang panjang. Bayangkan le... start daripada umur 21, sampai umur 31 orang tanya saya soalan yang sama. Adeh... lemau rasanya nak dengar. Eei... Lantak orang la nak kawen cepat ke lambat. Yang ko sibuk ngape? Aku mintak duit ko ke untuk sara hidup aku???

Sampai masanya... saya kawen juga.. Lega rasanya. Dah tentu takkan ada orang tanya saya lagi bila saya nak kawen. Kusangkakan sihat sampai ke esok rupanya demam di tengahari.... Rupa-rupanya... Lepas kawen, masih juga ada soalan default yang saya kena ulang dengar lagi...
: Dah pregnant ke?
: Dah ada isi ke?
: Dah ada hasil ke?
: ~Dan semua soalan yang berunsurkan bila aku nak mengandung atau bila nak dapat anak...


Huuuwaaaa..... Saya rimas dengan soalan-soalan itu. Dalam masa yang sama saya rasa stress juga.....

Katakan selepas saya dapat anak nanti [insyaAllah], orang akan terus menerus bertanya, "Tanak tambah ke?", "Bila nak tambah" and so on...

Sampai bila pun takkan habis 'persoalan-ambil-berat' tu.

28 July 2011

Malu-malu, Usik-mengusik




Sejahteralah ke atas kamu....

Hari ni saya MC lagi. Semalam pun. Haihhh.... badan ni makin hari rasa mcm makin lemau. Makin kerap plak ko MC bulan Julai ni Lyd? Ko apsal? Dah 3 kali dalam bulan ni ko mc... Erhmm.... 3 minggu lepas saya mc sebab masalah perkumuhan [heh..heh], hari ni saya mc sebab demam selsema sambungan daripada selsema dan period pain semalam. Hahaahha... Ok... Saya period ok. So, menutup spekulasi bahawa saya mc sebab pembawaan budak.

Aik.... Period pun nak cerita kat blog ke? Tak malu ke? Sebut pasal malu sebab period ni, teringat lagi masa skolah dulu. Waktu tu, perempuan masih baru didatangi period dan menerima period itu sebagai sesuatu yg baru dalam hidup mereka. Pelajar-pelajar lelaki pula bersikap kebudak-budakan, mengejek dan mengusik pelajar perempuan yang datang bulan. Oleh sebab itu, period itu menjadi sesuatu yang sangat memalukan. Padahal... apa yang nak dimalukan? Bukan kita berbogel pun. Period tu kita simpan apa? [Kecuali le kalau terbocor kat kain... itu memang malu... Tapi kalau lelaki tu matang, mereka akan buat tak tau je. Takde nak ejek-ejek pun.].

Tapi susah la nak jumpa pelajar lelaki yang matang pada waktu itu betul tak? Rata-rata mereka semuanya memang suka mengejek. Tapi pengalaman hidup saya, adegan ejek-mengejek dan usik mengusik ni makin menjadi-jadi kalau orang yang diejek itu memberi respon yang memberangsangkan. Contohnya, bila kena ejek, pompuan suka la merengek-rengek hentak kaki, mulut muncung dan menjerit minta jangan diejek, "huwaaa... janganlah ejekkk!!!". Tapi sebenarnya... memang respon itulah yang dinanti-nantikan oleh orang yg mengejek dan mengusik. Mereka memang nak tengok fikiran kita terganggu. Cuba kalau kita relax je.. Kita cool je.. Buat tak tau bila diejek, atau buat tak dengar then tak beri respon apa-apa... Confirm orang bosan nak mengusik kita. Heheheh... Ternyata taktik itu berjaya sebab itu la praktis yang saya gunakan sejak dulu. Dan lelaki memang tak suka mengusik saya. [Well, mungkin juga sebab saya tak menarik untuk diusik sebab saya hodoh kot... Heheheh... Eh, tapi saya masa skool dulu comel apa... Hahahaha... ].

Bagi saya, malu dengan period itu terpulang la sama ada nak malu atau tanak malu.. Yang pasti, saya rasa biasa je. Kalau lelaki tau saya period, biar je la. Bukan bermaksud, bila saya period je saya pegi buat announcement bahawa saya sedang period. Tetapi jika perlu diberitahu bila ada keperluan. Contohnya jika tiba-tiba ada lelaki yang memberikan kita senaskah Al Quran sedangkan pada waktu itu kita period. Pastilah saya akan katakan kepadanya, "Maaf, saya tak boleh memegang Al-Quran ini..". Kalau lelaki itu faham... dia akan terus berhenti memberi. Tapi andaikata dia masih tak dapat tangkap maksud saya [mungkin sebab kepal hot dia agak beku], saya tentu akan terpaksa bitau dia , "aku period la sengal!!". hahaha... Itu contoh je la.. Setakat ni, itu je la contoh idea saya yang terbaik untuk menunjukkan 'keterpaksaan' saya memberitahu saya period. Heheh.


15 Tahun Dulu dan Hari Ini... 15 Years Ago vs Today

Sejahteralah ke atas kamu...



Sumber dari WEB INI

27 July 2011

Perkara-perkara Bosan Di Dalam Facebook

Sejahteralah ke atas kamu..

Facebook ni ada manfaatnya. Terutamanya daripada segi untuk mengeratkan silaturrahim sesama member-member sama ada rapat atau tak rapat. Sampaikan yang tak rapat, tak pernah bertegur sapa sebelum ini, dah boleh bergurau senda kat dalam FB.

Cuma, ada la beberapa perkara yang saya rasa super bosan dgn FB .... Tapi ni hanya pendapat diri saya sendiri. Orang lain mungkin tak bosan macam yang saya bosan kot. Antaranya;

Perkara Bosan Satu : Photo Tagging Yang Takde Kaitan.
Ada orang yang suka tag gambar dia atau gambar yang takde kena-mengena langsung dengan orang yang dia tag tu. Contohnya tag gambar kepala paip umah dia yang dah rosak. Pastu tag dengan 50 orang lain. Then mula la lepas sorang sorang komen utk gambar tu. Komen plak lama-lama akan jadi makin meleret-leret siap cerita pasal kenangan dia masa skolah dulu panjat pagar asrama malam-malam sebab nak pergi beli megi, pastu sebut nama-nama sedara mara dia yang kita langsung tak kenal. Siriyesly, sungguh rimas bila ko asyik dapat notification ada respon baru daripada FB tapi respon tu sepatah perkataan pun ko tak faham apa benda yg mereka tengah bincang tu. Dan yang pasti, email ko akan penuh dengan komen2 bosan tu.

Perkara Bosan Dua : Application Yang AutoTagging Nama Orang
Yang ni pun lebih kurang jugak annoyingnya macam perkara bosan satu tadi. Cuma yang ini, dia auto tagging. Maksudnya, org yg tag tu, hanya nak gunakan application tu. COntohnya application untuk mengetahui '10 Penghendap Profile Facebook Anda'. Tetiba bila kuar result, habis semua orang yang disenaraikan tu kena tagged jugak secara otometik. Jadi, yg penge'tagged' tu tak bersalah dari segi tagging. Tapi dia bersalah sebab dia bingai sangat pegi guna application tu apa ke jad? Padahal dah tau list-list tu semua bukan betul pun. [Eceh, padahal dulu masa mula2 kuar applications tu semua, aku pun beriya sakai jugak. Muehehe.~Eh tapi takpe, Sekarang aku dah insaf.].

Perkara Bosan Tiga : Fan Page Yang Merapu Yang Rasa Macam Nak Pukul Dengan Penyapu.
Tak tau le siapa yang rajin sangat create FanPage yang haramzader tu. Contoh fan pages yang kalo ko dengar pun, mesti ko rasa menyirap [sila rujuk gambar];



Perkara Bosan Empat : Status Yang Terlampau Personal
Tak kisah le ko nak letak status ko apa. Tapi kalau orang dah kenal ko, dah kenal jugak pasangan ko [suami atau isteri], tetiba ko tulis gini kat status FB ko, "apa la nasib aku ni, kerja umah semua aku buat, ada suami.. sikit pun tak tolong"... Uihhh... Dia sedar tak yang dia sedang tulis kat facebook tu... Yang semua orang bleh baca. Walaupun kadang2 orang tak komen *sebab meluat, tapi jangan sangka orang tak baca. Hadddoiii!!!! Bak kata Johan Rajalawak. Atau pun setiap perkara yg ko buat ko nak tulis kat wall facebook? Maksudnya 'setiap' itu ialah seperti, lima minit skali update status. "Baru lepas lunch..burpp..kenyang". lima minit lepas tu, "gatal plak hidung ni.. garuk.. krok..krok..", lima minit lepas tu, "boss jeling kat aku semacam je sebab aku main internet sejak tadi", pastu "malam nanti nak singgah pasar malam la, nak beli laksa". Lima minit lepas tu update lagi, "@Keanu Reeves, @Johnny Depp, @Remy IshakVersiPutih jom pegi pasar malam. Rindu nak jumpa kowang-kowang..."... Lima minit lagi, saya pun click button hide, then hide dia daripada wall saya selama-lamanya. MUehehehe... Takkan la setiap benda pun ko nak bagitau. Ko ingat org heran sangat ke nak tau? Tapi tak dinafikan.. orang yang update macam tu hanya sebab nak perhatian je. Kot? hahahaha.. Sian. Saya tak nafikan, ada jugak masanya saya pun update status saya seperti, "mengantuknya..", atau "lapar lah". Tapi, itu je update saya sepanjang hari. Kira ok la tu kan?

Perkara Bosan Lima : Friend Request Daripada Orang Yang Tidak Dikenali
AIhh... kalo tak kenal tu, takyah ler nak berkawan2. Pastu buat menyemak je dalam friend list. Kalo nak cari kawan, cari le dulu kat luar ni. Belajar jadi peramah dulu kat alam nyata... Pastu baru le peramah di alam maya. Tapi ada juga yang tidak dikenali itu sebab dia guna nama samaran. Pastu gmbr plak dia block. Dah tu, macamana saya nak accept? So, terus tak approve je la. Hehehe...

Agaknya, itu je la kot buat masa sekarang.. Selesai.

26 July 2011

Asal Harga Barang Naik Je Fokus Kat Minyak, Gula

Sejahteralah ke atas kamu...

Apsal ye bila bercakap tentang harga barang naik, kita terus meloncat risaukan harga gula, minyak masak, petrol, ayam, telur, Milo atau barang-barang makanan je [kecuali petrol le. Kot ada orang yang sedut petrol guna straw buat minuman cocktail di petang hari aku tak pasti la kan.. kehkeh].

Padahalnya..... Harga barang-barang keperluan harian yang lain seperti syampu, sabun, minyak rambut, tuala wanita dan boleh dikatakan semualah, dah naik dengan banyaknya sejak 10 tahun dulu. Bukan setakat naik sen-sen... Ni dah main beringgit-ringgit ni sape nak jawab? Contoh ye, dulu syampu rejoice 400ml harganya hanya lebih kurang RM8-9 sahaja. Sekarang dah jadi RM13 kot. Pastu dental floss yang selalu saya pakai, dulu harganya hanya RM4.90 sahaja. Sekarang tahu berapa? RM10.90. Tapi tadi saya beli kat Guardian KL Sentral, ada diskaun 10%, so dapat le murah skit jadi RM9.80. Tuala wanita Whisper plak, yang wings dan pek 20's dulu harganya RM7-8 sahaja. Sekarang dah RM11.20. Itu belum masuk susu formula untuk bayi. [ohh.. susu tu sepatutnya termasuk dalam kategori makanan la kan? Heheh. Bingai.]

Memang la barang-barang macam syampu, apa semua tu, kita tak beli tiap2 hari, tetapi setiap bulan. Habis tu, kalau katakan setiap bulan, ko beli secara konsisten 40 jenis barang. Dan setiap jenis barang tu naik harga dalam RM3 setiap barang. RM3 x 40 tak ke dah RM120? Itu pun saya dah kira berbudi bicara lah tu sebab saya bagi contoh suh tambah RM3 je. Kalau diikutkan kebanyakkan barangan naik sampai RM5. Ok, sambung balik, katakan bajet kita utk beli 40 jenis barang tu dulu hanya RM400. Tapi bila tambah lagi harga naik maka, barangan yang sama je kita dapat, tapi duit kita bayar bertambah jadi RM520. Ooo... ini tidak adil... sama sekali tidak bertimbang rasa. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat saguhatinya... Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa tahu? Eceh.. tak pasal-pasal jadi pengacara Aduan Rakyat TV3. Kehkeh.. Peaceee...

Kalau kamu perasan, bila kita pegi kedai untuk beli barang, kita amik 3,4 barang je, tapi dah RM40. Sedih je rasanya kan? Mana tidaknya... seingat saya, dari segi penggunaan gula dan minyak saya dah jimat habis dah [nampok benor la benipu kan.. hehe], tapi duit masih gak cepat habis. Sedangkan saya mana ada dah berjoli katak macam masa bujang dulu.

Fuhyoh... Pengsan nak hidup macam ni. Tapi perasaan ni mungkin saya sorang je yang rasa kot? Sebab setau saya, korang semua ni kaya-kaya belaka. Huhu... Saya, kalau setakat milo naik harga tu, saya tak heran pun. Sebab aku tak minum Milo. MUeheheh.. Tapi kalau syampu Rejoice atau tuala wanita Whisper atau dental Floss Oral B Waxed yg naik harga, saya menderita. Mak menderita nyah... nyah kau dari sini!!! Di sini bukan tempat pondan-pondan tua berkumpul!! Hahh... Ok..ok.. merepek.

Jadi, macamana la ye... Lepas ni kena beli sabun cap kapak yang orang buat basuh periuk tu je la untuk cuci rambut. Tapi sabun tu pun dah semakin bongkak. Dia dah mahal kau... Jangan tak tau. Ahah!! Tak pun guna limau kasturi je la. Murah skit. Biar rabak kulit kepala aku. Hehehe..

Tapi, walau apapun.... harga barang-barang ni memang melampau. Kita ni... nak beli tudung berharga Ringgit Malaysia 24 pun berfikir beratus-ratus kali. Tapi ada orang, boleh je beli cincin dengan harga 24 juta US Dollar. US Dollar hokey!!!... Jangan nak buat-buat buta. Tak faham betul. Kalau dia pakai cincin mahal tu, muka dia akan bertambah cantik ke? Saya tengok sama je sembabnya... hodoh jugak kalau ye pun. Opppss.... Kang kena bom... Syhhhhh... Lebih baik berhenti di sini... Selesaii...

Lagu Tiga Kupang : Ada Unsur-unsur Illuminati dan Freemason??!!!

Sejahteralah ke atas kamu...

Cuba kamu perhatikan bait-bait lirik lagu Tiga Kupang ni... Sila baca tafsir lagu ini di dalam kurungan. Kalau perhatikan betul-betul, lagu ini bukan pantun kerana pembayang dan maksudnya tidak berima sama sekali. Jadi... Apakah maksud tersirat di sebalik lagu tiga kupang??

Lagu tiga kupang [kupang mana yg dimaksudkan di sini? Adakah kupang yg duit seposen atau kupang binatang bercengkerang yang boleh dimakan itu? Dan kenapa penulis lirik ini memilih angka 3?]

Saku penuh padi [saku siapa yang penuh dengan padi? Persoalannya, kenapa nak letakkan padi tersebut di dalam saku?]


Enam ekor burung [Enam ekor burung? Sekali lagi persoalan berkenaan angka, kenapa memilih no 6? Kenapa bukan 5, 7 atau lapan? Sedangkan nombor lain jugak mempunyai 2 sukukata dan tidak menjejaskan nada lagu?]


Masuk dalam kuali [Adakah burung-burung tersebut masuk ke dalam kuali dengan sendirinya? Atau ada yang memasukkan burung-burung tersebut ke dalam kuali?]



Bila sudah masak [Rupa-rupanya burung-burung tersebut dimasukkan ke dalam kuali untuk dimasak]
Burung nyanyi saja[Tetapi... jika burung yang telah dimasak, tentulah mati bukan? Jadi, kenapa burung-burung tersebut masih boleh menyanyi? Adalah maksud 'masuk dalam kuali itu bermakna masuk di dalam sesuatu organisasi, dan apabila selesai di'brainwash' dan bersedia[masak], 'burung-burung' tersebut 'menyanyi' atau maksud sebenarnya ialah berdakwah ajaran Freemason?]
Tentu sedap makan [Sedap ke makan burung yang dimasak tetapi masih hidup selepas dimasak?]
Beri pada raja [haa... nampak tak? Kenapa nak beri raja yg makan 6 ekor burung itu? Kenapa tak beri makan petani, atau orang-orang lain? Haaa... nampak tak? nampak tak??? Dah sah nak racun fikiran raja dulu baru boleh sebarkan dakyah kepada rakyat di negeri itu]

Raja dalam rumah [Raja lagi. Lagu ini suka betul fokusnya kepada raja. Mentang-mentang la dia tu raja. Semua nak sibuk skodeng raja tengah buat apa. Tapi raja kan tinggal di istana, bukan kat rumah.]
Buat kira-kira [Kira-kira apa yg raja tu buat? Kira-kira tentang berapa harga negeri jajahan dia tu kalau nak dijualkan kepada musuh? Atau kira-kira berapa orang gundik yg dia ada?]
Suri dalam dapur [suri itu adakah permaisuri? Atau khadam?]
Makan roti gula.. hei! [hebat dia. dia makan roti gula. alamakk... terliur plak rasanya. Sedap roti gula tu.]

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung [Ngape la dayang tu mesti nak jemur tepung kat tepi kolam. kan ke bahaya kalo tepung tu terbalik masuk dalam kolam? Kan rugi?]
Datang burung hitam [burung lagi. Nampaknya penulis lirik lagu ini memang sukakan burung dan raja. ]
patuk batang hidung...hidung..hidung.. [kurang ajar sungguh burung hitam itu. Suka hati dia je nak patuk batang hidung orang]

Ok... dah baca terjemahan dan persoalan tentang lagu ini di dalam kurung tersebut? Jadi, korang rasa ada tak kaitan dengan Illuminati dan Freemason. Apapun yang kamu rasa, saya pasti jawapan kamu ialah... TIDAK ADA KAITAN betul tak? Hahahaha. Sebab memang takde kaitan apa-apa pun dgn freemason ke jadah semua tu. Saya saje je nak perhatian. Lagu ni semalam suami saya nyanyi semasa memandu kereta. Kemudian kami pertikaikan macamana la pencipta lagu tu bleh dapat idea nak buat lirik macam tu. Padahal lagu tu kita macam tak faham pun jalan cerita dia. Takde kaitan pun diantara saku penuh padi dengan 6 ekor burung masuk dalam kuali tu. Pastu dengan raja dlm rumah buat kira-kira la, makan roti gula la, dayang jemur tepung lah. Merepek giler lagu ni. Hehehe.... Kelakar pun ada, sebab tak faham..

So, jangan risau... Takde pun isu freemason tu. Saya saje je nak nganjeng orang Malaysia yg cepat sangat fikir bukan-bukan pasal benda-benda underground ni.. Jelaslah bahawa saya ini memang seorang 'attention seeker'.... Peacee...




25 July 2011

Crab Stick Atau Isi Ketam Diperbuat Daripada Apa?


Sejahteralah ke atas kamu...

Biasa makan isi ketam[crab stick] tak kalau beli Yong Tau Fu Fa? Sedap bukan rasanya? Macam manis-manis dan lembut serta berwarna putih. Rasa macam ketam pun ye juga.

Crab stick ini, diciptakan oleh orang-orang Nippon WeatherBond. Nama asal crab stick ini ialah 'Kanikama'. Siapa yang pernah ke SushiKing, mesti perasan ada sushi yg namanya 'Kanikama Maki'. Crab stick la tu.

Sebenarnya kalau nak dipanggil sebagai crab stick agak kurang sesuai, sebab benda alah ini diperbuat daripada ikan. Ikan yang isinya putih dan dikisar atau dalam bahasa Jepun dipanggil 'Surimi'. Biasanya ikan itu adalah daripada keturunan Alaska Pollock. Bahan lain ialah putih telur [egg white atau albumen] dan juga beberapa bahan campuran yang lain seperti transglutaminase.

Apa transglutaminase ni yer? Erm.. dalam Wikipedia tak dijelaskan secara terperinci, tapi ada dijelaskan bahawa tansglutaminase ini fungsinya ialah untuk mengikat protein dan kemungkinan juga ia diperbuat daripada darah haiwan. [Semoga darah haiwan tersebut adalah darah ikan. Huuwaa..huuuwaa...].


Ini plak sedikit ulasan yang saya cedok daripada web ni;

Crab sticks main ingredients are Pollack and Surimi they first appeared in the this country in the mid eighties. The clean tasty slightly sweet taste with a hint of crab they have become a successful retail product.

They make a tasty snack or a colourful garnish or can be used as an accompaniment to other fish dishes and salads. Used in the California Rolls, these are perhaps the most straightforward ingredient. Available in most stores, they are low fat and very tasty. "Crabstick" is probably the wrong name for this product, because in reality they probably contain only a very small percentage of crab meat.

They are mostly made from pressed white fish of many varieties. This is perhaps the reason that most supermarkets, at least in the UK, display them as "Seafood Sticks". In the UK they cost around 15 pence each. See our price below.


Yang pasti... saya suka crabstick ini... Ngeee..

23 July 2011

Iklan 2 Muka Yang Mengkagumkan

Sejahteralah ke atas kamu.

Ini iklan insurans nyawa.



Ini iklan pisau.



Iklan notebrook.



Iklan bra. Wonder bra. Untuk menaikkan cleavage. Oppss.. Kurang sopan. Sorry. :D


Dan iklan DHL.

22 July 2011

Adakah Kamu Merasa Loya Seperti Yang Saya Rasa?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Pernah dengar kan pasal KPop atau nama dalam surat beranaknya ialah Korea-Pop. Mereka ni mempertaruhkan bakat nyanyian[yg aku pun tak sure la best ke tak bcoz i'am not a big fan of KPop juga selain Megan Fox], rupa yang cantik bagi pompuan dan kacak bagi lelaki serta bakat tarian yang kalau kita tengok, bleh ternganga mulut then kena tampor dgn mak sebab airliur menitik ke karpet nanti payoh nak cuci. Contoh-contoh KPop yg popular di seluruh dunia*[hanya memberi beberapa contoh];

1. Girls Generation.
2. WOnder Girls
3. Beast
4. Super Junior


Mereka ni, kalau berpakaian memang dedah-dedah punya. Yang pompuan pakai skirt pendek tak hingat. Yang lelaki plak pemalas kemain. Nak butangkan baju pun malas. Kalau malas sangat meh akak tolong butangkan nak? Meh sini meh... Tapi lantak mereka la nak seksi ke hapa, mereka bukan Islam pun. Semua benda mereka boleh langgar. Lagipun mereka tinggal di Korea. Mungkin budaya mereka suka dengan syekshi-syekshi, apa kita nak kisah...

TAPI.... adoi..... Potong sungguh bila keluar plak KPop versi Malaysia yang lebih elok kita bagi nama MPop. Supaya tak berselirat otak.

Kalau ini Girl Generation;
Dan ini pula Wonder Girls

Maka ini adalah..... Gula Gula... Owh.. Sho Shweetttttt....




Muahahahahaa... Kelakar.. Kelakar... Dah la pendek-pendek. Kaki plak gemuk-gemuk je. Pastu beriya pakai high boots[takde la high sgt. Maybe knee boots kot nama dia]. Giler ke apa? Kat Malaysia bukannya ada musim winter ko nak pakai boots pun. Kalau nak bandingkan dengan Wonder Girls.. Kaki mereka panjang, pastu slim je. Then ketinggian pun hampir sama so nampak la sekata skit. Nyaman je mata memandang.



Belum habis lagi... Cuba kita tengok yang lelaki plak...

Kalau ini Super Junior;


Dan ini pula Beast


Maka... ini pula adalah... 24:7 kumpulan MPop Malaysia... [Kalau bayi tengok muka mereka ni boleh menangis dari pagi sampai ke malam.]. Dah la airmuka sorang-sorang menakutkan, cara berpakaian pun nampak macam goli-den je. Rambut la, mekap lagi. Aiii.. Musibah... Musibah. Tolong la buat sesuatu utk mereka.



Pastu ni plak kumpulan VIP, anak didik kumpulan KRU. [Maklumat ini aku ambil daripada blog yg aku dah tak ingat dah apa nama dia. ]. Ada tinggi, ada rendah. Nampak macam penghuni Hutan Sepilok je. Seriyes.

Tapi... bagi mereka, mereka dah awesome habis la ni... So, kita nak cakap apa lagi kan? Ikut suka korang lah. Itu baru gambar. Belum tengok video mereka buat performance lagi [cari le kat YouTube, banyak]. Memang rasa mcm loya nak muntah atas kepala penghuni Hutan Sepilok. Bluweekkk...

Kenapa Saya RAJIN Update Blog?

Sejahteralah ke atas kamu... yang membacakan blog ku ini kepada dirinya sendiri.

Selalunya bila orang tengok @ tahu saya tengah update blog, orang akan cakap, "Rajinnya la update blog...". Tapi bagi saya, update blog itu tidak memerlukan kerajinan. Ok, tipu la.. kerajinan itu perlu juga, tapi percentage nya sangat tiny. Yang lebih penting ialah; 1. Suka 2. Idea. Yes, saya selalu update blog sebab saya memang suka. Saya suka express apa yang saya fikir melalui penulisan. [Jangan ada yang sarcasm bila saya sebut 'menulis' blog, bukan 'menaip' blog. Takde apa-apa sebab, cuma perkataan tulis itu lebih synonym untuk karangan walaupun karangan itu ditaip. Ahhh fed up la macam!!! *Tibe-tibe]

Jadi, anggapan bahawa orang yang selalu mengupdate blog itu = rajin = tak berapa tepat. Sama juga macam orang yang suka melukis. Kalau dia selalu melukis, kita tak plak rasa dia tu 'rajin melukis', tapi kita akan tau dia itu ''suka melukis. Dan saya pun faham kenapa ada bloggers yang buat blog tentang masakan dan setiap hari update blog dia dengan 2, 3 jenis masakan. Perghh... hebat! Itu maksudnya, dia memang suka memasak.

Eh, tapi kalau suka je yg ada tapi pemalas pun tak jadi juga kan? Dah tu, mana satu ko ni Lida? Ko giler? Hahaha...

Tak kisahlah orang lain update blog kerana rajin atau sebab apa. Yang penting, saya update blog sebab saya memang suka membebel. *Tapi itu lebih baik daripada membebel kat telinga suami kan? Kadang-kadang takde idea pun. Tapi saya cerita je apa-apa yg terlintas di fikiran. Sekurang-kurangnya,kalau membebel kat blog ini, orang masih ada pilihan. Kalau rasa tanak baca, takyah baca. Tutup je browser. Kalau nak baca pun, silakan. Itu je la. Ye dok? Apa susah.




21 July 2011

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima












Sejahteralah ke atas kamu...

*Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds.

Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata bulat macam Heliza AFBerapaNtah, bleh la jadi comel. Ce kalau dahi sempit, hidung bunga dan mata sepet macam saya ni... Dibantu plak dengan muka bulat macam buah durian. [Opps... bila plak buah durian bulat sangat? Err.. eheheh.. Maksud saya muka berduri banyak noda kat muka mcm buah durian.]

Saya teringin sebenarnya nak pakai shol. Cuma saya rasa kalau nak pakai untuk pegi ke ofis macam tak sesuai plak. Sebab kebanyakan teknik membelit shol tu, lebih menjurus kepada nak pegi bergalok kat shopping complex. Kalau pakai cenggitu dengan baju kurung, saya rasa lebih mudah untuk saya kelihatan seperti nenek-nenek si bongkok lima. Saya rasa le. Tak penah try lagi. Pastu kalau orang cantik nak pakai shol ala-ala Hana Tajima, mungkin akan meng'enhance'kan lagi kecantikan mereka. Tapi kalau saya pakai, mungkin akan menyebabkan saya kelihatan seperti anak kucing yang tertidur di celahan timbunan pakaian kotor di dalam laundry basket. Hambik ko.

So, imej bagaimana yang saya nak tukar ni? Ohoii!!! Susah sungguh nak fikir. Kalau payah sangat, aku tetap jugak la dengan tudung bawal aku ni sampai bebila. Takyah nak fikir lagi. Full setop!

20 July 2011

Bilakah Masanya Akan Tiba?..........

...untuk saya tengok filem Transformers. Harap-harap weekend ini peluang itu akan muncul jua.

Sejahteralah ke atas kamu...

Walaupun menonton filem Transformers itu bukanlah salah satu drpd syarat-syarat wajib untuk menjadi manusia yang berjaya dalam hidup, tapi saya tetap teringin jgk nak tengok robot-robot itu bergasak! Biarlah heroin filem tu bukan lagi Megan Fox, tak kira... nak tengok gek. Bagus pun. Saya mmg suka pun Megan Fox tak berlakon citer tu sbb i'm not a big fan of Megan Fox. Saya tak rasa dia cantik pun. *Ayat jeles~. Selain muka palsu yg superficial, dan muncung terlebih.. Lebih baik la dia tak berlakon. Lebih afdol bak kata orang-orang Arab. Kalau tidak bleh mengganggu mood je. Cheh, ntah2 heroin baru tu lebih menyampahkan. Tapi Adha Ku Kayshah? Sebab watak-watak picisan mcm tu tak penting pun, kalau takde pun takpe. Org nak tgk robot berlawan je terbang-terbang sampai hancur-hancur badan... Bukan nak tengok pompuan-pompuan yg seksi takde motif tonggek-tonggek punggung depan robot. *tapi lelaki-lelaki suka la. Walaupun watak itu tak penting langsung kepada jalan cerita.

Erm... lagi satu persoalan... Bilalah agaknya saya ada peluang nak pakai braces ni. Saya pun teringin jugak bergambar senyum nampak gigi macam Maya Karin. Heh heh.. Sawan jugak cita-cita ni, kan?

19 July 2011

Anak Ko Comel Ke Tak Comel?

Sejahteralah ke atas kamu...

Dengan persoalan di atas itu, saya rasa.... mana-mana mak ayah dalam dunia ni pun akan kata anak mereka comel. Dan kebanyakan anak-anak memang comel pun. Ye lah. Sebab mereka kecik. Anak-anak ni seolah-olah seumpama versi mini kepada mak ayah mereka. Cuba bayangkan kamu melihat seseorang yang mukanya sebijik macam saya, perangai pun macam saya tapi dia kecit je. Comel tak? [*Bluweekkkk... nak perasan diri sendiri syomel latewww... nyampah tawww].. Sama juga kalau kita tengok replica gajah yg dikecilkan 90%. Saiz dia jadi kecil then kita akan rasa ia sangat key-yoort!!

Tengahari buta ni ada hati nak membebel plak. Dengan ini diisytiharkan bahawa : Anak-anak. Yang mencomelkan mereka selain daripada rupa yang comel, ialah karektor mereka. Bagaimana mereka respon terhadap sesuatu sama ada pasif, aktif, agresif. Cara mereka bercakap. Cara mereka melakukan apa yg kita arahkan. Ada anak-anak yg memang ditakdirkan dengan rupa paras yg comel. Tapi ramai anak-anak yang rupa paras biasa-biasa je, namun sangat comel di mata kita. Sebab karektor tu la tadi. Cara mereka angguk kepala terhadap soalan yang sama yang ditanya berpuluh-puluh kali kepada mereka. Cara mereka bermain barang-barang yang bukan permainan pun, seperti main sayur kubis, main payung, main kain batik mak dia, sebagainya. Juga cara mereka menangis kerana sedih selepas dimenyakat oleh mak mereka sendiri. Juga cara mereka ketawa kepada lawak tak kelakar yang kita buat. Kesiankan anak-anak ni?

[*Aku selalu buli anak-anak sedara aku yg berduyun ituuu... Dulu aku tak risau pun kalau anak sedara aku membesar dan dah jadi tak best utk buat main, sebab aku tau lepas tu akan muncul lagi dan lagi dan lagi anak buah lain yg baru lahir. Tapi now, aku rasa banyak kilang produce anak dah tutup dalam family aku. Kena tunggu anak aku la plak nampak gayanya ni. Baby.... Amacam? Bila kita nak dapat the real 'baby' ni? Are you ready to be bullied? Masa mula-mula aku dapat anak sedara dulu masa tu umur aku 4 tahun. Aku rasa excited giler. Tapi selepas 31 kali, perasaan tu makin lama makin biasa je. Sebab anak-anak sedara ni, patern dia yg aku nampak.... masa dia kecik, kita manjakan dia, mandikan dia, tolong tukarkan lampin mereka, tidur dengan dia [bukan pedophile ye..], masa tu dia jinak. Lepas dah besar skit, mula nakal, dia dah tak berapa jinak. Bila masuk skolah, bila dia dah mula ada minat pelik dia sendiri seperti minat Justin Bieber ke, kita dah makin tak rapat dengan dia. Pastu bila dah remaja, masuk skolah menengah, mereka dah menyendiri, bukan sebab sombong, tapi sebab malu-malu.. Then bila dah besar, dah kerja... bz dengan kerja. Anak sedara aku pun ramai yg dah besar. Semua peringkat ada, dewasa, study IPT, sekolah menengah, sekolah rendah, tadika, belum skolah dan bayi. Fuhh... Ramai seriously. Tapi seronok giler time balik kampung ramai2. Pegi mandi sungai ke. ].

Jadi menyimpulkannya dengan, "jangan pelik kalau ada orang kata anak dia comel sedangkan di mata kamu, anaknya biasa-biasa ajaaaa..."

*Panjang nak mampus aku meleret. Hahaha.. Padan muka ko.

18 July 2011

Puasa Dah Dekat, Baju Raya Ko Dah Tempah Ke?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Ya ampun.... Selok benor nak raya nampaknya... Dah citer pasal baju raya. Perghhh.... Sakai giler kau ni Lida.

Eh, tapi normal apa kalau tempah baju sekarang. Sebab biasanya bila masuk je bulan Ramadhan, tempahan dah tak diterima. Kecuali la tukang jahit tu memang kamceng dengan kita kan?

Tahun ni, saya mcm ada banyak je baju yg saya tempah untuk dipakai raya. Erm, tapi hanya 2 pasang saya beli. Itu pun untuk dijadikan baju ofis. Lagi 3 orang bagi. So, alang-alang, anggap je la semua tu baju raya, walaupun fabricnya takde la gempak mana pun. Murah je beli kat Kamdar MidValley.

*Ada ko tanya aku pasal baju raya? Takde kan? Abih tu, sape suruh aku citer? Lalalala..... Saje je citer sbb exsaited nak dpt baju raya banyak. Huhh.. tahun ni banyak rumah yg perlu dipertandangkan....

Penyanyi Cendawan. Naik. Turun.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Ramai penyanyi baru yang muncul sekarang ni kan? Malas nak komen pasal 'kenapa semua orang berlumba-lumba nak jadi penyanyi', sebab itu bukan motif entry ini ditulis.

Saya cuma nak mengetengahkan pendapat bertaraf antaraplanet saya tentang : apa yang menentukan seorang penyanyi itu diminati atau tidak. Heylo... bukan senang tau nak dapatkan pendapat ai yang interplanet ni tau... Ohoiii.....

Bagi saya [sekali lagi diingatkan, ini adalah pendapat personal], seseorang penyanyi itu jika ingin diminati, dia perlulah mempunyai 1 kriteria yang paling utama... iaitu LAGU YANG SEDAP selain daripada suara yang sedap. Ala... penyannyi biasanya suara mereka sedap je. Atau setakat boleh-boleh je. Tapi kalau lagu sedap, mesti confirm akan laku. Erm.. tapi tak tau jugak kalau org selalu donlod dari internet je kalau nak dengar lagu sedap dia tu ek? Haaa,, itu nasib dia la. Hahahaha... Sape suruh dia jadi penyanyi.

17 July 2011

Nasib Saya Memang Malangs

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya tak faham kenapa saya selalu dapat panggilan telefon daripada bank [bukan 1 tapi lapan belas!!! *ok..auta.] yang nak promote insurance mereka kepada saya, yang pastinya mereka itu sangat-sangat menyampahkan ulu hati saya ni.

Biasanya kalau dapat panggilan daripada mereka, mereka akan kata, "Pn , boleh luangkan masa untuk dengar promotion daripada pihak kami?". Ok.. soklan pertama ni, kalau ko jawab 'TAK BOLEH', mereka akan minta diri, pastu minta maaf kerana mengganggu... TAPI!!!! Ko jangan ingat ko akan selamat dan perkara itu akan habis di situ sahaja. Nahhhhhh.. It's not that easy to end la brotherrrrr... or sistaaa or father or motherrrr... Bila no telefon ko dah ada dalam simpanan mereka, mereka akan keep calling and calling and calling sampai la kamu berkata kepada mereka.. "Ye! Boleh! Silakan ceritakan bedtime story mu itu kepadaku".

Kemudian... Bila ko dah bersedia nak dengar, maka mereka pun akan cerita kat ko promosi mereka babloo bableee bablaaa babling babling... sampai ko rasa macam "ayat-ayat sampah ni kalau aku tak dengar pun tak mudarat hidop aku"... Sekali sekala masa ko tengah dengar mereka promote produk mereka tu, mereka akan tanya, "Faham tak Puan?" So, aku pun akan jawab "Haaaa, faham.. " *sambil menguap seluas alam mulut aku. Pastu orang tu akan sambung lagi... babrooo, bobrekkk, poprettt.. totrett teett toott... pastu mereka akan tanya plak.. "stakat ni apa pendapat Puan tentang produk ni?". So, dengan sungguh tak ikhlas aku akan jawab, "owh... sungguh bagossss... susah nak jumpa produk yang bagus macam ni kat Malaysia ni..". ~Then org yg promote tu pun kedengaran bersuara girang, padahal mereka tak tau aku tipu.

Last sekali bila dia dah habis jelaskan semua fakta-fakta baik produk yang mereka promote tu, mereka akan tanya, "JADI BOLEH SAYA BANTU PUAN DENGAN PENDAFTARAN UNTUK BELI INSURANs INI?" [yang pasti produk itu takkan pernah ada keburukan langsung! Tak ada langsung hokey? Hebat bukan? Memang sepatutnya memleleh air liur.]. Dah tu apa ko rasa? Lepas mereka dah tepon aku yang mana aku tak pernah suruh mereka tepon atau tak pernah suka nak dengar khutbah kesihatan tu, mereka bleh plak terus assume yang aku memang nak ambil pakej yang ditawarkan tu? Yela, memang aku cakap produk tu bagus, tapi ada aku kata aku nak beli??? Bila masa? Part mana? Perenggan mana???? Haa... gagap nak jawab kan? Kalau gagap tu buat salah la tu...

Pastu, aku akan cepat-cepat cakap, "Tak perlu daftar sebab saya tak berminat.". Tapi mereka akan tanya balik, "kenapa tak berminat ye Puan?"... A hah!! Part ini yang paling penting... Bila mereka tanya ko soklan begini, lebih baik ko jangan bagi alasan apa-apa. Cuma perlu jawab, "Saya cuma tak berminat". Bukan apa, kalau ko bagi alasan, mereka akan putar alam jawapan ko tu dan bagi solution yang konon-konon macam mereka tau sangat pasal hidup ko. Pastu perbualan akan jadi lagi panjang dan meleret-leret. Dan berkemungkinan last skali ko akan termakan dengan auta-auta mereka, pastu ko register jugak penyudahnya. Contohnya kalau ko bagi alasan, "Saya dah ada insurans lain la." Mereka akan tanya, "Insurans apa? Berapa bayar sebulan? Apa benefits insurans tu tawarkan? Penyakit apa insurans tu cover? Berapa banyak insurans tu akan cover? Sampai umur berapa?"... dan bermacam lagi soalan cekik leher sendiri yang akan keluar.

Pernah sekali.. bila orang bank yang telefon tu mintak maaf di penghujung perbualan dia lepas dah promote panjang giler kat aku, aku cakap "dah tu kalau saya tak maafkan, awak nak buat apa?" Ceh.. kuang hajar giler. Tapi dah dia mengganggu hidup aku. Hehehe.. Byeee... See yu.


16 July 2011

Kalau Yu Nak Kawen Dengan Ai, Yu Mesti Ada Bla..bla..blaa..


Sejahteralah ke atas kamu...[yang membaca blog ini]..

Pompuan suka letak syarat macam, "Lelaki jangan mimpi nak jadi suami haku kalau dia tak ada 1]Kereta, 2]Rumah, 3]Simpanan dalam bank paling busuk pun 40 juta Zimbabwe, dan 4]Gaji bulanan mesti RM5k dan ke atas... 5] Wajah tampan seperti Remy Ishak versi putih. Kalau tak ada semua tu, boleh jalan. Nak berlari dalam guni pun, silakan".

Duit memang penting. Harta itu sangat membantu untuk kita jalani hidup bahagia bersama suami dan kucing-kucing kita, tapi..... Allah berfirman;

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.".

Maksudnya... Kamu rancang macamana sekalipun, kamu fikir, pecah otak sampai kepala keluar jus sekalipun, dan kamu anggap apa yang kamu nak usahakan tu pasti akan berjaya pada hari yang kamu harapkan tu, tapi jangan lupa... kita tidak akan tahu masa depan kita macamana. Mungkin kita anggap Yuna cool sebab dia dah cuba sesuatu yang bawu, tapi mana la tahu mungkin sehari dua lagi, kita pun akan cuba seswatu yg bawu jugak maka kita akan menjadi cool? Siapa tahu kan?

Ok, berbalik kepada perenggan pertama tadi... Pompuan zaman sekarang ni, mudah sangat letakkan syarat-syarat itu dan ini untuk lelaki memiliki hati dia. Padahal diri sendiri pun tak la secantik Mayat Karim. Dan kualiti diri dia pun setakat gitu-gitu je... tapi ada hati nak lelaki perfect. This is imperfect dude!! Imperfect!! Really unfair and unlovely. *Apa yang kau merepek ni syaitaannnn???

Pendapat saya... Tak salah kalau lelaki tu serba kekurangan. Apa salahnya beri dia peluang. Asalkan kamu boleh nampak attitude dia baik, rajin bekerja dan beriman pun sudah cukup untuk membahagiakan kamu. Tak kaya sekarang tak apa. Esok lusa mana tahu kalau dia akan jadi kaya raya. Kalo dia tak kaya raya, biar dia jadi kaya puasa. Atau pun kalau dia tak kaya pun biarlah.. Harta itu hanya akan menyesatkan kamu lagi ada. Kaitan dengan ayat 34 surah Luqman yang saya tepetkan di atas tu, mungkin kamu tengok lelaki tu koro je, takde harta, takde rupa... tapi tak ada siapa tahu nasib dia untuk esok lusa. [Part rupa tu memang sedikit mustahil la nak berubah kan.. tapi dari segi harta dan kepandaian itu insyaAllah bleh... ]. Sama juga kalau lelaki itu kaya sekarang, siapa boleh jamin kekayaan itu akan kekal begitu selamanya? Yakinlah kepada kekuasaan Allah. Yang lain apa nak takut.

Hey pompuan! Apa salahnya kalo lelaki kamu serba kekurangan, sebab diri kamu pun banyak juga kekurangan. Hey pompuan! Kalau lelaki itu tiada harta seperti yang kamu harapkan, cuba la beri peluang untuk kamu cari bersama-sama dia selepas berkahwin nanti. Kan lebih manis susah dan senang bersama-sama. Memang seronok kalo kita tak perlu berusaha apa-apa untuk hidup senang, i mean, bleh tumpang kekayaan lelaki itu je.. Tapi kepuasan itu tiada.

Dan hey lelaki! Kamu perlu tahu jika pompuan yang terlalu meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk kamu memiliki dirinya, maka kamu harus tahu bahawa dia tidak akan dapat memberikan kamu cinta yang ikhlas sehingga bila-bila pun.

15 July 2011

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu...

Ciput Satu.
Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha...


Ciput Dua
Pernah tengok tak bos pergi ofis, waktu ofis, pakai kemeja dan slack bersama kasut Adidas Samba? Haaaaaaaaaaaaaaaaaa... Payah nak jumpa tu. Tapi percayalah. Ada. Muehehehehe...

Maggi! Curse!

Sejahteralah ke atas kamu....

Semalam saya MC. En Stormpong keja half-day untuk bawak saya pergi klinik. Sebenarnya saya mampu pergi sendiri. Dulu masa bujang pun sendiri jugak. Kalau sakit atau demam, pegi je drive sorang-sorang pegi klinik. Cuma kalau demam pekat sangat, takleh bangun maka esoknya otometik saya apply cuti kecemasan.~sakai!. Tapi bila dah kawen ni, saya jadi gedik yg wajar di'bekhen' je sedas. Yelah... dah lama sendirian, apa salahnya ngade2. Bukan dgn org lain.. Suami sendiri oklah tu.

Lauk mentah kat dalam fridge dah yillek. Walaupun fridge itu ada teknologi yang boleh menyiram sayur-sayuran, tapi tak ada pekdahnya juga kalau sayurnya pun takde. Ye dok? Saya nak pegi beli lauk rasa mcm sungguh tidak berkerajinan nak kuar rumah. *Ye, saya tau memang agak bingai sebab masa kuar pegi klinik tu ngaper ko tak terus pegi beli je lauk??? Err,... jawapannya ialah sebab saya pun tak tau. Lupa kot. Lagipun mcm tak plan nak masak. *Hancur betul bini ko ni, Azrul.

Sebelum Maghrib tu tetiba diri saya sendiri plak yang rasa lapor kebulur beriya. Padahal suami saya rilek je tengok rancangan dokumentari pasal Presiden America kat History Channel *sambil tahan mengantuk. Kat umah tu hanya ada Maggi je. So, saya mintak izin daripada suami *hotak nko mintak izin. Takkan nak masak megi pun nak mintak izin plok??*. Actually bukan mintak izin, cuma bagitau je. Pastu boleh la suami saya order megi tu untuk dia jugak. Kehkeh...

Lepas dah masak tu[gaya macam masak yang gempak-gempak je kan?], kami terus makan time Maghrib, pastu En Stormpong tanya... "Ni megi perisa apa?". Dengan tulus ikhlas saya jawab, "ni bukan megi, tapi Mee Sedapyang takde la sedap mana perisa Soto Hayam". Dah tu, mana point nya entry ko ni Lida? Haaa? Haaa????? Cakap dekat aku! Mana pointnya entry ko ni??? [Naik syeh pastu melompat atas meja bos aku then cekak tali leher dia~ dengan bijik mata hampir nak terkeluar dari soket mata]...

Maksud saya kat sini... Kita selalu je panggil mi segera tu 'megi' tak kira la mi segera tu jenama IndoMee ke, Adabi ke, Mamee ke atau pun Mee Sedap yang tak la sedap mana pun tu. Padahal Maggi tu tak berdosa pun. Dia tak minta pun publisiti sebegitu. Dan mi segera lain tak pula menyangka mereka akan dianaktirikan sebegitu rupa. Jadi, sekarang salah siapa?

Sama juga bila kita panggil penyembur nyamuk dengan nama 'Ridsect' walaupun mungkin jenamanya adalah Shieldtox atau Baygon, panggil ubat gigi dengan nama 'Colgate' padahal mungkin jenamanya Darlie atau Fresh and White dan panggil marjerin dgn nama 'Planta' sedangkan mungkin jenamanya Daisy.


Kesimpulannya... sampai hati korang woo..wooo... *begitulah katahati jenama-jenama yg dianaktirikan itu.*. Cuba kalau korang la... Bos asyik belanja kawan ko je, padahal ko pun anak buah dia juga. So, itu menunjukkan yg ko memang pemalas atau ko tak pandai mengampu. Woohooiiii....

13 July 2011

VLog. Hek Eleh.. Ketinggalan Betul...

Sejahteralah ke atas kamu...

Sungguh ketinggalan zaman juga topik Vlog* ni. Saya dah lama dengar, cuma sebelum ni tak tengok sendiri. So, tak dapat nak komen apa-apa. Bila dah tengok kat YouTube clip-clip yang Vlogger submit tu, yeah... betul lah... Cool mereka tu. Yang paling saya minat ialah Maria Elena. Cantik douh beliau tu. Lagipun karektor beliau macam spontaneous yang tak dibuat-buat. Very cool!!!

*VLog ni macam blog juga tapi dalam bentuk video. Boleh digambarkan macam ni la... Blog tu seumpama baca buku teks yg kadang-kadang boleh jadi macam baca surat khabar atau baca komik atau novel. Vlog pulak macam dengar ceramah motivasi kat TV atau kadang-kadang boleh jadi macam tengok Buletin Utama, mungkin juga macam tengok citer Sin Chan. *Contoh Vlogger yang very the femes ialah Cikgu Shida - Kalau Berpacaran. Nama-nama popular yang lain macam MatLuthfi dan Anuar Hadi... Vlogger ni menceritakan tentang sesuatu topik sekali dgn visual. Biasanya yang jadi pelakonnya adalah mereka sendiri. Tu yang cool. Kreatif giler.

Semalam, bila tengok Maria Elena yang cantik rupawan tu bercerita dalam Vlog beliau, rasa dah tertarik dengan beliau. Tetiba jumpa satu lagi clip yg dia bergabung dgn sorang lagi Vlogger. Rasanya Vlogger itu agak femes juga. *Nama dia rahsiakan. Tapi memang potong habis le tgk VLogger yang sorang lagi tu. Syok sendiri nak mampus.. Aku bosan tengok dia. Tetiba Maria Elena tu jadi diam dan macam tenggelam, bukan sebab minah sorang lagi tu best sgt, tapi sebab minah sorang lagi tu cakap berlebihan sampai tak sempat Maria nak mencelah. Eceh.. tak pasal-pasal aku emosi tak bertempat. Ahahaha.. What ever.

12 July 2011

Sosej Gulung Roti - Sausage Roll



Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saje nak kongsi. Teknik-teknik membuat kuih yg tak le gempak mana pun. Senang dan ringkas saja.

Bahan-bahannya ialah...

  1. Sosej [Jika sosej yg panjang, boleh potong 2]
  2. Roti [Bahagi sekeping roti menjadi 2 keping yg lebih kecil]
  3. Telur [Sila belasahpukul telur tersebut]
  4. Serbuk roti [Serbuk roti atau bread crumbs ni saya buat sendiri. Rupa dia macam serbuk kacang kan? Memang la warnanya agak keperangan sebab saya menggunakan roti wholemeal yg penuh serat Gardenia.]






Cara-caranya :


  1. Gulung sosej dengan roti yang telah dipotong 2 itu.
  2. Dihujung gulungan, sapukan telur menggunakan berus. Kemudian, setelah roti tersebut melekat;
  3. Sapukan pula telur di keseluruhan roti tersebut. [Menggunakan berus dapat menjimatkan telur. Kalau main celup je dalam telur, nanti roti tu serap telur. So, telur akan cepat habis. Ko paham ke dok ni? Haa.. kalo faham bagos!]
  4. Roti yg diselaputi telur itu, kemudiannya digolekkan di atas bread crumbs atau serbuk roti.
  5. Salut dengan serbuk roti sehingga meliputi seluruh permukaan roti. Jangan beri peluang kepada roti itu menampakkan kulitnya. Ajar skit roti tu bersopan. Jangan nak bogel-bogel.
  6. Susun dalam bekas kemudian simpan di dalam peti sahaja jangan simpan di dalam hati kerana jika simpan di dalam hati, nanti susah nak keluarkan semula daripada hati tu sebab mungkin serbuk roti tu melekat kat hati. Tapi kalau nak makan terus, boleh goreng je terus, takyah simpan-simpan.

10 July 2011

Bahasa Budak-budak Zaman Sekarang

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya ini adalah anak 80an. Maksudnya lahir pada tahun 80-an. Semasa saya di sekolah menengah, bahasa penulisan yang kononnya digunakan untuk menggambarkan bahasa pasar, biasanya ditulis seperti ini[contoh];
  1. sayer = saya
  2. biler = bila
  3. maner = mana
  4. suker = suka
  5. aper = apa, dan begitulah seterusnya... Hadoii...Pedih ulu hati aku kalau nak senaraikan semua.
Maksudnya, semua perkataan yang berakhir dengan huruf 'a' akan di'pandai-pandai tukar'kan menjadi 'er'. Itu dah kira cool habis la tu...

Tiba-tiba zaman anak-anak yang lahir dihujung-hujung 80an dan juga pada tahun 90an, keluar lagi bahasa persuratan yang lebih pelik. Mungkin sebab bahasa persuratan mereka adalah persuratan elektronik kot. Alaahhh... Senang cerita, bahasa SMS la kot. Tapi bahasa-bahasa ni tak hanya digunakan dalam SMS je. Kat FB, kat email pun sama naik juga. Yang pasti, bila saya baca ayat-ayat mereka ni [biasanya anak sedara aku punya la], dalam 50 patah perkataan yang mereka taip, hanya 4 je yang saya paham. Huhu.. Apa ke benok sangat maksu mereka ni??

Contoh bahasa canggih persuratan electronic remaja 90an ialah;
  1. Lew = Lah
  2. Gitew = Gitu
  3. Jew = Je
  4. Kew = Ke
  5. Kewl = Cool
  6. Aq/ak = Aku [Aku tak sure macamana cara nak sebut perkataan ini. Adakah memang sebutannya 'ak' je, atau bila tulis macam tu, tapi sebut tetap 'aku'. Haih.. ntah le derang ni.]
  7. Banyak lagi yang aku tak ingat dan tak faham.

Saya kadang-kadang selalu jugew gunew bahasew 'wwww' tergeliat lidah ni dalam blog atau manew-manew mesej yg lain. Tapi sebenarnyewww hanya sebagai sarkastic jewwwwww... Auwww... [Teringat plak slang Yuna dalam iklan Libresse. *Anda pun cuba seswatu yg bawu jugakkkk...-apa dia ingat comel kewwww hahh???? Nasib baik lew suareww dan lagu nko sedap.. Tak jadi aq nak mawah ko.]. ~untuk adik-adik comel... kalau akak tersilap menggunakan bahasa wwww kowang ni, mintak hampun yeww? Mawah lewwteww..

Yang pasti, bila baca tulisan mereka, saya sendiri pening lepas tu stress sorang-sorang sebab tak faham. Itu belum campur perkataan bahasa Inggeris yang dimelayukan ejaannya.. Juga bahasa yang dipelatkan.... Arghh.. tension..tension. Contoh macam nak ckp 'balik' jadi 'lik' je. 'Rasa' jadi 'ase'. 'Lagi' jadi 'age'. Pastu perkataan yg menggunakan hurup 'i' kebanyakkannya ditukar jadi hurup 'e' seperti 'dea = dia', 'kaen = kain'. Ishh... byk lagi la... Karang bleh muntah buah nenas aku karang.

Saya takde la nak kata mereka salah atau apa. Cuma, saya nak nyatakan betapa tak fahamnya saya dengan bahasa budak-budak sekarang. Atau mungkinkah saya terlalu dewasa utk terjun ke dalam dunia remaja-remaja itu? Loser! Double loser! What ever! Moron! Eceh.. Tak pasal-pasal. Saya bukan cakap mereka loser. Itu cuma pantun, juga daripada remaja-remaja sekarang. Macam-macam kan?

Adik-adik.. kan lebih indah kalau guna bahasa yang betul. Tak la hilang sangat bahasa Melayu kita ni betul tak? :) *Cuma cadangan saja. Jangan sentap hokey?

09 July 2011

Lukisan Yang Memecahkan Kepala....





















Sejahteralah ke atas kamu...

Saya sangat suka seni lukis. Bagi saya, seorang pelukis itu amat mengkagumkan kerana daya ingatan dia sangat kuat. Kalau tidak, takkan pelukis boleh lukis setiap perincian pada sesuatu subjek itu tanpa perlu melihat pada subjek tersebut. Dan jika mereka lihat pun hanya tengok sekejap dan tak kerap. Cuba kalau suruh saya melukis? Tatap subjek tu sampai keluar tunas pun belum tentu dapat lukis satu lengkung pun daripada subjek itu. Hihi... Jadi... Saya sangat menghargai karya lukisan. So, saya ingat... nak tempah lukisan gambar perkahwinan saya la untuk gantung kat dinding umah kami. Mesti super cool jadinya nanti. Erm.. Minggu ni insyaAllah balik kampung... Bleh le tempah kat street artist yg lepak kat Teluk Cempedak. FUh... Mereka sungguh berbakat. Rasa macam nak duduk je berkelah tepi pelukis tu sepanjang hari utk tgk mereka melukis potret macam-macam.

08 July 2011

Senarai Jalan Yang Ditutup Sempena Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....



Berikut adalah senarai jalan-jalan yang ditutup kerana perhimpunan BERSIH yang mungkin akan diadakan pada 9 Julai 2011 [Sabtu]. Sumber adalah daripada blog ini.

1. Lebuh ampang.
2. KLCC.
3. Bank negara.
4. Dataran Merdeka.
5. Sogo.
6. Chow Kit.
7. Menara Sultan Ismail.
8. Masjid Negara.
9. Jalan Raja Chulan.
10. Jalan Ipoh.
11. Sentul.
12. Jalan TAR.
13. Jalan P. Ramlee.
14. Jalan Bandar.
15. Subang Jaya (near Segi).
16. Sunway Pyramid and Subang Parade.
17. Federal Highway.
18. LDP.
19. KL-Seremban highway di Seri Kembangan

Dah tu... Pandai-pandai le mengelakkan kesesakan jalanraya ye. Semoga semuanya berjalan lancar...

Nescafe La Pulak

Sejahteralah ke atas dirimu itu yang membaca blog ini...

Saya ini bukan seorang manusia yang suka minum air berperisa, kecuali kalau makan kat luar. Jika di rumah saya lebih mengagung-agungkan air kosong berbanding air milo dan air-air yg seumpamanya. Tak ada pantang apa-apa, cuma lebih suka air kosong. What to do itik sudu.

Sejak seminggu, dua ini.... saya selalu keletihan. Seperti tak cukup tidur. Bila di ofis, sampai saya tertidur di meja sedangkan sebelum ini, jarang sangat pipi saya menjilat meja kerja saya [kerja sangat la aku ni kisahnya kan? hihihi]. Kalau tidur di surau pada waktu tengahari pula, selalu terbabas sampai jam 2.30ptg. Melampau betul perbuatan itu ye murid-murid? Sungguh tidak terpuji akhlak tersebut.

Semalam awal pagi saya mulakan hari saya dengan makan toast perisa jem stoberi dan air NesLo. Nisbah yang saya masukkan ialah setengah camca teh Nescafe, dan 3 sudu besar Milo [patut la Milo cepat habis. Ko rupanya yang menjadi dalang di sebalik kehabisan Milo itu.]. Air pula hanya separuh mug. Tanpa susu. Tanpa gula. Tanpa ragu-ragu. Gunakan tanpa was-was. Ridsect, tak beri peluang. Ok..Enaf dengan iklan. Tolong lempang jap muka aku bagi aku sedar diri sket.

Ajaib... saya tak mengantuk langsung dan rasa segar je sepanjang hari sampai jam 12.30mlm. Saya tak pasti itu adalah kesan Nescafe atau ada sebab lain. Tapi best la rasa sihat. So, minumlah Nescafe.



Mampukah Saya Membuat Biskut Raya Tahun Ini



Sejahteralah ke atas kamu...

Raya dah dekat. Eh, astagfirullahal'azim. Lyda, puasa pun lagi sebulan nak mula. Apa nak jadi kamu ni.... Pilot? Doktor? Loyer?

2 tahun lepas saya beriya-iya sangat nak beli oven kononnya nak buat kek, buat cookies dan segala macam makanan gemuk yang ada kat muka bumi ni. Pastu bila dah beli oven, saya hanya sempat buat cookies je 2 kali. Selebihnya perkataan yang bermula dengan hurup M telah bermaharajalawak kat atas kepala saya. Selepas dah cuba buat cookies 2 kali, baru la saya tau betapa renyahnya nak buat makhluk-makhluk comel dan sedap tu. Betul la mengikut kata OrgKgBaru; nak buat kek perlukan sukatan yg tepat then sungguh banyak cekadak. Bagi saya... Tentang sukatan tu semua saya ok je. Tapi bila nak bermain dengan marjerin dan juga butter yg minyaknya sungguh polisaturated dan monosaturated[*aku main sebut je, ni Badang yg citer. Tapi aku faham skit2 je apa yg dia explain tu. Kehkeh..otak benak kot], sumpah saya takleh bersabar. Saya memang tak berminat nak mengharungi dugaan tangan berminyak-minyak yang bleh melekat kat mana-mana pastu rasa tak selesa tuh... Adoiiii...

Penyudahnya... Oven tu saya hanya gunakan untuk bakar ikan, bakar roti untuk buat bread crumbs atau bakar apa-apa yang patut dibakar, yang sungguh 'once in a blue moon' saya lakukan.

Tahun ni, mungkin lain sedikit [kot]. Saya dah ada 2 keluarga. Jadi, korang rasa, perlu tak saya buat biskut raya untuk impress keluarga ibu mertua? Heheh.. Takkan nak balik kampung dengan kuih beli je. Berapa banyak nak beli ye tak? Untuk 3 buah rumah [termasuk rumah sendiri yg dah pasti akan diserbu oleh kengkawan en stormpong lepas raya nanti] Buleh bengkrap raya tahun ni. Dan yang paling penting... setiap tahun, saya ada niat yg baik utk bagi duit raya kepada 31 org anak sedara, yg ended up dengan semua sekali tak dpt pun duit raya daripada saya..... Huwaaaa... Sian mereka. Oopss..Tahun ni tambah lagi 2 orang anak sedara. Dan adik ipar? Alaa.. adik ipar takyah la... Dia dah besar.. Hahahha...

Ok...Sila jangan terbabas jauh sangat. Berbalik kepada topik biskut raya tadi... Mampukah saya membuat cookies untuk raya tahun ini... Mampukah saya bergelumang dengan marjerin bertepet-tepet? Mampukah saya menguli doh biskut dengan cemerlang tanpa membazirkan tepung untuk sessi 'try and error' membuat adunan? Mampukah?? Mampuskah?

Kalau melihatkan kelembapan saya sekarang ni dalam menangani pengurusan masa... saya tak yakin saya mampu. Tetapi!!!! Saya akan cuba.... Demi untuk mengimpress ibu dan pak. [*Cubaan pertama untuk impress pak dah penah gagal dulu. Masa nak buat-buat cekap tunjuk jalan nak balik PJ, pastu sesat sampai ke mana ntah. Nasib baik masa tu pak tgh tido dlm keta.].






Nah pilih kuih feveret kamu. Berapa banyak jenis daaaa.... Landak laut pun bleh kekejangan otot kalo dipaksa pilih kuih yang banyak macam ni, inikan pulak insan kerdil seperti saya.. [Kerdil ke kisahnya? Kekeke... perasan. Padahal badan besar mcm gigilasi(gergasi)].

07 July 2011

Orang Melayu

Sejahteralah ke atas kamu..


Orang Melayu suka buat drama atau filem, then berlakon jadi apek atau bai pastu cakap melayu dengan slang cina atau india. Tapi kalau saya tengok citer Cina atau India, tak ada plak mereka nak berlakon jadi melayu atau buat-buat melayu. Tu yang pelik tu. Moronic aren't they??

06 July 2011

Anak Mami

Sejahteralah ke atas kamu...

Adakah hanya saya seorang sahaja yang rasa boring dengan drama-drama anak mami di Astro Prima? Dengan pelakon yang sama dan jalan cerita yg kosong. Sapa yang tengok cerita-cerita tu?

Follower, Follow Memfollow

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya rasa blog yang saya follow agak banyak. Ada blog yang saya follow tu memang dengan seikhlas hati sebab blog tu memang best. Ada blog yang saya follow sebab nak suh dia follow balik tapi selalunya tak dapat balasan pun. Ada juga blog yang saya follow sebab blog tu kawan-kawan punya dan memang berminat nak tau hal kawan-kawan saya. Ye la,.. Kalau nak bertelefon atau berjumpa, memang payah le. So, daripada tak tau apa-apa cerita tentang kawan-kawan, elok jugak kalau skodeng dia kat blog. bleh tau aktiviti yang dia buat. Manakala bagi blog kawan-kawan ofis plak, saya follow mereka untuk tau hal mereka juga supaya ada topik perbualan untuk diperkatakan dengan membincangkan perkara yg mereka cerita di blog masing-masing. {tapi ngape mereka jarang update blog? Tak sudi ke nak cerita kat aku?}.

Sekarang ni saya nak jadi follower kepada blog-blog best yang diupdate setiap hari. Barulah tak boring. Kadang-kadang saya dah terfollow blog yg best, tapi update 3 bulan sekali. Haihhh... Update la blog weiii... Aku nak baca ni...



Betul-betul Sedap Atau Khayalan Semata-mata?

Sejahteralah ke atas kamu...

Selama saya hidup di alam fana ni, tak pernah lagi saya dengar sesiapa yang cakap masakan mak dia tak sedap. Semua orang akan cakap masakan mak dia sangat sedap delicious dan extra gedevasss. Even dulu, sebelum kita bertukar menjadi keju ni, i mean masa kita masih kena pergi sekolah, pastu kalau berkenalan dengan pen-pal atau tulis biodata dalam buku autograf[aku ada 3 buku otogeraf ni. konon2 glemer. mueheheh], bila part 'makanan kegemaran' mesti ramai yang akan tulis 'masakan ibu'[walaupun kadang2 dia tak panggil pun mak dia ibu, tapi dalam penulisan mungkin saje nak nampak komersil skit, tu pasal nak gak guna perkataan 'ibu' kot.].

Persoalannya..... Betul ke masakan mak kita sangat-sangat sedap? Atau mungkinkah rasa sedap yang kita rasa itu hanyalah kerana 'terbiasa'? Itu la namanya air tangan. Makanan yang kita terbiasa makan sejak kecil, akan terasa begitu enak dan tak dapat ditandingi. *Owh... tapi memang tak dapat dinafikan, ada juga mak-mak yang memang masak sedap. Contohnya mak saya sendiri. Hahahahahahha... Nak jugakkkkk puji mak sendiri...

Sama juga kalau kita tengok kebanyakan suami yang suka dengan masakan isteri mereka. Ini pun mungkin kerana 'air tangan' jugalah. Sebab itulah... Selepas berkahwin ni, saya cuba sedaya upaya untuk menyediakan makanan untuk suami, walau masa sesuntuk mana sekalipun masa yang saya ada. Dengan harapan, suami saya akan terbiasa dengan air tangan saya. Kalau nak lagi sedap, bagi air siku skali. Kalau basuh sayur tu, basuh sampai ke lengan. Kehkeh. Tak kelakar hokeyyy...

Kenapa pentingnya nak biasakan lelaki dengan air tangan? Erm... mengikut teori saya... Kalau isteri selalu memasak di rumah dan menyediakan makanan mengikut selera suami... suami pasti akan teringat-ingat walaupun dia berada jauh daripada isterinya. Bagi saya, itu sangat penting untuk memastikan suami suka balik rumah dan nak isteri dia sentiasa ada. Haaa.. lepas tu, baru la isteri akan terasa dihargai.
Gambar Yang Juga Tak Ada Kaitan


Saya bukan setakat bagi suami makan kat rumah. Kadang-kadang kalau makanan lebih, saya suruh dia bawak bekal pergi ofis. Heheheh.. so sweet suami aku, rajin melayan. Lagi sweet bila beliau ajak boss beliau makan sama-sama bekal yang beliau bawak tu. Ikut suka kamu le En Stormpong.

Bagi saya, memasak ini tak susah. Tapi nak masak supaya jadi sedap tu yang agak mencabar. Padahalnya, jika memasak, basicnya sama je. Bawang putih, bawang merah, bawang besar dan cili blend. Manakala garam, gula dan mungkin AjiShio hanya sebagai penambah perasa je. Yang paling penting bawang-bawang tu je. Jadi, kenapa agaknya ada orang yang masak sedap tapi ada juga yang masak tak sedap sedangkan mereka menggunakan bahan yang sama? Pelik bukan?

Mengikut teori saya.... Yang menentukan sesuatu masakan itu sedap atau tidak ialah... 'keseimbangan' rencah-rencahnya. Contohnya, bawang-bawang tu semua perlulah di dalam nisbah yang betul. Masakan akan terasa berbeza kalau bawang merah lebih banyak daripada bawang merah, begitu juga jika bawang putih lebih banyak daripada bawang merah. Ada perbezaan rasanya. Lagi satu, cara menumis juga penting. Ada yang suka menumis dgn minyak yang kedekut. Sehinggakan bahan yang ditumis tak cukup garing dan tak kerbau'naik minyak'. Lebihkan skit minyak menumis tu. Memang le minyak tak bagus utk kesihatan. So, gunakanlah minyak canola atau minyak bunga matahari. Muehehehe... Ha, lagi satu, bahan yang kamu tumis tu jangan terlalu pekat setepet. Nanti cepat hangus semasa menumis... Jadi, perlu cairkan sedikit ye. *benda-benda ni semua basic je bagi orang yang selalu memasak. Tapi saya yakin ramai juga yang tak tahu. So, saya kongsi je la kot-kot bermanfaat untuk kamu, :).


05 July 2011

Dapat Hadiah Peti Sejokkkk!! LG Refrigerator-GR-V242RL (230L/2DOOR)




Iklan! Iklan! Iklan!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Sabtu lepas, saya jalan-jalan cari peti sejuk dengan suami saya. Kami cari di kawasan Puchong. Kriteria peti sejuk yang kami cari ialah dia mesti ada 2 pintu dan harganya dalam lingkungan RM900 ke bawah.

Mula-mula kami pegi satu kedai kat Jalan Puchong. Puchong apa saya pun tak tau daaa... Tapi kat kedai tu nampak macam takda peti sejuk dengan kriteria yang kami cari. So, kami move to the next shop, kedai Kawanku. Kami harap-harap kat Kawanku akan jumpa yang murah. Sebab biasanya Kawanku ni diwar-warkan sebagai tempat yang menjual barangan elektrik dengan murah. Erm... Tapi hampa... Mahal juga.

Kemudian kami teruskan lagi, melepasi IOI Mall Puchong untuk ke Courts. Excited juga nak ke Courts dengan harapan ada yang memenuhi kriteria sebab sebelum pergi tu, kami dah tengok catalog Courts [memandai je dierang letak catalog dalam peti surat aku... dah aku tengok.. then terpengaruh. ngehngeh]. Dalam catalog tu tunjukkan ada peti sejuk 2 pintu jenama Jepun berharga RM799. So, nak juga la pegi ushar. Bila sampai kat Courts, promoter kat situ cadangkan peti sejuk LG. Lagipun yang tu paling murah. Dia kata, brand LG paling bagus sebab teknologi dia maju.

Saya dengan suami dah hampir nak melopong Corntoz dah bila dengar explanation dia. Dia beritahu kami, peti sejuk LG ni, ada teknologi 'Green Ion Deodorizer'. Ntah apa ke benda ntah GID tu. Yang saya faham, kat tempat simpan sayur tu ada penyejat air daripada sayuran atau buah-buahan yang kita basuh dan simpan dalam tu. [Sila rujuk gambar 1]


Gambar 1. Cuba tengok makhluk bulat kat tengah-tengah tingkat tu. Haaa.. itu la bendanya yang akan menyejat air daripada sayuran tu.


Lepas dia dah sejat air daripada sayuran tu, wap tu akan berkumpul semula kat atas lantai tingkat tu. Begini gambarnya... Nampak tak texture dia yang berkotak-kotak tu. [Cap jari aku skali masuk dalam gambar. Tak senonosh...]. Nanti bila air yang berkumpul tu banyak, dia akan jatuh semula ke atas sayuran yang kita simpan dalam kotak sayur tu seolah-olah seperti di siram setiap hari. Cool bukan? Masa dengar promoter tu cerita, saya memang termakan habis dengan kata-kata dia. Cuma harga peti sejuk itu di Courts ialah RM979. Mahal. Tak menepati kriteria.



Promoter Courts itu masih menjelaskan tentang kelebihan peti sejuk LG berbanding jenama lain. Dia kata, peti sejuk LG ni, getah pelapik pada pintunya bagus. Jika tertanggal, kita boleh beli getah itu sahaja dan ganti. Kalau peti sejuk lain, perlu tukar seluruh pintu untuk membaikinya. Harga pun lebih murah daripada jenama lain. Design pun contemporary.

Tapi, saya dan suami tak beli juga di situ. Kami bercadang nak pegi kedai barangan terpakai. Nak cari juga yang besar tapi murah. Semasa on the way ke kedai barangan terpakai itu, kami singgah di satu kedai di lot-lot kedai tepi jalan puchong tu. Kami tanya-tanya pasal peti sejuk lain, ada juga yang ok. Samsung, Sharp. Harga RM850. 2 pintu. Sepatutnya ok. Cuma hati saya sudah terjatuh kepada LG. Dalam hati dah setkan bahawa peti sejuk LG itu yang terbaik dan paling saya dambakan. Eceh. So, kami pun tanya promoter kat kedai. Ada tak peti sejuk LG kat kedai tu. Sebab kami tak nampak mereka display jenama itu. Promoter itu hanya tunjukkan catalog LG, then mintak saya pilih. So, saya memang dah tau model siri peti sejuk yang saya nak itu... Terus je la saya bagitau dia. Then, dia kata peti sejuk LG itu dia boleh jual kepada kami dengan harga RM850. Yahuuu!!!!! Super cool! Kami terus setuju.

Pengurus kedai itu juga turut menyokong kami beli peti sejuk LG. Sebab dia kata motor bagi peti sejuk LG ada warranty selama 5 tahun berbanding 2 tahun sahaja bagi kebanyakkan jenama lain. Lagipun, feedback daripada pengguna-pengguna juga mengatakan LG bagus. Promoter Courts juga mengatakan feedback pelanggan Courts juga sangat positif terhadap peti sejuk LG. Jadi, macamana la saya tak termakan dengan kata-kata manis begitu. Confirm saya tertelan tanpa kunyah terus kata-kata mereka itu.



*Haaa.. nampak tu, blended chili. Belakang tu ada tempoyak. Owhhh... Abih le berbau nanti peti baru aku ni kang, letak tempoyak plak.



*roti itu untuk dibuat bread crumbs sebab dah expired kelmarin.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...