Iklan! Iklan! Sila Click!

29 May 2011

Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu...

Tak tau la siapa yang mencipta istilah Blog-walking ni, yang pasti aktiviti ini adalah sesuatu yang saya memang tak suka nak buat.

Apa blog-walking ni? Persoalan ni bagi bloggers tegar yang memang dah otai gila khinzir, memang tak patut ditanyakan lagi. Tapi bagi budak baru belajar, meh sini saya nak ambil galah dan tolong jolokkan buah cempedak di luar pagar tu. Blog-walking ni adalah kamu berjalan di atas blog orang lain. Caranya, kamu letak screen notebook /monitor kamu di atas lantai, dan berjalan setempat di atas monitor tersebut kamu lawat blog orang lain dan baca dan tinggalkan message kat shout box dia dengan ayat-ayat default seperti, "SInggah sini", "Jalan-jalan kat blog ini" dan bla..bla..bla..

Saya sebenarnya nak bitau bahawa... saya tak tau kenapa saya malas sangat nak blog-walking. Banyak kali saya cuba untuk blog-walking, baca entry then 2,3 blog je saya dah fed up. Nak kata blog tu tak best, tak la jugak. Ok je saya tgk. Tapi saya tak tahan nak mengadap lama-lama membaca dan digest semua entry yang org tulis tu. Banyak sangat info dalam satu masa, bleh explode otak saya. nampak sangat otak aku lembab

28 May 2011

Macam-macam Jenis Kegagalan Dalam Hidup

Layan je la ye.


Servis kedai tayar yang gagal.



Amaran yang gagal.



Jabatan Kerjaraya yang Gagal.




Kalo en Stormpong buat saya macam ni nanti, jaga la dia..




Sungguh kreatif. Tapi bleh selamat ke keta ni kalo hurricane datang melanda? Wakakaka..



Sape je yg berani nak berhenti kalo dah nampak kat tangan tu ada kapak?? Huhu.. Kang saje je kena kapak walaupun berniat baik nak tolong tumpangkan.








Sian lembu nih. Comel je tersangkut benda tu kat kepala.


Memang sungguh inovatif.



Yang ni paling kelakar.

27 May 2011

Buat Aku Tersenyum..

Sebenarnya bukan tersenyum dah.. Tapi gelak besar pun.

Ada orang tu... Saya mengadu kat dia "Awak, semak betul otak saya.." pastu dia jawab, "Tenang-tenang je... Jangan la semak...nanti keluar daun kat telinga..".... Masa tak faham tu rasa mcm nak marah... Tapi bila dah faham... hahahah.. Aihh.. En Stormpong ni.

Akan Hilang Melayu Di Dunia Nampak Gayanya

Sejahteralah ke atas kamu...

Dah lama saya nak bangkitkan hal ni. Cuma kadang-kadang terlupa.

Biasa tak, kita masuk meeting atau join perbualan yang mereka cakap omputih sesama sendiri? Padahal yang bercakap itu semuanya Melayu. Cakap omputih berhabuk.. Fuhh... Fuh... Kenapa tak cakap melayu ye? Padahal kamu sesama Melayu je. Dah pasti semua orang akan faham bahasa Melayu. Kalau hanya beberapa ayat atau perkataan tu masih boleh diterima. Sebab mungkin ada sesetengah perkataan yang tidak sesuai untuk dialihbahasakan. Terutamanya bagi terms ICT atau financing. Ini, seluruh perbualan adalah di dalam bahasa omputih. Hebat anak Melayu ni kalo bab-bab mengagung-agungkan bangsa lain.

Yes, saya faham... bahasa inggeris itu sangat penting. International language la katakan. Macamana kita nak maju kalau tak faham bahasa inggeris ye tak? Dan mcmn kita nak mahirkan bahasa inggeris kita kalau kita tak berlatih bercakap walaupun dengan kengkawan sesama Melayu betul tak? Jadi, kita pun dok bersembang bahasa omputih dgn kwn2 kita sampai berjerebu udara kat Malaysia ni. Yang pasti, cakap bahasa inggeris dengan intonasi bahasa Melayu, sungguh kelakar. Lepas tu rasa bangga + riak skit dalam hati sebab terasa dirinya itu sungguh intelektual. Hahah.. Kesian. Syok sendiri. Kadang-kadang siap dengan slang US yang tak berapa menjadi. Hahahaha.. Serius lawak.

Betul ke kalau pandai bahasa inggeris ni bangsa akan maju? Tapi Jepun, Korea, Perancis serta Jerman selamba je maju. Padahal rakyat mereka bukan reti sangat bahasa inggeris. Kadang-kadang sampai tahap 'tak faham sepatah haram' pun bahasa inggeris. Jadi, boleh ke kita jadikan alasan mementingkan bahasa inggeris itu utk kemajuan ummah? Sebab dah terbukti Malaysia tak la semaju negara-negara yang rakyatnya tak cakap bahasa omputih tu. So what do you think?

Kalau dah orang Melayu, sesama Melayu pun nak cakap omputih, jadi siapa lagi yang akan bercakap Melayu? Takkan nak harapkan orang Cina atau India? Mereka juga ada bahasa sendiri. Dan kalau orang Cina dan India di Malaysia ni dah tanak cakap bahasa ibunda mereka sekalipun, bahasa Cina dan India masih lagi luas penggunaannya di negara China dan India. Tapi kita tak ada negara Melayu. Malaysia ini sahajalah negara kita yang masih menggunakan bahasa Melayu. Sebab tu saya rasa, bahasa Melayu ni satu hari nanti akan hilang juga nampak gayanya. Kalau sekarang pun dah berbangga nak gunakan bahasa orang asing. Bukan tak boleh berbahasa inggeris. Kalau ada keperluan, logik la. Kot-kot meeting dengan Bakhodir yang berasal dari Uzbekistan ke. Dah sah dia tak tau cakap Melayu kan? Atau kalau dalam meeting tu kamu sorang je melayu, yang lain semua bangsa asing. Pun boleh praktis. Tapi kalau semua orang Melayu... kita bantai speaking English? Hahaha.. Memang kelakar.

Bangsa melayu ni yang kurangnya adalah jatidiri. Kita selalu mudah berbangga dengan bangsa lain. Anak melayu selalu berbangga jika dapat warnakan rambut menjadi perang. Jika dapat minum arak dan berhibur sampai pagi. Jika dapat bermaksiat secara terangan-terangan. Sebab anak Melayu menilaikan kehebatan itu adalah 'kebersamaan dengan orang putih'. Mereka rasa, semakin mereka dapat menyamai kehidupan mereka dengan org putih, makin hebat dan cool hidup mereka. Serta semakin tinggi darjat mereka. Padahal, orang putih bukan heran pun anak Melayu dapat menyamai mereka. Mereka mungkin hanya akan mengetawakan kita saja. Sebab terbukti bangsa melayu, jatidiri dan mentaliti nya rendah [ye, saya tau bukan semua. Tapi kebanyakannya la yg rasa hebat bila dapat setanding dengan orang putih]. Saya pun tak faham, kenapa orang Melayu suka menjadikan orang putih sebagai kayu ukur atau benchmark kejayaan? Maaf, saya bukan anti orang putih. Tapi saya anti dengan orang melayu yang mengagung-agungkan orang putih sampai hilang jatidiri.


Saya pasti ramai yang akan sakit hati juga tidak setuju dengan pendapat saya. Tapi ini hanya pendapat saya. Saya tak kata pendapat saya betul atau saya juga tak paksa kamu setuju dengan apa yang saya kata. Tapi percayalah.. Jika begini keadaannya, bangsa melayu akan lenyap dari muka bumi ini. Sebab semua dah jadi mat salleh. Ntah la apa nak jadi dengan Malaysia ni.

26 May 2011

Siapa La Aku Nak Bercakap Tentang Pentadbiran Negara

Sejahteralah ke atas kamu..

Kalau kamu tengok berita kat TV sejak akhir-akhir ni, mesti akan perasan isi kandungan berita tu lebih menjurus kepada ekonomi yang dispesifikkan lagi kepada perkataan 'subsidi'. Mcm dah 2,3 hari ditayangkan temubual dengan pakar ekonomi luar negara untuk mengulas tentang isu subsidi. Lepas tu pakar ekonomi tu plak menyaiko kan kita semua dengan menyatakan subsidi ni kalau kerajaan kurangkan, akan meningkatkan ekonomi negara. Pastu pakar ekonomi tu bagi contoh negara dia sendiri. Tak silap Russia. *Kalau tak silap la. Saya dah lupa.

Malam sebelum tu pun ada juga slide presentation yang ada animation-animation tu untuk ceritakan pasal subsidi bla..bla..bla..

Lepas tu, semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri dah umumkan bahawa minyak tak jadi naik sebab kerajaan fikirkan tentang rakyat. [Huyoohh....memang bagus kerajaan ni. Sapa tak sokong kerajaan ni mmg rugi besar la dlm hidup. Ish..ish..]. Kemudian menteri kata, demi rakyat, kerajaan sanggup menanggung subsidi minyak sebanyak RM18 billions, sedangkan sepatutnya duit tersebut kerajaan nak gunakan untuk project lain. Heh..heh..heh.. Sian kerajaan kan? Mesti stress nak fikir kebajikan rakyat, sebab tu la menteri-menteri malaysia gemuk-gemuk. Ni mesti sebab bila stress, makan banyak. Kan?

Jadi, saya dah nampak motifnya kenapa berita tiap2 hari siarkan pasal isu subsidi. Ni mesti nak suruh rakyat 'FAHAM' lepas tu boleh le naikkan harga barangan lagi lepas ni kan? Rakyat memang faham, tapi even faham macamana sekalipun... tapi kalau kesempitan wang, tetiba je rakyat boleh jadi tak faham. Faham tak kerajaan? Faham ke tak ni? Faham semata-mata pun tak cukup kalo yang tanggung bebannya adalah rakyat.

Isu ni seolah-olah macam ni... Perompak masuk rumah orang untuk merompak... dia ambil semua barang, kemudian dia tidak ambil hanya satu barang berharga bersama nota, "Saya hadiahkan barang ini untuk kamu, ikhlas dari saya sebagai hadiah.". Padahal barang tu memang tuan rumah tu punya. Pastu dia bleh plak nak berbudi bahasa dengan harta orang padahal dia memang tak ada hak pun ke atas semua sekali barang yang dia amik tu dan barang yang dia tak amik.

Dah nama pun kerajaan... Apa yang mereka telah lakukan untuk rakyat tu memang adalah tanggungjawab pemimpin. Jadi, nak mintak puji daripada rakyat kenapa? Kalau boleh, saya nak pemimpin yang dia sendiri sampai tak makan selagi semua rakyat dia belum cukup makan. Dan dia perlu lebih susah daripda rakyat untuk membuktikan yang dia betul-betul amanah dengan tugas dia, seperti Saidina Umar Al Khattab. Saya nak pemimpin saya tinggal di kejiranan rakyat supaya dia bergaul dengan orang bawahan tanpa dikawal bodyguard. Saya nak pemimpin saya naik KTM sama-sama berebut dengan orang awam. Saya nak pemimpin saya senang untuk bertemu dengan dia, dan sentiasa ada kat negara dia, bukannya asyik 'outstesen' ke oversea. Boleh macam tu?Ada tak pemimpin Islam macam tu lagi sekarang? Saya nak undi untuk dia.

Human Body Through X-Ray

Saja nak share degan kengkawan gambar-gambar yang cool, cooler coolest ini..

Ini gambar tengkorak mu.







Ini sistem pencernaan. Nampak tak saiz perut kat belakang usus tu. Kecik je kan. Tapi yang hebatnya, kalau manusia melantak banyak-banyak, bleh plak disumbat lagi dlm perut yg kecik tu. Ish..ish.. tak baik aniaya perut sendiri tau. Penat dia nak proses macam-macam makanan yang korang makan.






Yang ni saya mcm tak tau hape ke benda. Salur darah kot. Atau pun saraf.








Aaahah!! Ibu mengandung.






Ini pulak otot-otot badan manusia.






Dan ini pula keadaan tulang.






Tapi dalam banyak-banyak, yang ini la yang saya paling suka. Kehkeh... Hormon ehem..ehem...

25 May 2011

Wedding Preparation Progress

Sejahteralah ke atas kamu. Pasal kawen lagi. Harap maklum.

Lagi 10 hari lagi. Tapi banyak benda saya belum siapkan. Baju akad nikah saya baru siap jahit manik yang buruk nak mampus, semalam. Hancur sungguh rupa baju pengantin saya. Aduh... Tapi what ever la. Malas nak fikir dah. Kalo buruk pun biar je la. Saya pakai selendang panjang2 untuk tutup baju tu. Padan muka dia.

Jadi, malam ini... saya akan pulun buat hantaran plak. Ada 9... huuuhuuu... Harap-harap sempat le disiapkan dalam masa 2 hari. Saya akan mula balik kampung Isnin depan [30hb 5], jadi, kalau boleh saya nak siapkan semuanya sebelum balik kampung. Rasanya kalau dah sampai ke kampung tu karang, banyak plak keja lain nak dibuat. Cincin pun belum beli lagi. Nnt dah balik Kuantan Bandar Kita baru nak pegi beli cincin dengan Kekanda Stormpong ku itu.

Bunga telur? Eeii.. fed up nak fikir. Rasa nak campak je sebab boring nak buat. Hahaha.. Memang aku beli jugak le nampak gayanya nanti. Sekian. Wassalam.

Kad Kahwen Saya

Sejahteralah ke atas kamu...

Saja nak share walaupun takde kena-mengena dengan hidup korang. Lagipun, dah ramai yg dah tengok kad kawen saya ni. Tapi nak jugak letak kat blog. Alalalala...



Kad ni, dipilih oleh En Stormpong. Tapi tak tau la dia pilih yang ni sebab dia memang betul-betul suka kaler ni, atau sebab dia tau saya suka pink jadi dia pilihkan dulu apa yang dia rasa saya akan suka. Tak kisah la. Kad pun dah printed, dah siap diedarkan pun. Jadi, sesiapa yang kenal saya dan belum dapat kad, sila ingatkan saya ye. Mungkin saya terlupa, maklumlah... umur saya ni dah lanjut. Lagipun saya selalu makan semut buat ulam dgn nasik. Kuheh kuheh.

Peta pun ada. Ini adalah peta kad kahwin untuk ke Sungai Lembing. [*Promote kampung sendiri. Heheh]



Peta canggih ni abang saya buat tau. Hebat tak? Hehehe.. Walaupun warna dia tak matching dgn warna kad saya yang kaler pink tu, tapi takpe... yang penting jelas.

24 May 2011

Troli Kayu. Dah Lama Tak Jumpa

Sejahteralah ke atas kamu...



Tengahari semalam saya kuar pergi Jalan TAR untuk beli beberapa barang kat kedai Bunga Reben. Dengan muka selamba ya-ya tapi ada sedikit kekesalan dan rasa berdosa, saya masuk ofis semula jam 3 ptg. Huhu.. Apa ko ingat hari tu hari Jumaat? Rehat lama? Sorry sket. Semalam hari Isnin tau tak??

Tengahari tadi pula, saya kuar lagi pergi The Mall plak. Nak survey souvenir untuk dijadikan doorgift utk kengkawan rapat yg dtg majlis kawen saya nanti. Saya survey kat Hot Market. Erm.. kira ok la jugak. Banyak barang-barang kaca yang boleh dijadikan cenderahati. Harga plak, dari RM1 ke RM5. Dah la murah, beli 1, percuma 1 plak tu. Ish..ish..ish... baik sungguh hati tokey Hot Market ni. Saya beli gelas kaca tadi harganya RM1, percuma 1. Kehkeh.. Nasib korang la kawan-kawan aku... Sebab kawan kamu ni semekin. Tak mampu nak bagi doorgift yg gempak-gempak seperti Pendrive yang built in sekali dengan pen menulis dan ada laser pointer untuk presentation plak. Huhh.. Canggih. Saya juga tak mampu nak beri jam yang bleh dijadikan alarm dan disertakan pula pembaca suhu bilik. Tak mampulah saye. Jadi, saya bagi gelas je la ye kengkawan. Kalo dahaga, buleh buat minum air oren. Tapi air orennya saya tak sediakan sekali la ye. Kena beli sendiri.

Lagi sekali, dengan muka selamba wa-wa dan sedikit kekesalan juga rasa berdosa, saya masuk ofis semula jam 3.30ptg. [nampak sangat le menipunya... padahal kalo rasa bersalah, ngape buat lagi haaaa???. ~begitu la saya akan dimarah oleh boss saya kalau beliau tau saya dah 2 hari masuk lambat. Heheh]. Tak sia-sia JekJan mengucingkan saya sebelum saya pegi tadi... Beliau kata, ko jangan buat hari ni macam hari Jumaat lagi, sbb ari ni hari Selasa. Then saya jwb, kalo semalam hari Jumaat, ari ni aku buat la macam hari Sabtu plak. MUehehehhe... Rupanya betul plak saya masuk lagi lambat daripada semalam. Mana tidak nya... Beli gelas 100pcs, pekerja Hot Market tu balut satu demi satu dgn surat kabar lama. Dah tu canner. Terpaksa la saya tunggu walaupun tak ikhlas.. [Eceh.. nampak sangat saya menipu lagi skali.. sebab saya ckp kat pekerja Hot Market tu, "Takpe dik, bungkus slow-slow. Akak boleh tunggu." ~mcm cipan]

Gambar kat atas tu saje je saya letak sebagai pengubat rindu untuk sesiapa yang rindu dengan troli kayu. Antik tu. Dah lama tak tengok. Saya tadi, bila tengok je troli tu kuar dari stor, saya terus gelak dalam hati. Tapi terkeluar gak skit bunyi tahan gelak tu dari mulut. Comel je troli kayu. *Lelaki yang tolak tu sudah tentulah bukan En Stormpong, tapi pekerja Hot Market.

Untuk En Stormpong... saya nak katakan... yg... i love you so much.. mesti pening kepala dia sebab saya selalu buat dia pening. Lalalala....

CELCOM COOL!!!

Sejahteralah ke atas kamu,...

Kali ni saya nak promote Celcom New XPax kat korang. Sape yg dah lama pakai Celcom Prepaid, saya cadangkan supaya tukar plan kamu kepada new XPax ni. Nama dia X2. Jimat. Murah. Betul-betul ni. Tak ada agenda tersembunyi atau cas tersembunyi pun. Sila lihat iklan ini...





Saya dah tukar dah semalam. Dan kadar baru XPax ini memang sungguh jimat. Bertukarlah sekarang! Cheywah!

Cuba la kira sendiri... 10 minit harganya 28 sen je. Katakan kamu nak bersembang 1 jam, maksudnya 60 minit. Jadi, 28sen x 6 = RM1.68 saje. Wowwww... Murahhhhhhhhhh.... X2 ni dah dilancarkan 1 April baru-baru ni. Jadinya sesiapa yg beli SimPack Celcom selepas 1 April dah memang otometik X2. Dan bagi pemilik XPax lama yang nak tukar plan, boleh ikuti langkah-langkah berikut...

1. Send SMS MIG X2 ke 28882.
2. Tunggu reply. Nanti Celcom akan kata RM5 akan ditolak utk migrate plan ni.
3. Lepas tu reply MIG YES ke 28882.
4. Tadaaaa... Dah bertukar.

Atau satu lagi kaedah;

1. Dial *118#.
2. Reply 4
3. Dan reply ikut arahan yg diberikan. Senang jek. Kacang Ngan Yin je.

Saya promote ni tak dapat untung apa-apa pun tau. Celcom tak bagi saya komisen pun. Tapi ikhlas nak share dgn korang, betapa bestnya Celcom ni. :D

Versi Mini, Versi Besar

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE

Jika kucing itu versi mini, maka harimau itu adalah versi besarnya.

Jika ayam itu versi mini, maka ayam belanda itu versi besarnya.

Jika cacing itu versi mini, maka ular itu versi besarnya.

Jika cicak itu versi mini, maka biawak itu versi besarnya.

Saya hanya nak ajak kamu berfikir hanya sedikit sahaja tentang keindahan dunia ini... Ciptaan-ciptaan Allah memang menakjubkan. Perasan tak harimau itu karektornya sama seperti kucing. Cara berjalan, cara makan, cara weewee dan cara bermanja juga sama seperti kucing. Muka pun ada iras-iras gitu. Cuma, mungkin sebab harimau itu besar, tak sesuai la kalo nak makan nasik digaul ikan goreng, tak macho la. Jadi, makanannya berbeza sikit. Sesuai dengan fizikal harimau la kan.

Ayam pulak ada versi dia yang lebih mini, iaitu anak ayam. Kehkeh. Sarkastik plak. Ok, mungkin mcm burung puyuh la logic sikit. Ayam juga ada fizikal dan wajah yang seiras dengan ayam belanda [turkey], Cuma saiz je lain.

Maksud saya di sini... Allah itu sangat-sangat hebat. Banyak benda yang kita boleh fikirkan tentang alam ini. J

23 May 2011

Tolonglah Jangan Gedik.

*Nota : Oleh sebab entry ini adalah entry mengutuk, maka saya menggunakan kata gantinama ‘aku’, baru la nampak brutal ‘makan budok’.

Korang bosan tak mcm aku bosan? Atau aku sorang je dalam dunia ni yang bosan dengan reality TV? *Kalo diikutkan, ada berlambak jenis reality TV. Bertanding memasak, buat kelakar, menari terkinja-kinja, menjahit, orang gemuk nak jadi kurus, nak pilih pasangan hidup dan ntah hapa ke pesen lagi, tp untuk entry ni kita fokus kepada pertandingan nyanyian je la ye. Sebab pertandingan nyanyian je yang paling kencang sekali dianjurkan oleh semua stesen TV yang ada kat Malaysia ni. Yang paling membanggakan... pertandingan ni diadakan untuk semua peringkat umur plak tuh. Daripada kanak-kanak, remaja dan warga emas pun ada. Haihh... Nekkk... Batu nisan dah memanggil-manggil, takkan masih nak tergedik-gedik lagi atas pentas.

Kenapa aku bosan? Huyohh,... Bestnya nak jawab soalan ni. Berbaldi-baldi rasanya idea aku nak mengutuk reality show ni. Bagi aku, reality TV ni sejak dari awal dulu sampai sekarang, tak ada kemajuan pun. Setiap tahun sama je kaedahnya.

1. Memula sekali, aku nak komen pasal konsep undian. Confirm nak pungut keuntungan je. Yang aku tak paham, orang-orang yang undi tu, rajinnya la. Kaya kot dierang ni. Bayar bil telefon untuk undi peserta reality TV? Duit dah tak tau nak buat apa la tu. Pastu kalo peserta yg ko undi tu menang, ko dapat apa? Dapat kongsi skit ke duit yang dierang menang tu? Atau kalo dierang menang anugerah, dia ajak ko kawen ke? Jgn mimpi la Sepiah. Takde dia nak ingat ko pun, even dia tak kenal ko langsung (kecuali kalo ko psycho huhu).

2. Kemudian tentang kejutan-kejutan yang balik-balik sama. Contohnya peserta yang dah terkeluar boleh dimasukkan semula dalam pertandingan. Sama ada dengan teknik undian atau dengan budi bicara pihak penerbit. Elehhhh... kononnnn... Kata je la nak nak kekalkan jumlah orang yang mengundi. Contoh kedua, kejutan membawa naik ahli keluarga dia sama ada mak, ayah atau anak naik ke pentas, pastu menangis la teresak-esak anak beranak tu kat atas pentas. Eii... Menyampahnya aku tengok. Apa benda yang sedih sangatnya? Bukan pergi berperang pun. Lagipun berpisah sebab ko sendiri yang pilih utk masuk pertandingan nyanyian tu. Takde sapesape pun paksa. Tetiba nak sedih-sedih mcm tu. Tak ada faedah sungguh.

3. Juri-juri professional plak, bukan semua pun berkelayakan. Ada tu karier dia sendiri pun tak menjadi dalam industry hiburan, tapi bila komen peserta gaya mcm penyanyi popular antarabangsa. Tapi takleh salahkan mereka juga, sebab kadang-kadang peserta-peserta tu pun tak perlu dikomen oleh professional pun takpe. Bukan ada bakat sangat pun. Bak kata Edry KRU, kebanyakan peserta reality TV hanya ada bakat karaoke, bukan bakat sebenar.

4. Menangis tersedu-sedan bila terkeluar... Ye la, tau la cita-cita kan... Tapi takyah la menangis seolah-olah seluruh keluarga mati terkena bom oleh tentera 15R43L. Perjalanan hidup panjang lagi. Tapi dah mcm berakhir kat situ je dunia dia. Kesian betul aku tengok anak-anak bangsa aku sendiri jadi begitu. Lemah sungguh jatidiri mereka ye? Kalaulah minat dan kesungguhan begitu diterjemahkan demi untuk menegakkan agama Islam... alangkah bagusnya.

5. Pilihan lagu plak... Peserta perempuan, paling sukaaaaa nyanyi lagu Alicia Keys yang bertajuk Fallin’ ataupun If I Ain’t Got You. Serius aku muak dengar lagu tu dinyanyikan oleh peserta-peserta reality TV. Bukan sedap pun, syok sendiri pulak tu.

Itu je la kot. Kesimpulannya aku bosan. Entry ni keluar pun sebab aku baru lepas tengok Mentor Separuh Akhir tadi. Tu pun sebab malas nak focus tgk TV. Penyudahnya, diri sendiri yang sakit hati. Huhu. Tapi takpe la.. Sekali sekala.

20 May 2011

Saya Tak Mengumpat, Hanya Bercerita Tentang Perkara Yang Benar Saja.

Sejahterlah ke atas kamu...

Manusia memang suka mengumpat. Tak kira lelaki atau perempuan. Yang lelaki, bila mengumpat taknak mengaku mengumpat, tapi mereka panggil mengutuk. Yang perempuan pulak, bila mengumpat juga tidak mengaku mengumpat tapi mereka panggil perbuatan mereka itu 'menceritakan hal yang benar'.

Padahalnya... tak kira la apa jua nick name yang kamu nak bagi kepada perbuatan itu, nama sebenarnya tetaplah mengumpat. Faham? Di ulang! Mengumpat! Apa mereka ingat kalau mengumpat berdosa, jadi mengutuk itu tidak berdosa? Dapat pahala? Haaa... Fikir la.

Mengumpat itu... adalah apabila kamu berkata sesuatu keburukan yg benar tentang seseorang di belakang mereka dan jika perkara tersebut di dengari oleh orang yang kita mengata itu, mereka akan bersedih hati atau sakit hati atau kecewa. Memang betul pun, kamu cerita 'tentang perkara benar', tetapi itulah yang sebenarnya mengumpat.

Dan jika kamu berkata sesuatu keburukan yang tidak benar tentang seseorang pula, maka... itu adalah fitnah. Dosa kedua-dua nya ini amatlah berat. Bahkan lebih teruk daripada dosa berzina. huhu... Ye lah.. jika berzina, dosa itu adalah di antara manusia dengan Allah. Tetapi jika mengumpat, dosanya hanya akan diampunkan jika telah minta maaf daripada orang yang diumpat itu. Sedangkan mengumpat itujuga lebih mudah untuk kita lakukan berbanding zina.

Tapi, kalo mengumpat pemimpin yang zalim macamana? Huhu... Atau mengumpat artis yang tak senonoh? Jadi, kesimpulannya... Marilah jaga lidah ye Lida. *Saya tak kata saya langsung tak mengumpat. Tapi cuba la, kurang-kurangkan. Dan lupuskan terus lagi bagus. :)

Dia Ingat Dia Bagus??

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya sekarang ni dalam proses nak mengedarkan kad-kad jemputan kawen kepada semua staff EsesEm yang saya kenal atau yg saya kenal gitu-gitu je. Tak kisahlah mereka akan dtg atau tidak. Asalkan saya telah menjemput mereka. WalimatulUrus kan wajib dipenuhi kalau tiada aral melintang. Huhu.

Kalau nak edarkan kad-kad tersebut kepada mereka, sudah tentulah saya perlu pergi tingkat ke tingkat sebab ada banyak Bahagian[Division]. Ada satu division ni, saya cukup ketar lutut nak pegi. Sebab big boss dia garang gila. Kalah raksaksa. Bukan apa.. Ada satu sejarah pernah berlaku di antara saya dengan big boss division tu.

Kisahnya macam ni... Masa mula-mula saya ditukarkan ke HQ dulu [ofis kat De Mol], saya ditempatkan di Helpdesk. Sepatutnya saya bagi support by phone je, tapi ada satu hari tu, technician saya semua takde di tempat kejadian, jadi saya terpaksa cover mereka bila ada masalah yang urgent.

Saya dapat panggilan telefon daripada salah seorang staff dari division garang tu. Jadi, saya pun pergi la ke tempat akak tu utk betulkan masalah PC dia. Tak silap saya tentang email. Masa tengah kusyuk saya godek PC akak tu, tetiba saya terdengar satu suara yang kuat dengan nada tengking berkata ayat ni, "You siapa???!!!!". Bila saya pandang ke arah suara tu, saya tengok bos garang tu tengah tuding jari ke arah saya. Ouchhh.... Jadi saya tahu lah soalan tersebut untuk saya... Saya masa tu terpinga-pinga.. Dalam hati mengumpat sendiri, "Apsal plak mamat ni? Tersampuk syaiton kah?".

Saya tak jawab apa-apa pun, tapi saya pandang le kat bos garang tu. Anak-anak buah dia yang ada di sekeliling tu yang tolong jawab, "Dia ni staff ICT tuan... Nak betulkan PC akak Zana ni..". Pastu dia kata.. ok.. then blah masuk bilik dia semula. Cuba la ko bayangkan kena herdik dari jauh, di khalayak ramai? Seolah-olah macam saya dah mencuri buah mangga dari pokok dalam pagar umah dia jam 2 pagi je. Masalah dia itu alah... dia tak suka orang luar yang bukan staff daripada division dia atau mana-mana orang luar datang melepak kat division garang dia tu. So, anak-anak buah dia semua kecut perut jgk bila dengan dia.

Jadinya, semalam... semasa nak melangkah masuk ke division garang tu, saya takut nak mampus.... Rasa mcm kering semua air dalam badan, sampai air liur pun dah tak de untuk ditelan. Punyer la gerun. Karang aku kena tengking lagi skali tengah2 orang. Malunya la weii... Saya bukannya kecik la. Dah besar, dah dewasa nak masuk veteran dah pun. Ishhkkk.. Tapi alhamdulillah, waktu saya masuk division garang tu, saya tak terserempak dgn dia. Lega rasanya..

Tapi, bak kata orang... kalo dah ditakdirkan utk jumpa orang tu, akan jumpa jgk walaupun lambat. Semasa saya nak balik ke rumah petang semalam, saya turun satu lif dgn bos garang. Berdua je. 2 kali plak tu. Huhu... 1 lif dari ofis. 1 lagi lif parking. Aderhhh... Nape la malang betul. Cuma saya rasa bos garang dah tak berapa garang kot. Sebab kepala dia dah botak. Takk.. maksud saya, dia dah botakkan kepala sebab dia pegi umrah baru-baru ni.

Haihh.. Ikut ko la bos garang.

19 May 2011

Yey! Dapat Check!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Ingat lagi tak dengan entry saya tentang Cara Untuk Dapatkan Duit Melalui Internet? Kalo tak ingat pegi baca balik, cepat! Sekarang! :D.

Semalam tak sia-sia saya check peti surat, walaupun kat tangan penuh barang, pastu dah maghrib plak tu [Mek garib sungguh aku ni huhu], sebab surat yang saya tunggu-tunggu dah sampai. Iaitu paycheck daripada Global Market Test untuk point yg telah saya redeem bagi survey yang telah saya lakukan sebelum ini. Saya redeem 1000 points dan mendapat US$50. So, kalo ada sesapa yg nak tau berapa, darab sendiri dengan currency US Dollar. Bukan amount tu yg ingin dihighlight kan di sini, tapi ingin membuktikan bahawa survey ni betul la... Bleh dapat duit.

Cuba tengok date kat atas tepi skali tu. Birthdate saya.... So, nampaknya tahun ni walaupun tak dpt hadiah dari sesiapa, [sob...sob... cedih.] tapi dapat le jugak paycheck walaupun ciput jek. Alhamdulillah syukur nikmat. Kepada Tuhan yang memberi rahmat..



Masalahnya sekarang, kat mana plak saya nak cashkan check ni. Kat Maybank bleh ke? Mintak-mintak le buleh.

18 May 2011

Cara-cara Saya Diet Untuk Kurus

Sejahteralah ke atas kamu..

Biasanya kalau saya kata saya gemuk, mesti orang marah dan akan kata "eh, ko mana ada gemuk la.", atau "ko nak kurus mcmn lagi? Dah elok dah ni." atau "eleh... badan mcm papan lapis, perasan gemuk..". Tapi, oleh sebab itu badan saya, dan saya tahu badan saya macamana pertumbuhannya, maka tak kisah la apa orang nak kata. Walaupun tak nampak badan saya gemuk sgt, tp jika berbanding dulu, jauh la bezanya. Bila berjalan, peha berlaga-laga. Bila duduk plak, perut dah setambun. Dagu pun ada 3 layer. Dan yang paling penting, semua seluar atau kain dah ketat + sendat. So, nak nafikan mcmn lagi kan?

Kenapa, orang yang mempunyai berat badan berlebihan, apabila dia berdiet dgn mengawal makan, tapi badan masih tidak susut? Padahal kita sendiri menjadi saksi, bahawa setiap hari dia tak makan banyak pun.

Setahu saya, masalah kegemukan atau naik berat badan ni boleh diturunkan dengan bersenam [tu mmg perkataan standard utk kuruskan badan] dan juga jaga pemakanan [ni pun ayat standard juga]. Maksudnya 2 perkara ni perlu seiring. Kalo exercise sampai tercabut tangan pun, tapi time makan ko bantai melantak makanan untuk stock seminggu, takde la juga pekdahnya. Atau pun, kalau ko kontrol makan, tiap2 hari minum air kosong je selama sebulan, tapi kalo tak bersenam pun takdokk pekdah nya juga. Jadi, 2-2 perlu.


Saya, kalau nak turunkan berat badan, saya memang tak makan nasik. Kemudian bila lapar, saya hanya makan yogurt. Sebarang aktiviti mentekedarah, saya akan pastikan selesai sebelum jam 7 mlm. Pastu saya akan sit up atau lompat bintang. Kalau dulu saya suka aerobic sorang-sorang kat umah. Beli video CD, pasang kat TV kat umah dan ikut mereka buat. Lagi, saya memang tak nampak coklat dan kek. Yang paling penting perlu ada dalam diri orang-orang yang ingin menurunkan berat badan adalah... jeng..jeng.. jeng.. AZAM yang bersungguh-sungguh.

Tapi sejak usia dah makin meningkat ni, effort untuk kuruskan badan ni perlu lebih. Sebab lemak saya dah tepu. Huhu.. Nak pakai baju pengantin ni canner? Owhh.. Risaunya saya...

16 May 2011

Guru

Sejahteralah ke atas kamu..

Hari ni Hari Guru kan? 16 Mei. Juga adalah tarikh lahir ibu saya.

Saya nak cerita sikit tentang zaman sekolah rendah saya dulu. Sekolah saya ni kecik je. Sampaikan boleh dikatakan semua murid kat sekolah tu dapat RMT [Rancangan Makanan Tambahan]. Alaa... yang makan2 free kat kantin tu. Hebat..hebat...

Seingat saya, semasa skolah rendah dulu saya cerdik jugak walaupun tak belajar. Mungkin sebab takde benda nak fikir. Time cikgu mengajar, saya fokus. Tapi masuk je skolah menengah, kena dok hostel pada waktu yang mental saya sendiri tidak bersedia, hati memberontak, tak pandai manage time, maka saya telah menjadi bodoh. Sbnrnya bukan bodoh, tapi tak fokus. Pelajaran memang out. Kalo outstanding takpe. Ini out of range. Chey.. memandai je.

Sewaktu saya bersekolah di sekolah rendah, yang saya perasan, cikgu-cikgu suka buli saya. Ada cikgu tu, bila dia jumpa saya je dia akan kutuk... 'Laa... budak mangkuk ni pun ada..'. Apa ntah salah saya kat dia. Saya dah la buat hal sendiri je. Lain la kawan saya pada waktu tiu. Mari kita namakan dia Wan. Wan ni adik angkat cikgu tu. Apa-apa hal, selalunya Wan yg akan rajin pegi jumpa cikgu. Apa-apa skit, jumpa cikgu. Saya plak selalunya tak join kalo perkara-perkara yg melibatkan 'bertenggek' atau 'mengendeng' di bilik guru. Saya lagi suka buat hal saya. Main lukis2 gambar tikus dengan strawberry dan main bergalok dgn kawan-kawan lain dlm kelas. Pastu ada sorang cikgu lagi, dia selalu gelakkan saya. Sebab dia kata saya kelakar. Padahal, saya tak buat lawak pon. Sumpah!!!! [Aipp.. Jgn main sumpah2. Nanti kena sumpah laknat. Hahah].

Waktu saya selalu kena buli dgn cikgu tu.. saya selalu tak faham.. kenapa saya? Apa salah yg saya dah buat? Cam sedih pun ada jgk. Mentang2 le saya ni tak peramah, tak pandai amik hati cikgu. Cikgu mempersendakan saya yer? Takper cikgu. Ada ubi ada batas... Ada hari, nnt saya plak yg buli cikgu. [Pdhal bukan jumpa dah cikgu-cikgu tu].

Sampai la ke satu ketika, saya pula yang menjadi cikgu. Rupa-rupanya saya pun suka membuli. Hahahahah... Tu yang tak tahannya. Saya suka tanya banyak-banyak kepada murid-murid saya saya yang tak banyak cakap, yang memang jenis suka bermain dengan rakan-rakan sebaya. Murid-murid yang selalu banyak cakap dan selalu nak bertenggek kat meja saya plak saya tak berkenan. Then saya juga selalu mengutuk murid-murid yang pada pandangan mata saya sangat comel. Maksud saya, yg memang betul-betul kanak-kanak riang. Sebabnya... Mereka sangat suci dan comel. Lebih-lebih lagi kalau murid-murid tu rajin buat latihan dalam kelas. Mmg saya suka mengusik. Kadang-kadang, saje je suruh yg comel-comel tu buat task yang susah-susah. Sebab bila tgk mereka terkial-kial tu sungguh comel. Owhh.. Adakah diriku ini seorang pedophile? Huhu. Tidakkk.. Aku bukan...

Then sekarang, akhirnya... baru saya faham kenapa cikgu-cikgu saya dulu, suka mengusik saya. Kamu faham tak kenapa? Tak faham? Ahaha.. Maksud saya... saya nak cakap yang saya ni comel. Hahahahaha... Peace..

15 May 2011

Apa Barang-barang Yang Sesuai Dijadikan Hantaran?

Sejahteralah ke atas kamu...

Perkahwinan Melayu dan dulang hantaran memang tidak dapat dipisahkan. Cuma yang selalu menjadi isunya ialah 'apakah barang-barang yang sewajarnya diletakkan di atas dulang tersebut sebagai hantaran kepada pasangan kita'?. Apa yang menjadi penentu mengapa sesuatu barang tersebut menjadi pilihan untuk dijadikan hantaran? Adakah kerana harganya, sama ada murah atau mahal? Atau kerana keperluan barangan tersebut? Atau mungkin juga kerana adat kita mensyaratkan barangan tersebut perlu dijadikan hantaran, contohnya tepak sirih atau sirih junjung? Atau kerana apa? Saya tiada jawapannya.

Apa yang pasti, barangan yang saya pilih untuk dijadikan hantaran untuk saya dan untuk si dia adalah 1) barangan yang kami perlukan atau yang kami belum ada, atau jika ada yang dah hampir rosak bersepai, - ini penyebab yang paling utama. 2) Sebab murah dan takmau membazir. 3) Sebab takut kena marah dengan orang-orang tua kalo tak letak, contohnya lagi sekalilah sirih junjung. 4) Kerana ikut suka-suka hati kami je, asal ada, janji rock!

Berikut adalah benar-benar pendapat personal saya sahaja. Jadi jangan termakan atau terkesan daripada apa yang saya katakan ini... Masing-masing ada pandangan masing-masing dan saya ok jika ada yang tidak bersetuju.

Contoh-contoh barang hantaran dan pendapat saya tentang mereka;-

1. Kasut - Bagi saya jika ingin memberi kasut, untuk perempuan sesuai juga. Lebih-lebih lagi jika kasut tersebut jenis highheels bertali-tali. Tetapi jika untuk pihak lelaki, letak kasut kulit di atas dulang, nampak seperti terlalu besar. Kalau kaki dia kecik takpe la. Tapi kalau saiz kasut dia dah 12, huhu... letak plak atas dulang. Agak tak lawa la bagi saya. Untuk perempuan tak pe la. Sebab kaki perempuan biasanya lebih kecil.

2. Jam Tangan - Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Cuma pastikan jam tersebut betul-betul keperluan, jangan sampai membazir. Contohnya kalau sudah ada satu jam tangan ataupun lebih, tak perlulah lagi hadiahkan jam tgn. Jam tangan itu keperluannya hanya untuk memberi pedoman kepada kita tentang masa. Masa berubah ke jika kita selalu bertukar-tukar jam tangan setiap hari? Waktu kita akan jadi lebih cepat ke jika kita memakai jam A dan jadi lebih lama jika memakai jam B? Sama saja kan? Tapi terpulang la.. Ada yang berbahagia jika dapat buat koleksi jam tangan. Itu saya tidak mahu komen.

3. Perfume/Minyak wangi - Juga sesuai untuk lelaki dan perempuan. Lagi sekali pastikan pasangan kamu itu benar-benar jenis yang suka memakai wangian. Jika tidak, hanya beli dan terus tak pakai, pun membazir juga kan? Tidak dinafikan, perfume adalah salah satu barangan kegemaran bagi pasangan berkahwin utk dijadikan sebagai hantaran. Mungkin kerana nampak exclusive dan botol minyak wangi juga cantik dan berbagai bentuk. Tapi kalau tidak mahu digunakan, lebih baik jangan beli ok? Tiada siapa akan potong markah kamu jika perfume tidak termasuk di dalam senarai hantaran kamu.

4. Manisan [Kek, Kuih muih, Coklat dan Buah-buahan] - Kalau nak senang bagi je manisan. Harga pun murah. Cuma kalau bagi makanan, perlu siapkan last minute. Sebab makanan tak tahan lama. Kecuali coklat. Itu pun jika coklat itu coklat komersil yg dibeli di pasaran. Jika homemade chocolate juga tidak begitu tahan lama rasanya. Betul tak? Kesimpulannya, manisan ini sesuai utk dijadikan barangan back up jika dah buntu tak tau nak beli apa sebagai hantaran. Heheheh. Letak je semua makanan. Ramai skit orang lain boleh kongsi betul tak? Malahan jika tidak memberi makanan, terasa seperti pelik pula. Lagipun kesian sanak saudara sebab tak boleh berebut untuk buka hantaran. Yelah.. Dah semua brg2 lain hanya untuk pengantin. Paling tidak, jika ada manisan, ada jugalah bahagian untuk keluarga. ;)

5. Pakaian/Persalinan - Kain pasang dan telekung untuk perempuan. Kemeja untuk lelaki. Seluar panjang untuk lelaki. Stokin untuk lelaki. Atau apa-apa sahaja ikut kehendak kamu dan pasangan. Pernah saya dengar, ada orang tu letakkan lingerie sebagai hantaran semasa perkahwinan untuk isteri dia. Ishh... Segannya lah... Tapi kalo family dia sporting takpe la kan? Apa-apa pun, adab perlu dijaga.

6. Barangan Kulit - Handbag + purse untuk perempuan. Wallet untuk lelaki. Tali pinggang untuk lelaki. Harganya, jangan pedulikan orang lain. Kalau mampu nak beli yang mahal, beli la yg mahal tapi jgn sampai melampau. Bukan orang kisah pun dgn brand yang ko pakai. Kalau beli yang mahal sebab pentingkan kualiti tu boleh dimaafkan. Tapi banyak juga barangan yang murah pun berkualiti. Cuma kamu je yang tak cuba. Dan jika beli yang murah pula, jangan beli barangan tiruan. Sungguh-sungguh very the very-very tidak dibenarkan sama sekali. Kalau dah tak mampu nak beli yang original bagi jenama tertentu, takyah ngada2 nak letak atas dulang hantaran barangan tiruan. Setakat nak beli sendiri di waktu-waktu biasa tu boleh diterima. Ok? Beli barangan tempatan pun bagus juga. Tapi... masalahnya... harga barangan tempatan lagi mahal daripada barangan import, abih tu mcmn? Contohnya Bonia. Belt dia pun lagi mahal daripada Valentino Creation. Apa kes? Ishh..ish... tak faham.

7. Produk penjagaan diri - Set alat solek untuk perempuan. [Kalau nak jenama mahal, beli la designer label. Atau MAC, atau Bobbi Brown dan sebagainya. Kalau yang murah pun bleh beli Maybeline, Loreal atau Avon dan lain-lain. Tapi sila pastikan juga barangan tersebut akan dipakai. Setakat nak jadikan hiasan dalam almari, baik tak payah ok?]. Set mandian untuk lelaki dan perempuan. Set penjagaan rambut untuk lelaki [contohnya Gatsby, LoreaL dll]. Set bercukur untuk lelaki [shaving foam, electronic shaver, after shave lotion dll jenama Gillette atau Nivea dll]. Terpulang kepada keperluan masing-masing.

8. Barang kemas - Kalo mampu, beli la rantai emas sebesar tali mengikat kerbau utk pasangan kamu. Jika tidak mampu, paling busuk pun boleh sahaja hadiahkan cincin. Kecil atau besar barangan kemas yang kamu berikan, jangan fikirkan tentang apa orang lain akan kata. Yang penting, kamu beli guna duit kamu, bukannya duit mereka. Kecuali kalau kamu kawen sponspor pastu nak demand lebih-lebih, maka lebih elok dilempang je kamu ni. Heheh.

9. Electronic gadget - Telefon bimbit. Ipod. Camera. Boleh je jika perlu.


Apa-apa pun yang ingin kamu pilih untuk dijadikan hantaran kamu, kamu sendiri perlu jelas...kenapa kamu pilih barangan itu. Bagi saya, biarlah hantaran itu biasa-biasa sahaja. Lepas kahwin, kan masih boleh juga beli barang-barang mahal untuk si dia?

Ok, saya tanya kamu... apa bezanya di antara 'hadiahkan kereta mewah kepada pasangan kamu sebagai hantaran semasa perkahwinan', dengan 'hadiahkan kereta mewah kepada pasangan kamu selepas majlis perkahwinan'? Jawapannya ialah... Jika hadiahkan semasa perkahwinan, orang lain akan tahu [heboh satu kampung] dan jika hadiahkan selepas majlis perkahwinan, orang lain tak tau kecuali keluarga terdekat. Jadi, kesimpulannya... memang hantaran mewah itu hanya untuk orang tau la kan?

Kesimpulannya, bagi saya... barangan hantaran itu hanya sebagai simbolik sahaja untuk pasangan kita. Jadi, takyah le time tu la semua benda kamu nak jadikan hantaran kan? Kereta mewah atau rumah. Sengaja nak suruh orang tau kan? Sebab nak suruh orang kagum kan? Pastu diri sendiri terasa hebat sebab kita lebih daripada orang lain? Jadi, fikir sebijaknya sebelum pilih. Lepas kahwin, masih boleh kalau nak hadiahkan rumah atau kereta, cuma orang lain tak tau je la. Itu la bezanya.

Maaf jika tersalah kata. :) Peace...

14 May 2011

Bunga Telur Lagi

Sejahteralah ke atas kamu..

Daun-daun hijau bersinar ini untuk saya cantumkan dengan bunga telur. Asalnya semasa beli, daun-daun tu melekat kat batang tu banyak-banyak.



Jadi, terpaksa saya cabut satu demi satu untuk dapat setiap helai daun. Sambil mencabut daun-daun ni malam semalam, saya tgk TV. Tp tak tgk rancangan apa pun. Sebab takde rancangan yg best pun. Kalo ada rancangan yg bermanfaat pun kat National Geography, tp kalo nak tgk, kena fokus plak dah tu nnt tak jadi le keja saya. So, saya tune to channel 180. Irama Malaysia. Channel ni hanya play video-video music lagu tempatan. Channnel 705 plak video music international je yg banyak, tp sekali sekala bleh layan jgk la kalo saya malas nak pandang TV, hanya setakat nak dengar dan jeling sikit-sikit je TV tu.



Pastu, ada rancangan ulangan utk siaran radio pagi saluran Aktif FM kat channel 180 tu. Ntah sape ntah mereka interview, kumpulan Indie yang bernama Couple. Tapi itu tak penting pun. Yang penting nya... kalo kamu perasan dlm gambar ni... Hehehe... Tulisan pada bahagian atas monitor flat screen tu... Kekekekeke.... Tidak ku sangka. Tulisan tu ditulis menggunakan liquid paper ke? Ada lagi ke style tagging inventory mcm tu? Hahaha.. Very the cute la Kerajaan Malaysia ni. Dah le kuar TV plak tu. Hebat-hebat.

13 May 2011

Azam Sempena Hari Lahir Saya

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini...

Tak ada angin ribut, tetiba je nak buat azam baru. Hotak dia. Eheh. Anggap je la azam baru ni sempena menyambut bulan JamadiAkhir minggu lepas. [Takde kena-mengena jgk. huhu].

Azam saya ialah untuk memparking kereta saya di Level Upper 6 kat bangunan SSM. Biasanya saya park kereta saya di Upper 7. Level untuk insan-insan yang selalu lewat mcm Nobita. Hahaha... Mesti CekChah rasa nak bagi backhand je sedas kat saya. Apa yang hebatnya nak parking kat Upper 6 kan? Haaa... tu la... Dalam maksudnya... Sekarang ni, hanya orang-orang yang datang ke ofis pada waktu yang betul-betul awal je akan sempat park kereta di Upper 6 tu. Lain-lain, sila la move to next level yawwww.... jadi, kesimpulannya, azam saya ialah untuk sampai ke ofis lebih awal daripada sekarang. Tapi yang confusenya... Saya sampai jam 7.50pg pun dah penuh Upper 6 tu. Ntah jam berapa la dierang ni sampai ofis yer? Cemerlang sungguh. Cah, jam berapa ko sampai ofis? Hehehe.. [Sbb aku selalu nampak keta CekChah kat Upper 6. Itu membuktikan bahawa CekChah memang cemerlang.].

So, itu jek la. Chey... tapi azam ni... err.. kalo tak berjaya tak kena denda kan? Hahahahaha.. Tgk la dulu yer. Yang penting sekarang saya dah mula berjaya bangun awal. Walaupun takde la awal mana. Kira sesuai la dgn gadis bujang seperti saya ni bangun jam 6 pg. Tu pun dengan izin Allah sebab saya dah tukar alarm signal saya ke bunyi yang lebih logik iaitu lagu 'InsyaAllah - by Maher Zain'. Dah tentu la malu muka saya kalo masih tak bangun-bangun lagi bila dah dengar nama Allah disebutkan banyak kali dlm lagu tu kan? Hehehe.. Jadi, sesiapa yang ada masalah nak bangun bagi, cara untuk bangun pagi dengan lebih mudah ialah tukar alarm signal kepada bunyi yg lebih segar. Kalo kamu ni jenis yang tak makan saman dengan lagu slow atau berunsurkan keinsafan, bleh tukar jadi lagu yang paling annoying skali dalam dunia. Mesti terkeluar bijik mata bila lagu tu berkumandang tiap-tiap pagi sewaktu kamu tidor.

12 May 2011

Kuantan Bandar Kita



Sejahteralah kamu...

Ni Hotel terbaru kat Kuantan. Nama beliau ialah Zenith Hotel. Letaknya betul-betul seblah East Coast Mall. Sekian.



Ni plak namanya Berjaya Megamall.. Dulu sebelum saya tinggalkan Kuantan, kalernya ijau. Ntah bila la dah bertukar jadi kaler cekelat dgn biru ni. Nampak sangat le dah punya lama saya tak jalan2 kat bandar Kuantan. Kalau balik kampung, balik-balik pergi kedai kain Seri Maju Textile je kat area Pasar Besar Kuantan. Hahaha.

11 May 2011

Kad Kahwin Lagi..

Sejahteralah ke atas kamu...

Kad kawen untuk diedarkan kepada kengkawan kat ofis ni dah siap tulis. Cuma belum tergamak nak bagi lagi. Macam segan pun ada gak. Sebab kad saya tak la gilang gemilang sgt, simple je. Uhuhu...



Haaa.. ni bukti yg kad2 tersebut sudah ditulis. Nampak nama tu? Alphabetical order ni. Tapi orang-orang di Level 23 ni sebahagian saya dah bagi, cuma sebahagian kecil je belum dpt lagi. Orang-org di Level 22 blum lagi, sbb ntah le.. macam maloo je nak turun bawah utk edarkan kad kawen. Ololo... So sweet..

Works In Progress Which Are, Ada Ko Kesah?

Sejahteralah ke atas kamu...

Lagi 3 minggu dan 3 hari untuk tiba ke hari majlis raja sehari berjiwa rakyat saya. Nervousnya jangan citer le. Huhu... Ada yang dah rasa, so dah tak heran tapi sedikit sebanyak tentu kamu faham betapa berdebar dan serabutnya otak saya.

Baju Pengantin. Ada 3 pasang. 1 untuk akad nikah. 1 untuk majlis kenduri kat umah saya[saya tidak bersanding]. Dan satu lagi untuk majlis di rumah En Stormpong iaitu pada keesokan harinya. Al makngah ler... Rumah kami dekat tettt je. Pendek kata, kalo En Stormpong tertinggal sampin semasa on the way nak ke rumah saya nnt, anytime je beliau bleh patah balik umah beliau untuk amik sampin tersebut tanpa menjejaskan masa aturcara di rumah saya. 2 pasang dah ready to be wear. Sbb saya dah siap jahit manik walaupun very the chikaiiii... Tapi tak kisah la. Saya dah malas nak mengadap munyit 2 ekor tu lagi. So, skrg baju akad nikah je belum siap dijahit manik. Huhu...

Kad undangan. Ada kawan-kawan yang kata, dah elok le edarkan kad-kad tu sekarang, dan ada juga yang cadangkan minggu depan je la elok skit untuk diedarkan. Mana satu ni? Haa?? Tapi takpe... Yang penting saya siap2 tulis nama la pada kad-kad tu. Senang skit nnt bila tiba masanya, saya bagi je. Saya bercadang nak tulis nama tu hari ni. Tapi ntah le. Kang biler dah landing di atas sofa dgn dikelilingi oleh bantal-bantal kecik kang, terus lupa asal usul dunia.

Bunge Telor. Haaa.. Ini le satu masalahnya... Kenapa le saya gatal tangan sangat nak buat sendiri bunga telor ni. Kalo beli kan senang. Takyah serabut otak. Huhu.. Konon nak unik + lain daripada yang lain sangat. Nahh... Hambik kau... Lagi 3 minggu je lagi. Tapi bunga nya masih belum siap. Uhuhuhu... Saspen.. Saspenn.... Saya bercadang nak siapkan rangka bunga telur tu pada hari esok serta lusa, jadi hari Jumaat nanti bleh la saya mintak tolong daripada tenaga rahsia saya iaitu OrgKgBaru dan JekJan. [Ooppss.. dah tak rahsia lagi dah. Hehehehe].

Barang-barang hantaran. Semua barang-barang En Stormpong sudah dibeli. Lega skit rasanya. Cuma kek, coklat dan sirih je belum fikir. Untuk kek dah ada org beri bantuan kemanusiaan untuk sponsor. Sapa la manusia mulia tu yer. Baik sungguh hati beliau. Renda-renda, manik-manik, gabus, bahan-bahan untuk buat bunga juga saya dah beli siap-siap. Siap star dust pun saya beli. Tak tau la lagi apa benda yg saya nak buat dgn star dust tersebut. Silap2 saya buat main tabur-tabur je atas kepala dengan En Stormpong masa kenduri tu. Kami kan raja sehari yang berjiwa rakyat . Nak gubah nnt minggu terakhir sebelum saya cuti la.

Tu je la kot yang penting buat masa sekarang. Yang lain-lain tu, nanti la saya fikir kendian.



Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...