Iklan! Iklan! Sila Click!

27 January 2011

Kaca Bertaburan Atas Jalan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Tak tau la kenapa pagi tadi jalanraya jammed sangat. Kalo diikutkan, perjalanan dari umah saya ke ofis hanya 6 minit je time tak jammed. Hari-hari biasa yg jammed sikit-sikit, amik masa 20 ke 25 minit. Hari dah jadi 45minit. Ntah hape ke benda la yg di'jammed' kan sangat tu saya pun tak faham la.

Jadi, alang-alang dah lambat tadi, konon-kononnya saya nak pegi klinik kerajaan terus untuk buat HIV Test. Gabra gak sebab Mr Storm dah selesaikan HIV Test beliau semalam. Mana bleh jadi ni. Saya pun kena buat cepat-cepat HIV Test. Jadi, saya pun swerve to the left, niatnya nak ke Pusat Kesihatan Bangsar. Pastu dengan confidentnya masuk dalam pagar tu, mcm terpinga-pinga plak... Mcm takde rupa klinik kesihatan pun kat dalam pagar tu. Yg kat depan sekali tu, saya nampak la tulis 'Klinik Pergigian Bangsar'. Sebelum ni, saya ingatkan, kalo kat depan tu Klinik Gigi, kat belakangnya mesti ada Klinik Kesihatan. Hehehe... Tapi sangkaanku salah belaka. Rupa-rupanya kat situ Institut Kesihatan. Adeh... Tempat kursus je la wei...

Dah tu, saya kuar la balik dari tempat tu dalam keadaan yang jammed tak habis tu. Nak terus ke Brickfield kena masuk kanan. Masa saya bagi signal nak masuk tu, keta-keta lain dah agak kedekut nak bagi jalan. Ntah le apsal. Kot-kot kalo mereka bagi jalan kat saya, boleh mendatangkan sakit kusta kat mereka kot. Heheh. Kedekut giler viva. Tapi saya buat muka kering nak masuk gak... Last-last kena hon. Actually masa saya nak masuk tu, keta yg dari belakang tu jauh lagi, tp dia mcm tak reti2 nak perlahankan keta dia utk bagi ruang skit kat saya... Jadi dia hon keta saya... Saya tetiba je jadi hangin.... Saya pandang org tu, then secara reflek je saya tunjuk penumbuk kat pompuan tu. Dia bawak keta Vios. Kaler hitam. Sebenarnya saya tak sangka saya bereaksi macam tu. Huhuhu... Buatnya pompuan tu bini atau gepren ketua kongsi gelap Chow Kit ke, kang tak pasal-pasal muka saya kuar Metro pagi esok... Huhu.. Saspen...saspen...

Bila saya dah berjaya masuk lane tu la saya nampak sisa2 kaca bertaburan kat atas jalan. Maybe ada kemalangan kot sebelum tu. Sbb tu jammed. Teori je la tu. Fakta sebenar memang tidak diketahui. Lepas dah masuk area Suasana Loft, dan dah nak masuk parking SSM ni, tetiba saya nampak keta Vios tadi kat depan keta saya... hahahah.... Keta tu macam memperlahankan keta macam nak masuk gak ke parking SSM, tetiba terus je dia drive laju semula ke depan. Kot-kot dia ingat saya follow keta dia then nak belasah muka dia bagi berkicap tepi bibir dia, maka dia takut dan lari... Aahhh... Ikut mu ahhh... Saya takde masa nak fikir hal dia. Yang penting hari ni saya memang lewat di atas sebab-sebab yang bukan di dalam bidang kuasa saya utk mengawalnya. Grrr... Abih la saya, tak dpt nak mempertahankan rekod kehadiran cemerlang saya tahun 2011 ni. Baru je bulan Januari ni. Dah lewat 3 kali. So how? Ish..ish... kacau betul.

25 January 2011

Ice Cream Vanilla

Sejahteralah ke atas kamoo yang membaca blog ini...

Pot luck lagi hari ni. Dan saya suka, sebab dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan sepejabat. Semalam semasa kami ber-email-email utk plan tentang pot luck ni, bila saya tengok menu yang mereka nak bawa, mak aihhh... Hebat. Nasik lemak, kuey tiaw goreng, macaroni, bihun goreng, puding roti, sambal bilis dan bla..bla..bla.. Jadi, apa yg patut saya bawa? Nak masak sendiri... sekarang mmg tak dpt le. Umah saya dah tinggal sehelai sepinggang dah skrg. Sebab housemate saya dah pindah. [*pssstt2... beliau nak kawen 2 minggu depan.. hehehe..]. Barang-barang dlm rumah kebanyakannya adalah milik beliau. Maka, beliau dah bawak bersama la barang-barang itu termasuk tong gas. Jadi, itulah alasannya, kenapa saya tak boleh bawak sesuatu yang saya masak utk ke pot luck tersebut. Ngeh-ngeh.

Tgh fikir-fikir cari idea, Si Meow plak dah bg idea utk saya bawak ice cream vanilla. So, saya setuju je. Alaa.. senang je. Beli kat Petronas sebelum pegi ofis. Yes! Saya dah membuat keputusan. Iaitu membawa ice cream vanilla utk pot luck. Petang semalam, saya balik umah... buat hal sendiri...lepak..-lepak... bercinta-cinta [oowhh..Mr Storm..] .. tido-tido... pagi tadi bangun... Dgn 1 misi gampang iaitu... membeli ice cream vanilla. [Eceh.. saje carik pasal guna perkataan 'gampang'.]

Jam 7.43 am... dengan begitu yakin saya singgah di Petronas dan melangkah masuk ke Kedai Mesra untuk membeli ice cream vanilla... Malangnya hampa belaka. Ice-cream vanilla yang ku cari-cari tidak ketemuan di situ. Chiss... rugi masa saya 4 minit. Argghhh... Waktu itu, baru la terasa purple muka saya.. Uihhh,.... Mana tak nya... Saya dah email kepada satu Division ICT yang saya akan membawa ice cream vanilla. Kalau saya memandai je beli roti ke, keropok je utk gantikan ice cream vanilla, mesti kena kutuk punya dengan ofismate saya. Huu..huu... seram... tak sanggup. Tak sanggup lagi aku... mengenang kisah lalu.. keganasan menghantui ku... Sesalanku hanyalah.. untuk mu sayang.. ampunilah segala, dosa-dosaku.. Eceh.. ok.. Enaf dengan nyanyian bilik air tersebut. Ngeh..ngeh...

Kepala otak dah ligat nak cari the next station yg mungkin ader jual ice cream vanilla. Huu...huuu..woot...woot... nangis kuar belon kat hidung lagi skali. Pastu bila saya kuar dari Petronas... ceng..ceng... tetiba nampak lampu kat MyMydin depan Petronas tu mcm bernyala. Wallla!!! Buka! Jadi, saya dgn aksi Brad Pitt dalam iklan Vios [pada satu masa dulu], telah memandu ke MyMydin... Siap parking kat petak kuning tempat punggah barang-barang plak tu. Kononnya nak cepat sgt la tu.. Ni la kesannya kalo banyak sangat tengok drama slot Akasia. Hihi. Dan... Nasib baik le ader.. Banyak plak tu ice vanilla di situ. Bukan vanilla je yg ader. Ice-cream paddle Pop pun ader tau.. Wahhh.. Hebat..hebat. Muka saya yang purple tadi, dah kembali normal. Tapi warna purple tu masih tertinggal di baju saya, sebab saya mmg pakai kaler purple pun hari ni. Lalalala... ingat lawak la tu.

Jadi, kawan-kawan... the moral of the entry post.... Sebelum buat keputusan untuk bawa apa-apa ke pot luck... sila fikir dulu. Jangan main petik je.. Karang kalo tak jadi bawak, tak ke malu + kena kutuk. Dan... Jika nak beli ice-cream vanilla, belilah di MyMydin.

24 January 2011

Step By Step To Menikah


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Kecik pun jadi la kan? Hehehe.



Kursus kawen ni sebenarnya contents nya bagus. Usaha kerajaan utk wajibkan pasangan yang ingin berkahwin supaya memiliki sijil kursus kawen sebelum berkahwin tu boleh dikatakan baik.

Cuma tu la... kekadang rasa mcm confuse plak. Sebab boleh dikatakan isi kandungan kursus tu kebanyakkannya hanyalah fardhu ain dan fardhu kifayah. Kalau betul la ni negara Islam, dan umatnya, umat Islam....sepatutnya semua orang patut tau je semua benda-benda basic tu. [Walaupun ada juga la perkara-perkara baru yg saya baru tau.... Contohnya... Nak kawen kat Mesia ni,... kena patuh kehendak undang-undang syara' dan juga undang-undang negara. Erm... Pening kepala nak fikir. Mcmn bleh ada 2 undang-undang plak nak kena ikut tu? Sekalikan je takbleh ke? Huhu...]

Memang la penceramah kata sebagai brush-up kepada sesuatu yang kita pernah belajar zaman dolu-dolu yg kita dah lupa. Aihh.. Tapi lupa tu tak sepatutnya berlaku bagi perkara-perkara asas fardhu ain. Huhu.. Dan kalo orang yg pergi kursus tu kata, apa yg dia belajar masa kursus tu dia tak penah belajar, lagi le haru.

Tu semua amalan-amalan harian seorang muslim je. Kalau betul mengamalkan apa yg disyariatkan oleh Islam... Kursus kawen tu tak perlu ada langsung pun sepatutnya. Haihhh... [terpaksa le saya mengeluh lagi skali].

Saya rasa, berapa ramai je yang betul-betul fokus dan faham dengan apa yang penceramah tu sampaikan? Contohnya, semasa dalam sesi taklimat, penceramah kata... "walaupun sudah bertunang, haram bersentuhan, jadi lepas kuar kursus ni, jangan berdua-duaan lagi... Jangan lakukan mukadimah zina...", tapi lepas je abih waktu kursus, sama je... kuar berpegang-pegang jugak dengan pasangan.

Jadi what's the point? Memang semata-mata nak sijil je la kan? Sebab tu saya rasa mcm tak guna pun buat kursus tu. Tak respect langsung dengan Islam. Kalo sebelum tu tak tau... at least bila dah diberitau tu... sepatutnya.. ada la kesan sket dlm hati. Rasa takut dgn Allah ke, rasa malu dgn peserta-peserta kursus yg lain ke, atau segan pada penceramah kot... Tapi takde nyer pun. Selamba je.

Tapi takpe la.. Malas nak nak komen panjang2. Nanti orang akan kata saya 'kopoyo'. Sebab diri saya sendiri juga tidak sempurna mana. Cuma, apa yang baik... ikutilah kerana ia datang daripada Allah. Yang buruk dan kopoyo tu sudah pasti dtgnya drpd diri saya sendiri.

Kata-kata penutup... Kursus kawen tu bagus. Sesape yg pegi, tolong la fokus dan laksanakan nasihat penceramah. Dan lagi satu, bulan 3 ni akan bermula kursus kawen 3 hari 2 malam kemudian ada exam. Nak tgk, ko paham ke kopoyo je. Kehkeh.

19 January 2011

Ada Apa Dengan Limau Mandarin?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Rakyat Malaysia ni memang saling sokong menyokongkan? Contohnya sewaktu bulan Ramadhan, orang Islam yang puasa, tapi penganut agama lain pun turut serta berebut beli kuih kat bazaar Ramadhan. Waktu cuti Deepavali atau Thaipusam bukan setakat penganut agama Hindu yang berebut balik kampung, penganut agama lain pun sama naik je berebut nak ambil cuti tambahan utk balik kampung. Macam tu juga dgn Tahun Baru Cina. Bukan orang-orang Cina je yang beriya nak makan limau, dengan saya-saya skali beriya. Siap beli sekotak kat Carrefour untuk dilahap seorang diri. Kehkeh. Lagipun saya memang suka makan limau. Cuma bile Tahun Baru Cina ni, bertambah lah suka sebab banyak dan kat mana-mana pun bleh nampak limau mandarin.... Mana bleh jadi kalau tak beli.

Tapi, kenapa limau mandarin? Apa rahsia di sebalik kesyahduan memakan limau mandarin tersebut? Adakah kerana mereka [limau-limau itu] murah? Atau kerana mereka mudah ditanam? Atau kerana kebetulan musim limau mandarin sama dengan Tahun Baru Cina? Why? Why? Why???? Tim kayyyyy aaaaaaa???????? [bertanya dengan nada suara yang tinggi sambil melutut, kepala mendongak ke langit, badan mendada dan tangan depangkan ke atas dan membuat muka confuse gile.. huhu..]

Jekjan yang ringan mulut bertanya dengan vendor kami, Ramona, yang duduk bersebelah workstation beliau. Menurut Ramona... limau di dalam bahasa cina di sebut 'kam'. Sebutan tersebut sama dengan sebutan utk emas di dalam bahasa cina yang juga disebut 'kam'. Cuma bezanya daripada segi ejaan pada penulisan sahaja. [Sorry tak dapat bagi contoh, sbb saya tak pandai tulis cina. Cakap cina saya pandai la.. "Cina..cina.." Kehkeh.]. Oleh itu, orang-orang cina menggunakan limau mandarin sebagai simbolik 'emas'.

Haaa.. Itu je la. Best kan entri ni? Informative gile. Hahahaha...

18 January 2011

Orang-orang Utan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Rasa macam dah lama.... tapi hari ni baru je genap 2 bulan saya menjadi tunangan orang. Kehkeh. Baru je lagi rupa-rupanya. Intro yang takde kena-mengena dgn tajuk. Dan mungkin juga keseluruhan entri ni pun takde kena mengena dgn tajuk. Nasib la sape yang baca.... Peringatan : Entri ini berunsurkan fikiran negatif... Sila jangan baca jika tidak mahu terpengaruh dgn unsur-unsur negatif tersebut.

Saya paling menyampah kalau orang yang masuk lif, dia masuk paling pertama, dia berdiri depan panel butang-butang lif, pastu jadi tugu peringatan kat situ. Tak tolong orang lain tekan butang tingkat mana yang mereka nak pergi, tak tolong tekan butang buka pintu atau tak tolong tekan butang tutup pintu lif. Ada dia kisah kalo orang lain yg masuk kemudian tu nak tekan butang utk ke tingkat lain sedangkan tunggul kayu tu dah block panel butang tu dgn badan dia yang besar mcm beruang? Ada dia kisah kalau orang lain yang nak masuk lif tu tak sempat masuk/keluar lif pastu tersepit sebab pintu lif tertutup lebih awal? Grrr...

Pastu ada sejenis lagi manusia kat Malaysia ni, kalau masuk lif dan kalau dia tak berdiri depan panel butang, dia berdiri tgh-tgh lif. Kemudian bila orang ramai lagi nak masuk, dia tak plak berganjak. Berdiri keras je kat tempat yg dia berdiri masa dia masuk lif. Padahal kat belakang tu ada ruang lagi. Kaki dia dah jadi batu ke apa? Tak consider dah ramai lagi orang lain yang boleh masuk kalau dia berganjak. Adegan kaki bertukar menjadi batu ni pun selalu terjadi dalam pengangkutan awam yang lain seperti bas atau keretapi. Asalkan diri sendiri lepas je, orang lain dah tak penting. Ptuikhhh!!! Ludah kat muka orang tu.

Ingin saya ingatkan kepada orang yang sebegini... Kalau dah tau yang nko tu pemalas dan sombong, lepas masuk lif, lepas tekan no tingkat yang ko nak pegi, sila la beransur ke belakang. Biar orang-orang yang rajin je berdiri depan panel butang tu. Takkan le nak berjalan ke tgh-tgh lif pun ko malas sgt sebab kononnya senang berdiri paling depan supaya senang nak keluar? Untuk orang-orang pemalas yang kaki bertukar jadi batu plak, jangan fikir diri sendiri je. Orang lain pun perlu cepat juga. Orang lain pun nak juga gunakan pengangkutan awam tu. Haihhh... Manusia...manusia... Oppss... tersasull... Maksud saya... Haih... orang utan...orang utan...... [Padahal, orang utan tak bersalah pun dalam hal ni. Hahahahaha.. Tak pasal2 mereka disabitkan kesalahan.]


13 January 2011

Salam.. Assalam.. Akum... Assalamualaikum..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Satu masa dulu, mak saya selalu bising kalau ada anak-anak jiran tetangga yang datang ke rumah dan memberi salam seperti "Kummmmm" sahaja. Mesti mak saya akan kata "mende la dia ni bagi salam cenggitu. Kumm..kummm... mende maksudnyer ntah.". [Anak-anak jiran selalu datang rumah saya pada waktu pagi, semasa kedai abah saya belum dibuka, sebab mereka nak beli cikedis@cekelat@gulagula].

Bila saya dah besar, dah keluar daripada kampung halaman, saya rasa ramai berlambak je orang Islam yang bagi salam hanya dgn bunyi yang ntah mende-mende. Asalkan bunyi sudah. Ada yang sebut 'Salamelekom', 'Asa-ekom', 'kummm' atau 'samekom' dan macam-macam lagi bunyi yang pelik-pelik. Main-main je kan? Padahal, kalo sebutan salam yang sebenar sepatutnya 'Assalamualaikum' itu bermaksud [lebih kurang la], 'sejahteralah ke atas kamu'. Habis kalo bunyinya 'samekom' je, ada makna ke? Pemalas betul la korang ni. Sebut la betul-betul skit. Lidah tu Allah yang bagi. Nak ucap salam dengan elok pun malas. Ishh... Buruk benorlah perangai...

Kemudian, satu masa dulu, sewaktu bahasa melayu secara berleluasa diringkaskan ejaannya untuk kegunaan semasa berSMS, ucapan 'Assalamualaikum' tidak terkecuali diringkaskan menjadi 'A'KUM'. Maka, keluar plak isu yang perkataan 'akum' tu mempunyai maksud yang menghinakan umat Islam kerana dijelaskan di dalam kitab Talmud [kitab org-org Yahudi], Akum itu adalah panggilan kepada non-jewish yang bermaksud anjing. Jadi, org yang berjaya dgn penemuan terhebat tu menyarankan supaya guna perkataan 'Salam' bagi meringkaskan 'Assalamualaikum', kerana membawa maksud yang sama. Jadi, semua la orang guna perkataan salam itu sbg pengganti ucapan 'Assalamualaikum' terutamanya semasa berSMS atau berEMAIL.

Alih-alih, baru-baru ni, saya jumpa plak artikel lain lagi yang kondem plak penggunaan perkataan 'salam' bagi menggantikan 'Assalamualaikum'. Mereka suruh gantikan pula 'salam' itu menjadi 'Assalam'. Kerana berdasarkan ayat yang ke-89 dari Surah Az Zukhruf, perkataan 'salam' itu bermaksud 'selamat tinggal'.

"Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam" (Selamat tinggal), "Kelak mereka akan mengetahui (nasib) mereka yang buruk.

Aduh.... Terketawa sambil tepuk dahi sendiri sebab tak puas hati dengan andaian-andaian serta tafsiran-tafsiran yang memperbesarkan perkara mudah seperti itu. 'Salam' itu bermaksud 'sejahtera' atau 'damai'. Dalam bahasa Inggeris kan biasa disebut 'peace be upon you' apabila menterjemahkan 'Assalamualaikum'?. Persoalan 'salam' = 'selamat tinggal' itu sepatutnya tidak menjadi isu pun. Jika di dalam Al Quran, ayat tersebut sebelum diterjemahkan hanya dibaca tanpa perkataan di dalam kurungan tersebut. Ayat yang di dalam kurungan itu adalah tafsiran para ilmuan yang pakar. Tetapi tetap juga perkataan 'salam' itu bukan bermaksud selamat tinggal. Adehhh... Bukan ke kita selalu gunakan 'Assalamualaikum' tu juga semasa ingin beransur pulang atau berpisah. Atau sebelum kita menamatkan panggilan telefon bersama sahabat atau keluarga? Macam normal je kan? Haaa.. itulah sebenarnya maksud ayat Az Zukhruf yang saya nyatakan di atas. Beri salam perpisahan. Jadi apa masalahnya?

Bagi saya, kalo kita guna perkataan 'Akum' ke, 'Salam' ke atau 'Assalam', yang penting, semasa org yang menerima perkataan tersebut membacanya sebagai 'Assalamualaikum', salam itu masih valid. Jika saya sendiri menerima ucapan 'A'kum', saya langsung tidak membacanya sebagai AKUM, tetapi 'Assalamualaikum'. Isunya sekarang, masalah bahasa. Contoh seperti perkataan 'gampang' dan 'butuh'. Di Malaysia, 2 perkataan tersebut membawa maksud yang kurang elok, tetapi di Indonesia maksudnya lain pula.

Namun, mmg tak dinafikan... Ucapan yang terbaik tentulah ucapan salam yang penuh dan lengkap iaitu Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Di sini saya hanya menyuarakan pendapat peribadi juga. Saya tidak mahu menyarankan untuk kamu menggunakan akum, salam atau assalam. Kamu sendiri boleh berfikir. Ada akal kan? So, fikir sendiri. Maaf jika tersilap kata atau informasi. Saya mengalu-alukan komen anda.

Akum (Anyar) is a language spoken by the Anyar people of Cameroon and Nigeria.
The language is: Akum
~Meaning1~

Salam means "Peace". It's like saying 'Hi!' - It is the most shortened version of the Islamic greeting (Assalamu Alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh) and originates from the hebrew greeting 'Shalom'.
If someone says Salam to you, you should return the greeting by saying Salam back, or Wa Alaikum As-Salam (and upon you be peace).
~Meaning2~

This is what they all quote: "Ereget Raschi Erod, 22 30: "The Akum (non-Jew) is like a dog. Yes, the scripture says to honor the dog more than the non-Jew."
~Meaning3~

11 January 2011

Belajar Dari Kesilapan?

Betul ke ni? Mungkin betul juga. Tapi daripada kesilapan itu, mungkin perlukan usaha yang lebih susah untuk belajar. Yelah.. Contoh kalo buat latihan matematik. Kalo dah salah tu, nak cari jawapan yang betul kena study lebih skit la kan. Tapi, memang tak dinafikan... Selagi tak buat salah, susah nak belajar. Sama jugak mcm kalo nak pergi satu tempat. Bila dah sesat, baru le jumpa jalan yang betul. [Sesat jalan ni saya biasa. Sbb takde GPS. Kehkeh. Alasan nak beli henfon baru.].

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Tetapi ada satu lagi mutiara kata yang lebih elok untuk kita praktikkan... iaitu "belajar daripada kebenaran". Dari mana boleh kita dapatkan kebenaran? Kebenaran yang seperti apa?

Jawapannya sudah tentulah... Kebenaran yang diperintahkan oleh Allah yang boleh kita dapati dari Al Quranul Kareem.

Bukti bahawa Al Quran itu benar adalah seperti firman Allah;

"Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang Kami turunkan [Al Quran] kepada hamba Kami[Muhammad], maka cubalah buat dan datangkan satu surah yang sebanding dengannya [surah dalam Al Quran], serta ajaklah saksi-saksi kamu [tuhan-tuhan yang kamu sembah] selain daripada Allah [yang kamu percaya dapat menolong kamu], jika kamu orang-orang yang benar." ~ Surah 2[Al Baqarah], Ayat 23.

Berdasarkan firman Allah tersebut, Allah mencabar manusia-manusia yang mempertikaikan kebenaran Al Quran, supaya mereka membuat satu surah sahaja yang setanding dengan Al Quran. Percayalah. Mesti mereka takkan dapat lakukannya. Bahasa di dalam Al Quran ini sangat tinggi tahapnya. Sasterawan yang terunggul pun tidak akan dapat menandingi bahasa di dalam Al Quran. Itu baru sebut tentang ketinggian bahasanya. Belum lagi dibandingkan dengan hukum atau perintah, atau keterangan tentang bumi dan langit. Jangan harap la berjaya. Allah lebih tahu akan hamba-hamba ciptaan-Nya.


~Petikan diambil daripada Kata Luqman Al Hakim : Tentu kita hari ini biasa mendengar bahawa ada sebahagian masyarakat Islam yang meninggalkan solat, berzina malah mengamalkan homoseksual atau lesbian, tidak menutup aurat atau bergelumang dengan maksiat namun menyatakan hatinya masih tetap beriman dengan Allah SWT. Takrif iman seperti yang disepakati oleh para ulama termasuk Imam Syafie ialah “kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib, mengucapkannya dengan lidah dan beramal dengan perbuatan”.

Itu sahaja buat masa ini... berfikirlah, kemudian berzikir. :)

10 January 2011

Drama King!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Semalam, sewaktu di rumah kakak saya, saya makan nasi bersama Siti Sarah. Pastu datang Si Amaluddin terkedek-kedek panjat kerusi, berdiri atas kusi dan mintak suap. So, saya suap le walaupun dgn rasa yang serba salah, sebab macam pedas je lauk sambal bilis yg saya makan tu. Lepas dia dah telan, baru le menggelupur dia mintak air. Sebab pedas. Jadi, saya bagi le air kosong kat dia. Biler air tu dah ader dlm mulut, dia muncungkan mulut dgn air tu ader penuh dlm mulut.[biasanya ada juga anak-anak sedara saya yg lain, kalo dia buat muka mcm tu, maksudnya dia nak sembur air tu.]. Saya terus cakap kat Amaluddin "Telan air". Tapi dia tak telan2, pastu dia nak amik cawan Siti Sarah, tapi sempat Sarah amik dulu. Last-last skali... Dia halakan muncung dia tu kat pinggan sayur campur, pastu dia sembur air dalam mulut dia tu ke dalam pinggan sayur tu... Eeeii..... Geramnyaaaaaa................ Nasib baik le comel.

Lepas dia dah buat onar kat meja makan tu, dia ngaco kakak dia, Siti Hajar lipat baju. Pastu dia amik jersi Chelsea abang dia, dia pakai. Besar gedoboih la. Pastu dia amik tudung Siti Sarah dia pegang je. Mak dia plak sempat warning dia "Pegang je tudung tu, jangan pakai... Sebab tudung tu utk pompuan. Amaluddin lelaki.". Then dia angguk je dgn rambut kerinting dia tu. Sambil main-main lompat2 dgn baju besar tu, bila dia tengok saya nak naik atas utk solat, dia pun ikut saya. Saya amik wuduk, nak prepare utk solat.... Dia pun nak jugak. Pastu dia pakai tudung Sarah tu, berdiri kat sebelah saya, dia pun buat2 solat. *Dia start solat dulu. So, saya pun rakam le adegan yg tidak sepatutnya dilihat tu... Hishh.. Amaluddin ni... Nasib baik le comel.

07 January 2011

Pencuri Masa

Sejahteralah ke atas kamoo yang membaca blog ini...

Sebenarnya saya banyak kerja yg perlu dilakukan. Tapi, berehat sebentar la bersama blog.

Waktu rehat tadi, saya pegi tempah baju pengantin di somewhere, over the rainbow bersama OrgKgBaru dan JekJan.

Baju kahwin, saya tempah je. Tak sewa pun. Saje taknak sewa. Sebab nak simpan walaupun hanya nak pakai sekali je. Gedik kan?

Tetiba je saya rasa mcm takde apa plak nak citer. So, abih kat sini je la entry ni. Hahahah.. Jgn marah yer. Peace...

06 January 2011

Pelancong Itu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Menjawab persoalan MamaJue semasa di dalam lif selesai taklimat perubatan tadi, "Zue, aku pegi tgk wayang citer The Tourist sorang-sorang je semalam". Hehehe.. Sorry le sebab 'ter'marah ko menanya aku soklan tu masa tgh sendat dlm lif. Cheyy.. Nanti mesti ko kata... Citer dlm lif malu, citer dlm blog tak malu plak.. Kekeke.. Dlm blog lain... Sbb hanya org yg nak baca je akan tau. Kalo dlm lif, nnt org yg taknak dgr pun 'ter'paksa dengar citer aku yang bosan ni. Sorry naik lori yer MamaJue.


Setelah sekian lama saya tak me'wayang'kan diri... Semalam saya pegi tgk movie The Tourist. Sorang-sorang je :( sob..sob... Padahal tak sedih pun. Mr Storm bz banget. Kwn-kwn plak mcm takde potensi je utk diajak. So, pegi je walaupun sorang. Saya kan cool. Cool.. cooler... coolest! Yang membuat saya beriya sangat nak gi tgk movie tu ialah sebab Johnny Depp dan Angelina Jolie la.

Tanak cakap banyak, kesimpulannya movie tu saya suka. Sebab ia dapat mencabar imaginasi saya. Erm.... Faham maksud saya? Ok, macam ni... Biasanya.. kalau saya tgk filem, jalan ceritanya saya dah boleh agak kerana agak tipikal. Cuma tukar pelakon, costume dan lokasi, tapi storyline sama je... Org jahat, org baik, berebut barang, yang baik menang, bla...bla...blaa.... Atau kalau filem romantic-comedy mesti mula2 tak suka... pastu jatuh cinta, pastu ader halangan, then last skali bersama juga dgn restu semua org. Ceh! Nak muntah!

Tapi movie The Tourist ni lain. Saya tak dpt teka langsung jalan ceritanya... Dan ending nya pun saya tak expect. So, saya puas hati. Lagipun citer tu elegant. Ataupun mungkin otak saya dah makin lembab yang membuatkan saya tak dpt teka jalan citer tu, tak tau la plak kan.. Hahahahaha.... Dan Johnny Depp tu, walaupun dia tak sekacak Keanu Reeves, tapi saya memang suka biler dia berlakon. Sbb best. Angelina pun, wp tak la secantik saya... [pala hotak ko perasan!!! Kehkeh..], tapi suka tgk.. Sebab mereka ada style tersendiri. A unique persons. Filem ni, sapa pernah tgk filem Wanted, haaa.. lebih kurang mcm tu la. Tapi, saya tau movie ni bukan taste OrgKgBaru, JekJan, CekChah atau YekYu. Tp maybe DekDa ok kot. Rasanya la... Sbb citer ni kena fokus dan kena serius. Hahaha.. Kalo tak, tak faham le jalan cerita tu.





Ok... Saya cerita skit la tentang movie tu. *WARNING!! Sapa yg nak tgk movie ni, sila jangan baca.. Tapi kalo tak berniat nak pegi tgk, bleh la baca.

Adegan ni, masa kat hotel, Italy. Johnny Depp pegang watak 'Frank'. Waktu tu, dia kena serang dgn org yang dia tak kenal, siap nak kena tembak2. Pastu dia lari nyuruk masuk washroom then kunci diri sendiri. Pehtu, yang geng jahat ni beriya nak masuk gak dlm washroom tu. Si Frank ni, call receptionist daripada washroom tu utk report yang ada org nak bunuh dia. Tapi receptionist plak tak reti cakap omputih... Masa receptionist tu bagi greeting 'Bon Jour', Frank dah menggelupur cemas... pastu mcm malas nak layan greeting2 tu semua dia terus jawab receptionist tu.. "Haa..Bon Jovi..". Kehkeh.. Bengong tul. Mesti korang rasa tak kelakar sgt kan? Hahaha.. penat je aku citer. :p


Ok.. Abih la citer...

04 January 2011

Nak Mengadu Nasib Kat Korang Ni... Huhuu...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

[Bersama tangisan yang mengeluarkan belon ikut hidung.. woott... woott...]

Kenapa saya perlukan henfon baru?

1. Sebab henfon Z610i yang saya pakai selama 4 tahun ni dah makin nak bersepai. Key pada keypadnya dah 4 tertanggal. Nak tekan pun bukan main susah lagi.. Sampai terkeluar bijik mata saya baru le dapat tekan. Adehh....




2. Built-in memory yang sungguh kecik. Susah betul nak simpan sms-sms dan MMS-MMS percintaan saya. Asyik hang je kalo inbox penuh. Nak simpan MP3 banyak-banyak pun terkancat. Susah la saya nak hypnosis diri sendiri dengan mendengar rakaman arahan relaksasi dah. Nak rakam video budak kerinting pun selalu je tak muat. Simpan gambar banyak-banyak pun tak boleh.. Haihh... Spooky bombasti betul!

3. Saya perlukan navigator GPS. Sekarang ni rasa menyampah bile orang ajak pegi mana-mana, [merujuk kepada tempat-tempat yang pelik] saya mesti rasa mcm nak menangis sebab saya tak tau direction nak pegi situ. Kenduri kahwin kawan saya ke, umah kawan-kawan saya ke, nak hantar anak buah ke rumah sewa dia ke, main badminton kat mana-mana stadium badminton atau pun nak pergi kursus. Itu pun hanya di sekitar KL atau Selangor. Belum kira ke Labis. Huuu... Pengsan le saya tak tau. Jadi, kalau saya ada tepon yang disertakan dengan navigator... kan lebih bergaya perjalanan saya.

4. Saya suka amik gambar.. Tapi kalau setakat henfon 2.0 mega pixels yg saya ader kat henfon tu, baik le saya lukih je gmbr tu. Lebih kurang je kualitinya.. Hahaha.. Padahal lukih burung kang nampak macam ikan salmon. [Jadi, kalo nak lukih ikan salmon, terpaksa le saya buat-buat nak lukih burung ye dok?]. Kalo dapat henfon yang ada camera 8.1 mega pixels pun dah kira afdal dah tu. Erm.. Kalo Sony Ericsson Satio tu... 12.1 Mega Pixels... Giler la besar. Rupa dia mcm lori kontena sangat. Saya ni dah la rimas nak bawak henfon besar-besar. Sebab pemalas. Hahaha.

5. Sebab saya dah bosan dengan henfon saya ni. Dah habis semua function saya dah master. So, kalo tengah boring, tunggu orang ke.. dok saje-saje takde keja ke... dah takde apa dah pada henfon tu yang boleh saya browse. Games pun semua saya dah champion. Jadi, saya perlukan henfon yang baru untuk saya gunakan sewaktu saya boring giler, atau tgh cover line nak pura-pura bz dgn henfon konon-konon macam ader byk sms masuk... padahal, main games. Ceh!

Dan sebenarnya... henfon yang menjadi pojaan saya sekarang hanya henfon biasa je. Takde la hebat manapun kalo nak dibandingkan dengan iPhone atau BlackBerry Stormpom. Tapi sesuai le dgn tahap pemikiran saya yang simple dan elegant ni.. Ngeh...ngeh... Iaitu.... Sony Ericsson W995... Sahaja... Saya tak harap yang lebih hebat pon. Henfon ni dah cukup utk menampung keperluan-keperluan saya....






Cuma sebab dia ni jenis slide, saya agak kurang suka. Tapi masih bleh diterima. And no more tepon kaler merah... Kali ni nak beli hitam plak. Harga? Masih 1k and above. Huhu... Mahal. Tak mampu tapinya..... Jadi, terpaksa le telan air liur dan memandang gambarnya sahaja yer... Tunggu dah kaya skit baru beli. InsyaAllah tahun depan. Untuk sementara waktu... terpaksalah saya bertahan dgn Z610i ku itu... Huhu...



OK...Keja! Keja! Sudah2 le berangan!

Cara Nak Kira Waist-Hip Ratio

Ape ke benda plak tu? Kalo BMI tu biasa dengar kan? Haha... Saya pun baru first time dengar benda ni. [Ntah-ntah saya sorang je yang baru tau tentang 'Waist-Hip Ratio' ni. Kalo betul, malunye lah! Lalalala :p.....].

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Doa saya untuk kamu pagi ini....

Ok.. Mula-mula nak tanya... Tubuh kamu berbentuk 'apple' atau 'pear'? Badan berbentuk apple tu maksudnyer... Perut kamu lebih besorrrr daripada pinggul. Bermakna, lebihan lemak menggendut di perut mu itu.... Dan badan berbentuk pear pula bererti, pinggul kamu lebih besar daripada perut. Senang citer, lelemak kamu yang berlebihan, sedang membuat perhimpunan tanpa permit di bahagian pinggul atau peha kamu itu.

Menurut kajian kesihatan... Umat manusia yang memiliki bentuk tubuh 'apple' lebih berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya terutamanya penyakit jantung.... *Mungkin sebab storage lemak kat bahagian atas badan dan dekat dengan jantung... Kot. Ntah le. Ini hanya teori saya. Keke.

Waist-Hip Ratio bertujuan untuk menilai kadar lemak yang tersimpan di pinggul dan pinggang kamu dan boleh jadi 'penanda aras' bagi menentukan sama ada kamu berisiko dalam kesihatan kamu atau tidak...

Haaa... Cara nak kira ialah... Ko pegi ukur lilit pinggang ko sekarang, then ukur pinggul ko plak.

1. Ukuran pinggang ;
~ Lelaki - Ukur selari dgn pusat.
~ Wanita - Ukuran ialah di antara bahagian bawah sekali tulang rusuk dan bahagian atas skali tulang pinggul.

2. Ukuran pinggul ;
~ Lelaki - Ukur selari dengan tulang pinggul yang paling tinggi.
~ Wanita - Ukur bahagian yang paling lebar di antara pinggul dgn punggung.

Bahagi ;
Dah dapat kedua-dua ukuran tersebut... sila bahagikan... No. 1 bahagi No. 2... Pastikan ukuran kedua-duanya di dalam unit yang sama. Kalau pinggang diukur dgn unit centimetre, pinggul pun perlu di dalam unit centimetre juga. Kalau inch, dua-dua pun perlu inch.

Contoh : Ukuran pinggang : 27inches/Ukuran pinggul : 36inches = 0.75


Ok.. Lepas dah bahagi... tengok keputusannya...

Apakah ratio kesihatan kamu?
Ratio yang sihat bagi lelaki ialah : 1.0 dan ke bawah.
Ratio yang sihat bagi wanita ialah : 0.8 dan ke bawah.

Jadi? Bagaimana dgn ratio kamu? Adakah kamu tergolong di kalangan berisiko?

Maklumat didapati daripada website Nestle Malaysia

03 January 2011

Memang Saya Menyesal... :(

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Padan dengan muka saya. Lalalalala... Masa orang sibuk-sibuk pegi kursus kawen yang ofis anjurkan, dengan bayaran yang lebih murah dan tempat juga senang nak pergi [sebab buat kat ofis jugak], saya berlagak takmau pegi. Konon-kononnya... segan sebab saya belum ada plan nak kawen. Lagipun, kononnya nanti bila saya dah jumpa dengan Mr Right saya... Saya nak pergi bersama-sama dia. Baru la saya dan dia mendengar ceramah dan ilmu yang sama. Cekonon la tu.

Tetiba sekarang ni, bila dah makin hampir menuju ke gerbang perkahwinan, baru saya sedar betapa pentingnya pegi kursus kawen awal-awal. Pertama kerana kesuntukan masa. Sebab time-time dah decide nak kawen ni, banyak benda lain yang kamu perlu lakukan. Boleh dikatakan, setiap hujung minggu tu mesti sibuk. [Kursus kawen biasanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Tapi ada juga yang buat hari Rabu dan Khamis. Sila search Pusat Keluarga Wanis utk maklumat lanjut.]

Kedua.. sebab umur makin meningkat... Katakan umur sekarang 25thn. Tapi bila ada kursus kawen anjuran mana-mana, kamu sombong tak mahu pegi. Kerana kamu ingin hadiri kursus kahwin apabila hampir tarikh perkahwinan kamu. Okay. Takper. Kalau kamu akan bertemu jodoh pada usia 26 tahun tak jadi masalah. Tapi... macamana jika jodoh kamu sampai semasa usia kamu errr... let say... 40 thn? Jadi, kamu ingin pergi kursus perkahwinan di mana peserta-peserta lain semuanya berusia 20-an? Owwh... No-no-no... Paling tidak, jika kamu dapat pergi bersama-sama bakal pasangan kamu masih bagus. Mungkin kalau segan sebab kamu berusia, pasangan kamu pun ada bersama-sama. Kalau dia pun sebaya kamu, kamu boleh merasa segan bersama-sama dia. Tetapi katakan pasangan kamu bizi sewaktu itu dan kamu perlu hadiri sendirian? [Macam saya yg kena pergi sorang2.. huhu... Mr Storm.. Please... Go with me to the kursus... pleasee2... kekeke... Ok. i know u're bz. :p]. Jadi, saya nasihatkan adik-adik yang masih muda... Pegi la kursus kawen cepat2. Biasanya kat U korang ada anjurkan... join la. Fee murah, nak pegi pun tak segan, ramai geng dan nanti bila dah makin berusia tak la terhegeh-hegeh nak Google pusat kursus perkahwinan.
Saya baru nak pegi kursus kawen minggu depan.. Hahahah.. Takpe.. Ada masa lagi. Ngo chow sin!

01 January 2011

Amat Sedikitlah Kamu Bersyukur

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

1.1.11 [Cantik ke tarikh ni? Aku rasa biasa je.]

Hari ni hari pertama bagi tahun 2011. Kerana itu, saya tidak mahu ketinggalan untuk menulis entry baru pada pembuka 2011 ini.

Manusia, dijadikan oleh Allah dengan sempurna. Bercakap tentang sempurna... Saya kerap memikirkan betapa geniusnya penciptaan manusia ini. Membuatkan saya kagum, takjub dan insaf betapa hebatnya Allah.

Pernah tak kamu terfikir... Sistem tubuh kita yang hebat ni. Maksud saya, tubuh kita ni... apa yang otak kita fikir utk lakukan, terus sahaja dapat diterjemahkan oleh anggota badan tanpa perlu 'loading' walaupun sesaat. Contohnya, bila kita terfikir nak angkat tangan, maka kita boleh terus angkat tangan, tanpa tersekat-sekat. Pergerakan kita juga smooth je. [Lebih smooth daripada kepala botak Harris Iskandar dlm iklan Nescafe]. Betapa synchronize nya tubuh kita ni dengan otak, even kalo buat maksiat pun masih lagi berjalan lancar. Jika Allah mahu, tentu sahaja dengan mudah Dia boleh menyekat manusia yang ingin berbuat kejahatan dengan meng'hang'kan tubuh mereka kan?

Cuba anda bayangkan [wei, bayangkan sekarang.. cepat!], sistem tubuh kita ni sama macam sistem komputer. Heheheh... Asyik2 loading. Pastu hang. Nak korek hidung, tapi kena tunggu 2 saat baru tangan bleh bergerak ke hidung. Atau pun, bila otak dah letih sangat... Semua arahan dari otak kita, tak diterjemahkan langsung oleh anggota badan, sbb hang. Kan ke menyampah namanya tu?

Lagi hebat.... Tubuh kita ni 24jam bekerja. Walaupun sewaktu tidur. Tapi tetap juga dapat berfungsi dengan baik, walaupun sewaktu tidak sihat. Hebat kan? [Jika ada penyakit tertentu, atau sejak kecil dilahirkan bermasalah, itu adalah another chapter of this story. Siapa yang boleh mempersoalkan, *5 wife and 1 husband tu kan? Hanya Allah yang lebih mengetahui.].

Jika tubuh kita ni, sama seperti sistem perkomputeran... Untuk charge, perlukan voltage yang tinggi... Dan perlu statik sahaja kedudukannya semasa mengecas.. kan payah. Tubuh manusia boleh dicas, hanya dengan makan dan tidur serta solat. Ooowhh... Kagumnya! Kagumnya!

Tapi.... berapa ramai yang bersyukur? Syukur tu bukan semata-mata mengucapkan dengan mulut "Saya bersyukur.". Tapi perbuatan tak menunjukkan langsung kesyukuran? Sejauh mana kita bersyukur dengan tubuh kita? Macamana kita menjaga tubuh kita? Apa yang kita makan? Balik-balik coklat Beryl's. Balik-balik cheesecake. Ishh.... Tak baik untuk kesihatan tau tak??? [Tengah tengking diri sendiri ni.. ]. Pastu, cuba la tgk, berapa banyak fastfood yang kita makan? Makan Mekdi berapa kerap sebulan? KayFC berapa kerap? Pizza? Burger Queen? Berapa kerap dalam setahun kita makan makanan yang tak berkhasiat tu?

So, lepas ni... Bagi tahun ni... Saya nak kurangkan makan makanan yang tak berkhasiat tu. Sebulan... hanya sekali je saya akan makan fastfood. Kalau bulan ni saya dah makan burger Mekdi, so, saya dah tak boleh makan fastfood lain dah dlm bulan yang sama. Kalau nak makan KayFC, kena tunggu bulan depan baru bleh makan. Lagi bagus kalau terus tak makan fastfood.[Kalo saya langgar azam ni, mesti kena kutuk dengan OrgKgBaru dan JekJan. Kehkeh]

Air plak... Kalau makan kat kedai makan pun, saya nak order air suam je. Selama ni, kalo makan kat luar je... Haah!! Mcm2 air saya mintak. Kekeke. Semua air manis la, dan ais.

Sesungguhnya... Allah telah menempatkan manusia di muka bumi, dan Dia telah memberikan di atas muka bumi itu sumber penghidupan yang banyak... [Tetapi] amat sedikitlah kamu bersyukur...

Apa yang cuba saya nak sampaikan kat sini ialah.... Sayangi perut anda setiap hari.. Vitagen! Ok.. Iklan. Maksud saya... Sayangilah tubuh anda. Jaga dengan baik jika kamu betul2 org yg bersyukur.

Ok 2011!! Spooky bombasti!! Oppsss... Silap motivation quote. Yang sebenarnya... "Go go Salida! Banzai!!!!"


*5 wife, 1 husband itu bermaksud 5 persoalan yg bermula dengan huruf 'W' [What, Where, When, Who, Why] dan 1 yang bermula dgn 'H' [How].

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...