Skip to main content

Style!


Sejahteralah ke atas kamu...

Saya tak tau apa nama fesyen ni. Tapi biasanya orang gayakan fesyen ni untuk pergi ke pejabat. Ala-ala formal la gitu. Fesyen ni pakai blouse lengan panjang atau pendek, pastu pakai sleeveless knit top kat luar dan seluar panjang. Boleh bayangkan? Saya tak de gambar lain, tapi tengok je la contoh dalam gambar saya ni. *Dulu masa kurus boleh le pakai macam-macam style. Dah tak kurus ni, baju kurung je la memanjang. Kuhik!


Sebenarnya saya nak cerita, ada sekali tu saya pakai baju dgn gaya ini. Rasa macam dah paling diva lah waktu tu.

Tengok. Saya dan JekJan dok atas riba TekTah.

Masa tengah tunggu lif nak balik petang tu, ada sorang lagi ofismate saya. Nama dia AbgNas. AbgNas itu sudah tentu lelaki. Takkan le pompuan. Saya dapat rasakan bahawa AbgNas sedang memerhatikan saya... Pastu AbgNas bersuara dan bertanya, "Kenapa ko pakai 'baju dalam' tu kat luar? Ko nak jadi macam Superman ke pakai spender kat luar?"........

~Sengih kerang je yang hanya saya mampu. Sampai hati AbgNas. Lepas tu, saya dah tak pakai lagi dah fesyen tu. Baju kecik tu saya ada 3 helai. 1 helai yg berwarna purple tu saya bagi kat horsemate housemate saya pada waktu itu. 2 lagi warna hitam dan biru muda saya pakai kat rumah je. Amboi... kat rumah pakai baju sejuk la kan? Hehehe...

*knit top tu biasanya orang pakai masa musim sejuk. Tapi org Malaysia pakai je sebagai fesyen. Ikut suka kamu la Timah. Asalkan kamu bahagia.

Comments

  1. salam;
    taklah pelik sangat..nampak cool dan cantik jugak tu.!!.

    ReplyDelete
  2. Yusuf : Salam. Mmg tak pelik pun. Ramai org pakai macam ni. Cuma bila ditegur tu, terus malu sensorang bila bertembung lagi dgn org yg menegur tu. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. akak nak gelak dahtu... boleh dia kata gitu yerk.. macam2 yerk... tapi okjer ramai gak yang pakai gitu..

    ReplyDelete
  4. Cho zila : Biasa le. Lelaki kan main sound direct je. Tapi saya pun ok je. Takde sentap pun. Cuma rasa cam kelakar le jugak pertanyaan dia tu.

    ReplyDelete
  5. len kali awak ckp macam ni: sebab saye superwoman la..abang mampu? dah tetentu tak sebab abang tak pakai spender kat luar!

    confirm setahun tak bertegur sapa!

    ReplyDelete
  6. Amboi2...memang diva..apela AbgNas tu ckp pakai baju dalam kat luar hahah :)

    ReplyDelete
  7. ok la tu.. nampak berkarisma, bernai, matang, n poyo.. hahaha :)

    ReplyDelete
  8. hehehe.. bju dlam ? *err supermen? *err?
    bolat tak paham =_="

    ReplyDelete
  9. QuTaQ : Aku tak mampu nak menjawab. Hanya mengiyakan je kata-kata dia.

    Bayu : Tu la pasal. AbgNas dengki kot kan?

    Taufiq : Cess! Cess!! ko kata akak poyo ye. Heheh. mmg agak poyo la jgk.

    Cekbolat-bolat : Ala.. supermen. Yg gitu-gitu tu.. hehe.

    ReplyDelete
  10. kurusnya dia...ko mampu utk kak pakai camni lagi asalkan ko kurus ok :) sila pakai pb hari2 ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya