Skip to main content

Anak Sulung [Pertama] Dapat Perhatian Lebih?




Sejahteralah ke atas kamu...

Orang selalu cakap anak bongsu itu anak manja. Bila saya bagitau orang lain yang saya ni anak bongsu, terus orang akan assume saya ni manja dan tak berdikari. Ceh. Padahalnya saya ni sangatlah berdikari punca kuasa 144. Banyak benda yang saya buat sendiri. Keta rosak? Saya sendiri pegi bawak keta pegi repair atau servis kat kedai mana-mana tanpa recommendation daripada sesape. Saya masuk asrama dulu masa skolah, masa setiap awal tahun dan akhir tahun je family saya dtg hostel. Itu pun sebab nak hantar masuk skolah barang banyak dan amik barang masa akhir tahun. Lain-lain, saya melangut sorang2 je kat hostel. Rasanya En Stormpong pun ibu dgn pak datang lawat setiap minggu masa dia dok hostel kat skolah dulu. Sampai hati ibu dgn pak. Tak lawat pun menantu dia. Kehkeh. Masa tu macam la pak dgn ibu tau saya ni yg akan jadi menantu mereka pada tahun 2011 kan? Lalalalalala.

Itu belum kira lagi semua urusan bila saya bekerja. Semuanya saya selesaikan sendiri tanpa bantuan mak dan abah. [Buat la cerita pedooh tu. Padahal time MARA tuntut hutang, aku mintak duit dgn mak. Muahahaha. Tapi sekali je okay...]

Hey, apa benda yang ko nak citer ni Lydi? Bawak-bawak la insaf skit. Asal dapat tulis new entry je, nak merepek. Asal tulis entry baru je nak merepek. Asal nak merepek je tulis entry baru. Belajar dengan sape ntah. Ok.. Let's b serious.

Walaupun bagi kebanyakan orang lain, anak bongsu biasanya manja dan benar realitinya begitu tapi bagi saya anak sulung pula selalu dapat perhatian lebih daripada ibu bapa. Memang la semua ibu bapa akan kata mereka bahagi kasih sayang sama rata dan mereka sayang semua anak mereka sama je. Takde sesape yang lebih. Tapi kalau tengok cara kebanyakan ibu bapa treat anak sulung dengan anak-anak yang selepasnya lain betul tak? Tak caya?

Anak sulung bila lahir je, dapat baju baru. Banyak plak tu. Kerap plak tu. Anak kedua dan seterusnya kalau sama jantina, hanya dapat sisa abang atau kakak sulung je.

Bila lahir je anak sulung, bukan main lagi amik gambar setiap saat. Semua benda yang anak sulung buat dirakam dengan penuh perhatian. Tapi anak kedua dan seterusnya macam dah tak heran pun untuk dirakam aksi mereka. Maksudnya kurang beriya-iya macam anak sulung la kan.

Anak sulung plak biasanya dibawa jalan-jalan banyak tempat, maklumlah, nak bahagiakan anak. Pastu bila anak makin ramai, makin malas nak jenjalan. Kalo jenjaln pun jarangggg sesangat.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Pastu kalau ada perniagaan plak, mesti akan namakan perniagaan itu sempena nama anak sulung. Mungkin waktu perniagaan itu dimulakan, anak-anak lain belum lahir kot.

Pastu mainan. Anak sulung dapat permainan yang banyak sedangkan anak-anak seterusnya hanya dapat bekas-bekas mainan je. Jarang dapat mainan baru.

Lagi apa ye? Dah takde idea tetibess...

Memang la tak semua yang saya senaraikan di atas ni berlaku kepada semua ibubapa. Tapi kebiasaannya macam tu la. Saya perhatikan, kakak-kakak dan abang-abang saya macam tu la. Bukan sebab mereka tak sayang anak kedua dan seterusnya, tapi sebab dah tak se-excited macam masa dapat anak sulung dulu. Saya nanti mungkin akan begitu juga. Kot? Mana la nak tau kan? TUnggu dan lihat saje ler...


*Jangan salah faham. Saya bukan sedang meng'kondem' anak sulung. Ini hanya pandangan untuk ibu bapa, bukan untuk anak tersebut.

Gambo dikelepet daripada blog ni

Comments

  1. haha.kenyataan

    saya pun anak last and ppl assume saya LEMBIK.kureng-,-

    dan adik-adik selalu dapat'bekas' kakak-abang.konon2 jimat kos.
    apa nak buat.dah anak ramai.HAHA

    ReplyDelete
  2. betul2..

    lady setuju sgt2..

    satu lagi nak tambah..

    kalau anak slung yg kawin dulu..
    adik2 akan jaga anak kakak/ abng...

    tp kalau tiba giliran si bongsu dpt anak..

    kakak2 dan abg2 seme dh ade anak msg2.. maka si bongsu kenelah jaga sendiri anak2 nyer..

    betul x ek?

    ReplyDelete
  3. SyasyaJohan : Awk pun anak last. Yeah. Cayalah. Jom tubuhkan kelab blogger bongsu. Cheywah. Berangan lebih.

    LadyBird :Betul-betul. Pastu wedding anak sulung mesti buat sungguh2. Sbb anak pertama la katakan. Tp wedding anak last pun biasanya beriya jgk. Keke.

    ReplyDelete
  4. hehe.. setuju gak la. memang dah lumrah begitu. tp yg penting kasih syg tetap sama rata x gitu. :D

    ReplyDelete
  5. Asmara : Mesti Asmara pun beri perhatian kat ank sulung kan? Kan? Tgk tu, gmbr profile pun gmbr Batrisya.

    ReplyDelete
  6. ni anak sulung menulis ni.. *senseng lengan baju*

    "ini baru senseng lengan baju..belum lagi gentel bulu kaki!"

    eh, macam pernah dgr dialog itusss..

    ReplyDelete
  7. saya anak sulung (sambil angkat tangan)...hehehe...^__^

    ReplyDelete
  8. QuTaQ : Ko Nor Hidayah bt Sulong. Heheh. Ko senseng lengan sbb nak menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan?

    Presiden Makwe Kintan : Betul tak perhatian lebih? Betul tak? betul tak?

    ReplyDelete
  9. Saya setuju!!
    Parents selalu ada soft spot dengan anak sulung nih..

    ReplyDelete
  10. hehee...setuju jugak ni..anak sulung biasa mmg besungguh2...anak kedua besungguh jugak tapi kurang skit...anak ketiga hhmmmmm...kena buat anak ketiga dulu la...heheheee...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya