Skip to main content

Tak Plan Pun Nak Beli Tapi Beli

Sejahterlah ke atas kamu...

Semalam i call you, you tak answer saya pegi MidValley untuk beli plastik sampah. Ceh, tu pun nak citer. Lebih spesifik lagi, saya ke Carrefour MidValley. Pastu cam biasa la kan... Bila dah jalan-jalan dalam pasaraya, takkan nak tengok sesaje je. Mesti ada benda lain yang menarik utk dibeli. Contohnya minggu lepas saya pegi tempat yang sama, saya nak beli CrabStick [surimi] je untuk dibuat lauk homemade sushi, tapi saya beli macam-macam termasuk Hershey's Chocolate Syrup yang kekononnya boleh mengubat rindu nak makan Tutti Fruitti. Bleh la buat frozen yogurt sendiri di rumah then masukkan chocolate syrup tu. Bajet Masterchef la tu konon, seme nak buat sendiri kat umah. Owh, lagi satu yg saya beli minggu lepas ialah susu UHT Dutch Lady 1 Liter. Harga sekotak RM4.99. 2 kotak hanya RM7.99. Mau tak tertanggal biji mata aku sebab terbeliak. So, beli la 2 kotak. Bukan apa. Demi nak memenuhi keperluan kalsium harian saya dan suami saya jugak. Saya ni jenis yang memang tak suka langsung melantak susu tepung. Sebab bau dia mcm bau air perigi sebelum ditapis.


Hey, ko ni nak citer pasal semalam ke minggu lepas??!! Ce kabo!! Ok-ok, berbalik semula kepada kisah semalam yakni semasa saya nak sampai ke bahagian plastik sampah tu, saya terpaksa tapi saya rela lalu beberapa lorong barangan lain. So, tetiba ternampak minyak masak yang saya biasa pakai iaitu minyak bunga Matahari jenama Olife keluaran Sime Darby yang harganya adalah RM17.80 jika dibeli di My Mydin dan RM17.20 jika dibeli di Speed Mart. Tapi semalam, sekali lagi biji mata saya gugur ke lantai sebab harga minyak itu yang komposisinya ialah 2kg itu hanyalah RM13.45 sahaja.... What the fakhrul? Saya dah tak fikir masa depan lagi, terus je beli tanpa rasa berdosa. Hehehe.. Jimat dalam RM4 tu. Lagipun memang kebetulannya minyak masak kat umah dah tinggal nyawa-nyawa ayam dah.[Eleh, alasan je tu. Hahaha].


Tu je la. Abish doh citer dalam entry ni. Penat ke baca? Siannn...

*Yang dalam gambar tu Canola Oil. Tapi rupa paraS botol dia sama la mcm tu. Kekadang saya pakai jugak minyak Canola tu.

Comments

  1. Hi lyd, kalau kite pun mmg ku sambar terus. hihi.. asal lagi murah dr yg selalu beli tu kira jimat la sikit kan. :D

    ReplyDelete
  2. heheh.. tu perkara bese. asal nmpk je mrh dr kebiasaan, list trus ltk tepi. seslp menda asal nak crk dah lupa. hehehe..

    ReplyDelete
  3. matilahh aku lepas ni minum susu tepung teringat air perigi belum ditapis....

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya