Skip to main content

November 2011 - Entry Tunggang Terbalik.

Sejahteralah ke atas kamu..

Hari ni dah bulan 11. Tahun 2011. Apa saya nak cerita ye? Sebenarnya takde idea pun. Heheh. Tapi nak merepek je. Sebab dah lama tak merepek, buat luahan perasaan kat blog. Maklum la.. Saya ni pemalu orgnya. [Sila jentik hidung saya untuk menyedarkan angan-angan saya ini.].

Dah sebelas tahun kita meniti abad millenium ini. Sesiapa yang lahir sebelum tahun 2000, dikira beruntung. Sebab secara tak langsung, kita dapat hidup di dalam 2 abad yang berlainan. It's cool kan? Saya rasa cam bangga je skit.

Masa saya skolah rendah dulu, ada kawan saya buat cerita dongeng yang kononnya bila tiba je tahun 2000... dunia akan kiamat. Sebab lepas tahun 2000, dah takleh kira tahun lagi dah. Fakta tu plak, abang dia yang bagitau dia. Abang dia dah la cikgu. Pastu buat citer dongeng mcm tu plak. Kecut jugak perut masa tu.

Saya masa kecik dulu, memang takut sangat kalo dengar pasal hari kiamat. Mak saya pun suka menakutkan saya tentang hari kiamat. Beliau kata... "awk degil la cakap mak, nanti bila hari kiamat nanti... awk tak dpt dah jumpa mak. Baru awk tau". Saya masa tu kan kecik. So, takut la saya. Terus je baik lepas tu. Tak degil dah kalo mak suruh. Tapi 2 minit je insaf. Hehehe.

Apa point saya ni? Hahaha... Tak tau la wei. Saya betul2 takde point. Sekarang dan bulan 11. Saya rasa macam sangat laju masa bergerak. Azam tahun 2011 pun belum fikir lagi. Inikan pulak nak capai. Tahun 2012 lagi sebulan je nak muncul. Dah hampir sangat. Lepas makan-berak, makan-berak nanti saapppp... tetiba je dah Happy New Year 2012.

Eh, korang percaya ke tahun 2012 tu kiamat? *Soalan ni memang nak kena lempang kan? Orang Islam mana bleh percaya, walaupun ramalan itu adalah ramalan Nostradamus yang fofular tu. Untuk yang tak tau kenapa ramalan kiamat tahun 2012 tu... meh nak citer. Nostradamus ni adalah ahli nujum yang lahir pada kurun ke-16. Dia lahir tahun 1503. [Betul ke kurun ke-16? heheh.. Sebab aku anggap macam sekarang ni tahun 2000 kita panggil abad ke-21 kan? So, kalo tahun 1500 saya tambah le 1. Boleh la kan?]. Dierang percaya yang Nostradamus ni meramalkan tentang perang Balkan dan juga tentang serangan ke atas WTC pada 11.9.2001. [Padahalnya takde kaitan pun, ramalan dia tak betul pun.]. Pastu lagi satu yang membuatkan orang-orang barat ni takut sangat dengan ketibaan tahun 2012 sebab satu kaum kuno yang bernama kaum Maya pernah mencipta 1 calendar ramalan. Calendar tu bentuk dia bulat, then ada beberapa lapis. So, boleh pusing2 untuk tengok ramalan-ramalan bagi setiap tahun. Pastu yang mereka anehkan sangat sebab calendar ni habis pada 31.12.2012. Jadi, dierang anggap kalau kaum Mayan dah takleh ramal apa-apa tu maksudnya kiamat. Aku tampor jugak orang Barat ni sorang2 kang.


Alaahhhh... Korang ni... penakut sangat. Calendar ni bila saya tengok, teringat plak permainan Zuma. Seronok woo main Zuma dolu-dolu. Lepas dah complete semua level, terus dah tak main. Hheheheh..

Haa... ni je la yg saya nak merepek tanpa sebab. Penat je korang baca. Hahaha.Main Zuma lagi baik.

Comments

  1. huhu.. kiamat 2012????... kalau xsilap saya, sahabat2 nabi pernah tanye kepada nabi bila hari kiamat akan brlaku.. nabi hanya menjawab dengan menunjukkan "2".. dua bila tu xtau la kn..

    ReplyDelete
  2. Salam;
    Ni entri pasal hari kiamatlah ni..sebagai org islam memang wajib percaya hari kiamat..tak kesah bila2 je kiamat sebab tu kerja tuhan..tak berani nak teka bila kiamat akan berlaku.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya