Skip to main content

Jangan Le Salah Faham Kat Ambiga.

Sejahteralah ke atas kamu....

Bila S. Ambiga nak anjurkan perhimpunan Seksualiti Merdeka, ramai yang marah termasuk le saya. Seolah-olah S.Ambiga nak galakkan seks bebas.

Semalam tengok Berita Awani 7.45pm, baru la saya faham niat suci S. Ambiga ni. Dia dah jelaskan dalam berita semalam dan meminta supaya orang ramai tidak salah faham dengan tujuan asal perhimpunan tersebut. Menurut beliau, perhimpunan itu bukanlah bertujuan untuk menyokong seks bebas. Jauh sekali untuk menggalakkannya. [masa dengar statement ni, saya terus rasa macam, wahhh bagusnya S. Ambiga ni... Selama ni mesti semua orang dah salah anggap niat suci dia...].. Ok... Ayat ni tak habis...

Ayat yang asalnya ialah... Tujuan perhimpunan ini bukanlah untuk menyokong seks bebas, SEBALIKNYA HANYA untuk memperjuangkan hak asasi gay, lesbian dan transgender.

Laaa... dah tu, gay, lesbian dan transgender tu tak termasuk dalam dosa-dosa besar ke darling? [*transgender yang khunsa tu dikecualikan la. Sebab itu mmg dah dianugerahkan dengan 2 jantina. Tapi yg lelaki atau perempuan yg sengaja pilih untuk tukar jantina itu... ish..ish.,ish.,.. tak tau la nak komen.].

Dengar ceritanya, perhimpunan ini turut disokong oleh Marina Mahathir. Perrghh... Saya kagum la dengan dierang ni. Moden. Pemikiran dierang terlampau terbuka sampai tahap terlopong terus. Maka, jangan pelik kalau selama ni, kita selalu dengar remaja lelaki dan perempuan dok kat taman-taman bunga buat kerja tak senonoh "you know what i mean", next time taman bunga akan terus dikonker oleh golongan gay dan lesbian secara terang-terangan untuk buat kerja yang lagi tak senonoh tanpa segan silu sebab hak asasi mereka sudah terbela. [Eh, ada ke orang buat kerja tak senonoh "you know what i mean" tu kat taman bunga? Hahahah.. Haiwannya. Mat Saleh yg sosial tu pun tak buat kat taman bunga. Get a room la kan kalo nak buat jahat sgt ye dok?]

Maknanya.... Betul la.. kita tak tersalah faham pun dengan Ambiga tu. Memang apa yg dia perjuangkan tu adalah songsang dan bathil.

Comments

  1. Salam;
    memang !00% tak boleh terima,walau apa2pun alasannya.

    ReplyDelete
  2. Islam sememangnya mendukung hak-hak asasi manusia tapi tidaklah hingga hak itu menjadi tuhan baru hingga manusia berhak buat apa sahaja atas nama hak asasi manusia. Jangan terlalu ghairah memperjuang kebebasan selagi masih menghirup udara dunia, tiada kebebasan hakiki yang kita miliki. Kembalilah kepada fitrah.

    ReplyDelete
  3. lid..baca kat saifuislam.com pasal seksualiti merdeka ni best dia kupas..

    ReplyDelete
  4. Kenapa tak nak perjuangkan OKU ke, aku yg miskin hina ni ke...

    ReplyDelete
  5. tu la..
    akak pun agak terkejut jugak dengan penglibatan marina mahathir..
    cemana seseorang yang dari keluarga yang jelas mengamalkan cara hidup orang islam boleh menyokong benda2 macam tu??
    mungkin itu yang dikatakan iman tak dapat diwarisi...

    ReplyDelete
  6. Ambiga oh ambiga! nak merdekakan gay dan lesbian ke?..gila

    ReplyDelete
  7. jgn tgk tv3 je...
    tv3 la paling aku xcaye beritanya...
    byk ditokok tambah takpon dimanipulasi tuk satu pihak je...

    ReplyDelete
  8. Yusuflaili : Kdg2 dia buat alasan itu dan ini, tp hakikatnya pusing-pusing ikut mana pun tetap salah.

    Faris Zaidi : Betul tu. Sbb tak kembali kepada fitrah tu la ramai manusia yg dah rosak skrg.

    Aida : Aku dah baca dah. Boleh tahan la kupasan dia.

    Empayar Utama : Amboi.. takkan la awk ni hina plak. Semua manusia adalah sama di sisi Allah melainkan iman dan taqwa yg membezakan. Tapi betul, ngape tak perjuangkan nasib org miskin ke, OKU ke. Mereka lagi perlukan pembelaan.

    Dunia Realiti : Dah lama dah gila dia tu. Fikir guna otak semata-mata, tak gunakan akal.

    Afiq DIn : Oopss... Sebenarnya saya tengok Astro Awani 7.45. Jap saya nak betulkan fakta kat atas tu.. Huhu... TV3 mmg pedooh skit beritanya.

    ReplyDelete
  9. ooo... ok2...
    tersentap bile tau marina tu sokong... ish2

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya