Sejahteralah ke atas kamu...
Agaknya... apa perasaan saya jika saya ni seorang yang kaya raya? Adakah saya seorang yang sombong? Atau mungkin saya seorang yang humble dan low profile? Kalau saya kaya, macamana saya akan belanjakan harta kekayaan saya? Adakah saya berbelanja sewenang-wenangnya kerana saya mampu? Atau saya hanya membeli apa yang saya perlu?
Susah nak jawab bukan? Sebab saya belum jadi kaya. Masa belum kaya ni, manusia bleh janji macam-macam. Nak mendermalah, nak bantu orang susah, nak pelihara anak yatim dan sebagainya. Tapi semuanya bolehlah cakap sebab belum diuji dengan kekayaan. Siapa tahu, bila benar-benar ditakdirkan Allah untuk saya menjadi kaya, mungkin saya menjadi seorang yang sombong dan lupa diri? Astagfirullah. Mohon dilindungi aku daripada segala sifat keji.
Ujian susah, ujian hidup miskin biasanya mampu dihadapi oleh ramai orang. Saat susah, ketaatan kepada Allah semakin kuat dan kental. Namun ramai yang gagal bila diuji dengan kekayaan dan kesenangan. Bukan saya yang kata, tapi Allah yang telah berfiman; "Katakanlah: "Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala macam kesusahan, kemudian kamu kembali mempersekutukan-Nya." -Al-An'am, Ayat 63.
Siapa pernah tengok rancangan Astana kat Astro Ria? Rancangan yang dihoskan oleh Kak Nita. Bila tengok rumah-rumah orang-orang kaya di Malaysia ni, saya selalu terfikir.... "Apa perasaan mereka ye? Tak rasa bersalah ke terhadap betapa ramai lagi orang miskin yang tidak berumah malah yang tak dapat makan dalam kebanyakan hari dalam hidup mereka?". Selalu juga saya terfikir, adakah saya juga akan berlumba untuk membuat rumah besar dengan hiasan dalaman yang mewah jika saya diberikan kekayaan yang sama? Saya harap saya tidak. *Ye, mungkin orang2 kaya berkenaan ada menderma, tapi cukupkah? Kemewahan mereka itu tetaplah satu pembaziran. ~eceh. sebab aku belum kaya bleh la aku ckp mcm-mcm kan? Hahah.
Allah telah berkata, "Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata: "Itu adalah karena (usaha) kami." Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang-orang yang besertanya. Ketahuilah, sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." -Surah Al-A'raf, Ayat 131. Maksud ayat ini ialah... Manusia ni, bila mereka berjaya dan mendapat kekayaan... mereka akan merasakan bahawa semuanya adalah kerana usaha gigih mereka dan kerana kepandaian mereka. Tetapi mereka tidak sedar bahawa yang memberi kejayaan atau kegagalan kepada mereka hanyalah Allah. So, jangan nak berlagak ye. Jika kamu kaya, bukan kerana kamu yang pandai.
Kerana itu... Saya hanya memohon agar saya dianugerahkan hidup yang sederhana. Tidak kaya. Tidak miskin. Tetapi sekadar cukup makan, mampu membeli pakaian dan keperluan diri yang seadanya dan rumah untuk berteduh, walaupun mungkin bukan rumah sendiri. Asalkan tidak meminta-minta dengan orang lain dan tidak juga mengambil hak orang lain. Mengharapkan keredhaan Allah.
Ingin diingatkan... Entry ini bukan utk menunjukkan bahawa saya baik kerana saya tau saya tidak setanding dengan kamu yang membaca entry ini. Ini hanya sekadar berkongsi perasaan dan mengingatkan yg terlupa jika ada. :) Peace.. Sekian.
Gambar dikelepet dari sini

salam;
ReplyDeleteMemang ramaiyang nak kaya,tak seorangpun didunia ini nak miskin..tak ramai yg sedar atau sengaja tak sedar harta yg dikumpulkn tu sebenarnya bukan milik kita seorang walaupun kita yg bermatian mengumpulkannya.menurut pandangan Islam amat bahaya jika seseorang islam jika ia menjadi kaya..
"kalau la aku kaye kan, aku beli beg chanel sepuluh serentak.."
ReplyDeletesebab tu la Tuhan tak kasi aku kaya kak..sebab nak membazir tu lebih kuat dari beramal.. aku kena muhasaboh diri ni..
siapa taknak senang kak...dan pada masa yg sama sebab tu ada kategori: org kaya yg humble dan org kaya yg berlagak.
...amenda ntah aku tulih ni..
saya pernah dengar kenyataan dari AC mizal..
ReplyDeletekatanya,bisnes dia maju,harta bertambah sebab Allah sentiasa tahu dia dipihak yang benar..
hehehe,,.maknanya dia tak tahu pun kekayaan,kejayaan itu adalah sebahagian dari ujian Allah..
**************
nak link kan gambar ke blog..
memula kat "create post" tu upload dulu gambar.dah siap semua entry dan upload gambar klik kat gambar kemudian klik pulak kat icon yang kaler ijau,yang gamba globe tu..keluar satu pop up window.masuk kan link blog yang kita nak letak.siap la..sebelum publish klik dulu preview dan halakan mouse kat gambar tu..kalau keluar link kat tepi lappy kita ni maknanya jadi la..
yusuflaili : tp yg sedar akan benda ni tak ramai. Org kaya, ramai yg tak rasa pun mereka amik hak org pun.
ReplyDeleteQuTaQ : Kalo ko kaya, lebih baik ko beli beg chanel 11 serentak. 1 lagi tu bg akak. Ngehehehe. Humble dgn berlagak tu satu hal. Itu mereka punye attitude sesama manusia. Tapi ramai je org kaya humble yg membazir sorok2 org tak nampak. Tak ramai le org kaya yg harta 24juta, bleh dok umah teres semiD dan pakai keta Waja je kan. Paling busuk pun, keta dgn umah mesti tukar yg paling gempak kot.