Skip to main content

Why Sujud?



Sejahteralah ke atas kamu...

Kenapa orang selalu cakap, sewaktu manusia sujud ketika solat, pada ketika itu jugalah mereka berada paling hampir dengan Allah? Baik, sebelum itu saya ingin mengingatkan kepada pembaca yang vogue gedevas ni bahawa kita melakukan solat bukan hanya secara ritual, bukan semata-mata kerana kebaikan-kebaikan yang telah dibuktikan melalui kaedah sains seperti untuk kesihatan dan kesuburan otak, tetapi pastikan kita bersolat semata-mata kerana solat itu adalah perintah Allah. Sebagai makanan jiwa. Spiritual.

Semasa kita berdiri atau duduk [keadaan normal], otak berada di kedudukan yang lebih atas daripada hati. Pada waktu normal ini, otak yang lebih menguasai tubuh badan kita. Kemudian, apabila kita bersujud, kedudukan ini berubah di mana otak kita akan berada di bawah dan hati berada di atas. Semasa bersujud inilah iaitu semasa hati berada di atas, tubuh kita lebih dikuasai oleh hati. Hati kita yang mengawal tubuh kita. Dan pada waktu inilah hubungan kita dengan Allah akan semakin hampir kerana kita menggunakan sepenuh hati untuk menyembah dan berhubung dengan Allah.

Kerana itu, jika kita perhatikan.... orang yang walaupun dia bijak pandai otak kancil, tapi kalau dia tak solat, secara spiritualnya dia takde connection dengan Allah. Walaupun mungkin dia rasa hubungan dia dengan Allah sudah cukup baik, tetapi mana mungkin dapat menandingi hubungan orang-orang yang bersolat dengan Allah. Wallahua'lam.


*maksud solat di sini adalah solat yang benar-benar berkualiti, bukan solat yang masih lagi membuat maksiat.


Gambar daripada web ini.

Comments

  1. solat jugak mengajar kita lebih berdisiplin..:)

    ReplyDelete
  2. Betul diana. Mengajar kita disiplin, sampaikan bila kita tak buat... kita rasa sgt tak senang duduk.

    ReplyDelete
  3. erm, betol2 tersentuh ngan entry ni. saya pon kadang lalai gak kewajipan ni... paling rase tenang bila solat mase hujan.. nape ye kak?

    ReplyDelete
  4. Yusuf : Ye. 100% kerana Allah
    Taufiq : Takpe.. dari masa ke masa, boleh improve. Solat masa hujan tu tak tau le ngape kusyuk. Kot2 sbb nak lawan bacaan dgn bunyi hujan yg kuat tu, so, kamu jadi lebih fokus. Dan mungkin juga sebab suasana dia sejuk dan tak dengar bunyi lain melainkan bunyi hujan yg syahdu tu.

    ReplyDelete
  5. terima ksih ngn entry sedikit trsntuh..naru pon brniat nak mnjdi muslimh y lbh baik..best entry..

    jmput join contest naru
    http://narumiaida.blogspot.com/2011/10/entry-special-lso-contest.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya