Skip to main content

Selamat Hari Ibu Untuk Emak...

Sejahteralah ke atas kamu....

Hari ibu pada tahun ini, jatuh pada 8 Mei. Bagi sesiapa yang masih belum tahu bila hari ibu, meh sini saya nak bagitau. Sian plak ko sorang je tak tau, sedangkan semua orang dah tau lama dah tentang ini. Hari Ibu di seluruh dunia disambut setiap tahun pada hari Ahad minggu ke-2 bulan Mei, tak kira la berapa haribulan pun. Kalo tahun ni, hari Ahad pertama bulan Mei ialah 1hb, dan Ahad ke-2 adalah 8 Mei, jadinya,..... 8 Mei la hari ibu. Hari Bapa pula macamana? Haa.. Menggunakan konsep yang sama. Cuma tukarkan bulan Mei kepada bulan Jun. Hari Bapa ialah Ahad minggu ke-3 pada bulan Jun. Got them all? Ok... Let’s move to the next paragraph.

Kalau nak diikutkkan, semua orang akan merasakan ibu mereka adalah ibu yang terbaik di seluruh alam semesta, betul tak? Tak salah juga anggapan itu. Sebab kita dibesarkan olah ibu kita sendiri, bukan ibu orang lain[well, ada juga la yg dibesarkan oleh ibu orang lain... but that is a different story. Saya tak mau komen apa-apa.]. Ada juga antara kita yang telah kehilangan ibu masing-masing dan merasa sedih kerana tidak dapat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu mereka. Tapi kawan-kawan, jangan sedih.... Sekurang-kurangnya kamu masih tahu siapa ibu kamu, dari mana asal usul keturunan kamu berbanding ada insan-insan yang lebih kurang bernasib baik yang langsung tidak tahu siapa ibu mereka. So, chill ok... senyum....

Tentang emak saya... Saya memanggil ibu saya dgn panggilan ‘emak’ atau biasanya ‘mak’. Apa yang hebatnya tentang emak saya ni, ialah beliau sangat sensitive walaupun hal-hal remeh tentang saya. Maksud saya, beliau selalu je ingat apa yang saya cakap atau buat walaupun hal kecil dan walaupun beliau sudah berusia 70 thn. Contohnya,tarikh hari lahir saya beliau masih ingat. Tapi itu tak la hebat sangat kan, mungkin sebab saya ni anak bongsu beliau jadi tarikh kali terakhir beliau bersalin beliau tak pernah lupa. Lagi, jadual period saya pun mak saya ingat. Sebab hari tu, masa kami membincangkan aturcara majlis perkahwinan saya, mak saya cadangkan untuk buat majlis khatam Quran untuk saya. [Ala... padahal dah berulang kali saya tamat baca Quran, cuma tak penah buat majlis khatam je. Bagi saya tak perlu, lagipun saya malu. Huhu.]. Oleh sebab mak saya nak adakan majlis tu pada sebelah pagi sebelum majlis akad nikah, saya setuju je. Pastu mak saya kata... “ermm.. tapi tak tau la boleh ke tak buat pada waktu tu”. Saya tanya la, apsal takleh? So beliau kata, “Bukan ke waktu tu biasanya awak uzur?”. Kehkeh.. Saya sendiri pun lupa daaaa... Kalo period saya lewat atau cepat atau lama pun mak saya tau. Huhu.

Lagi satu... Biasanya kalo waktu saya sedih sangat, tentang masalah apa-apa yg saya tak dapat nak luahkan kepada sesiapa, mesti waktu tu mak atau abah akan call.. Seolah-olah macam tau je saya sedih. Tapi biasanya saya tak cerita kisah sedih saya kepada emak. Sebab saya tak mau beliau turut sedih dan risau. Jadi, kalo waktu sedih tu mak tepon, saya hanya lega sebab dpt bercakap dgn mak. Pastu saya cerita la benda-benda lain yg merapu. Heheh.

Itu contoh je la. Saya nk beri contoh lebih-lebih pun saya tak ingat sebenarnya. Nk kena tanya mak saya la kot, sbb daya ingatan beliau lagi dahsyat daripada daya ingatan saya. Huhu. Mak saya cerita, semasa beliau mengandungkan saya dulu, beliau mengalami alahan yg paling teruk. Masa tu beliau kerja di ladang estet. Tapi mcm biasalah... saya tak ingat estet apa... Menoreh getah atau kelapa sawit. Waktu tu, mak saya kata, beliau hanya boleh minum air kosong je, langsung takleh makan apa-apa. Huhu.. sian kat mak. No wonder la kulit saya tak cantik then saya pun lebih hitam berbanding kakak-kakak saya. Semasa mak saya sarat mengandungi saya, tak silap 8 bulan kot, berlaku banjir besar kt kg saya yg memaksa emak pindah ke pusat pemindahan mangsa banjir dalam keadaan sarat mengandung tu, naik sampan. Nasib baik saya tak lahir dalam sampan. Kalo tidak, nama saya mesti jadi Nor Sampanida.

Mak saya dulu, seorang yg rajin dan cergas. Beliau suka berkebun. Tanam pokok macam-macam. Pastu bila pokok tu besar dan berbuah [kalo pokok buah-buahan] atau berbunga [kalo pokok bunga], abah saya tolong tebang. Selalu je mak saya sedih sbb pokok beliau kena cantas. Dulu saya selalu membentak kalo mak saya suruh saya siram pokok bunga. Heheh... Mmg derhaka punya anak. Saya tak faham... kenapa saya tak serajin emak. Mengikut teori saya, sebab mak terlampau cemerlang dan buat semua untuk saya lalu menyebabkan saya jadi pemalas. Ngeee..

Saya tak pernah kena pukul dengan mak. Mungkin sebab saya anak bongsu dan waktu saya membesar, usia emak dah semakin matang, jadi beliau dah semakin cool walaupun saya degil. Mak saya kata, saya ni tak nakal tapi degil ya amat. Tengok telinga pun dah tau. Hehehe. En Stormpong pun kadang-kadang cakap saya degil. Hihi. Tapi saya tak bangga pun dengan kedegilan saya tu. Malah saya rasa nak ubah la sifat negative yang tak berfaedah seperti itu.

Lagi apa ye tentang emak? Erm... Sekarang mak saya dah tak dapat nak jadi serajin dulu. Sebab kesihatan beliau yang tidak mengizinkan. Sekarang ni, mak masih boleh berjalan, tapi sangat perlahan dan nampak berat. Lutut dah tak kuat. Sakit jantung. Takleh buat kerja-kerja yang banyak pergerakan. Selalunya, kalau mak nak pergi beli barang di pasar atau di pasaraya, saya selalu je layan. Saya akan biar beliau berjalan di hadapan, saya di belakang dan hanya ikut sahaja ke mana beliau pergi dan setuju sahaja dengan barang apa pun yang beliau pilih untuk beli. Saya langsung tak bagi pendapat kecuali kalau beliau minta pendapat. [Lagipun sebab beliau yang bayar sendiri. Kekekeke..]. Kadang-kadang beliau akan minta saya singgah banyak tempat pun saya layan je. Walaupun kadang-kadang tempat tu saya tau sesak gila dan susah nak parking. Tapi percaya tak, biasanya kalau bawak mak, saya akan dapat parking yang baik, biasanya betul-betul depan pintu pasaraya. Hehehe. Sakti kan mak saya? 
Saya rasa, saya ni bukanlah anak yang begitu baik. Tapi saya hanya harap saya dapat gembirakan hati emak selama yang mungkin. Cuma, saya ni insan biasa. Kadang-kadang ada angin pasang surut. Mungkin secara tak sengaja melukakan hati emak. Atau buat mak sedih dan risau. Saya harap emak sentiasa mengampunkan saya. Saya sayang mak saya sebab beliau adalah seorang tua yang sangat comel. Excuse me.. Saya nak gi tepon mak saya jap ye. Hihi.

Comments

  1. kalau nama kau sampanida, mesti aku panggil ko pan, tak pun sam, tak pun sampan terusss

    ReplyDelete
  2. Panggey la aku nida. Ishh.. ko ni.. Tak pun panggil aku Sam. Hehehe... Bapok kuat mengarut nyer dia ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya