Iklan! Iklan! Sila Click!

13 May 2011

Azam Sempena Hari Lahir Saya

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini...

Tak ada angin ribut, tetiba je nak buat azam baru. Hotak dia. Eheh. Anggap je la azam baru ni sempena menyambut bulan JamadiAkhir minggu lepas. [Takde kena-mengena jgk. huhu].

Azam saya ialah untuk memparking kereta saya di Level Upper 6 kat bangunan SSM. Biasanya saya park kereta saya di Upper 7. Level untuk insan-insan yang selalu lewat mcm Nobita. Hahaha... Mesti CekChah rasa nak bagi backhand je sedas kat saya. Apa yang hebatnya nak parking kat Upper 6 kan? Haaa... tu la... Dalam maksudnya... Sekarang ni, hanya orang-orang yang datang ke ofis pada waktu yang betul-betul awal je akan sempat park kereta di Upper 6 tu. Lain-lain, sila la move to next level yawwww.... jadi, kesimpulannya, azam saya ialah untuk sampai ke ofis lebih awal daripada sekarang. Tapi yang confusenya... Saya sampai jam 7.50pg pun dah penuh Upper 6 tu. Ntah jam berapa la dierang ni sampai ofis yer? Cemerlang sungguh. Cah, jam berapa ko sampai ofis? Hehehe.. [Sbb aku selalu nampak keta CekChah kat Upper 6. Itu membuktikan bahawa CekChah memang cemerlang.].

So, itu jek la. Chey... tapi azam ni... err.. kalo tak berjaya tak kena denda kan? Hahahahaha.. Tgk la dulu yer. Yang penting sekarang saya dah mula berjaya bangun awal. Walaupun takde la awal mana. Kira sesuai la dgn gadis bujang seperti saya ni bangun jam 6 pg. Tu pun dengan izin Allah sebab saya dah tukar alarm signal saya ke bunyi yang lebih logik iaitu lagu 'InsyaAllah - by Maher Zain'. Dah tentu la malu muka saya kalo masih tak bangun-bangun lagi bila dah dengar nama Allah disebutkan banyak kali dlm lagu tu kan? Hehehe.. Jadi, sesiapa yang ada masalah nak bangun bagi, cara untuk bangun pagi dengan lebih mudah ialah tukar alarm signal kepada bunyi yg lebih segar. Kalo kamu ni jenis yang tak makan saman dengan lagu slow atau berunsurkan keinsafan, bleh tukar jadi lagu yang paling annoying skali dalam dunia. Mesti terkeluar bijik mata bila lagu tu berkumandang tiap-tiap pagi sewaktu kamu tidor.

3 comments:

  1. happy belated besday..besday ko sama ngan husband n adik bongsu aku..huuh..

    chah memang cemerlang..kalau aku kat sana pun aku ala2 chah gak waktunye..uhuhu..alarm aku zikir..huuh

    ReplyDelete
  2. TQ aida.. Wah ye ke sama? Tak sangka. Cantik kan tarikh tu? Hehehe... Tapi hari ni aku terlewat jgk sebab ada org block keta aku. Jadi aku tak dpt park kt Upper 6. Huhu...

    ReplyDelete
  3. aku cemerlang ke? kiki ba..haha
    sebenarnya cemerlang pada aku klu dpt kat lower 6..huh..klu kat upper tu dah kira x berapa nak cemerlang lah..haha

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...