Sejahteralah ke atas kamu....
Saya suka melihat awan. Terutamanya awan putih yang dilatari dengan langit berwarna biru. Cantik sangat. Kalau hati saya marah pun, bila melihat awan, kemarahan saya boleh reda. Ada satu peristiwa semasa saya dengan En Stormpong ingin pulang dari kampung ke KL bersama-sama pada awal-awal pertemuan kami dulu. Pada waktu itu, langit sangat cerah. Beliau yang memandu kereta. Bila saya terpandang ke hujung langit, saya ternampak satu awan berbentuk hati.... dan terdapat cahaya merah dalam garisan panjang menembusi awan tersebut. Saya tunjukkan kepada En Stormpong, beliau juga nampak. Tapi dia macam tak kesah je. Kehkeh. Hampeh je. Tapi garisan merah itu hanya boleh dilihat jika menggunakan sunglasses. Itu je la peristiwa tersebut. Tak menarik pun utk dikongsi. Hahah.
Selalu sahaja, apabila melihat awan... Saya seperti membayangkan di sebalik awan itu ada kehidupan. Seperti ada kampung, atau tersembunyi rahsia di dalamnya. Dan saya pasti tempat itu pastinya tenang. Atau kadang-kadang bila merenung awan, saya rasakan seperti berada di dimensi lain. Yang pasti, hati akan menjadi tenang. Maklumlah... Awan itu putih... bersih dan terang. Jadi ia tidak menyemakkan pandangan. Tidak seperti apabila kita melihat bumi. Dengan kenderaan yang banyak. Asap yang tebal. Lampu isyarat. Bangunan yang menyempitkan pandangan. Hurmm... Saya jatuh cinta kepada awan.
Impian saya... untuk berbaring di tempat yang lapang, merenung awan dan bintang ditemani oleh En Stormpong. Kalo beliau nak tertido pun, tido je la. Asalkan beliau ada disebelah saya. :)

Comments
Post a Comment
Saper komen, dia best!